Rumusan 5 artikel

2
Rumusan 5 jurnal berkaitan dapatan kajian e-pembelajaran Menurut Mohd Nihra Haruzuan B Mohamad Said & Janarthini A/P Krishnan, (2013), faktor- faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia, Fakulti Pendidikan UTM dari segi faktor-faktor kandungan kursus, faktor peranan pengajar dan faktor persekitaran mendapat skor min yang tinggi. Dari segi faktor jantina pelajar perempuan lebih tinggi min berbanding pelajar lelaki manakala pelajar melayu bersetuju dengan faktor tersebut berbanding pelajar cina. Menurut penyelidik lagi masalah luaran seperti ‘server down’, ‘database error’, virus dan tenaga pengajar yang sesekali mengemas kini nota merupakan masalah yang sering dihadapi. Kesimpulannya, penyelidik menyatakan bahawa kandungan kursus menjadi pilihan kebanyakan pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran kerana kursus yang sesuai, sistematik dan banyak membantu pelajar menyelesaikan tugasan. Menurut Rubiah Omar dan Jamaliah Hj. Ahmad (2009), kajian tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, adalah faktor mempunyai komputer peribadi sendiri dan kemahiran dalam bidang ICT. Menurut pengkaji lagi ahli akademik perlu mendapat latihan atas talian supaya mahir menggunakan e- pembelajaran. Menurut Rafiza Abdul Razak (2013) berkenaan strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam analisis novel bahasa melayu dapat membantu pelajar berinteraksi dan menyuarakan pendapat. Menurutnya lagi memudahkan kefahaman pelajar serta mewujudkan tempoh pembelajaran yang lebih panjang dan fleksibel. Selain itu, kolaboratif dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Penyelidik menjadikan aplikasi ‘facebook’ sebagai platform pelajar berkolaborasi. Seterusnya dapat meningkatkan akses kepada sumber/bahan dengan cepat dan mudah di samping dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Menurut Su-Houn Liu & Hsiu-Li Liau (2009) Depatment of Management Information Systems, University of Winconsin-Eau Claire, USA dalam kajian terhadap kesan kekayaan media dan aliran atas penerimaan teknologi e-pembelajaran bahawa jenis persembahan e- pembelajaran dan hasrat pengguna untuk terus menggunakan penstriman media e- pembelajaran adalah berkaitan. Konsentrasi pengguna dan persepsi kebergunaan media penstriman adalah pengantara kedua-dua pemboleh ubah dalam hubungan ini. Menurutnya lagi media yang paling kaya muka persembahannya ialah pembentangan teks-audio-video yang sentiasa menjana tahap PU yang tinggi dan konsentrasi daripada persembahan berasaskan audio-video atau persembahan berasaskan teks-audio. Menurut Rikki Rimor, Yigal Rosen, and Kefaya Naser Department of Education and Psychology, The Open University of Israel, yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam siri ke-6 dalam jurnal bertajuk “Interdisciplinary Journal of E-Learning and Learning Objects”, pola interaksi dalam persekitaran pangkalan data kolaborasi (Google Docs) mengikut model yang menguji tahap kolaborasi dalam persekitaran pembelajaran atas talian untuk menunjukkan beberapa corak yang berbeza berlaku dan pola interaksi mempunyai tahap kesukaran yang berlainan seolah-olah menyumbang kepada pembangunan interaksi yang kompleks semasa membuat tugasan. Weinberger dan Fischer (2006) mencadangkan 4 aspek dalam pembelajaran kolaboratif untuk membina pengetahuan persekitaran atas talian iaitu (1)

Transcript of Rumusan 5 artikel

Page 1: Rumusan 5 artikel

Rumusan 5 jurnal berkaitan dapatan kajian e-pembelajaran

Menurut Mohd Nihra Haruzuan B Mohamad Said & Janarthini A/P Krishnan, (2013), faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia, Fakulti Pendidikan UTM dari segi faktor-faktor kandungan kursus, faktor peranan pengajar dan faktor persekitaran mendapat skor min yang tinggi. Dari segi faktor jantina pelajar perempuan lebih tinggi min berbanding pelajar lelaki manakala pelajar melayu bersetuju dengan faktor tersebut berbanding pelajar cina. Menurut penyelidik lagi masalah luaran seperti ‘server down’, ‘database error’, virus dan tenaga pengajar yang sesekali mengemas kini nota merupakan masalah yang sering dihadapi. Kesimpulannya, penyelidik menyatakan bahawa kandungan kursus menjadi pilihan kebanyakan pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran kerana kursus yang sesuai, sistematik dan banyak membantu pelajar menyelesaikan tugasan.

Menurut Rubiah Omar dan Jamaliah Hj. Ahmad (2009), kajian tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, adalah faktor mempunyai komputer peribadi sendiri dan kemahiran dalam bidang ICT. Menurut pengkaji lagi ahli akademik perlu mendapat latihan atas talian supaya mahir menggunakan e-pembelajaran. Menurut Rafiza Abdul Razak (2013) berkenaan strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam analisis novel bahasa melayu dapat membantu pelajar berinteraksi dan menyuarakan pendapat. Menurutnya lagi memudahkan kefahaman pelajar serta mewujudkan tempoh pembelajaran yang lebih panjang dan fleksibel. Selain itu, kolaboratif dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Penyelidik menjadikan aplikasi ‘facebook’ sebagai platform pelajar berkolaborasi. Seterusnya dapat meningkatkan akses kepada sumber/bahan dengan cepat dan mudah di samping dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Menurut Su-Houn Liu & Hsiu-Li Liau (2009) Depatment of Management Information Systems, University of Winconsin-Eau Claire, USA dalam kajian terhadap kesan kekayaan media dan aliran atas penerimaan teknologi e-pembelajaran bahawa jenis persembahan e-pembelajaran dan hasrat pengguna untuk terus menggunakan penstriman media e-pembelajaran adalah berkaitan. Konsentrasi pengguna dan persepsi kebergunaan media penstriman adalah pengantara kedua-dua pemboleh ubah dalam hubungan ini. Menurutnya lagi media yang paling kaya muka persembahannya ialah pembentangan teks-audio-video yang sentiasa menjana tahap PU yang tinggi dan konsentrasi daripada persembahan berasaskan audio-video atau persembahan berasaskan teks-audio.

Menurut Rikki Rimor, Yigal Rosen, and Kefaya Naser Department of Education and Psychology, The Open University of Israel, yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam siri ke-6 dalam jurnal bertajuk “Interdisciplinary Journal of E-Learning and Learning Objects”, pola interaksi dalam persekitaran pangkalan data kolaborasi (Google Docs) mengikut model yang menguji tahap kolaborasi dalam persekitaran pembelajaran atas talian untuk menunjukkan beberapa corak yang berbeza berlaku dan pola interaksi mempunyai tahap kesukaran yang berlainan seolah-olah menyumbang kepada pembangunan interaksi yang kompleks semasa membuat tugasan. Weinberger dan Fischer (2006) mencadangkan 4 aspek dalam pembelajaran kolaboratif untuk membina pengetahuan persekitaran atas talian iaitu (1)

Page 2: Rumusan 5 artikel

penyertaan (2) epistemologi kognitif (3) perbincangan dan (4) kolaborasi sosial dalam membina pengetahuan. Pengkaji tumpu pada aspek keempat yang berkaitan dengan aktiviti sosial dalam pembinaan pengetahuan melalui perbincangan kumpulan berdasarkan lima kriteria kerjasama a. Meluahkan (externalization) b. Daya usaha (initiative) c. Persetujuan pantas (Rapid consensus) d. Mencapai kata sepakat (integrative consensus) dan e. Persetujuan melalui konflik (consensus through conflict). Keputusan menunjukkan sokongan empirikal untuk menjelaskan dakwaan bahawa keperluan untuk kerjasama tidak memberi faedah kepada responden dan tidak membenarkan kebebasan, ketulenan pemikiran sebab akibat tekanan sosial yang digunakan oleh kumpulan (Kreijns et al, 2003;. Puntambekar , 2006). keperluan untuk mematuhi kadar pembelajaran kumpulan atau ke peringkat perbincangan kumpulan boleh merosakkan aspirasi dan menyebabkan beberapa responden untuk menahan diri dari menyatakan pandangan atau menyatakan pendapat. Dalam keadaan ini pelajar yang agak kuat atau tegas boleh mendapatkan keuntungan lebih dari orang lain. Ini boleh mengurangkan nilai kesaksamaan yang merupakan salah satu daripada asas-asas pembelajaran koperatif dan kolaborasi kerja disasarkan kepada usaha kumpulan demokratik dan berdasarkan idea sumbangan bersama (Alavi & Gallupe, 2003; Kirschner, Martens, & Strijbos, 2004; Oliver & Herrington, 2003; Rovai, 2002).

Haruzan, M.H., Janartini, (2013). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia Teknologi Malaysia. Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page 206-225/ISSN: 2231-733

Rubiah & Jamaliah, (2009). Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The University’s Academic Staff. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155-172

Rafiza, (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Juku: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

Su-Houn Liu, Hsiu-Li Liau, Jean A. Pratt (2009), ‘Impact of Media Richness and Flow on e-Learning Technology Acceptance’, Computer & Education 52 (2009) page 599-607, Department of Management information System, Chung Yuan Christian university, Taiwan & Department of Information Systems, University of Winconsin-Eau Claire, USA

Rimor, R., Rosen Y., & Naser, K. (2010). Complexity of Social Interactions in Collaborative Learning: The Case of Online Database Environment. Interdisciplinary Journal of E-Learning and Learning Objects Volume 6, 2010 IJELLO special series of Chais Conference 2010 best papers