Rumah Sejuk Tanpa Pendingin Hawa

download Rumah Sejuk Tanpa Pendingin Hawa

of 14

description

tenetng penjimatan elektrik

Transcript of Rumah Sejuk Tanpa Pendingin Hawa

Rumah sejuk tanpa pendingin hawa Oleh ADLAN JAAFAR

DARI luar, rumah dua tingkat yang mempunyai pagar berwarna hijau di Jalan SS2/53, Petaling Jaya, Selangor kelihatan sama dengan rumah-rumah teres lain. Dengan jarum jam menunjukkan tepat pada pukul 12 tengah hari, cuaca di luar kejiranan Petaling Jaya itu sangat terasa bahangnya kerana terik matahari.Namun, sebaik kaki menginjak lantai rumah berwarna hijau itu suasana nyaman dapat dirasa, ditambah pula dengan putaran kipas siling menjadikan suasana sungguh menyegarkan. Walaupun udara itu tidaklah terlalu sejuk seperti menggunakan pendingin hawa, namun ia sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada isi rumah.Rumah itu sebenarnya ialah ibu pejabat Pusat Untuk Alam Sekitar, Teknologi Dan Pembangunan Malaysia (Cetdem) yang juga sebuah rumah contoh demonstrasi penyejukan.

TUMBUH-TUMBUHAN hijau di laman hadapan rumah turut memberi impak suhu udara di dalam rumah.

Pengubahsuaiannya mula dilakukan pada bulan Mac 2004 selama empat tahun dan siap sepenuhnya pada Februari 2007.Ia dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Pembangunan Antarabangsa Danish menggunakan dana sebanyak RM1 juta dengan kos pengubahsuaian sahaja menelan RM40,200.Kata Pengarah Eksekutif Cetdem, Anthony Tan Kee Huat, ketika itu kosnya sangat mahal terutama untuk bahan penebat.Bagaimanapun, teknologi semakin berkembang seiring dengan perjalanan masa menjadikan bahan-bahan berteknologi yang lama menjadi semakin murah.Bumbung perangkap habaPengubahsuaian terbesar dilakukan pada bahagian bumbung yang diletakkan bahan penebat. Menurut Anthony, bumbung atap genting memerangkap haba dan mampu menyimpannya dalam masa yang lama.Di antara atap genting dan penebat, terdapat sela yang menjadi laluan udara panas rumah seterusnya keluar tanpa terperangkap dalam kediaman.Secara saintifik, udara panas mempunyai ketumpatan yang kurang berbanding udara sekeliling dan membolehkan ia naik ke atas.Penebat yang dipasang pula membolehkan udara sejuk terperangkap dalam rumah sekali gus dapat mengekalkan suhu pada nilai yang tetap.

ANTHONY menunjukkan perbezaan suhu di dalam dan luar rumah yang mempunyai sistem penyejukkan.

Penebat berjenama Rockwool itu berwarna kekuningan dan diperbuat daripada batu-batuan gunung berapi. Ia amat sesuai menjadi penebat suhu pada atap genting yang mampu mencecah suhu 40 darjah celsius.Rekaan rumah biasa yang digunakan sekarang menyebabkan udara panas terperangkap di dalam dan masalah semakin ketara terutama kediaman jenis kondominium. Ia berlaku kerana tiada laluan udara panas untuk keluar.Secara purata, suhu rumah akan turun dalam lingkungan tiga darjah celsius dan penurunan menjadi lebih banyak jika dibandingkan dengan suhu luar.Ketika ditemui, Anthony menunjukkan bacaan suhu dalam rumah yang diukur setiap hari adalah pada 27 darjah celsius ketika jam mula menunjukkan pukul 1 petang.Penghuni rumah akan mempunyai kecenderungan memasang alat pendingin hawa apabila suhu dalam rumah melebihi 30 darjah celsius. Jadi apabila suhu berada sekitar 27 darjah celsius, ia sudah memberi keselesaan kepada penghuni rumah, terang lelaki yang menetap di Subang Jaya itu.Apabila menggunakan alat penyejukan seperti pendingin hawa, penggunaan tenaga elektrik meningkat kerana ia memakan tenaga elektrik hampir 34 peratus daripada keseluruhan penggunaan dalam sehari.Selain itu, kedudukan rumah juga memainkan peranan penting sama ada menghadap matahari terbenam atau terbit, kata Anthony.Suhu udara matahari terbit lebih rendah berbanding matahari terbenam. Jadi, rumah yang terbaik adalah menghadap matahari terbit.Di hadapan rumah dua tingkat itu terutamanya pada bahagian tingkap terdapat struktur penahan matahari. Ia diperbuat daripada aluminium dan direka secara condong. Kecondongan plat dapat memantul cahaya matahari supaya tidak terus sampai ke dalam rumah.

SELAIN penebat, plat solar yang menjana elektrik daripada cahaya matahari mampu menjimatkan penggunaan bekalan tenaga.

Struktur penahan matahari dipasang pada jarak tertentu supaya cahaya yang sampai hanya pantulan yang terhasil daripada penahan itu. Pantulan itu kurang silau dan cahaya serta suhunya agak rendah berbanding secara terus.Bahan-bahan lain yang lebih murah seperti buluh dan kayu juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai penahan matahari, terang Anthony kepada Kosmo!Jimatkan tenagaJika terdapat ruang tanah di hadapan rumah, pokok-pokok renek sesuai ditanam bagi memastikan udara yang masuk ke rumah lebih dingin kerana ia melakukan proses fotosintesis.Di halaman rumah bernombor 17 itu, sayur-sayuran yang ditanam secara organik menghiasi laman sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan rumah.Menambahkan lagi teknologi tinggi pada rumah itu, bahagian bumbung rumah dipasang enam keping plat solar fotovoltan (PV) yang dapat menjana bekalan elektrik 2,000 watt sehari.Menggunakan inverter (penyongsang), bekalan elektrik yang dijana dihantar ke Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pihak TNB mempunyai skim Fit In Tarif (FIT) yang dapat menjimatkan bekalan elektrik dengan keuntungan RM1 bagi setiap 1,000 watt jam.Rumah yang dingin, hanya perlu menggunakan kipas tanpa pemasangan ala penyejukan tambahan seperti pendingin hawa. Kipas hanya menggunakan 70 watt jam berbanding pendingin hawa yang memakan tenaga sebanyak 750 watt jam.Mungkin terdapat individu di luar sana yang mengatakan bahawa sudah cukup pintu dan tingkap ditutup dengan langsir, tetapi Anthony berpendapat sebaliknya.

BAHAN kekuningan ini digunakan sebagai penebat suhu dalam rumah.

Ruang antara kain langsir dan tingkap masih lagi memerangkap suhu panas. Apabila kipas dihidupkan, putarannya menyebabkan kain langsir bergerak sekali gus udara panas memasuki ruang rumah.Pemindahan haba berlaku dan kipas sahaja tidak mungkin mencukupi dalam menyejukkan rumah. Mengikut data yang diberikan Cetdem, penggunaan elektrik untuk menyejukkan rumah memakan bekalan elektrik tertinggi iaitu sebanyak 34 peratus berbanding peti sejuk yang dihidupkan setiap masa iaitu 23 peratus.Selain itu, rumah demonstrasi itu turut mengamalkan tuaian air hujan bagi penggunaan mencuci rumah dan menyiram tanaman.Sebuah tangki mampu menampung air sebanyak 900 liter atau dua meter kubik jadi, air yang disampaikan oleh pihak Syabas boleh digunakan untuk tujuan minuman sahaja.Lampu kalimantang sudah tidak digunakan lagi di rumah tersebut yang diganti dengan mentol jimat tenaga dengan memberikan kecerahan yang sama, tetapi lebih tahan lama.Selain itu, Anthony menasihati orang ramai supaya menaikkan sedikit suhu pendingin hawa kerana setiap satu darjah celsius dinaikkan, penggunaan elektrik bagi pemampat akan berkurangan sebanyak 10 peratus.Semua perubahan yang kelihatan ringkas dan leceh itu menjadikan rumah dua tingkat di Petaling Jaya itu sebuah kediaman yang memiliki kecekapan tenaga.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm#ixzz32Eo29tPV Hakcipta terpelihara

Rumah sejuk jimat tenaga Oleh Laupa Junus(Wartawan Utusan)

Pada Julai tahun 2001, Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan produk terbarunya, Cool Roof dan hasilnya satu Cool House (Rumah Sejuk) dapat dibina.Cool Roof itu merujuk kepada satu sistem penyejukan rumah tanpa pendingin hawa yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan tenaga dalam sebuah rumah. Dengan itu suhu dalam rumah lebih selesa.Produk terbaru itu adalah hasil penyelidikan dua penyelidik UPM iaitu Mohd. Peter Davis dan Nor Azian Nordin.

Menurut Nor Azian, komponen penting dalam sistem tersebut ialah penggunaan bumbung rumah menggunakan besi putih yang dikenali sebagai lysaght mewah tile, kerajang alumunium serta kapas batu (rock wool) sebagai penebat haba.

Nor Azian berkata, UPM kini akan memajukan sistem tersebut dan bercadang membina sebuah rumah contoh jenis Quarter-D Houses (empat buah rumah dua tingkat satu bumbung) dengan setiap rumah mengandungi tiga bilik.

Rumah tersebut yang akan dikenali sebagai Rumah Suhu Selesa merupakan rumah reka bentuk baru yang menggunakan sepenuhnya teknologi Cool Roof tersebut iaitu pada semua bahagian bumbung dipasang dengan sistem berkenaan.

Beliau berkata, matlamat pembinaan rumah tersebut ialah bagi membuktikan keberkesanan sistem Cool Roof yang dipasang pada dua buah rumah contoh sejak setahun lalu.

Katanya, Cool Roof kini sedang diuji di sebuah rumah teres setingkat di Taman Sri Serdang sejak tahun lepas dan sebuah lagi rumah teres dua tingkat di Subang Jaya setahun sebelum itu.Ujian awal menunjukkan satu keadaan yang selesa diperoleh dalam rumah tersebut selepas bumbung dipasang dengan Cool Roof setebal 15 sentimeter.

``Pemasangan sistem dibuat pada bumbung kerana 80 peratus haba diserap oleh bumbung,'' kata Nor Azian.Sistem Cool Roof boleh dipasang pada rumah yang sudah siap dengan anggaran kos RM10,000.Bagaimanapun katanya, ujian tersebut mungkin tidak begitu tepat membuktikan keberkesanan Cool Roof kerana kedua-dua rumah tersebut tidak menggunakan sepenuhnya sistem tersebut pada bahagian bumbung rumah.

``Tambahan pula kita sukar mengawal gerakan atau kegiatan dalam rumah, jumlah penghuni yang tidak kekal serta jumlah tenaga yang dibebaskan daripada penghuni serta peralatan elektrik yang digunakan, tidak dapat dikawal sepenuhnya,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, idea membina rumah tersebut timbul selepas pihaknya berjaya menggunakan sistem yang menunjukkan simulasi dalam rumah yang diperkenalkan oleh Universiti Teknikal Denmark.Pihaknya memilih universiti berkenaan kerana negara berkenaan merupakan salah sebuah negara yang terkenal dalam projek penjimatan tenaga.Universiti berkenaan memperkenalkan satu perisian yang dikenali sebagai BSim2002 dengan kos sebanyak RM14,000.

``Dengan kerjasama Universiti Teknikal Denmark, kita berjaya mendapat idea bagaimana hendak hasilkan sebuah rumah berkonsep baru yang kita namakan Rumah Suhu Selesa.``Melalui program BSim 2002, kita mengenal pasti elemen penting untuk menghasilkan suhu selesa kerana mudah mengawal isi rumah dan mengawal apa juga kegiatan dalam rumah,'' katanya.Dengan adanya kawalan tersebut, pihaknya dapat menjangkakan pola perubahan suhu dalam rumah sepanjang tahun.

Selain itu katanya, selepas memperoleh profil suhu rumah, pihaknya boleh mengenal pasti faktor lain yang mempengaruhi suhu dalam rumah iaitu dinding, lantai, tingkap, bahan binaan, arah binaan dan keadaan di halaman rumah.Katanya, suhu yang paling selesa dalam sebuah rumah ialah 280C manakala jika berada di bawah kipas suhunya ialah 300C.

Dengan adanya teknologi baru dalam menjangka keadaan suhu rumah menggunakan perisian Bsim2002, maka suhu di dalam rumah boleh dikurangkan sebanyak 40C.``Selepas menggunakan sistem ini suhu dapat diturunkan kepada antara 290C dan 300C,'' katanya.Pendek kata, reka bentuk binaan dan sistem Rumah Suhu Selesa UPM itu akan menggunakan sistem Cool Roof serta hasil simulasi daripada BSim2002.Rumah ini direka khas untuk menggunakan tenaga secara efisien yang hanya memerlukan kaedah pengudaraan sebelah malam bagi mengekalkan suhu selesa, katanya.Rumah ini katanya hanya memberikan 1.7 unit ketidakselesaan suhu terutama di tingkat atas berbanding 18.7 unit bagi rumah teres biasa.

Ia mampu mengekalkan suhu di dalam rumah dengan hanya tambahan RM12 bagi kos elektrik sebulan dengan suhu rumah pada 300C. Ini berlainan dengan rumah teres biasa yang memerlukan kos yang tinggi untuk mewujudkan suhu yang sama.

Menurut beliau, kajian untuk mewujudkan satu sistem penjimatan tenaga dan menghasilkan suhu selesa dalam rumah bermula sejak 14 tahun lalu.Kajian awal daripada rumah kampung mendapati haba panas dalam rumah dikesan pada waktu siang yang kemuncaknya berlaku antara 10 pagi dan 4 petang tetapi bertukar sejuk pada waktu malam. Ini berlainan dengan rumah teres yang sentiasa dalam keadaan panas dan hanya selesa untuk 5 jam sahaja.Daripada kajian mendapati, profil suhu persekitaran adalah berbeza iaitu suhu selesa dapat dirasai lebih daripada 14 jam, terutamanya pada waktu malam. Dengan kelebihan itu, ia memberi kita idea untuk menukar udara panas di dalam rumah dengan udara sejuk persekitaran.Justeru Rumah Suhu Selesa itu bukan sahaja mengambil kira bumbung sebagai penebat haba tetapi bahagian lain seperti bahan binaan, tingkap dan arah kedudukan juga memainkan peranan dalam proses penghasilan Rumah Suhu Selesa.

``Faktor dinding pula tidak kurang pentingnya kerana dinding yang mempunyai kapasiti haba yang tinggi serta bertebat, kerana ia akan bertindak sebagai penampan dan menghalang kenaikan suhu secara tiba-tiba iaitu pada waktu malam udara sejuk dari luar akan disedut masuk untuk menggantikan udara panas yang terperangkap di dalam rumah,'' katanya.

Rumah tersebut katanya dijangka siap pada 2004 dan dianggarkan bernilai RM45,000 (tidak termasuk harga tanah dan juga infrastruktur yang utama).

27 November 20106 cara membuat rumah sejuk tanpa AC Diposting oleh admin di 11/27/2010 Bagi warga yang tinggal di kota-kota besar, seperti Jakarta, Surabaya, Medan, dan lainnya, maka pasti merasakan bagaimana panasnya suhu di kota ini. Tidak hanya siang hari, bahkan di malam haripun bisa membuat tidak dapat tidur, saking panasnya. Solusi paling gampang adalah dengan memasang mesin pendingin atau ac (air conditioning). Efeknya rumah pasti dingin, tapi kantung jadi panas, karena harus mengeluarkan biaya tambahan untuk membayar rekening listrik. Apakah ada cara untuk membuat rumah sejuk tanpa ac?Dengan memasang ac di rumah maka tagihan rekening listrik pasti akan naik. Itu pasti. Kecuali kalau nekat mencuri listrik yang dialirkan oleh perusahaan setrum negara, PLN. Padahal tarif listrik di negara kita ini bisa dibilang tidak murah. Jika hal ini tidak disiasati, maka bisa-bisa menggerogoti pendapatan/penghasilan kita. Berikut ini adalah 6 cara membuat rumah sejuk tanpa ac.1. Agar jalan masuk dan keluarnya udara lancar, maka pastikan rumah memiliki banyak bukaan. Bukaan ini dapat berupa jendela atau lubang angin. Selain itu, pintu juga dapat memberi andil, apabila ia berupa pintu kassa yang dapat mengalirkan udara.2. Letak bukaan juga harus diperhatikan. Secara ideal, dalam sebuah ruang, bukaan diletakkan berseberangan, agar terjadi pergerakan udara. Biasanya ini disebut dengan ventilasi silang. Usahakan jendela atau lubang angin di rumah tidak hanya terdapat di satu sisi dinding.3. Mengusahakan ketinggian plafon yang memadai juga dapat membantu membuat rumah sejuk tanpa ac. Idealnya, ketinggian plafon minimal adalah 3 m. Alasannya adalah dengan plafon yang tinggi, udara panas yang berasa dari pemanasan di atap tidak akan dirasakan di bawah, tempat dimana penghuni rumah melakukan kegiatan.4. Dengan menambahkan kisi-kisi di bukaan, maka ini dapat melindungi bukaan dari panasnya sinar matahari. Sehingga, udara dapar tetap mengalir masuk ke rumah, sementara teriknya matahari dapat dikurangi. Dengan demikian tidak memanaskan udara di dalam rumah.

5. Jika memungkinkan, tambahkan kolam di sekitar rumah. Hal ini dikarenakan uap air dari kolam dapat mendinginkan temperatur disekitarnya, sehingga udara yang melalui atas kolam akan memiliki suhu lebih rendah. Udara inilah yang nantinya akan diarahkan masuk ke dalam rumah.6. Pepohonan mampu menurunkan suhu udara. Sehingga pastikanlah lingkungan di sekitar rumah kita memiliki banyak pepohonan rindang. Dengan adanya pepohonan ini, udara yang akan masuk ke dalam rumah merupakan udara yang sudah lebih sejuk. Dengan demikian, dapat membantu membuat rumah sejuk tanpa ac.

Rumah Tetap Sejuk, Meski Tanpa AC Manipulasi Matahari dan AnginSebagai negara tropis, Indonesia memang dilimpahi sinar matahari dan curah hujan yang tinggi. Teorinya, Jika sudah didalam rumah, kita terpayungi dari panas matahari. Tapi kenyataannya seringkali tidak, rumah dapat meneruskan panas matahari, bahkan membuat panas itu terperangkap didalamnya. Nah, saat kita memasuki rumah, kulit akan menyerap panas yang terperangkap. Itulah sebabnya kita merasa panas dan lembab.

Untuk mendapat rumah yang dingin, ada 2 hal yang bisa dilakukan. Yang pertama adalah upaya mengurangi radiasi matahari, sehingga rumah tidak terasa panas. Yang kedua adalah bagaimana cara kita memanfaatkan angin untuk mengurangi panas yang sudah terlanjur masuk kedalam rumah. Angin bisa membantu pelepasan panas dari kulit tubuh sehingga kita merasa nyaman, angin juga dapat menurunkan suhu ruangan sekitar 3C.

Ada beberapa aspek yang bisa diolah agar panas tidak memanggang rumah : OrientasiUntuk menghindari panas, bangunan bisa dihadapkan kea rah utara-selatan,. Arah ini memungkinkan kita mendapatkan terang matahari, tanpa ikut memasukkan panasnya ke dalam rumah.

Desain bangunanDalam keadaan terbataspun, bangunan bisa didesain sedemikian rupa hingga mampu memasukkan angin. Misalnya dengan penggunaan courtyard yang bisa menangkap angin atau menggunakan tembok untuk membelokkan arah angin hingga angin akan melewati daerah yang diinginkan.

Kulit bangunan (dinding dan atap)Karena berada paling luar, dinding dan atap berhadapan langsung dengan matahari, dan sangat mungkin menyerap radiasi matahari. Karenanya, pemilihan material atap dan dinding bangunan sangat penting. Material seperi beron, seng, asbes, aspal lebih menyerap panas dibanding genteng atau ijuk. Bata lebih menyerap panas disbanding bambu atau kayu. Warna bangunan juga sangat berpengaruh. Warna cerah akan memantuklan cahaya matahari sehingga panas yang di serap lebih sedikit. Bukaan pada bangunanBukaan-bukaan mesti didesain agar bisa mendulang cahaya matahari dan angin, tanpa memasukkan panasnya. Misalnya saja dengan menggunakan shading, memilih jenis kaca yang bisa menahan radiasi matahari, atau menggunakan jendela ganda.

Lingkungan sekitar bangunanAlam sekitar bisa diolah untuk mendinginkan bangunan, misalnya dengan menanam pohon, atau membuat kolam air.