RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)
Transcript of RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tema : Kenali Budaya Malaysia
Tajuk : Kenali dan Apresiasi Adab Sosial Warisan Budaya Malaysia
Sub Tajuk : Adab Makan
Tarikh :18 Februari 2010
Masa : 8.30 pagi-9.30 pagi
Tahun : 4 Kencana
Bilangan Murid : 30 Orang (14 lelaki dan 16 perempuan)
Pengalaman Sedia Ada : Murid membesar dalam latar belakang sosiobudaya masing-masing.
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenalpasti warisan budaya setiap kaum
2. Membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum
3. Menyenaraikan amalan budaya kaum lain.
Penerapan Nilai :
1. Menghormati amalan budaya kaum lain
2. Memupuk kesedaran terhadap nilai positif yang dibawa dalam setiap budaya
3. Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Pengajaran :
1. KBKK
2. Kecerdasan Pelbagai
3. Koperatif
4. Kajian Masa Depan
5. Kontekstual
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tayangan video
bertajuk “Amalan
Kunjung-
Mengunjung di
Kampung”
Guru menunjukkan tayangan
video tentang aktiviti masyarakat
bertajuk “Amalan Kunjung-
Mengunjug di Kampung.”
KBKK
Langkah 1
(10 minit)
Perbincangan
tentang adab-adab
makan setiap kaum
Kaum Cina
menggunakan
Chopstick ketika
makan
Kaum Melayu dan
India menggunakan
tangan ketika makan
Guru mengedarkan lembaran
kerja kepada murid
Murid diminta memilih adab-
adab makan setiap kaum
dengan betul
Guru meminta murid
mengenalpasti adab makan
setiap kaum.
Guru berbincang dan
menerangkan adab makan bagi
setiap budaya
Rujuk lampiran A
Kecerdasan Pelbagai
- interpersonal
Langkah 2
(10 minit)
Demonstrasi adab
makan masyarakat
Malaysia
- Murid Melayu
mendemonstrasikan
Beberapa orang wakil murid
dikehendaki mendemonstrasikan
adab makan masyarakat
Malaysia
Guru membimbing murid untuk
Kecerdasan Pelbagai
- kinestetik
4.1 Lampiran A
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid
o Aktiviti dilakukan secara individu
o Dilakukan untuk menguji kefahaman awal murid terhadap budaya lain
Murid diminta memilih adab-adab makan setiap kaum dengan betul
o Murid perlu memilih adab makan setiap kaum berdasarkan gambar yang ditunjukkan
Guru meminta murid mengenalpasti adab makan setiap kaum.
o Berdasarkan lampiran kerja yang diberi murid-murid perlu mengecam gambar dan menjawab soalan
mengikut pengalaman sedia ada murid.
Guru berbincang dan menerangkan adab makan bagi setiap budaya
o Guru membincangkan latihan bersama-sama murid.
Mengapa kaum Cina menggunakan Chopstick ketika makan?
Apakah persamaan adab makan kaum Melayu dan Kaum India?
4.2 Lampiran B
Beberapa orang wakil murid dikehendaki mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia
o Guru memilih beberapa orang wakil murid untuk menunjukkan cara makan mengikut adab setiap kaum
Tiga orang wakil murid Melayu melakukan demonstrasi adab makan kaum India
Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Cina
Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Melayu
Guru membimbing murid untuk melakukan demonstrasi adab makan masyarakat Malaysia.
o Guru membetulkan cara murid-murid melakukan demonstrasi adab makan tersebut
4.3 Lampiran C
Guru meminta murid membawa makanan tradisional kaum masing-masing.
o Guru meminta murid membawa makanan tradisional pada minggu lalu
Murid bertukar makanan dan makan mengikut adab jenis makanan tradisional tersebut.
o Murid Melayu bertukar makanan dengan murid Cina dan murid India
o Murid Cina bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid India
o Murid India bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid Cina
Mana-mana murid yang mendapat makanan kaum Melayu dikehendaki makan dengan adab makan
kaum Melayu begitu juga dengan makanan kaum Cina dan kaum India.
4.4 Lampiran D
Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut nama kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan
Kadazan.
o Guru menyediakan kertas undian yang tertulis Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan Kadazan pada setiap
kertas undi.
o Setiap murid mencabut satu undi dan guru hendaklah memastikan satu kumpulan terdiri daripada pelbagai
kaum.
Setiap kumpulan hendaklah mempunyai murid yang pelbagai budaya.
Guru meminta murid membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum.
o Guru menyediakan kertas sebak/ mahjong kepada setiap kumpulan
o Murid secara kumpulan dikehendaki mencari persamaan dan perbezaan adab makan yang telah mereka
pelajari
Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Guru membimbing dan menyemak hasil kerja murid.
o Guru menilai dan memberikan markah kepada setiap kumpulan yang berjaya mempersembahkan hasil
kerja mereka dengan baik dan kerjasama dalam kumpulan yang ditunjukkan.