Rukun Iman

4
RUKUN IMAN PENGERTIAN IMAN Dari Segi Bahasa: Dari segi bahasa membawa maksud percaya, yakin dan membenarkan. Dari Segi Syarak : Kepercayaan yang terbitnya daripada hati sesorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa Rasullah SAW adalah benar dan datangnya daripada Allah SWT. Iman merupakan anugerah Allah S.W.T yang amat tinggi nilainya kepada orang-orang Islam. Iman adalah perkara yang membezakan seseorang itu sama ada beriman atauppun kafir. Dengan imanlah manusia akan mendapat keredaan Allah. Keimanan yang kukuh akan menjadi benteng daripada kerosakan yang dibawa oleh nafsu dan syaitan. Maksud Rukun Iman: Rukun Iman bermaksud perkara yang wajib dipercayai dan diyakini oleh setiap umat Islam. Rukun Iman ada 6 perkara Beriman kepada Allah Beriman kepada malaikat Beriman kepada kitab Beriman kepada rasul Beriman kepada hari kiamat Beriman kepada qadak dan qadar Huraian ringkas rukun-rukun iman: 1. Beriman kepada Allah

description

hgjhghgjhgjgjh

Transcript of Rukun Iman

RUKUN IMANPENGERTIAN IMANDari Segi Bahasa:Dari segi bahasa membawa maksud percaya, yakin dan membenarkan.Dari Segi Syarak :Kepercayaan yang terbitnya daripada hati sesorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa Rasullah SAW adalah benar dan datangnya daripada Allah SWT.Iman merupakan anugerah Allah S.W.T yang amat tinggi nilainya kepada orang-orang Islam. Iman adalah perkara yang membezakan seseorang itu sama ada beriman atauppun kafir. Dengan imanlah manusia akan mendapat keredaan Allah. Keimanan yang kukuh akan menjadi benteng daripada kerosakan yang dibawa oleh nafsu dan syaitan.Maksud Rukun Iman:Rukun Iman bermaksud perkara yang wajib dipercayai dan diyakini oleh setiap umat Islam.Rukun Iman ada 6 perkaraBeriman kepada AllahBeriman kepada malaikatBeriman kepada kitabBeriman kepada rasulBeriman kepada hari kiamatBeriman kepada qadak dan qadarHuraian ringkas rukun-rukun iman:1. Beriman kepada AllahMaksudnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan Dia-lah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.2. Beriman kepada MalaikatMerpercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala perintah Allah.Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya dengan rupa bentuk yang tersendiri, berakal tetapi tidak mempunyai nafsu. Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan, bukan jin dan bukan syaitan.Wajib bagi setiap orang Islam mengetahui 10 malaikat. Iaitu:Jibrail a.s - Menyampaikan wahyu.Izrail a.s - Mengambil nyawaMikail a.s - Memberi rezekiIsrafil a.s - Meniup sangkakalaMunkar a.s - Menyoal di dalam kuburNakir a.s - Menyoal di dalam kubutRaqib a.s - Menulis kebajikan'Atid a.s - Menulis kejahatanMalik a.s - Menjaga nerakaRidhwan - Menjaga syurga3. Beriman kepada KitabKitab ialah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yang hendak dipimpin.Pembahagian KitabKitab-kitab terbahagi kepada dua:Suhuf - Suhuf merupakan pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya hukum-hukum dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Suhuf berjumlah 100 buah.Kitab - Kitab ialah satu himpunan dasar lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia dan juga akhirat, yang berhubung dengan zahir dan juga batin. Jumlah kitab ini hanya empat buah. Iaitu:Taurat - diturunkan kepada Nabi Musa a.sZabur - diturunkan kepada Nabi Daud a.sInjil - diturunkan kepada Nabi Isa a.sAl-Quran - diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. 4. Beriman kepada RasulAllah SWT mewajibkan ke atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telah diutuskan oleh-Nya tanpa membeza-bezakan antara seorang rasul dengan rasul yang lain.NAMA-NAMA RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI1. Adam a.s 14. Musa a.s2. Idris a.s 15. Harun a.s3. Nuh a.s 16. Zulkifli a.s4. Hud a.s 17 Daud a.s5. Soleh a.s 18. Sulaiman a.s6. Ibrahin a.s 19. Ilyas a.s7. Lut a.s 20. Ilyasa'8. ismail a.s 21. Yunus a.s9. Ishak a.s 22. Zakaria a.s10.Yaakub a.s 23. Yahya a.s11.Yusuf a.s 24. Isa a.s12.Ayub a.s 25. Muhammad SAW13.Syuib a.s5. Beriman kpada Hari KiamatPerkara-perkara yang berhubung dengan hari kiamat ialah bermula daripada kepercayaan kepada :Adanya mati.Pembalasan alam kubur, azab atau nikmat.Hari kebangktan setelah dunia ini dimusnahkn kesemuanya.Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpul untuk diadili. Dihisab segala amalan dan dilakukan neraca timbangan.Meniti titian (sirat)Ke syurga atau ke neraka.6. Beriman kepada Qadak dan QadarQadak ialah pelaksanaan ke atas ketentuan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali.Qadar ialah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang kesemuanya telah ditentukan sejak azali.