Rukun usrah

5
Usrah sebagai satu pusat asuhan organisasi berdiri di atas tiga rukun utama iaitu : 1. Taaruf – kenal mengenali sesame anggota usrah hingga sayang dia kerana Allah s.w.t. Ia merupakan rukun pertama dan terpenting. Tanpanya tidak akan terhasil dua rukun selepasnya. Dengan taaruf inilah akan lahir perasaan kasih sayang dan merasai ukhuwwah islamiyah yang sebenarnya. Ahli-ahli akan berusaha menghilangkan perkara yang boleh membawa kekeruhan dalam perhubungan. Ahli-ahli cuba mengaplikasikan makna ukhuwwah dari tuntutan al-Quran dan Hadis : Antara contoh taaruf ialah setiap akh perlu tahu akh seusrah tentang nama, tempat tinggal, pekerjaan,berkenalan dengan ahli keluarganya, bapanya, adik beradiknya, tahu realiti sosialnya dan lain-lain lagi. Generasi sahabat adalah contoh unggul dalam mempraktikkan makna taaruf di dalam masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah SAW. Amali kepada rukun taaruf ini ialah : 1. Setiap akh bertanya dirinya, sejauh mana dia pernah menziarahi rakan usrahnya. 2. setiap akh bertanya, adakah dia bertanya khabar akh seusrahnya. 3. Adakah ada dalam hatinya , sahabat seusrahnya merupakan sahabat yang terbaik. 4. Adakah dia mengenali ahli keluarga, nama anak-anak, tempat tinggal setiap ahli seusrahnya. 5. Adakah dia membalas kunjungan balas ziarah setiap ahli usrahnya. 2. Tafahum – persefahaman antara anggota Rukun kedua pula ialah tafahum ( saling faham memahami). Rukun faham ini bertujuan agar setiap akh sentiasa istiqamah atas

Transcript of Rukun usrah

Page 1: Rukun usrah

Usrah sebagai satu pusat asuhan organisasi berdiri di atas tiga rukun utama iaitu :

1.       Taaruf – kenal mengenali sesame anggota usrah hingga sayang dia kerana Allah s.w.t.

Ia merupakan rukun pertama dan terpenting. Tanpanya tidak akan terhasil dua rukun selepasnya.

Dengan taaruf inilah akan lahir perasaan kasih sayang dan merasai ukhuwwah islamiyah yang sebenarnya. Ahli-ahli akan berusaha menghilangkan perkara yang boleh membawa kekeruhan dalam perhubungan.

Ahli-ahli cuba mengaplikasikan makna ukhuwwah dari tuntutan al-Quran dan Hadis :

Antara contoh taaruf ialah setiap akh perlu tahu akh seusrah tentang nama, tempat tinggal, pekerjaan,berkenalan dengan ahli keluarganya, bapanya, adik beradiknya, tahu realiti sosialnya dan lain-lain lagi.

Generasi sahabat adalah contoh unggul dalam mempraktikkan makna taaruf di dalam masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah SAW.

Amali kepada rukun taaruf ini ialah :

1. Setiap akh bertanya dirinya, sejauh mana dia pernah menziarahi rakan usrahnya.

2. setiap akh bertanya, adakah dia bertanya khabar akh seusrahnya.

3. Adakah ada dalam hatinya , sahabat seusrahnya merupakan sahabat yang terbaik.

4. Adakah dia mengenali ahli keluarga, nama anak-anak, tempat tinggal setiap ahli seusrahnya.

5. Adakah dia membalas kunjungan balas ziarah setiap ahli usrahnya.

2.       Tafahum – persefahaman antara anggota

Rukun kedua pula ialah tafahum ( saling faham memahami). Rukun faham ini bertujuan agar setiap akh sentiasa istiqamah atas manhaj kebenaran dan melaksanakan apa yang diperintahkan allah dan meninggalkan larangannya.

Mereka saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jika melihat kekurangan yang ada pada akh mereka. Setiap akh bersedia memberi nasihat pada akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.

Jika akh itu tidak mampu merubah akh yang lain dengan nasihat, hendakalah ia menggunakan saluran murabbi. Murabbi akan membantu menyelesaikan dan membaiki kelemahan akh tadi.

Nasihat tadi diberikan dengan penuh lembut, pandangan kasih sayang. Akh yang menerima nasihat tersebut, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada, tidak membalas dengan kata-kata yang kasar, berubah persepsi pada akh sehalaqah. Ini kerana kasih sayang kerana allah adalah setinggi martabat dan nasihat adalah bahagian dari rukunnya.Peringkat paling

Page 2: Rukun usrah

rendah salamatus sadr ( sejahtera hati) dan paling tinggi ithar ( mengutamakan akh dari dirinya).

Perkara yang kedua untuk membina tafahum ialah sikap saling taghafur ( mendoakan keampunan) pada akh seusrah. Sentiasa kita mendoakan kesejahteraan, kethabatan dan keampunan buat akh kita agar sentiasa dalam momentum dakwah dan perjuangan.

Antara contoh amali kepada tafahum ialah :

1. Adakah anda pernah meminta nasihat dar akh anda.

2. Adakah anda rasa sempit dada atas nasihat akh anda.

3. Adakah anda bertanya dan meminta pandangan dari murabbi anda dalam urusan hidup anda.

4. Adakah anda bersedia menerima teguran dari murabbi anda.

5. Adakah anda berlapang dada dengan nasihat murabbi anda.

6. Adakah anda sentiasa berdoa setiap solat untuk akh anda ?

3.       Takaful – bantu membantu

Takaful pula bermaksud setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.

Setiap akh hendaklah saling berjanji setia untuk melakukan kebaikan, prihatin, segera membantu jika ada kesulitan yang menimpa akh lain.

Serendah-rendah takaful ialah memberi bantuan apabila diminta, paling sederhana ialah membantu dengan kadar hajat yang diperlukan dan takaful yang paling tinggi ialah memberi bantuan walaupun tanpa diminta.

Antara contoh amali rukun takaful :

1. Adakah anda mengambil berat keperluan dan kesulitan akh anda.

2. Adakah anda segera membantu akh anda yang ditimpa kesusahan.

3. Adakah anda berkira-kira dengan sumbangan yang diberikan.

4. Adakah anda bertanya pada akh anda keperluannya.

5. Adakah anda menabung untuk meringankan keperluan dan kepayahan akh anda.

Page 3: Rukun usrah

VIRUS-VIRUS DALAM UKHWAH DAN CARA MENANGANINYA…  

ABU ASHIM HISYAM BIN ABDUL QADIR UQDAH (virus-virus ukhuwah,pdf)

1- Tamak akan kenikmatan dunia – sifat itsar(mendahulukan kawan), misalnya ketika berniaga dan terjadinya persaingan antara saudara, ketika inilah pentingnya itsar dan bukannya keuntungan (nikmat dunia)

2- Tidak santun dalam berbicara –  jgn mencelah sekiranya saudara lain sedang berbicara, x meninggikan suara

3. Lalai dalam menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama4. Sikap tidak acuh -  sentiasa ambil berat mengenai saudara yang lain dan mendoakan

mereka5. Mengadakan perbincangan rahsia – berterus terang dan jangan membalakanginya

dalam apa juga perkara6. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saranan – mendengar, menerima idea

dan pandangan daripada orang lain7. Sering membantah, bersikap sombong dan kasar – berlembut, tidak mengungkit,

dan membiasakan diri dengan kebiasaan saudara lain8. Memberi teguran di depan orang lain – dia akan rendah diri, sebaiknya

menasihatinya secara bersendiri dan lemah lembut9. Sering menegur, tidak toleransi, negative thinking dan enggan memaafkan – 

mudah memaafkan, menerima kekurangan saudara lain dan bersama memajukan diri dalam semua bidang

10. Mudah percaya terhadap hasutan orang lain yang mengadu dan memendam  dengki – jgn mudah percaya kepada hasutan orang yang benci akan ukhwah yang terjalain dan cubalah untuk menyiasat perkara yang sebenarnya

11. Membuka rahsia – menjaga rahsia /aib saudara lain. 12. Mengikuti prasangka13. Mencampuri masalah peribadi14. Ego, sombong, tidak bersimpati dengan penderitaan saudara, dan tidak

memperhatikan masalah serta keperluan-keperluannya15. Menutup diri, berlebihan , membebabi dan menghitung kebaikannya kepadamu16. Enggan mengungkapkan perasanan cinta, menunjukkan indikasi atau hal yang dapat

menyuburkannya , dan enggan membela sahabat ketika disebut aibnya17. Melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia18. Suka menonjolkan kelebihan peribadi, mencari muka di depan objek dakwah

(mad’u) dan ingin menguasai nya dangan cara menunggangi sahabat19. Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat20. Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihan dan suka

menyanpaikan berita yang mebuatkan keresahan21. Terlalu cinta