RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh dan Hari 18 April 2016 Kelas 6 Efektif Bilangan Murid 20 orang Masa (minit) 60 minit Tema/Tajuk Bumi dan Sains Angkasa Bab 10: Gerhana Pengetahuan Sedia Ada Murid Murid telah didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran tentang fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari Strategi/Kaedah Projek Standard Kandungan 10.1 Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari Standard Pembelajaran 10.1.1 Memerihalkan fenomena Gerhana Bulan dengan bantuan lakaran berdasarkan: Kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari Sifat cahaya 10.1.2 Memerihalkan fenomena Gerhana Matahari dengan bantuan lakaran berdasarkan: Kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari Sifat cahaya Objektif Pembelajaran 1.1 Murid boleh menyusun kedudukan model Bumi, Matahari dan Bulan semasa fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari semasa melakukan projek 1.2 Murid boleh mengenalpasti jarak yang sesuai untuk memastikan bayang-bayang Bulan jatuh ke Bumi semasa fenomena gerhana Matahari

Transcript of RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

Page 1: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh dan Hari 18 April 2016

Kelas 6 Efektif

Bilangan Murid 20 orang

Masa (minit) 60 minit

Tema/Tajuk Bumi dan Sains Angkasa

Bab 10: Gerhana

Pengetahuan Sedia Ada

Murid

Murid telah didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran tentang fenomena gerhana bulan dan gerhana

matahari

Strategi/Kaedah Projek

Standard Kandungan 10.1 Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari

Standard Pembelajaran 10.1.1 Memerihalkan fenomena Gerhana Bulan dengan bantuan lakaran berdasarkan:

Kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari

Sifat cahaya

10.1.2 Memerihalkan fenomena Gerhana Matahari dengan bantuan lakaran berdasarkan:

Kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari

Sifat cahaya

Objektif Pembelajaran 1.1 Murid boleh menyusun kedudukan model Bumi, Matahari dan Bulan semasa fenomena gerhana bulan dan

gerhana matahari semasa melakukan projek

1.2 Murid boleh mengenalpasti jarak yang sesuai untuk memastikan bayang-bayang Bulan jatuh ke Bumi

semasa fenomena gerhana Matahari

Page 2: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

1.3 Murid boleh mengenalpasti jarak yang sesuai untuk memastikan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan

semasa fenomena gerhana Bulan

EMK Kepimpinan, kemahiran berfikir, nilai murni (bekerjasama), Pendidikan Alam Sekitar, kreativiti dan inovasi

Bahan bantu mengajar Video, model kedudukan Bumi, Matahari dan Bulan semasa fenomena gerhana Bulan dan Matahari,

Page 3: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Fasa Orientasi

(5 minit)

“Tuhan telah ciptakan gerhana,

Sebagai tanda keagungan alam,

Kala hati bingung kemana

Mendekatlah padaNya di sepertiga

malam

Gerhana matahari di waktu pagi,

Cahaya redup seperti mendung,

Harus ingat asalnya diri,

Agar hidup selalu dilindungi

Gerhana bulan di kala malam,

Tak ada cahaya dan menakutkan,

Dalam melangkah pikirkan yang dalam

Sehingga kelak tak ada penyesalan”

Guru menayangkan skrip Pantun Gerhana

pada layar projektor dan guru meminta

seorang murid untuk menyampaikan

serangkap pantun.

Soalan guru:

“Pantun tersebut berkenaan tentang apa?”

“Apakah kejadian alam yang terdapat

pada pantun tersebut?”

BBM:

Pantun Gerhana

Nilai:

Mensyukuri nikmat

yang dikurniakan

Tuhan

Menghargai

keseimbangan alam

semula jadi

Fasa Pencetusan

Idea

(5 minit)

Kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan

semasa fenomena Gerhana Matahari

dan Gerhana Bulan

Fenomena Gerhana Matahari berlaku

pada waktu pagi dan fenomena

Guru menayangkan video fenomena

Gerhana Matahari dan Bulan.

Guru mencetuskan idea mengenai

fenomena gerhana yang dapat dilihat di

dalam video tersebut.

BBM:

Video

Kemahiran berfikir:

Mencirikan

Membandingkan dan

membezakan

Page 4: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

Gerhana Bulan berlaku pada waktu

malam.

“Pernahkah kamu melihat fenomena

seperti di dalam video tersebut?”

“Apakah beza fenomena Gerhana

Matahari dan fenomena Gerhana Bulan?”

Kemahiran Proses Sains:

Membuat inferens

Membuat hipotesis

Meramal

Memerhatikan

Nilai dan Sikap Santifik

Minat dan bersifat ingin

tahu tentang alam

sekeliling

Berfikiran kritikal dan

analitis

Fasa Penstrukturan

Semula Idea (15

minit)

Fenomena gerhana akan berlaku

sekiranya Matahari, Bumi dan Bulan

berada pada satu garisan yang lurus

mengikut orbit masing-masing.

Guru menayangkan semula video dan

menerangkan dengan murid bagaimana

fenomena gerhana Matahari dan gerhana

Bulan berlaku berdasarkan kedudukan

dan jarak antara Matahari, Bulan dan

Bumi.

Semasa menerangkan teori fenomena

gerhana, guru menggunakan grafik

Sikap Saintifik dan Nilai Murni:

Berfikiran kritikal dan

analitis

Kemahiran Proses Sains:

Membuat hipotesis

Meramal

Kemahiran berfikir:

Page 5: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

Gambar 1: Gerhana Matahari

Gambar 2: Gerhana Bulan

kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan

semasa fenomena gerhana Matahari dan

Bulan berlaku pada layar projektor.

“Bagaimanakah fenomena Gerhana

Matahari berlaku?”

“Berdasarkan pemerhatian kamu kepada

grafik ini, terangkan dengan secara

ringkas bagaimana jarak Matahari, Bumi

dan Bulan mempengaruhi fenomena

gerhana?”

Menganalisis

Fasa Aplikasi Idea

(30 minit)

“Mengikut kumpulan masing-masing,

keluarkan model Matahari, Bumi dan

Bulan dan bahan-bahan terbuang yang

anda bawa. Reka/cipta satu model untuk

membantu menerangkan kejadian

fenomena gerhana Matahari dan gerhana

Bulan”

Kaedah PdP: Projek

Bahan-bahan tambahan:

Wayar

Mentol

Lampu suluh

Selotep

Gam

Page 6: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

Gambar 3: Contoh model gerhana

bulan

Syarat-syarat hasil reka cipta:

1. Jadikan Matahari sebagai sumber

cahaya. Gunakan kreativiti

masing-masing untuk melakukan

modifikasi terhadap Matahari agar

ia mampu mengeluarkan cahaya

2. Tentukan kedudukan yang sesuai

bagi Matahari, Bulan dan Bumi

agar kedua-dua fenomena dapat

ditunjuk dengan jelas.

Guru membekalkan bahan-bahan

tambahan yang diperlukan

Guru bertindak sebagai fasililator dan

pemudahcara

Setiap kumpulan akan membuat

pembentangan mengenai model gerhana

yang dihasilkan oleh kumpulan masing-

masing. Setiap kumpulan akan bentang

selama 3 minit.

Gunting

Warna air

Pelbagai jenis saiz kotak

Kemahiran Proses Sains:

Berkomunikasi

Mengawal pemboleh

ubah

Mengeksperimen

Sikap Saintifk dan Nilai Murni

Bekerjasama

Berfikiran kritikal dan

analitis

Menghargai

keseimbangan alam

semula jadi

Berani mencuba

Kemahiran Berfikir

Membuat urutan

Menganalisis

Menjanakan idea

Page 7: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

Guru perlu menekankan tentang

kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan

serta jaraknya berdasarkan fenomena

gerhana kumpulan masing-masing.

“Bagaimana anda melakukan ujian untuk

memastikan jarak tersebut sesuai untuk

terjadinya fenomena gerhana?”

Penyelesaian masalah

Membuat gambaran

mental

Mereka cipta

Elemen Merentas Kurikulum

Kreativiti dan inovasi

Kemahiran komunikasi

Kepimpinan

Bekerjasama

Fasa Refleksi

(5 minit)

Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan

berlaku disebabkan gerakan bulan

mengelilingi bumi. Bulan, Bumi dan

Matahari dalam satu baris yang lurus

menyebabkan terjadi gerhana.

Sifat cahaya Matahari ketika gerhana

ialah:

Cahaya matahari bergerak lurus

Cahaya tidak dapat menembusi

Bulan dan Bumi yang bersifat

legap

Nota:

Murid merumuskan fenomena gerhana

Matahari dan gerhana Bulan berdasarkan

projek pada hari ini.

“Apakah masalah yang anda hadapi

semasa menjalankan projek ini?”

Guru menerangkan kepada murid serba

sedikit tentang hikmah kejadian gerhana:

1. Tanda keagungan dan kekuasaan

Tuhan yang menciptakan alam

Kemahiran Proses Sains

Mentafsirkan data

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Bersyukur kepada

Tuhan

Menyedari bahawa

sains merupakan satu

daripada cara untuk

memahami alam

Kemahiran berfikir

Page 8: RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana

Legap ialah bahan yang tidak boleh

ditembusi cahaya

semesta, menguasainya serta

mengaturnya.

2. Manusia sentiasa muhasabah diri

terhadap kejadian-kejadian alam.

3. Menyedarkan manusia untuk

sentiasa bersyukur di atas nikmat

yang diberi

Penyelesaian masalah

Menghubungkaitkan

Membuat kesimpulan