RPH PSV KSSR

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun/Kelas : 2 / Tarikh dan Masa : Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti : Lipatan dan guntingan Tema : Objek buatan manusia Tajuk : Hiasan dinding Alat : Gunting dan pensel Bahan : Kertas Lukisan, Kertas warna dan gam Bahan Bantu Mengajar : Contoh gambar hiasan dinding, slaid, kumputer riba dan LCD Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang hiasan dinding EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni yang terdapat pada alam ciptaan tuhan, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi pengetahuan tentang media dan teknik dalam membuat corak. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan corak. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI CATATAN

description

rph

Transcript of RPH PSV KSSR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSRMata pelajaran: Pendidikan Seni Visual

Tahun/Kelas: 2 /

Tarikh dan Masa:

Bidang: Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti: Lipatan dan guntingan

Tema: Objek buatan manusia

Tajuk: Hiasan dinding

Alat: Gunting dan pensel

Bahan: Kertas Lukisan, Kertas warna dan gam

Bahan Bantu Mengajar: Contoh gambar hiasan dinding, slaid, kumputer riba dan LCD

Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah mengetahui tentang hiasan dinding

EMK: Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni yang terdapat pada alam ciptaan tuhan, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi pengetahuan tentang media dan teknik dalam membuat corak.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan corak.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASICATATAN

STANDARD PEMBELAJARANAKTIVITI

PERSEPSI ESTETIK2.1 Persepsi Estetik

Murid dapat menyatakan unsur jalinan dan rupa, warna, prinsip keseimbangan dan penegasan pada corak teknik lipatan dan guntingan.

2.1.1 Unsur seni

2.1.1.1 Rupa organik atau geometri

2.1.1.2 Warnaprimer (kuning, biru dan merah)

2.1.2 Prinsip rekaan

2.1.2.1 Harmoni perulangan motif

2.1.2.2 imbangan simetri

2.1.2.3 Kontra - primer

PERSEPSI ESTETIK

(5 minit) Guru menunjukkan contoh-contoh corak teknik lipatan dan guntingan.

Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan seperti rupa, garisan, imbangan dan harmoni.

Contoh hasil karya teknik lipat dan guntingBBM- Contoh-contoh corak teknik lipatan dan guntingan

- Komputer Riba dan Slaid.

APLIKASI SENI2.2 Aplikasi Seni

Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak menggunakan teknik guntingan dan lipatan.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alatan gunting dan pensel 2.2.1.2 Bahan gam, kertas Lukisan dan

Kertas warna2.2.2Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

2.2.2.1 Teknik guntingan dan lipatan

APLIKASI SENI

(15 minit) Guru berinteraksi tentang alat dan bahan yang sesuai untuk membuat corak.

Guru menunjukkan teknik melipat dan menggunting kertas untuk menghasilkan corak

Guru menunjukkan cara menampal corak kertas warna pada kertas lukisan.

Alat dan bahan yang diperlukan-gam-gunting-pensel-kertas lukisan- kertas warnaBBM Slide-video penghasilan corak lipat dan gunting Carta berstruktur teknik penghasilan corak lipat dan gunting

EKSPRESI KREATIF2.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta kemahiran teknik dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

2.3.1 2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

Mengaplikasikan proses dan teknik guntingan dan lipatan dalam penghasilan corak terancang.

2.3.2 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual : rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni dalam penghasilan karya.EKSPRESI KREATIF

(30 minit)

Langkah 1

Murid melipat dua kertas warna.

Murid melakar motif pilihan pada bahagian tepi kertas warna

Murid menggunting mengikut lakaran motif.

Langkah 2 Sapukan gam pada bahagian belakang kertas warna yang telah digunting dan ditampalkan pada kertas yang berbeza warna.

Kertas dilipat dan dilakar motif pada bahagian tepi kertas

Kertas digunting mengikut lakaran motif yang telah dilukis

Motif yang dihasilkan ditampal di atas kertas berwarna

BBMCarta panduan penghasilan

EMKKreativiti dan Inovasi

SPInterpersonal

APRESIASI SENI2.4 2.4 Apresiasi Seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan sendiri

2.4.2 Menyatakan karya sendiri

dan rakan secara lisan.APRESIASI SENI

(10 Minit)

Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan karya sendiri serta rakan. Murid menyatakan hasil corak lipatan dan guntingan boleh dijadikan hiasan dinding, kad ucapan

EMKKeusahawanan