RUMUSAN 1.1

1

Click here to load reader

description

sains

Transcript of RUMUSAN 1.1

Page 1: RUMUSAN 1.1

RUMUSAN1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia

•Sistem respirasi manusia terdiri daripada rongga nasal, trakea, bronkus, peparu, tulang rusuk, otot interkosta dan diafragma

•Peparu mengandungi kantung udara. Setiap kantung udara dipanggil alveolus

•Tarikan nafas ialah proses udara disedut masuk ke dalam peparu

•Semasa menarik nafas, diafragma mengecut, bergerak ke bawah sementara tulang rusuk bergerak ke atas dan keluar. Tekanan udara di dalam peparu menjadi rendah

lalu menyebabkan udara di luar ditolak masuk ke dalam peparu

•Hembusan nafas ialah proses udara dihembus keluar dari peparu

•Semasa menghembus nafas, diafragma mengendur dan melengkung ke atas, tulang rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam. Tekanan udara di dalam rongga toraks

meningkat dan udara ditolak keluar dari peparu