Rukunegara

24

Transcript of Rukunegara

Page 1: Rukunegara
Page 2: Rukunegara
Page 3: Rukunegara

RUKUN NEGARA

Editor:Raduan TambiRashid Ibrahim

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Page 4: Rukunegara

4

Rukun Negara

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, budaya dan adat resam antara kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangun sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik bertitik tolak daripada kebijaksanaan pemimpin menerap semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah dan boleh mengakibatkan

Page 5: Rukunegara

kedaulatan negara terjejas, berlaku huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang memegang teguh kepada Rukun Negara. 5 prinsip Rukun Negara sekiranya diamalkan, dipraktikkan dan dijadikan pegangan setiap hari, mampu menjadikan seseorang itu hebat dan seterusnya mengukuhkan kedaulatan negara.

5

Page 6: Rukunegara

6

Rukun Negara

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Kedatangan Inggeris telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Dibawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, tiga kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina dan India telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan setiap kaum.

Raja-raja Melayu bergambar selepas upacara menandatanganiPerjanjian Persekutuan Melayu di King’s House Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948

Page 7: Rukunegara

7

Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian. Kaum Cina pula tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan manakala kaum India tinggal dan bekerja di estet-estet. Setiap kaum juga dipisahkan dari segi pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama.

Hubungan kaum semakin keruh apabila parti-parti politik membuat provokasi antara satu sama lain yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Ia semakin serius sehingga mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kesan peristiwa itu, kerajaan telah mencari satu formula bagi mengatasi masalah pergaduhan kaum supaya ia tidak berulang lagi.

Page 8: Rukunegara

8

Rukun Negara

Berikutan itu, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni dan saling percaya di antara masyarakat berbilang kaum.

Anggota Majlis Perundingan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil daripada tokoh agama, badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru dan wakil kumpulan kecil.

Page 9: Rukunegara

Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundangan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah RUKUN NEGARA yang telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 Sempena Ulang Tahun ke-13 Kemerdekaan Negara.

9

Page 10: Rukunegara

10

Rukun Negara

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:

Bahagian Pertama

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:

• Mencapaiperpaduanyang lebiheratdalamkalangan seluruh masyarakatnya;

• Memeliharasatucarahidupdemokratik;• Mencipta satu masyarakat yang adi l

di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

• Membentuksatusikapyangliberalterhadaptradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan

Page 11: Rukunegara

11

• Membina sebuah masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian Kedua

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:

1

2

3

4

5

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

KedaulatanUndang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Page 12: Rukunegara

12

Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan

• PerlembagaanPersekutuanmemperuntukkanbahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan.

• Tindakan membeza-bezakan terhadapseseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Page 13: Rukunegara

13

• Agama dan kepercayaan lain bolehdiamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.

• Bangsadannegarainitelahdiwujudkanataskepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

• Ketiadaan agama boleh meruntuhkankeperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Page 14: Rukunegara

14

Rukun Negara

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

• Setiapwarganegarahendaklahmenumpukansepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

• Diperingkatnegeripula, rakyatdikehendakimenumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Page 15: Rukunegara

15

Keluhuran Perlembagaan

• Fungsinya untuk memberi perlindungankepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

• Setiap warganegara Malaysia dikehendakimenghormati, menghargai, memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah.

• Perlembagaan negara ini telah digubalberasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.

• Ianyaadalahkontraksosialrakyatyangtidakboleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

• Merupakansumberrujukanbagisegalahalyang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Page 16: Rukunegara

16

Rukun Negara

Kedaulatan Undang-Undang

• Menjamin kehidupan anggota masyarakatdapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.

Page 17: Rukunegara

17

• Hak-hak semua rakyat boleh diamalkandengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang di jamin oleh Perlembagaan.

• Hak-hak dan kebebasan yang dijamin olehPerlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Page 18: Rukunegara

18

Rukun Negara

Kesopanan dan Kesusilaan

• Membentuk warga yang bersopan santundan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di negara ini.

• Mengutuk tingkah laku atau perbuatanyang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.

• Prinsip inimenjadipanduansupayaperilakumasyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

• Kesopanandankesusilaandapatdilihatpadatingkah laku dan tutur kata seseorang.

• Membentukindividuberdisiplindanbermoralyang akan membantu mewujudkan sebuah

Page 19: Rukunegara

19

masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Page 20: Rukunegara

20

Rukun Negara

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.

Page 21: Rukunegara

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

21

Page 22: Rukunegara

22

Rukun Negara

RUKUN NEGARABahawasanya Negara Kita Malaysia

mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalamkalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di manakemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yangakan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrarakan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkanprinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 23: Rukunegara
Page 24: Rukunegara