RPH Sains Th 5(Pengembangan & Pengecutan)

7
Bidang : Alam Fizikal Tahun : 5 Objektif Umum : Haba Objektif Khusus : Memahami kesan haba ke atas bahan Tajuk : Pengembangan dan Pengecutan Masa : 60 minit Pengetahuan sedia ada : 1) Murid telah mengetahui apabila bahan menerima haba ianya akan Menjadi panas. 2) Murid pernah mengalami kesan haba dalam kehidupan seharian. Objektif Pelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat : 1) Menyatakan kesan haba ke atas bahan 2) Menyatakan bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut Apabila disejukkan. 3) Menyenaraikan empat contoh prinsip pengembagan dan pengecutan Dalam kehidupan seharian. Kemahiran :

Transcript of RPH Sains Th 5(Pengembangan & Pengecutan)

Page 1: RPH Sains Th 5(Pengembangan & Pengecutan)

Bidang : Alam Fizikal

Tahun : 5

Objektif Umum : Haba

Objektif Khusus : Memahami kesan haba ke atas bahan

Tajuk : Pengembangan dan Pengecutan

Masa : 60 minit

Pengetahuan sedia ada :

1) Murid telah mengetahui apabila bahan menerima haba ianya akan

Menjadi panas.

2) Murid pernah mengalami kesan haba dalam kehidupan seharian.

Objektif Pelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :

1) Menyatakan kesan haba ke atas bahan

2) Menyatakan bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut

Apabila disejukkan.

3) Menyenaraikan empat contoh prinsip pengembagan dan pengecutan

Dalam kehidupan seharian.

Kemahiran :

Memerhati, meramal, membina hipotesis, membuat inferens, komunikasi,

Mengeksperimen, dan membuat keputusan.

Nilai dan sikap saintifik :

1) Minat dan bersifat ingin tahu tentang kesan haba ke atas bahan.

2) Bekerjasama

3) Jujur dan tepat dalam merekod dan mencata keputusan

4) Mensyukuri nikmat Tuhan

Page 2: RPH Sains Th 5(Pengembangan & Pengecutan)

Bahan bantu mengajar :

Bola pingpong, bikar besar, belon, botol, gelang besi dan bola besi,

Kelalang konikal,lilin, air batu

Penyampaian :

Langkah/

Masa

Isi kandungan

(Kemahiran Saintifik)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set

Induksi

( 5minit)

Bola pingpong yang

kemek dimasukkan ke

dalam satu bikar besar

berisi air panas.

Bola pingpong yang

kemek kembali ke bentuk

asal.

1. Guru meminta murid memerhati

keadaan bola pingpong kemek

yang dimasukkan ke dalam

semangkuk air panas.

Soalan : Apakah yang telah

berlaku pada bola pingpong

tersebut?

2. Murid diminta member pendapat

tentang keadaan bola pingpong

tersebut berdasarkan pemerhatian

mereka

3. Guru memperkenalkan tajuk

pelajaran yang akan disampaikan.

Bahan :

Bola ping-

pong , air

panas dan

bikar besar

Nilai :

Minat dan

ingin tahu

Langkah

1

(10minit)

Memahami kesan haba

ke atas pepejal.

( meramal )

1. Guru menunjukkan bebola besi dan

gelang besi. Guru memasukkan

bebola besi ke dalam gelang besi.

Soalan : Apakah yang terjadi

apabila bola besi dilepaskan masuk

ke dalam gelang ?

Page 3: RPH Sains Th 5(Pengembangan & Pengecutan)

( Membuat hipotesis )

Contoh hipotesis :

Bola besi tidak dapat

melepasi gelang besi

apabila dipanaskan.

Bola besi dapat melepasi

gelang besi apabila

disejukkan.

( Membuat Inferens )

Besi mengembang

apabila dipanaskan.

Besi mengecut apabila

disejukkan

2 . Murid menjawab soalan guru.

2. Seorang murid diminta

memanaskan bola besi dengan api

lilin.Kemudian bola besi tadi

dilepaskan masuk kedalam gelang

besi.

Soalan : Apakah yang berlaku

apabila bola besi yang telah

dipanaskan tadi dimasukkan ke

dalm gelang?

3. Murid menjawab dan membuat

hipotesis dengan bimbingan guru.

Soalan : Apakah yang

menyebabkan bola besi tidak dapat

melepasi gelang tersebut ?

Langkah

2

(10minit)

Kesan haba ke atas

a) Pepejal

b) Cecair

c) gas

1. Murid-murid dibahagikan kepada

6 kumpulan.2kumpulan akan

menjalankan ujikaji terhadap

pepejal, 2 kumpulan terhadap

cecair dan 2 kumpulan terhadap

gas.

2. Guru menyediakan alat dan radas

kepada murid.

3. Guru membimbing murid untuk

menjalankan eksperimen.

Langkah

3

(25minit)

( Mengeksperimen )

(Membuat rumusan )

1. Murid menjalankan eksperimen

mengikut lengkah-langkah yang

telah diberikan.

Page 4: RPH Sains Th 5(Pengembangan & Pengecutan)

2. Murid mencatat keputusan pada

lembaran yang disediakan.

3. Wakil kumpulan membentangkan

hasil rumusan mereka perolehi

Langkah

4

((10minit)

Aplikasi kesan haba

dalam kehidupan

seharian. Contoh :

1. Kabel elektrik

2. Landasan

keretapi

3. Penutup botol

yang ketat.

4. Kepingan konkrit

pada laluan

pejalan kaki

1. Murid diperlihatkan tayangan

melalui computer tentang

pengembangan dan pengecutan

dalam kehidupan seharian.

2. Murid berbincang dalam kumpulan

tentang kesan haba dalam

kehidupan seharian.

3. Guru bersoaljawab dengan murid

tentang tajuk yang dipelajari.

Langkah

5

(10minit)

penutup

Refleksi 1. Murid diminta melengkapkan peta

minda dengan bantuan guru dalam

lampiran yang disediakan.

2. Murid menjawab soalan pengukuhan.

Page 5: RPH Sains Th 5(Pengembangan & Pengecutan)