rph seni
description
Transcript of rph seni
Langkah/Masa
Langkah/MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan
Set Induksi
(7minit)
Guru memulakan pengajaran dengan memberi satu situasi dan memaparkan gambar- gambar pokok bunga yang segar dan layu. (rujuk lampiran 1)
Guru mengutarakan beberapa soalan mengenai sebab berlakunya kejadian tersebut dan meminta murid membuat perbandingan tentang kejadian yang berlaku dalam situasi tersebut.Guru memberi lampiran 2 untuk memilih dan mewarnakan jawapan yang sesuai.
BBB:
Gambar- gambar, lembaran kerja, komputer riba, papan pintar dan pensel warnaKB:
Menjana idea
Nilai:
Berdikari
Perkembangan
Langkah 1
( 12 minit)
Guru memperkenalkan satu lagu, bertajuk Lagu Pokok Bunga mengenai keperluan asas tumbuhan.
(Lampiran 3 : Lagu Pokok Bunga)
Guru mengedarkan satu lembaran yang mengandungi lirik lagu kepada semua murid.
Secara kumpulan murid-murid akan membuat aksi semasa menyanyi.Selepas menyanyi, murid-murid dikehendaki mengenalpasti setiap keperluan asas tumbuhan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.
BBB:
Komputer riba, powerpoint, papan pintar dan lembaran lirik lagu
KB:
Menjana idea
Nilai:
Kerjasama
Langkah 2
(10 minit)Selepas nyanyian, guru memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai keperluan asas tumbuhan dan kepentingan keperluan tersebut.
Guru memberi penjelasan tentang keadaan tumbuhan jika ia tidak dibekalkan atau disediakan dengan keperluan asas.BBB:
Gambar-gambar, powerpoint, komputer riba dan papan pintar.
KB:
Menganalisis
Nilai:
Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
Langkah 3
(15 minit)
Guru membahagikan murid-murid dalam tiga kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan kad gantung untuk mewakili watak pokok, air, udara dan matahari. (lampiran 4 : Gambar bagi kad gantung)
Selepas mewakili wataknya, setiap kumpulan akan menghasilkan satu situasi yang berkaitan dengan tajuk keperluan asas tumbuhan. Murid akan berlakon situasi tersebut di hadapan kelas.BBB:
Kad gantung watak
KB:
Menjana idea
Nilai:
Kerjasama
Penilaian
(10 minit)
Penilaian individuMurid diberi lembran kerja dan menyelesaikan secara individu.Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripada murid.BBB:
Lemabran kerja
KB
Menjana idea
Nilai murni
Tanggungjawab
Penutup
(5 minit)
Guru membuat rumusan dengan bertanya soalan tentang topik keperluan asas tumbuhan.
Guru memastikan semua murid menjawab soalan dengan tepat.
KB:
Menjana idea
Nilai:
Berani
Rafleksi:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pokok bunga yang layu.
Pokok bunga yang segar.