Rumusan

1
RUMUSAN MOHD NAZIRUL BIN AHMAD Melalui tugasan subjek BMM3105 ini, yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu En. Mohd Aris, banyak pengetahuan serta pengalaman yang dapat digarap samada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Pembinaan Blog bagi memenuhi sukatan subjek ‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105)’ yang saya dan 17 rakan lain sama-sama menuntut subjek ini. Penekanan yang dipelajari adalah berkaitan dengan penggunaan komputer, internet dan pembelajaran secara atas talian. Pada setiap minggu, pelbagai tugasan perlu disiapkan dan rata-rata tugasan adalah 100% berdasarkan penggunaan komputer sebagai aset utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Tambahan pula, kami didedahkan dengan pelbagai cara serta kaedah dalam menggunakan komputer dan internet secara berkesan untuk diterapkan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Rancangan Pelajaran yang digunakan, diadaptasikan menjadi satu tapak pembelajaran yang mengandungi set induksi serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hasil pembelajaran. Penggunaan tapak pembelajaran ternyata memudahkan dan menjimatkan masa kepada guru dan pelajar memandangkan penggunaan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Persediaan adalah amat perlu dan kami sudahpun didedahkan dengan awal berkaitan penggunaan komputer dalam P&P. Selain itu, pembinaan BLOG merupakan tugasan utama kami. Sebahagian tugasan kami, dimuatnaikkan dalam internet dan dipaparkan dalam BLOG yang telah dicipta. Penciptaan BLOG bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan kajian yang lebih dalam membinanya untuk menampakkan unsur kekemasan serta memudahkan. Namun, bagi saya itu bukanlah satu masalah kerana setiap kesulitan pasti ada penyelesaian. Alhamdulillah. Pengalaman dan penegetahuan in mungkin akan diaplikasikan sewaktu berada di sekolah kelak.

Transcript of Rumusan

Page 1: Rumusan

RUMUSAN

MOHD NAZIRUL BIN AHMAD

Melalui tugasan subjek BMM3105 ini, yang telah diberikan oleh pensyarah kami

iaitu En. Mohd Aris, banyak pengetahuan serta pengalaman yang dapat digarap

samada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Pembinaan Blog bagi

memenuhi sukatan subjek ‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan

Komputer (BMM3105)’ yang saya dan 17 rakan lain sama-sama menuntut subjek ini.

Penekanan yang dipelajari adalah berkaitan dengan penggunaan komputer,

internet dan pembelajaran secara atas talian. Pada setiap minggu, pelbagai tugasan

perlu disiapkan dan rata-rata tugasan adalah 100% berdasarkan penggunaan komputer

sebagai aset utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Tambahan pula, kami

didedahkan dengan pelbagai cara serta kaedah dalam menggunakan komputer dan

internet secara berkesan untuk diterapkan semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Rancangan Pelajaran yang digunakan, diadaptasikan menjadi satu

tapak pembelajaran yang mengandungi set induksi serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan hasil pembelajaran.

Penggunaan tapak pembelajaran ternyata memudahkan dan menjimatkan masa

kepada guru dan pelajar memandangkan penggunaan teknologi dimanfaatkan

sepenuhnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Persediaan adalah amat

perlu dan kami sudahpun didedahkan dengan awal berkaitan penggunaan komputer

dalam P&P.

Selain itu, pembinaan BLOG merupakan tugasan utama kami. Sebahagian

tugasan kami, dimuatnaikkan dalam internet dan dipaparkan dalam BLOG yang telah

dicipta. Penciptaan BLOG bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan kajian

yang lebih dalam membinanya untuk menampakkan unsur kekemasan serta

memudahkan. Namun, bagi saya itu bukanlah satu masalah kerana setiap kesulitan

pasti ada penyelesaian. Alhamdulillah. Pengalaman dan penegetahuan in mungkin

akan diaplikasikan sewaktu berada di sekolah kelak.