rukun usrah dan virus dalam ukhwah

download rukun usrah dan virus dalam ukhwah

of 3

Transcript of rukun usrah dan virus dalam ukhwah

  • 7/29/2019 rukun usrah dan virus dalam ukhwah

    1/3

    Usrah sebagai satu pusat asuhan organisasi berdiri di atas tiga rukun utama iaitu :

    1. Taarufkenal mengenali sesame anggota usrah hingga sayang dia kerana Allah s.w.t.

    Ia merupakan rukun pertama dan terpenting. Tanpanya tidak akan terhasil dua rukunselepasnya.

    Dengan taaruf inilah akan lahir perasaan kasih sayang dan merasai ukhuwwah islamiyahyang sebenarnya. Ahli-ahli akan berusaha menghilangkan perkara yang boleh membawa

    kekeruhan dalam perhubungan.

    Ahli-ahli cuba mengaplikasikan makna ukhuwwah dari tuntutan al-Quran dan Hadis : Antara contoh taaruf ialah setiap akh perlu tahu akh seusrah tentang nama, tempat tinggal,

    pekerjaan,berkenalan dengan ahli keluarganya, bapanya, adik beradiknya, tahu realiti

    sosialnya dan lain-lain lagi.

    Generasi sahabat adalah contoh unggul dalam mempraktikkan makna taaruf di dalammasyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah SAW.

    Amali kepada rukun taaruf ini ialah :1. Setiap akh bertanya dirinya, sejauh mana dia pernah menziarahi rakan usrahnya.

    2. setiap akh bertanya, adakah dia bertanya khabar akh seusrahnya.

    3. Adakah ada dalam hatinya , sahabat seusrahnya merupakan sahabat yang terbaik.

    4. Adakah dia mengenali ahli keluarga, nama anak-anak, tempat tinggal setiap ahli seusrahnya.

    5. Adakah dia membalas kunjungan balas ziarah setiap ahli usrahnya.

    2. Tafahumpersefahaman antara anggota

    Rukun kedua pula ialah tafahum ( saling faham memahami). Rukun faham ini bertujuan agarsetiap akh sentiasa istiqamah atas manhaj kebenaran dan melaksanakan apa yang

    diperintahkan allah dan meninggalkan larangannya.

    Mereka saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jikamelihat kekurangan yang ada pada akh mereka. Setiap akh bersedia memberi nasihat pada

    akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.

    Jika akh itu tidak mampu merubah akh yang lain dengan nasihat, hendakalah iamenggunakan saluran murabbi. Murabbi akan membantu menyelesaikan dan membaiki

    kelemahan akh tadi.

    Nasihat tadi diberikan dengan penuh lembut, pandangan kasih sayang. Akh yang menerimanasihat tersebut, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada, tidak membalas dengan

    kata-kata yang kasar, berubah persepsi pada akh sehalaqah. Ini kerana kasih sayang kerana

    allah adalah setinggi martabat dan nasihat adalah bahagian dari rukunnya.Peringkat paling

  • 7/29/2019 rukun usrah dan virus dalam ukhwah

    2/3

    rendah salamatus sadr ( sejahtera hati) dan paling tinggi ithar ( mengutamakan akh dari

    dirinya).

    Perkara yang kedua untuk membina tafahum ialah sikap saling taghafur ( mendoakankeampunan) pada akh seusrah. Sentiasa kita mendoakan kesejahteraan, kethabatan dan

    keampunan buat akh kita agar sentiasa dalam momentum dakwah dan perjuangan.

    Antara contoh amali kepada tafahum ialah :1. Adakah anda pernah meminta nasihat dar akh anda.2. Adakah anda rasa sempit dada atas nasihat akh anda.3. Adakah anda bertanya dan meminta pandangan dari murabbi anda dalam urusan hidup

    anda.

    4.

    Adakah anda bersedia menerima teguran dari murabbi anda.

    5. Adakah anda berlapang dada dengan nasihat murabbi anda.6. Adakah anda sentiasa berdoa setiap solat untuk akh anda ?

    3. Takafulbantu membantu

    Takaful pula bermaksud setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai buktiketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.

    Setiap akh hendaklah saling berjanji setia untuk melakukan kebaikan, prihatin, segeramembantu jika ada kesulitan yang menimpa akh lain.

    Serendah-rendah takaful ialah memberi bantuan apabila diminta, paling sederhana ialahmembantu dengan kadar hajat yang diperlukan dan takaful yang paling tinggi ialah memberi

    bantuan walaupun tanpa diminta.

    Antara contoh amali rukun takaful :1. Adakah anda mengambil berat keperluan dan kesulitan akh anda.2. Adakah anda segera membantu akh anda yang ditimpa kesusahan.3. Adakah anda berkira-kira dengan sumbangan yang diberikan.4. Adakah anda bertanya pada akh anda keperluannya.5. Adakah anda menabung untuk meringankan keperluan dan kepayahan akh anda.

  • 7/29/2019 rukun usrah dan virus dalam ukhwah

    3/3

    VIRUS-VIRUS DALAM UKHWAH DAN CARA MENANGANINYAABU ASHIM HISYAM BIN ABDUL QADIR UQDAH (virus-virus ukhuwah,pdf)

    1- Tamak akan kenikmatan dunia sifat itsar(mendahulukan kawan), misalnya ketikaberniaga dan terjadinya persaingan antara saudara, ketika inilah pentingnya itsardan bukannya keuntungan (nikmat dunia)

    2- Tidak santun dalam berbicarajgn mencelah sekiranya saudara lain sedangberbicara, x meninggikan suara

    3. Lalai dalam menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama4. Sikap tidak acuh - sentiasa ambil berat mengenai saudara yang lain dan mendoakan

    mereka

    5. Mengadakan perbincangan rahsiaberterus terang dan jangan membalakanginyadalam apa juga perkara

    6. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan sarananmendengar, menerima ideadan pandangan daripada orang lain

    7. Sering membantah, bersikap sombong dan kasarberlembut, tidak mengungkit,dan membiasakan diri dengan kebiasaan saudara lain

    8. Memberi teguran di depan orang laindia akan rendah diri, sebaiknyamenasihatinya secara bersendiri dan lemah lembut

    9. Sering menegur, tidak toleransi, negative thinking dan enggan memaafkan mudah memaafkan, menerima kekurangan saudara lain dan bersama memajukan

    diri dalam semua bidang

    10.Mudah percaya terhadap hasutan orang lain yang mengadu dan memendamdengkijgn mudah percaya kepada hasutan orang yang benci akan ukhwah yang

    terjalain dan cubalah untuk menyiasat perkara yang sebenarnya

    11.Membuka rahsiamenjaga rahsia /aib saudara lain.12.Mengikuti prasangka13.Mencampuri masalah peribadi14.Ego, sombong, tidak bersimpati dengan penderitaan saudara, dan tidak

    memperhatikan masalah serta keperluan-keperluannya

    15.Menutup diri, berlebihan , membebabi dan menghitung kebaikannya kepadamu16.Enggan mengungkapkan perasanan cinta, menunjukkan indikasi atau hal yang dapat

    menyuburkannya , dan enggan membela sahabat ketika disebut aibnya

    17. Melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia18.Suka menonjolkan kelebihan peribadi, mencari muka di depan objek dakwah

    (madu) dan ingin menguasai nya dangan cara menunggangi sahabat

    19.Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat20.Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihan dan suka

    menyanpaikan berita yang mebuatkan keresahan

    21.Terlalu cinta