Rumusan

4
LATIH TUBI BAHASA MELAYU Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan stesen televisyen di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Sepanjang 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan, aspek perpaduan kaum, dan usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sentiasa menjadi agenda kritikal bagi mewujudkan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang kondusif. Bagaimanapun timbul persoalan apabila kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendapati kebanyakan stesen televisyen tidak mematuhi garis panduan penyiaran yang menetapkan sekurang- kurangnya 60 peratus program mesti dalam bahasa kebangsaan. Peranan televisyen sama ada stesen kerajaan atau swasta sangat besar kerana pengaruhnya yang kuat sebagai ejen memupuk perpaduan. Stesen-stesen televisyen perlu digerakkan supaya tidak meminggirkan penggunaan bahasa kebangsaan demi memenuhi komitmen dan tanggungjawab sosial. Menerusi program yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan, stesen televisyen sebenarnya menyumbang terhadap usaha untuk meningkatkan permuafakatan dalam kalangan rakyat. Tidak dinafikan selaras dengan konsep ‘langit terbuka’ dan perkembangan teknologi, masyarakat harus diberikan ruang dan kebebasan untuk membuat pilihan terhadap saluran televisyen kegemaran mereka. Dengan khalayak penonton pelbagai kaum, stesen televisyen mungkin merasakan perlu ada saluran yang menyiarkan program untuk kaum-kaum tertentu bagi mencatat jumlah penonton yang besar. Dengan itu stesen berkenaan dapat menarik sebanyak mungkin pengiklanan sebagai sumber pendapatan utama. Apatah lagi penonton Malaysia bersikap terbuka dengan tidak

description

Latihan Rumusan

Transcript of Rumusan

LATIH TUBI BAHASA MELAYU

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan stesen televisyen di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Sepanjang 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan, aspek perpaduan kaum, dan usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sentiasa menjadi agenda kritikal bagi mewujudkan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang kondusif. Bagaimanapun timbul persoalan apabila kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendapati kebanyakan stesen televisyen tidak mematuhi garis panduan penyiaran yang menetapkan sekurang-kurangnya 60 peratus program mesti dalam bahasa kebangsaan.

Peranan televisyen sama ada stesen kerajaan atau swasta sangat besar kerana pengaruhnya yang kuat sebagai ejen memupuk perpaduan. Stesen-stesen televisyen perlu digerakkan supaya tidak meminggirkan penggunaan bahasa kebangsaan demi memenuhi komitmen dan tanggungjawab sosial. Menerusi program yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan, stesen televisyen sebenarnya menyumbang terhadap usaha untuk meningkatkan permuafakatan dalam kalangan rakyat.

Tidak dinafikan selaras dengan konsep langit terbuka dan perkembangan teknologi, masyarakat harus diberikan ruang dan kebebasan untuk membuat pilihan terhadap saluran televisyen kegemaran mereka. Dengan khalayak penonton pelbagai kaum, stesen televisyen mungkin merasakan perlu ada saluran yang menyiarkan program untuk kaum-kaum tertentu bagi mencatat jumlah penonton yang besar. Dengan itu stesen berkenaan dapat menarik sebanyak mungkin pengiklanan sebagai sumber pendapatan utama. Apatah lagi penonton Malaysia bersikap terbuka dengan tidak mengehadkan tontonan terhadap program berbahasa ibunda sendiri semata-mata.

Di samping menyediakan hiburan kepada masyarakat, stesen-stesen televisyen perlu memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat yang selari dengan aspirasi negara menerusi kandungan program yang disiarkan. Untuk itu, penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu konsisten. Bidang kuasa Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang menjaga stesen swasta patut diselaraskan dengan Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab terhadap stesen penyiaran kerajaan.

Stesen televisyen tidak kira kerajaan atau swasta mesti mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan. Tindakan tegas mesti diambil jika terdapat bahan atau kandungan penyiaran yang bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam akta berkenaan. Stesen televisyen mesti mendahulukan pertimbangan aspirasi negara dan tidak seyogia semata-mata mahu memikirkan keuntungan dan komersial. Maka, stesen televisyen dapat memainkan peranan sebagai wahana pembinaan masyarakat yang mengutamakan jati diri dan patriotik menerusi penggunaan bahasa kebangsaan sepertimana yang disyaratkan.

(Diubahsuaikan daripada Stesen TV Wajar Patuh Garis Panduan dalam Rencana Pengarang,Utusan Malaysia, 12 April 2007)

JAWAPANSoalan 1 : Rumusan ( 30 markah )

PPetikan tentang kepatuhan / kepentingan stesen televisyen di Malaysia dalam menjayakan dasar / aspirasi negara / penggunaan bahasa kebangsaan2

S1sebagai ejen memupuk perpaduan2

S2mengutamakan / tidak meminggirkan penggunaan bahasa kebangsaan 2

S3(menyumbang terhadap usaha, optional) meningkatkan permuafakatan dalam kalangan rakyat2

S4menyediakan hiburan kepada masyarakat2

S5menyebarkan maklumat (yang selari dengan aspirasi negara)2

S6mematuhi peraturan dan syarat (yang ditetapkan)2

S7mendahulukan pertimbangan aspirasi negara / tidak semata-mata memikirkan keuntungan / komersial2

S8sebagai wahana pembinaan masyarakat (yang mengutamakan jati diri / patriotik)2

T1bahasa kebangsaan / bahasa Melayu tidak lagi dihormati2

T2mempengaruhi generasi muda tidak lagi berbangga dengan warisan bangsa2

T3kedudukan bahasa Melayu dipersendakan (dalam media)2

T4pengacara / tetamu program (televisyen) malu / rendah diri untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan2

T5kebanjiran produk luar / asing dalam siaran televisyen tempatan2

KKesimpulannya, stesen televisyen di Malaysia hendaklah membantu dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan supaya negara terus kekal aman / bahasa Melayu didaulatkan.2