Rujukan Ungku Aziz

12
Profesor Diraja Ungku Aziz ialah seorang tokoh akademik dan ekonomi yang sangat sukar disaingi apatah lagi ditandingi di negara ini. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan penting di UM iaitu Ketua Jabatan Ekonomi dan apabila jabatan itu dinaiktarafkan menjadi fakulti, beliau ialah orang pertama yang menjadi dekannya; professor Ekonomi dan naib canselor. Ungku Aziz yang berdarah diraja dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, England. Beliau mendapat pendidikan awal di Johor Bahru kemudian meneruskan pengajian di Raffles College (1940-1941) dan mengambil mata pelajaran Ekonomi, Sejarah dan bahasa Inggeris. Beliau meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Waseda University, Tokyo dengan mendapat Ijazah Doktor Ekonomi pada tahun 1964. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah ekonomi di UM Singapura, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi, UM Kuala Lumpur, Dekan Fakulti Satera UM, diikuti dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM. Seterusnya beliau dilantik sebagai naib canselor selama dua dekad bermula 1 Oktober 1968 hingga 22 Februari 1988,. Beliau dianugerahkan Profesor Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978. Sumbangan beliau yang pertama ialah penubuhan Akademi Islam. Berdasarkan kertas kerja yang dibuat Profesor Diraja Ungku Aziz, senat universiti dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 1976 telah menubuhkan Lembaga Pengajian tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai pengerusinya. Tujuannya untuk menimbang penerapan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke dalam UM. Hasil cadangan itu tertubuhnlah Akademi Islam UM. Kedua, penubuhan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1979 dengan menekankan kepada projek HAWA, Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan. Dan pengajaran Kursus Sarjana Falsafah : Falsafah Penyedlidikan. Seterusnya penubuhan Pusat Asasi Sains pada tahun 1977 atas kesedaran beliau akan kekurangan pelajar peribumi dalam fakulti sains di UM. Keempat pula ialah penubuhan Pusat Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan bahasa dan bertanggunjawab dalam menjalankan kursus bahasa yang sesuai dengan kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di UM. Ungku Aziz telah diberikan ijazah kehormat oleh beberapa universiti, antaranya Doctor of Humane Letters, University of Pittsburgh (1971); Doctor of Education, Chulalongkorn University, Bangkok (1977); Doctors of Laws, Waseda University, Tokyo(1982); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UKM (1986); Doctor of Laws, University of Buckingham (1987); professor Emeritus, UM (1988); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UM. Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres oleh Kerajaan Perancis (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978); Japan Foundation Award (1981); Soka Education Award (1987); International Academic Prize of the 4 Fukuoka Asian Cultural Prizes (1993); Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005) dan Anugerah Tuanku Syed Putra (2007). Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

description

re

Transcript of Rujukan Ungku Aziz

Page 1: Rujukan Ungku Aziz

Profesor Diraja Ungku Aziz ialah seorang tokoh akademik dan ekonomi yang sangat sukar disaingi apatah

lagi ditandingi di negara ini. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan

penting di UM iaitu Ketua Jabatan Ekonomi dan apabila jabatan itu dinaiktarafkan menjadi fakulti, beliau

ialah orang pertama yang menjadi dekannya; professor Ekonomi dan naib canselor.

Ungku Aziz yang berdarah diraja dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, England. Beliau mendapat

pendidikan awal di Johor Bahru kemudian meneruskan pengajian di Raffles College (1940-1941) dan

mengambil mata pelajaran Ekonomi, Sejarah dan bahasa Inggeris. Beliau meneruskan pengajian di peringkat

yang lebih tinggi  di Waseda University, Tokyo dengan mendapat Ijazah Doktor Ekonomi pada tahun 1964.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah ekonomi di UM Singapura, Pengarah Dewan Bahasa dan

Pustaka, pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi, UM Kuala Lumpur, Dekan Fakulti Satera UM, diikuti

dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM. Seterusnya beliau dilantik sebagai naib canselor selama

dua dekad bermula 1 Oktober 1968 hingga 22 Februari 1988,. Beliau dianugerahkan Profesor Diraja oleh Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978.

Sumbangan beliau yang pertama ialah penubuhan Akademi Islam. Berdasarkan kertas kerja yang dibuat

Profesor Diraja Ungku Aziz, senat universiti dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 1976 telah menubuhkan

Lembaga Pengajian tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai pengerusinya. Tujuannya untuk

menimbang penerapan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke dalam UM. Hasil cadangan itu

tertubuhnlah Akademi Islam UM. Kedua, penubuhan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1979 dengan

menekankan kepada projek HAWA, Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan. Dan pengajaran Kursus Sarjana

Falsafah : Falsafah Penyedlidikan. Seterusnya penubuhan Pusat Asasi Sains pada tahun 1977 atas kesedaran

beliau akan kekurangan pelajar peribumi dalam fakulti sains di UM. Keempat pula ialah penubuhan Pusat

Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan bahasa dan bertanggunjawab dalam

menjalankan kursus bahasa yang sesuai dengan kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di UM.

Ungku Aziz telah diberikan ijazah kehormat oleh beberapa universiti, antaranya Doctor of Humane Letters,

University of Pittsburgh (1971); Doctor of Education, Chulalongkorn University, Bangkok (1977); Doctors of

Laws, Waseda University, Tokyo(1982); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UKM (1986); Doctor of Laws,

University of Buckingham (1987); professor Emeritus, UM (1988); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UM.

Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres oleh Kerajaan

Perancis (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978); Japan Foundation Award (1981); Soka

Education Award (1987); International Academic Prize of the 4 Fukuoka Asian Cultural Prizes (1993);

Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005) dan Anugerah Tuanku Syed

Putra (2007).

 

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

Page 2: Rujukan Ungku Aziz

Prof Diraja Ungku AzizProf. Diraja Ungku Aziz

Tokoh akademik dan ahli ekonomi yang disegani ini dilahirkan di London pada 28

Januari 1922,merupakan keturunan diraja Johor dan mempunyai salasilah dari keturunan

keluarga Turki. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang

Leftenan dalam pasukantentera dan ibunya bernama Hamidah Abdullah.Beliau merupakan

anak saudara kepada pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar. Ini bermakna beliau

juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn dan bapa

saudara pupu kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau telah berkahwin dengan isterinya, Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang

anak perempuan iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia

sekarang.Ungku Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian

menyambung pengajiannya di Raffles College. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di

Universit Malaya (UM) dan lulus dengan Ijazah kelaspertama pada tahun 1951 dalam bidang

ekonomi. Pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di

Waseda University, Tokyo,Jepun. Sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan

pengajian di London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat

memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor

(JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di UM, Singapura (dari 1952

sehingga 1961). Pada tahun 1961 sehingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan

Dekan di Fakulti Ekonomi di UM, Kuala Lumpur. Kemudian Ungku Aziz dilantik sebagai Naib

Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor UM paling

lama berkhidmat dengan universiti tersebut iaitu kira-kira 20 tahun.

Prof Ungku Aziz ketika menerima anugerah Profesor Diraja daripada Counselor Universiti

Malaya.

Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 17 Jun 1978.Pada 1997, beliau

telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra

Jamalullail.

Kemiskinan orang Melayu jadi keutamaan kajian

            Beliau mengambil masa selama enam tahun melakukan penyelidikan mengenai

kemiskinan orang Melayu. Bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963 sebelum Kedah dan

Perlis. Kajiannya diteruskan hingga ke Pantai Timur iaitu di Beserah, Pahang. Selepas setahun

berulang-alik dengan seorang pembantu, kajian diteruskan pula di Kemaman, Terengganu dan

Page 3: Rujukan Ungku Aziz

Kelantan. Daripada penyelidikan tersebut, beliau mendapati penduduk di Ulu Tiram yang rata-

ratanya menoreh getah bernasib baik jika dapat makan nasi sehari sekali. Selebihnya mereka

hanya makan lempeng sebagai pengalas perut. Keadaan yang sama turut dialami oleh

masyarakat di negeri-negeri utara. Manakala di Pantai Timur, pengalamannya lebih dahsyat

apabila wujud kebuluran di Kemaman. Beliau mendapati, masyarakatnya menangkap ikan

untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan membeli barang keperluan terutamanya beras.

Menerusi kajian tersebut, lahirlah teori Indeks Sarong yang digunakan beliau sebagai pengukur

tahap kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.

Melihat dan memahami gaya hidup masyarakat desa membuatkan beliau sedih dan

berfikir bagaimanamahu melepaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan. Caranya

ialah menerusi pendidikan. Namun dapatan kajian komuniti itu juga menunjukkan bahawa faktor

pemakanan mempengaruhi saiz tumbesaran penduduk. Makanan yang tidak seimbang

membawa kepada masalah cacing dan anemia dan tentu sahaja mempengaruhi kecerdasan

mereka. Selain kajian tersebut, Ungku Aziz turut menulis rencana berkaitan sebab-sebab orang

Melayu terjerumus dalam kemiskinan.Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir.

Menurut beliau hingga ke hari ini, mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang

Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang

diperkenalkan padatahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussin. Matlamat

tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah

digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih

lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai

keyakinan diri. Ungku Aziz terlibat secara langsung dalam pelaksanaan DEB. Menurut beliau,

generasi pertama era DEB mula diperkenalkan telah mencapai kejayaan. Banyak pencapaian

telah diperolehi terutamanya dalam bidang pendidikan dimana ramai doktor dan jurutera Melayu

telah dilahirkan.

Dalam kajiannya, Ungku Aziz merumuskan orang Melayu masih belum bersedia untuk

mengamalkan meritokrasi kerana jurang kemiskinan penduduk bandar dan luar bandar yang

masih lagi begitu ketara. Beliau dengan tegas mengatakan tujuan utama DEB ialah membasmi

kemiskinan di luar bandar dan ia telah menyimpang jauh apabila peratus pemilikan saham

bumiputera yang lebih diutamakan. Ungku Aziz tidak pernah berganjak daripada pendiriannya

mempertahankan DEB kerana baginya ia adalah satu-satunya cara supaya orang Melayu tidak

hilang keyakinan dan dapat terus bersaing.

Tabung Haji

Page 4: Rujukan Ungku Aziz

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia

yang perananasalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap

tahun. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan

Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959. Menerusi Tabung Haji, nama Ungku

Aziz terkenal diseluruh dunia. Ia merupakan antara organisasi pengurusan bakal jemaah haji

yang paling efisien di dunia. Melalui Tabung Haji orang Melayu bukan sahaja telah dididik untuk

mengumpul wang bagi menunaikan fardu haji tetapi juga bagi tujuan pelajaran. Kini hampir

setiap satu-satu musim, 30,000 rakyat Malaysia boleh pergi menunaikan haji.

Pusat Asasi Sains, UM

Atas kesungguhannya membasmi kemiskinan, Ungku Aziz turut memainkan peranan

apabila mencetuskan idea penubuhan Pusat Asasi Sains di UM. Asal penubuhannya masih lagi

berpegang kepada falsafah membantu golongan miskin. Menurut beliau, berdasarkan

pengalamannya pada tahun 1970-an, kemasukan pelajar ke fakulti perubatan hanyalah seramai

lima pelajar.

Melalui penubuhan institusi itu, pelajar yang ingin memasuki kursus perubatan,

kejuruteraan dan sainsakan dipilih dikalangan anak-anak orang kampung. Halangan utama

pada masa itu ialah mencari tenaga pengajar yang boleh mengajar dalam Bahasa Melayu

kerana kebanyakan anak Melayu yang dipilih berfikir dalam bahasa Melayu.Hasilnya, selepas

tiga hingga empat tahun persiapan, pelajar Melayu tadi telah boleh menyerap istilah dan berfikir

dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka juga mahir dengan istilah-istilah bahasa Inggeris

setelah mendalami kedua-dua bahasa. Hari ini, graduan Pusat Asasi Sains tersebut telah

mencecah tujuh hingga lapan ribu orang. Malah ada yang telah menjadi pakar dan hampir

mencecah usia persaraan.

Page 5: Rujukan Ungku Aziz

Anugerah Merdeka

Sebagai mengiktiraf kecemerlangan sumbangan kepada negara, Petronas bersama

Exxon Mobil dan Shell mewujudkan Anugerah Merdeka yang merupakan sebuah anugerah

berprestij seperti mana konsep Hadiah Nobel di peringkat antarabangsa. Anugerah tersebut

merupakan anugerah paling berprestij di Malaysia. Ia diberikan kepada anak Malaysia yang

mampu menghasilkan usaha yang luar biasa dan membentuk kesedaran baru di kalangan

rakyat Malaysia. Pada 24 November lepas, tokoh unggul, Ungku Aziz, telah dipilih sebagai

penerima sulung Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti. Berikut merupakan

petikan Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A. Hamid dalam bukunya bertajuk 'The University in

Pantai Valley: Glimpses of the past'. "Seorang dari istana berkelakuan seperti orang istana itu

perkara biasa. Seorang rakyat biasa berkelakuan seolah-olah ia orang istana itu luar biasa.

Seorang dari istana berkelakuan seperti rakyat biasa, itulah Profesor Diraja Ungku Aziz".

Profesor Diraja Ungku Aziz tokoh akademik terulung

Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, pasti akan dikenang sebagai orang yang paling

banyak memperjuangkan nasib orang Melayu. Walaupun usianya sudah mencecah 87 tahun,

tidak pernah terlintas dihatinya untuk berhenti daripada mengkaji dan mencari jalan

penyelesaian terhadap kemelut yang melanda orang Melayu terutamanya masalah kemiskinan.

Oleh sebab itu setiap kali berbicara mengenai masalah pokok orang Melayu, jawapan ringkas

yang pastiakan diberikannya ialah kemiskinan dan baginya jalan keluar daripada terus

dibelenggu masalah ini pulaialah pendidikan. Nama Ungku Aziz tidak boleh dipisahkan sebagai

penggerak utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), pengasas Lembaga Tabung Haji, iaitu salah

sebuah oraganisasi yang menguruskan bakal jemaah haji terbaik di dunia dan Pusat Asasi

Sains di Universiti Malaya (UM), yang telah melahirkan ribuan jurutera dan pakar perubatan

tempatan. Selain itu, sumbangan beliau yang lain termasuklah menjadi panel Majlis

Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) II, pencetus idea penubuhan Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) dan juga Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa). Sebagai seorang

cendekiawan beliau tidak pernah gentar memberikan idea untuk memantapkan sistem

pendidikan, mengkritik pentadbiran kerajaan, dan juga memberi pandangan untuk merubah

cara hidup orang Melayu walaupun kadangkala mengundang kontroversi. Ringkasnya Ungku

Aziz adalah seorang yang mementingkan pembangunan ekonomi luar bandar, pemantapan

sistem pendidikan negara dan juga penubuhan institusi masyarakat. Beliau telah mencatat

sejarah negara apabila menjadi penerima pertama 'Anugerah Melayu Terbilang' sempena

sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

Page 6: Rujukan Ungku Aziz

Dunia intelektual Profesor Diraja Ungku AzizProfesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid atau Pak Ungku, 88, merupakan tokoh yang sangat sinonim dengan Universiti Malaya (UM) ketika menerajui universiti tertua itu suatu ketika dahulu.

Lantaran itu, beliau terus diingati masyarakat sebagai negarawan intelek yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara, khususnya orang Melayu.

Baru-baru ini, UM menerbitkan sebuah buku yang dedikasikan kepada Ungku Aziz sebagai mengenang jasanya yang begitu banyak terutama kepada UM semasa menjadi Naib Canselor selama 20 tahun dari 1968 hingga 1988.

Semasa melancarkan buku ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pak Ungku sebagai seorang intelektual dan negarawan istimewa kerana telah banyak menabur jasa kepada negara melalui idea dan cadangan yang praktikal dalam pelbagai perkara.

Malah beliau melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bersedia menyokong sebarang usaha UM untuk menerbitkan karya baru mengenai Pak Ungku pada masa hadapan.

Menurut pengarang tajuk The Renaissance Man dipilih kerana sangat bersesuaian dengan Pak Ungku atas pembaharuan yang dibawa sehingga berjaya menempa nama dan kedudukan yang tersendiri dalam dunia intelektual di negara ini dan antarabangsa.

Meminjam kata-kata Profesor Datuk Shamsul Amri Baharudin semasa sesi bicara karya, "buku ini adalah satu-satunya yang menyingkap Pak Ungku dari sudut pandang 'orang dalam' daripada sebuah institusi yang menjadikan beliau seorang institusi."

Buku biografi ini ditulis oleh sekumpulan tokoh akademik dan pentadbiran yang pernah berkhidmat semasa pentadbiran Pak Ungku untuk berkongsi pengalaman unik dan perspektif masing- masing mengenai tokoh besar itu.

Mereka ialah mantan Naib Canselor, Datuk Profesor Dr. Hashim Yaacob, Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Hamid, Profesor Emeritus K.T. Joseph, Profesor Dr. Azizah Hamzah, Abdul Manaf Saad, Khoo Siew Mun, Datin Paduka Jamilah Ariffin, Profesor Emeritus Ishak Haron, Profesor Datuk Dr. Mohd Mansor Salleh, Mohd. Said Mohd Kadis dan Dr. Mokhtar Tamim.

Bab pertama tulisan Abu Bakar Hamid dan K.T. Joseph menyingkap sejarah hidup Pak Ungku, sebagai Naib Canselor serta sumbangan beliau khususnya, kepada UM serta pendidikan tinggi tempatan dan antarabangsa.

Azizah Hamzah memberi fokus kepada Ungku Aziz dari perspektif beliau yang banyak berbicara dan menemu bual dengan tokoh tersohor itu. Pengalaman berharga itu dikongsi melalui tulisannya dalam bab dua.

Ungku Aziz memiliki daya pemikiran yang cukup tajam hasil pembacaan yang sangat luas bagi mencari jalan penyelesaian masalah masyarakat negara ini.

Beliau membaca buku dan melihat idea daripada beberapa tokoh unggul yang dikaguminya dalam dan luar negara termasuk Einstein, Sigmund Freud, Pablo Picasso, Iqbal, Rumi serta Za'ba.

Hashim Yaacob yang menulis dalam bab tiga menganggap Pak Ungku sebagai seorang intelektual rakyat kerana keupayaannya memberi maklum balas dalam pelbagai isu berkaitan masyarakat termasuk pendidikan, pengangguran dan kemiskinan.

Selain itu, beliau merupakan personaliti media yang begitu mendapat tempat dalam media massa arus perdana pada zamannya kerana media percaya masyarakat ketika itu sangat menyanjungi Pak Ungku.

Page 7: Rujukan Ungku Aziz

Dalam bab berikut Abdul Manaf Saad menceritakan peranan Ungku Aziz dalam memartabatkan Penerbit UM dengan memberi pelbagai suntikan idea dalam menjaga standard penerbitan ilmiah di universiti itu dan menjadikannya terus kukuh sehingga kini.

Khoo Siew Mun dalam bab lima menonjolkan peranan Pak Ungku dalam perkembangan perpustakaan UM serta menyediakan rujukan yang sangat berguna berkaitan dengan bidang penyelidikan tokoh itu.

Dalam bab enam, Jamilah Ariffin menulis mengenai penglibatan wanita dalam industri perkilangan elektronik dan lain-lain. Beliau yang mengetuai Projek Hal Ehwal Wanita (HAWA) pada 1985-1987 itu sebenarnya diilhamkan oleh Pak Ungku.

Projek itu mengkaji masalah wanita Melayu luar bandar yang berhijrah ke kawasan- kawasan bandar yang menempatkan kilang- kilang untuk bekerja.

Menurut Jamilah, Pak Ungku percaya bahawa sesuatu pekerjaan itu wajar diberi kepada individu yang terbaik tanpa mengira jantina serta membenci sikap berat sebelah terhadap wanita.

Dalam bab "Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz yang kukenal," Ishak Haron melihat tokoh itu meniup dan membentuk semangat akademik, iaitu meneroka ilmu dalam pelbagai bidang, bertanya dan berbincang, selain mengajar dan melatih pelajar UM supaya pandai dalam bidang mereka.

Pak Ungku juga kata Ishak, seorang yang amat gemar memahami idea dan teori baru dan kaedah baru dalam bidang apa sekali pun, melalui pembacaan pelbagai karya agung dan penulisan penting, perbincangan dengan orang yang pakar dalam sesuatu bidang, selain pemerhatiannya sendiri yang tajam.

Dalam bab lapan, Mohd. Mansor Salleh yang berkhidmat selama 14 dengan Pak Ungku dapat melihat keazaman dan usaha gigih tokoh itu untuk mencapai sesuatu untuk anak-anak Melayu desa dan pedalaman dan untuk bahasa Melayu.

Matlamat Pak Ungku amat jelas iaitu menambah bilangan anak-anak Melayu miskin di fakulti-fakulti aliran sains dan teknologi di UM khasnya dan negara amnya.

Mohd Said Mohd Kadis pula menulis mengenai peranan Pak Ungku dalam penubuhan Pusat Asasi Sains UM dan Program Persediaan Khas Jepun yang berjaya melahirkan puluhan ribu siswazah Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Selain pendidikan, pengarang turut membongkar peranan penting Ungku Aziz dalam proses tranformasi ekonomi negara dari sektor pertanian ke sektor perkhidmatan dan perkilangan khususnya bagi membasmi kemiskinan penduduk luar bandar. Hal ini diceritakan dengan panjang lebar oleh Dr. Mokhtar Tamim dalam bab 10.

Buku ini wajar dimiliki sebagai bahan bacaan dan rujukan penting oleh mereka yang meminati idea dan pemikiran Ungku Aziz, seorang tokoh tersohor negara ini yang sentiasa dikenali, diingati dan disanjungi masyarakat sepanjang zaman.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz3jEhoHVfE © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 8: Rujukan Ungku Aziz

BIODATA

Ungku Aziz dilahirkan di luar negari dan ibunya adalah seorang wanita keturunan Turki yang telah memeluk Islam. Ayahendanya mendirikan rumahtangga pada tahun 1920 dan Ungku Aziz adalah satu-satunya anak tunggal yang menjadi harapan dan tempat tumpuan kasih sayang ayahendanya hingga ke akhir hayatnya. Ayahenda Ungku Aziz pun tidak mempunyai saudara yang ramai. Beliau mempunyai seorang abang bernama Ungku Aziz yang kemudiannya bersusah-payah memujuk adik-adiknya supaya pulang ke tanah air, Bonda mereka kebetulan juga seorang wanita Turki yang dibawa pulang ke tanahair oleh ayahenda mereka iaitu nenda Ungku Aziz, Ungku Abdul Majid, Isteri Ungku Aziz sayangkan Ungku Aziz hingga akhirnya Ungku Aziz diberi nama serupa dengan suaminya yang kebetulan adalah ayah saudara pada Profesor Ungku Aziz sendiri. 

Lima tahun selepas kelahiran beliau di Kota London pada 28 Januari 1922, Ungku Aziz dibawa pulang ke Batu Pahat, Johor. Oleh kerana ibunya, sudah meninggal dunia sejak berumur dua tahun, seluruh pendidikan yang mempengaruhi hidupnya adalah dari ayahenda beliau, Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abduul Majid.

Ayahenda beliau telah membawa diri ke London untuk beberapa ketika akibat kecewa dengan krisis keluarga yang timbul. Sehingga abangnya Ungku Aziz pergi ke London menjemput beliau kembali dan membawa Ungku Aziz sendiri yang pada masa itu masih kecil pulang ke tanahair. Di waktu kematian isterinya, Ungku Abdul Hamid begitu kecewa sekali. kesaedihan dan kasih sayangnya pada isteri tercinta hampir-hampir menjadikan matanya buta kerana air mata tangisan.

Page 9: Rujukan Ungku Aziz

Ibunya meningal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun.

Dia adalah seorang wanita keturunan Turki.

Setelah ibunya meninggal dunia pada tahun 1924, Ungku Aziz yang masih kecil itu diasuh oleh nenda dan ayahendanya. Banyak kenangan manis di waktu kecil yang masih segar dalam ingatannya. Antaranya ketika beliau bersama-sama ayahnedanya menghabiskan cuti sambil melawat negara-negara Eropah.

Ke manakah tumpah kuah kalau tidak ke nasi? Begitulah dengan Ungku Aziz, kepintaranya

Page 10: Rujukan Ungku Aziz

diwarisi dari ayahendanya, seorang pelajar Universiti Cambridge ketika itu. Ayahnedanya dapat menguasai beberapa bahasa termasuklah bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit. Beliau tidak suka menonjolkan dirinya tetapi ilmu pengetahuannya bukan sedikit. Sikapnya yang sukakan ilmu menjadikan anaknya Ungku Aziz begitu biasa dikelilingi belbagai buku di rumahnya sejak kecil lagi. Walaupun jauh di rantau orang, namun hatinya tetap kasihkan negaranya. Beliau pernah mengatakan sendiri kepada anaknya Ungku Aziz bahawa beliau tidak mahu anaknya itu dewasa sebagai seorang Inggeris, lebih-lebih lagi ketika menghembuskan nafas yang terakhir.

Memandang dan memikirkan masa depan anaknya Ungku Aziz, beliau telah bersetuju untuk pulang semula ke Johor. Dalam teras pendidikannya pada Ungku Aziz, ayahenda beliau begitu tegas sekali dalam memastikan anak tunggal kesayangannya itu membesar dan hidup sebagai seorang melayu. Oleh itu meskipun beliau dilahirkan di Kota London, namun pendidikan yang mempengaruhi perwatakan beliau tidak sekali-kali menggugat keutuhan jiwa kemelayuan beliau.

Ada tiga faktor utama yang mempengaruhi minat beliau untuk membaca. Beliau membaca untuk mendapatkan pengetahuan. Membaca sebagai satu pekerjaan dan membaca sebagai satu kerehatan. Presiden John F. Kennedy umpanya dikatakan boleh membaca hingga tiga ribu perkataan seminit. Ungku sendiri begitu berusaha untuk mencapai seribu perkataan seminit...