rph sains

17
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure) Nama Guru Helmelda Bungan Ajang Mata Pelajaran Sains elas ! Biru "arik# $% &gos !'$% Masa $' ' *agi+ $$ ' *agi Bilangan Murid !, 'rang "ajuk Hai-an Standard andungan ! $ Mema#ami #ai-an mem*un.ai ke*erluan asas untuk #idu* Standard Pem/elajaran !$ Mem/eri 0onto# #ai-an #er/i1or2 omni1or2 dan karni1or serta makanan .ang dimakan ole# #ai-an terse/ut !$% Mengelaskan #ai-an #er/i1or2 omni1or2 dan karni1or mengikut makanan .ang dimakan iaitu makan tum/u#an sa#aja2 makan #ai-an sa#aja atau makan #ai-an dan tum/u#an Analyze Learners 3 Analisis Pelajar Ciri 4mum Pelajar Pengeta#uan Sedia Ada Ga.a Pem/elajaran Murid+murid /erada dalam lingkungan umur 5 ta#un Berlatar/elakang ta#a* sosio+ ekonomi .ang seder#ana Berada dalam kum*ulan seder#ana dari segi *en0a*aian akademik Hidu* di ka-asan Pelajar terdeda# dengan *el/agai jenis #ai-an di ka-asan tem*at tinggal dan *ersekitaran Murid mengeta#ui /entuk dan -arna #ai-an .ang ditan.akan ole# guru Murid mengeta#ui makanan .ang Pelajar 0enderung ke ara# ga.a *em/elajaran 1isual2 6#ands+on7 dan akti1iti kum*ulan

description

contoh-contoh rph sains

Transcript of rph sains

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure)Nama GuruHelmelda Bungan Ajang

Mata PelajaranSains

Kelas2 Biru

Tarikh14 Ogos 2014

Masa10.30 pagi- 11.30 pagi

Bilangan Murid25 0rang

TajukHaiwan

Standard Kandungan2.1. Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran2.1.3. Memberi contoh haiwan herbivor, omnivor, dan karnivor serta makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.2.1.4. Mengelaskan haiwan herbivor, omnivor, dan karnivor mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.

Analyze Learners/Analisis Pelajar

Ciri Umum PelajarPengetahuan Sedia AdaGaya Pembelajaran

Murid-murid berada dalam lingkungan umur 8 tahun. Berlatarbelakang tahap sosio-ekonomi yang sederhana. Berada dalam kumpulan sederhana dari segi pencapaian akademik. Hidup di kawasan desa yang berteraskan kegiatan pertanian, perniagaan dan perindustrian. Pelajar terdedah dengan pelbagai jenis haiwan di kawasan tempat tinggal dan persekitaran. Murid mengetahui bentuk dan warna haiwan yang ditanyakan oleh guru. Murid mengetahui makanan yang dimakan oleh haiwan.Pelajar cenderung ke arah gaya pembelajaran visual, hands-on dan aktiviti kumpulan.

Menyatakan objektifDi akhir pengajaran hari ini, murid dapat :1. Mengenalpasti haiwan herbivor, omnivor dan karnivor serta makanan haiwan tersebut.2. Mengelaskan haiwan mengikut jenis pemakanan dengan betul.3. Mewarnakan haiwan mengikut warna dan keperluan masing-masing.4. Menyatakan beberapa jenis haiwan berdasarkan pemakanan mereka.

Memilih kaedah, media dan sumberKaedah : Kuliah Bercerita Pembentangan Perbincangan hands-onMedia : Tayangan video Gambar Alat dan bahan sumber yang diperlukan : Komputer dan LCD Lembaran kerja

Menggunakan media dan bahanBahan yang digunakan ialah big book dan satu klip video yang tempoh tayangannya selama minit. Video ini berjudul Haiwan dan Pemakanannya. Ia mengandungi gambar pegun, bahan grafik, rakaman video, teks dan audio.

Melibatkan pelajar

`Set Induksi: (7 minit) Guru bertanya khabar kepada murid-murid.a. Sihat?b. Sudah makan? Guru bercerita tentang kepentingan mengambil makanan menggunakan big book (Sarapan, makan tengah hari, dan malam) Guru bertanya murid kenapa kita perlu makan.

Langkah 1 : (8 minit) Guru bertanya adakah haiwan juga perlukan makanan. Haiwan apa yang makan : Tumbuhan Haiwan lain Kedua-duanya. Guru memberikan murid kad gambar haiwan. Murid diminta memadankan kad gambar haiwan dengan makanannya.

Langkah 2 : (15 minit) Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi gambar haiwan dan makanannya. Murid diminta untuk mewarnakan setiap gambar haiwan sama warna dengan makanannya.

Langkah 3 : (15 minit) Guru menayangkan video klip.

Langkah 4 : (10 minit) Berdasarkan tayangan video, murid dikehendaki menjawab lembaran kerja yang diedarkan di kelas. Murid membentangkan hasil dan jawapan dalam lembaran kerja mereka. Murid berbincang tentang jawapan kepada lembaran kerja bersama guru di dalam kelas

Rumusan dan Penutup: (5 minit) Guru membuat rumusan hasil daripada keputusan lembaran kerja yang dijawab. Murid diminta menyatakan haiwan yang mereka liha dalam video yang ditayangkan. Murid kemudiannya akan ditanya semula apakah yang telah mereka pelajari.

Penilaian

Pencapaian murid dinilai dari, Hasil perbincangan, pembentangan dan keputusan lembaran kerja. Penggunaan warna yang betul dalam aktiviti mewarna.

Penambahbaikan yang dibuat, Menyediakan soalan pengukuhan kepada pelajar. Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam video klip berkenaan.

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

Tarikh:22 Ogos 2014 Masa:7.30 pagi 8.30 pagi (60 minit)Kelas:Tahun 5 Gemilang Bilangan Murid:20 orangMata Pelajaran:Sains Tema:Menyiasat Benda HidupTajuk:Rantai MakananObjektif Pembelajaran:Mensintesis rantai makanan.Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat :-1. Membina sekurang-kurangnya satu rantai makanan bagi setiap habitat yang pelbagai semasa aktiviti dalam kumpulan.2. Mengenalpasti pengeluar dalam rantai makanan.3. Mengenalpasti pengguna dalam rantai makanan.Kaedah Pengajaran & :Perbincangan, sumbang saran, soal jawab, tayangan video, persembahan Power Point (PPT), hands-Pembelajaranon, minds-on, penerangan, pembentanganPengetahuan sedia ada:1. Murid tahu apakah makanan kepada sesetengah haiwan. Contohnya, ayam makan cacing.2. Murid tahu istilah herbivor, omnivor dan karnivor dan tabiat pemakanan haiwan tersebut.3. Murid tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.Kemahiran Proses Sains:Berkomunikasi, meramalkan, memerhatikan, mengelaskan, mentafsirkan data.Kemahiran Berfikir:Menganalisis, menjanakan idea, menghubungkaitkan, mengitlakkan, menganalogi, membuat urutan,menyusun mengikut keutamaan, mengumpulkan dan mengelaskan, mensintesiskan.Sikap Saintifik & Nilai Murni: Yakin dan berdikari, berfikir secara rasional, berani mencuba, minat dan bersifat ingin tahu, berfikir kritikaldan analitis, sistematik, bersyukur, bekerjasama

Sumber dan Bahan: 1. Buku teks Pengajaran & Pembelajaran2. Buku rujukan3. Youtube (video)5. Komputer (PPT)6. LCD7. Kad gambar haiwan 8. Kad gambar simbol 9. Pita pelekat10. Kad Manila11. Lembaran kerja12. Kertas

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi8 minitPengenalan kepada tajuk :Rantai Makanan berlaku apabila suatu benda hidup dimakan oleh benda hidup yang lain.

Guru menunjukkan video lagu Bangau Oh Bangau dan minta murid mengamatinya dengan teliti.

Guru meminta murid memberi pandangan / pendapat mereka mengenai video lagu tersebut.

Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid. Guru minta murid jawab soalan berikut:1) Haiwan apakah yang makan rumput?2) Apakah makanan bangau?3) Apakah istilah haiwan yang makan daging sahaja?

Murid mengamati lirik dan video lagu yang ditunjukkan.

Murid bebas memberi pandangan mengenai lagu tersebut.

Murid-murid memberi jawapan berdasarkan soalan yang diberikan mengikut kefahaman mereka.Contoh jawapan :1) Haiwan Herbivor (Kerbau)2) Ikan3) Karnivor

Kaedah : Tayangan video Soal Jawab

Alat : Video Komputer LCD

K.B : Menganalisis Menjanakan idea Menghubungkaitkan

K.P.S : Meramalkan Memerhatikan Berkomunikasi

Nilai : Yakin dan berdikari Berfikir secara rasional Berani mencuba

Langkah 17 minitPenerangan mengenai hidupan yang terlibat dalam Rantai Makanan.Guru memulakan pelajaran dan mengaitkan video lagu yang ditunjukkan dengan tajuk yang akan dipelajari.

Guru meminta murid mencatat rantai makanan dalam lagu tersebut.

Guru meminta murid pula memberi contoh haiwan herbivor, karnivor dan omnivor yang selain daripada haiwan yang dalam lirik lagu secara lisan.

Murid-murid bersedia untuk belajar.

Murid mencatat rantai makanan yang mereka dengar dan teliti dari lagu.Contoh :Rumput dimakan oleh haiwan kerbau.

Murid menjawab secara lisan.Contoh jawapan :Herbivor BelalangKarnivor HarimauOmnivor MonyetKaedah : Soal jawab

Alat : Kertas

K. B : Menghubungkaitkan Menjanakan idea Mengitlakkan Mengumpulkan dan mengelaskan

K.P.S : Berkomunikasi Mengelaskan Memerhatikan

Nilai : Minat dan bersifat ingin tahu Berfikir kritikal dan analitis

Langkah 28 minitMengenalkan istilah yang terdapat dalam Rantai Makanan.

Guru mengarahkan murid teliti kandungan persembahan powerpoint yang menunjukkan perkaitan antara istilah pengeluar, primer, skunder dan tertiar.

Perkenalkan istilah berdasarkan contoh tumbuhan dan haiwan seperti seperti berikut :1) Rumput - pengeluar2) Kerbau pengguna pertama (primer)3) Ular pengguna kedua (sekunder)4) Helang pengguna ketiga (tertiar)

Guru meminta murid beri contoh hidupan lain secara lisan dan membina perkaitan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertiarMurid mendengar penerangan serta membuat catatan ringkas.

Murid menjawab soalan yang dikemukan.Contoh jawapan :1) Pengeluar Padi2) Pengguna Pertama Tikus 3) Pengguna Kedua Ular4) Pengguna Ketiga - HarimauKaedah : Persembahan PPT Soal jawab Penerangan

Alat : Komputer LCDK. B : Menganalogi Menjanakan idea

K.P.S : Berkomunikasi

Nilai : Minat dan bersifat ingin tahu Berani mencuba

Langkah 37 minitMenerangkan konsep: bermaksud dimakan oleh

Guru menunjukkan simbol anak panah () melalui kad yang disediakan dan jelaskan konsep arah anak panah dan maksudnya.

Guru meminta murid menggunakan simbol anak panah pada rantai makanan yang mereka catat dalam langkah 2 bagi menggantikan perkataan dimakan oleh.Murid mendengar penerangan serta membuat catatan ringkas.

Murid menggunakan simbol () pada rantai makanan yang mereka buat menggantikan perkataan dimakan oleh.Contoh :Rumput kerbau.Kaedah : Hands-on Minds-on

Alat : Kad Simbol

K. B : Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menjanakan idea

K.P.S : Berkomunikasi Mentafsirkan data

Nilai : Sistematik Berani mencuba

Langkah 415 minitPerbincangan dalam kumpulan: Membina Rantai MakananGuru mengarahkan murid membentuk lima kumpulan. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut habitat masing-masing, iaitu :A =HutanB = Kebun Buah-buahanC = LautD = Sawah padi

Guru mengarahkan setiap kumpulan membina Rantai Makanan berdasarkan kepada habitat masing-masing dan gambar yang telah disediakan.Gambar-gambar yang disediakan :Laut : Rumpai laut Udang Ikan kecil Ikan besar Ikan jerungSawah padi : Padi Beluncas Katak Ular Helang Kebun buah-buahan : Buah Tupai Ular Musang HarimauHutan : Rumput Tikus Arnab Ular Burung Hantu

Guru bertindak sebagai fasilitator dan beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain.Murid membentuk lima kumpulan dan lantik ketua.Contoh jawapan :A (Hutan) :Rumput Tikus Arnab Ular Burung HantuB (Kebun Buah-Buahan) :Buah Tupai Ular Musang HarimauC (Laut) :Rumpai Laut Udang Ikan Kecil Ikan Besar Ikan JerungD (Sawah Padi) : Padi Beluncas Katak Ular HelangKaedah : Perbincangan Sumbang saran Hands-on Minds-on

Alat : Kad Gambar Pita pelekat Kad Simbol Kad Manila

K. B : Menganalogi Mensintesiskan Menjanakan idea Menghubungkaitkan Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

K.P.S : Berkomunikasi Mentafsirkan data mengelaskan

Nilai : Bekerjasama Minat dan bersifat ingin tahu Berani mencuba

Langkah 510 minitPembentangan dalam kumpulan :Membina Rantai MakananGuru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing, dimana setiap ahli kumpulan akan mewakili setiap haiwan atau tumbuhan yang terlibat dalam rantaian makanan yang dipersembahkan.

Murid membentangkan hasil Rantai Makanan yang mereka telah bina bersama rakan-rakan yang lain.

Kaedah : Pembentangan

Alat : Kad Gambar Pita pelekat Kad Simbol Kad Manila

K.B : Menjanakan idea

K.P.S : Berkomunikasi

Nilai : Berani mencuba

Penutup 5 minitRumusan dan KesimpulanGuru merumuskan isi pelajaran dangan memberikan lembaran kerja untuk murid bagi untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap tajuk yang telah dipelajari. (Lampiran 1)

Murid diarahkan membuat Buku Skrap dengan membina tujuh rantai makanan menggunakan gambar yang diambil dari majalah secara berkumpulan sebagai tugasan di rumah.Murid melengkap Lembaran kerja yang diberikan.

Murid membuat catatan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru.Kaedah : Minds-on Perbincangan Penerangan

Alat : Lembaran Kerja

K.B : Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

KPS : Mengelaskan

Nilai : Yakin dan berdikari Bersyukur

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh: 4 September 2014Kelas: 3 BrilliantBilangan murid: 18 orangMasa: 8.10 9.10 pagiTema: Sains HayatBidang pembelajaran: ManusiaStandard kandungan: 2.2Mengamalkan penjagaan gigiStandard pembelajaran: 2.21Mempraktikkan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek :a. Pemakananb. PenjagaanObjektif pengajaran &pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :A. Menguasai isi kandungana. Mengumpul dan mengelaskan makanan yang baik & makanan yang tidak baik untuk kesihatan gigi.b. Menyatakan amalan yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi seperti memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.c. Membuat kesimpulan bahawa mempraktikkan amalan terhadap kesihatan gigi dari aspek pemakanan dan penjagaan penting bagi memelihara gigi agar tidak rosakB. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikira. Membezakan & mengelaskan makanan yang baik dan makanan tidak baik bagi mengelak kerosakan gigi.Pengetahuan sedia ada: Murid mengetahui struktur gigi iaitu enamel, dentin, saraf, salur darah dan gusiKemahiran proses sains:Memerhatikan, meramalkan, membuat inferens, mengkelaskan, mengeksperimen dan berkomunikasi.Kemahiran berfikir:Menilai, menganalogikan, mengumpulkan dan mengelaskan, meramalkan, membuat kesimpulanSikap saintifik & nilai murni: Berfikir secara rasional, minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling, bekerjasama, menghargai danMengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.Sumber dan bahan P&P : Big Book Ipin dan Raja Kuman, telur, berus gigi, ubat gigi, air,video penghasilan telur, blok binaan lego, berus gigi dan tali, coklat, kertas lukisan, warna air, dan lembaran kerja

Fasa (Masa)Isi KandunganAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

Mengenalpasti masalah (8 minit)Kesan pengabaian kesihatan gigi Gigi rosak

Situasi 1Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

Guru bercerita menggunakan big book yang berkisarkan kisah tentang Ipin dan Raja Kuman.

Guru bertanya soalan-soalan berkaitan :Soalan 1:Apakah yang terjadi pada gigi Ipin di dalam mimpinya?

Soalan 2 :Apa terjadi jika gigi kamu semua diserang kuman?Soalan 3Apakah kesan gigi yang rosak terhadap kamu?

Situasi 2Guru menunjukkan sebiji telur rebus yang telah direndam semalaman dengan air My Cola (air soda bikarbonat berwarna gelap) kepada murid-murid di hadapan kelas sambil bertanya:

Adakah kamu mahu gigi kamu berubah warna seperti telur ini?

KPS Memerhatikan Berkomunikasi

KBKK Menilai

Sikap Saintifik & Nilai Murni Berfikir secara rasional

BBMBig Book Ipin dan Raja Kuman dan telur rebus yang sudah berubah warna.

Mengenal pasti punca masalah(7 minit)Punca kerosakan gigi Pemakanan Penjagaan gigi

Dengan berpandukan kisah Ipin dan Raja Kuman serta telur rebus itu, guru bertanya soalan yang berkaitan:

Soalan 1 :Mengapakah gigi Ipin diserang kuman?

Soalan 2 :Apakah penyebab telur itu berwarna sedemikian?

Murid cuba berbincang di dalam kumpulan dan memberi jawapan. Guru tidak menyatakan betul atau salah sebaliknya menayangkan video penghasilan telur tersebut bagi menjawab persoalan mereka.

Soalan 3Apakah aspek utama yang perlu diambil kira bagi memastikan gigi kita sentiasa sihat dan tidak menjadi seperti telur dan gigi di dalam gambar tersebut?

KPSMembuat inferens

KBKKMembuat inferensMenganalogikan

Sikap Saintifik & Nilai Murni Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Berfikir secara rasional

BBMTelur rebus yang sudah berubah warna, big book Ipin dan Raja Kuman dan video penghasilan telur

Mengenal pasti penyelesaian masalah

Langkah 1 (10 minit)

Aspek penjagaan bagi kesihatan gigi Memberus gigi minimum 2 kali sehariJenis aktiviti : hands-on

Guru memberi setiap satu kumpulan sebiji telur rebus yang telah direndam semalaman dengan air My Cola bersama-sama set berus gigi, ubat gigi, dan air( sinki) Telur itu dianalogikan sebagai gigi.

Guru bertanya soalan-soalan berkaitan :Soalan 1Adakah telur itu boleh kembali putih? Jika boleh, bagaimana?Jawapan: Boleh iaitu dengan cara memberus.

Guru persoalkan adakah telur itu boleh kembali putih dengan memberusnya.

Guru kemudiannya menyuruh murid membuktikannya dengan memberi peluang kepada murid-murid memberus telur tersebut dengan mengunakan ubat gigi dan berus gigi serta air.

Guru kemudian bertanya soalan seterusnya:

Soalan 2Dalam sehari, berapa kalikah kita perlu memberus gigi?

KPS Meramalkan Mengeksperimen Membuat inferens

KBKK Menganalogikan Membuat inferens

Sikap Saintifik & Nilai Murni Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling Berfikir secara rasional

BBMTelur rebus yang sudah direndam semalaman, set ubat gigi dan berus gigi, air.

Mengenal pasti penyelesaian masalah

Langkah 2 (10 minit)

Aspek penjagaan gigi Memberus sahaja tidak mencukupiGuru menyuruh semua murid menyengih (senyum dengan menampakkan gigi)

Guru memberikan setiap murid satu coklat dan menyuruh mereka memakannya sehingga guru meniup wisel tanda berhenti.

Guru kemudiannya menyuruh mereka sekali lagi untuk sengih.

Guru bertanyakan soalan-soalan berkaitan:

Soalan 1Apa beza perasaan mereka untuk senyum sebelum dan selepas makan?

Guru menayangkan gambar gambar gigi yang mempunyai makanan yang melekat di celah-celah gigi di hadapan kelas bagi menjawab persoalan ketidakselesaan mereka untuk senyum selepas makan.

Soalan 2Apakah dengan memberus sahaja, semua makanan yang melekat itu akan hilang?

Murid menjawab manakala guru tidak menyatakan betul dan salah sebaliknya menyuruh wakil setiap kumpulan membuktikan dengan memberus model gigi yang dibina menggunakan blok lego dan plastisin sebagai makanan yang melekat.

Soalan 2Apakah cara yang berkesan bagi membersihkan gigi tersebut

Murid diberi tali untuk membersihkan plastisin yang melekat pada model gigi.( Guru melihat teknik murid membersihkan model gigi tersebut dan buat refleksi/ menunjukkan teknik floss yang betul )

KPS Meramalkan Mengeksperimen

KBKK Meramalkan

Sikap Saintifik & Nilai Murni Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling Berfikir secara rasionalBBMCoklat,blok binaan lego, berus gigi dan tali, gambar makanan melekat di celah-celah gigi (Rujuk lampiran)

Mengenal pasti penyelesaian masalah

Langkah 3 (15 minit)Makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi.

Contoh makanan yang baik: Susu Sayur-sayuran

Contoh makanan yang tidak baik: Gula-gula Kopi

Guru membuat pernyataan berkait dengan aktiviti sebelumnya iaitu makanan jelas mempengaruhi kesihatan gigi di mana ia boleh merubah warna gigi dan melekat di celah-celah gigi.

Guru kemudiannya membuat persembahan diorama dengan menggunakan boneka dengan situasi seorang doktor gigi dan pesakitnya bersoal jawab tentang pemakanan untuk kesihatan gigi.

Lalu, guru mengemukakan soalan:

Soalan 1Apakah makanan yang tidak baik dan harus dihindari? Apakah pula makanan yang boleh dikategorikan baik untuk kesihatan gigi?

Guru meminta setiap murid melukis satu gambar contoh makanan yang baik untuk gigi seperti epal. Kemudian guru menyuruh mereka mewarnakannya dengan warna air dengan menggunakan berus gigi.

KPS Mengkelaskan Berkomunikasi

KBKKMengumpulkan dan mengelaskan

Sikap Saintifik &Nilai Murni Berkerjasama Berfikir secara rasional

BBMDiorama, boneka, kertas mahjung, berus gigi, kertas lukisan, warna air

Refleksi (10 minit)KesimpulanGuru membantu murid membuat kesimpulan bahawa pentingnya mengamalkan amalan pemakanan yang baik dan penjagaan gigi agar tidak rosak.

Aktiviti Jom MenyanyiGuru meminta murid menyanyi bersama-sama sebuah lagu (rujuk lampiran) sambil mengikut pergerakan guru. Guru akan bermain alat muzik berloceng bagi mengiringi lagu yang dinyanyikan

Guru memberi lembaran kerja (rujuk lampiran) sebagai tugasan individu dan sebagai pengukuhanKPS Berkomunikasi

KBKK Membuat kesimpulan

Nilai Murni Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat

BBMAlat muzik berloceng, lirik lagu, lembaran kerja (Rujuk lampiran )