rujukan

download rujukan

of 1

description

grid

Transcript of rujukan

Menurut Ian (2011), komposisi adalah proses menyusun dan meletakkan beberapa elemen sesuatu gambar di dalam sesebuah bingkai. Ia merupakan asas kepada apa-apa lukisan mahupun catan, dengan menggunakan apa-apa media yang diingini.

Allison Cole. (1992). Menjelaskan mengenai Albrects Durer dan alatan yang digunakannya iaitu The Draughtsmans Net yang diadaptasi daripada rekaan Leonardo Da Vinci serta Alberti Grid untuk memudahkan lukisan komposisi dan perspektif.Collin Hayers. (1978) memberikan pendapat teknik grid merupakan teknik yang mudah untuk memindahkan imej ke permukaan lain.Helen Douglas-Cooper. (1995) menyatakan bahawa komposisi merujuk kepada cara pelukis menyususn elemen dan subjek dan penekanan diberikan mengenai sudut pandangan, subjek yang dipilih serta bentuk keseluruhan sujek.

James Horton. (1994). Menyatakan tetingkap fokus membantu mencari sudut pandangan dan mengelakkan kekeliruan.

John Henn. (2003). Lukisan merupakan seni yang tertua dan paling ringkas. Melukis dapat menyatakan perasaan, berkomunikasi atau menyampaikan idea kepada orang lain, ataupun sebagai kepuasan seni..Paul Thomas & Anita Taylor. (2003). Menyatakan sejak dulu lagi terdapat beberapa alatan yang dicipta untuk membantu dalam melukis, mengukur serta membuat perspektif atau meniru menerusi paparan.

Ronald Pearsall. (1994). Menyatakan adalah mudah untuk menyalin semula objek yang dilihat di setiap segi empat dalam kaedah tetingkap grid dan dipastikan setiap bahagian objek adalah betul dan kaedah ini diterima pakai oleh pelukis-pelukis hebat pada zaman dahulu.

Ronald Pearsall. (1994). Mendefinisikan lukisan ialah seni mempersembahkan objek atau bentuk melalui garisan