RPH.docx

15
1.0 PENDAHULUAN Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting kea rah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Ia bermatlamat untuk melahirkan individu berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan berjati diri yang tinggi. Seni Dalam Pendidikan menggabungkan seni mu.zik, seni visual dan seni pergerakan dan ini akan membntu pembentukan insan yang bersifat holistik Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. 1

Transcript of RPH.docx

1.0 PENDAHULUAN

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting kea rah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Ia bermatlamat untuk melahirkan individu berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan berjati diri yang tinggi. Seni Dalam Pendidikan menggabungkan seni mu.zik, seni visual dan seni pergerakan dan ini akan membntu pembentukan insan yang bersifat holistikSelaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidupIntegrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

Terdapat banyak faedah yang diperolehi apabila mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.Untuk itu, pengajaran Seni Dalam Pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu Pak Mamat Ada Kebun selepas mengajar teks cerita haiwan.Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Melayu, dapat mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta berkesan.Sehubungan dengan itu, integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Tarikh / Hari:24 Mac 2015 / SelasaMasa:4.30 - 5.30 p.m.Tahun:2 KreatifBil. Murid:35 orangMata Pelajaran:MatematikBidang:Sukatan dan GeometriTajuk:RuangStandard Kandungan:Murid dibimbing untuk :13.3Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D)Standard Pembelajaran:Murid berupaya untuk :(1) Mengenal pasti bentuk-bentuk dua dimensiNilai:Bekerjasama, sifat ingin tahu, ketelitian dan kekemasanEMK:KreativitiBBM:Bentuk Tangram, kertas warna, lembaran kerja, slaid power pointLANGKAH/MASA

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

AKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Langkah 1Set Indukasi 5 minitMengenal bentuk-bentuk dua dimensi1.Guru menunjukkan gambar boneka yang terbina daripada bentuk-bentuk 2 dimensi

(power point)

2.Guru bersoal jawab dengan murid:a. Gambar apakah yang dapat kamu lihat?b. Sebutkan bentuk-bentuk yang dapat kamu lihat?

c. Ada berapa bulatan pada boneka tersebutd. Ada berapa segiempat, murid-murid?e. Ada berapa pula bilangan segitiga?

1.Murid-murid memerhatikan gambar dengan teliti

2.Murid menjawab soalan guru berdasarkan pengalaman dan pengetahun sedia ada mereka.a.Gambar boneka, cikgu

b.Bentuk bulatan, segiempat dan segitiga, cikgu.c. Ada 6

d. Ada 9, cikgu.

e. Ada 4 cikgu.

Strategi/teknik : perbincangan dan soal jawab

Langkah 2( 10 minit )

Ciri-ciri bentuk 2 dimensi1. Guru memperkenal dan menamakan bentuk 2Di. Segiempat samaii.Segiempat tepatii. Segitigaiii. Bulatan

2. Menyebut dan mengeja bentuk 2D.

3. Memperkenalkan ciri-ciri bagi 2D.

**Persembahan power point

1. Murid mendengar penerangan guru.

2.Murid menyebut dan mengeja perkataan yang ditunjukkan.

2.Murid membaca ciri-ciri 2D. Persembahan power point

Langkah 3( 15 minit)

Menamakan bentuk 2D dengan objek persekitaran.

2.Membentuk rajah 2D1.Guru menunjukkan slaid objek dan murid menamakan bentuk 2D-nya.

**Persembahan power point

2.Secara berkumpulan berenam, guru meminta murid membuat bentuk:a.segiempat samab.segiempat tepatc. segitigad. bulatan

1.Murid menyatakan bentuk 2D berdasarkan objek yang ditunjukkan

2.Murid membuat formasi secara bergerak membuat bentuk 2D berdasarkan arahan guru.Strategi :

Pengelasan

Persembahan power point

Langkah 4:

( 25 minit )

Membuat bentuk lain menggunakan bentuk 2D(Aktiviti Kumpulan Tangram)1.Setiap kumpulan diberi 4 keping tangram.2.Setiap kumpulan dikehendaki memotong tangram yang terdiri daripada bentuk 2D dan mencantumkannya supaya menjadi bentuk lain.

3.Mereka dikehendaki menampal pada kertas lain dan menamakan bentuk yang dihasilkan.

4. Ketua kumpulan dikehendaki mempamerkan hasil kumpulan masing.

5.Pemenang dikira dari segi kreativiti dan kekemasan.

1.Murid mendengar penerangan daripada guru.

2.Memulakan tugasan dengan membahagikan tugas.

3.Ketua kumpulan mempamerkan hasil kumpulan masing-masing di papan putih.

Nilai :Kerjasama, kekemasan

Kaedah : Kooperatif

BBM: Kepingan Tangram, gunting, gam

-Semasa murid melakukan aktiviti guru memperdengarkan lagu instrumental

LAGU INSTRUMENTAL

Penutup(5 minit)Lembaran Kerja

1.Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan di dalam kelas.

2.Guru membantu murid menyiapkan latihan.

1.Murid menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru.

Refleksi :

3.0KESIMPULAN

Sekiranya diteliti, matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati dan kesedaran berkaitan pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Burung. Aktiviti seni yang digunakan dalam pendidikan yang dialami sendiri oleh kanak-kanak sangat bekesan dalam mempengaruhi kehidupan mereka kerana mereka melaluinya sendiri. Ini menyebabkan mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian. Keadaan ini menjadikan mereka mudah mengingati apa yang dipelajari dan ingatan menjadi lebih kekal.Seni begitu memain peranan yang penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memainkan peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seninya iaitu selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru itu, seni memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan kita hari ini. Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Secara tidak langsung, ia menarik minat murid untuk belajar dalam sesuatu mata pelajaran itu. Oleh yang demikian, guru haruslah mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru dapat merangsang kearah pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu, ia dapat menggalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P berlangsung.

4.0REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan yang diberikan ini, pelbagai input dan ilmu baru saya perolehi. Namun begitu, terdapat juga pelbagai halangan dan masalah yang terpaksa saya hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya setelah berbincang dengan rakan-rakan lain untuk mendapatkan idea. Pada peringkat awal didedahkan tugasana bagi Seni Dalam Pendidikan ini, saya rasa amat mudah hendak dilakukan iaitu cuma membuat rancangan pelajaran harian yang ada penerapan tiga elemen seni iaitu seni visual, seni muzik dan pergerakan. Saya telah terbanyang tajuk dan kemahiran yang saya perlu lakukan. Saya telah bercadang untuk membuat tajuk 2 dimensi. Masalahnya adalah untuk elemen seni pergerakan yang belum dapat saya banyangkan untuk dilakukan. Tetapi setelah diterangkan oleh En Mohd Fazil, maka saya telah mendapat idea. Peringkat seterusnya adalah mengumpul maklumat dengan mencari standard kandungan dan standard pembelajaran bagi tajuk 2 dimensi. Saya telah meminjam rancangan pelajaran tahunan Matematik Tahun 2 KSSR dari rakan guru Matematik Tahun 2. Setelah merangka rancangan pelajaran harian saya pun memasukkan tiga elemen seni yang dikehendaki. Bagi seni visual, saya telah membuat power point bagi menerangkan ciri-ciri bagi 2 dimensi iaitu bulatan, segitiga, segiempat sama dan segiempat tepat. Manakala elemen seni muzik pula, saya memasukkan pada aktiviti berkumpulan yang dilakukan oleh murid untuk membuat bentuk-bentuk yang boleh dibuat dari Tangram. Bagi elemen seni pergerakan pula, saya telah meminta murid bergerak dengan membuat bentuk segitiga, bulatan, segiempat sama dan segiempat tepat. Segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Ini telah melegakan fikiran saya. Tugasan yang diberikan ini banyak memberi idea kepada saya untuk menjadi guru yang lebih cemerlang di masa hadapan. Keadaan ini disebabkan pada awal tugasan saya mengalami pelbagai cabaran untuk mencari bahan untuk disesuaikan dengan Rancangan Pelajaran Harian. Tajuk yang dipilih perlu saya sesuaikan dengan elemen muzik serta pergerakan seperti yang dikehendaki dalam tugasan. Selain itu, dari segi pengurusan masa, saya perlu membahagikan masa kepada banyak bahagian iaitu tugas guru di sekolah, kerja kursus dan juga kajian tindakan yang perlu saya siapkan segera. Banyak yang perlu saya korbankan iaitu dari segi masa dan juga keluarga yang banyak memberi inspirasi kepad saya. Namun tanggungjawab sebagai seorang pelajar telah dipikul oleh saya maka saya menerimanya sebagai satu cabaran yang positif kepada diri saya. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, berakit-rakit ke hulu, berenag-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Tugasan ini telah memberi satu pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya untuk menerapkan eleman seni dalam pengajaran saya iaitu Matematik. Kombinasi elemen seni sepeti seni muzik, seni visual dan seni gerakan membuatkan saya yakin dan percaya ianya akan memberi kesan yang positif kepada anak murid saya apabila ianya disampaikan dengan cara yang menarik. Akhir kalam, saya sangat berharap pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat tugasan ini saya dahului dengan ribuan kemaafan. Sekian terima kasih.

RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sukatan dan Geometri Tahun 2, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn. BhdSalmah Ayob (1992). Pergerakan Kreatif dan Pendidikan. Flo Enterprise Sdn. Bhdhttp://lastikbbdah.blogspot.com/2011/06/pengenalan-kepada-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/12/peranan-seni-dalam-pendidikan-perkaitan.html

Lampiran 1Tangram

Lampiran 2Bentuk-bentuk dari tangram

Lampiran 3Lembaran Kerja

10