Rph wayang-kulit
-
Upload
yanfieznal -
Category
Documents
-
view
1.422 -
download
3
Transcript of Rph wayang-kulit
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 4 Sofea
Bilangan Murid : 24 orang
Tarikh : 28 Ogos 2012
Masa : 11.00 pagi – 12.00 pagi (60 minit)
Bidang : Mengenal Kraf
Aktiviti : Mengenal Kraf Tangan Tradisional
Tajuk : Wayang Kulit
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Menghasilkan Kraf Tradisional dengan menguasai
kemahiran penggunaan alat, bahan dan teknik.
2. Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan
rakan secara kritis dan kreatif.
Bahan : Contoh hasil kerja, gunting, pensel warna, kad manila
Rujukan : RPT PSV Tahun 4 dan HSP PSV Tahun 4.
Penggabungjalinan : Kemahiran Hidup
Pengetahuan Sedia ada : Murid mengetahui serba sedikit mengenai wayang kulit
Penerapan Nilai : Menghargai, berani, berdikari
Unsur KBKK : Membuat kaitan , menjana idea
BBM : Slaid powerpoint, gambar dan contoh hasil kerja lepas
PERKARA BUTIRAN KEGIATAN FOKUS PEMBELAJARAN CATATAN /
ILUSTRASI
Set Induksi
( 5 minit)
Guru menunjukkan
contoh patung wayang
kulit.
1.Guru menunjukkan contoh
gambar kepada murid-murid.
2.Guru meminta murid-murid
meneka contoh gambar yang
ditunjukkan.
3. Guru mencungkil pengetahuan
sedia ada murid mengenai
wayang kulit melalui beberapa
pertanyaan berikut.
BBM:
1. Slaid powerpoint
KMT:
1. Kemahiran
Berfikir
i) Menjana idea
2. Kemahiran
belajar cara
belajar
i) Kemahiran
mendengar
Langkah 1
(10 minit)
Pengenalan 1.Guru menunjukkan contoh hasil
kerja terdahulu yang telah siap.
2.Guru menerangkan tentang
sejarah wayang kulit.
3.Guru bertanyakan beberapa
soalan mengenai patung wayang
kulit.
- Apakah kegunaan patung
wayang kulit?
- Bagaimana cara
menghasilkan patung
wayang kulit ini?
4.Guru merumuskan jawapan
murid dan menerangkan
mengenai bahan-bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan
patung wayang kulit tersebut.
BBM
1. Alat pemancar
(LCD)
2. Slaid powerpoint
3.Patung wayang
kulit.
Langkah 2
(20 minit)
Berdasarkan power point
yang ditayangkan.
1.Guru menunjukkan
beberapa contoh patung
wayang kulit.
1.Guru menayangkan slaid
langkah-langkah menghasilkan
patung wayang kulit.
2.Murid akan melihat dan
mendengar.
3.Guru menerangkan langkah-
langkah penghasilan patung
wayang kulit.
4.Murid mendengar penerangan
dan melihat tunjuk cara.
5.Guru mengulang penerangan
langkah sekali lagi.
BBM
1. Alat pemancar
(LCD)
2.Slaid powerpoint
KMT
1. Kemahiran
belajar cara
belajar
i) Kemahiran
mendengar
Langkah 3
(20 minit)
Gerak kerja:
Menghasilkan patung
wayang kulit.
1.Guru menunjukkan lakaran
patung wayang kulit yang telah
siap.
2.Murid perlu membuat patung
wayang kulit sendiri.
3.Murid perlu menekap lakaran
yang diberi.
4.Murid perlu memotong dan
mewarna lakaran patung wayang
kulit tersebut.
5.Murid mewarna mengikut
kesukaan masing-masing.
6. Murid menyiapkan patung
wayang kulit mereka.
BBM
1. Alat pemancar
(LCD)
KMT:
1. Kemahiran
Berfikir
i) Menjana idea
Penutup
( 5 minit )
Sesi Aspresiasi:
Guru membuat rumusan
tentang teknik dan kualiti
produk yang telah
dihasilkan murid.
1.Guru memberi pandangan dan
respon membina terhadap hasil
kerja murid.
2.Guru seterusnya meminta murid
untuk melakonkan watak wayang
kulit secara berpasangan.
BBM
Patung wayang
kulit
Nilai:
Kerjasama dan
menghargai.