Rumusan

1
Rumusan Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari serta memahami konsep yang betul mengenai kaedah pengajaran kemahiran bacaan.. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam kemahiran membaca amat diperlukan lebih- lebih lagi untuk urusan kehidupan seharian. Definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam surat khabar dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf ini hendaklah dicapai oleh murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke sekolah menengah.Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh hendaklah dibina secara progresif dari awal. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai biasa bahawa antara tugas utama guru-guru di sekolah ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan menulis.Jikan ini belum dicapai, apa-apa sebab yang mungkin diberikan ,tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak dan jika ramai yang tidak dapat kemahiran tersebut,maka sistem persekolahan itu dianggap gagal dan harus dikaji semula serta dipulihkan. Teknik bercerita juga penting kepada seorang guru. Bercerita adalah salah satu cara menyampaikan maklumat yang menarik. Oleh itu, saya berharap setiap guru perlu menguasai kemahiran bercerita. Guru boleh menggunakan boneka untuk menjalankan simulasi bercerita. Hal ini demikian kerana penggunaan boneka dapat menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Membaca pula merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan seharian. Melalui pembacaan seseorang itu akan memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Oleh itu, saya mencadangkan agar setiap murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.

description

Rumusan

Transcript of Rumusan

RumusanMelalui tugasan ini, kami dapat mempelajari serta memahami konsep yang betul mengenai kaedah pengajaran kemahiran bacaan.. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam kemahiran membaca amat diperlukan lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan seharian. Definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam surat khabar dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf ini hendaklah dicapai oleh murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke sekolah menengah.Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh hendaklah dibina secara progresif dari awal.Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai biasa bahawa antara tugas utama guru-guru di sekolah ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan menulis.Jikan ini belum dicapai, apa-apa sebab yang mungkin diberikan ,tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak dan jika ramai yang tidak dapat kemahiran tersebut,maka sistem persekolahan itu dianggap gagal dan harus dikaji semula serta dipulihkan.Teknik bercerita juga penting kepada seorang guru. Bercerita adalah salah satu cara menyampaikan maklumat yang menarik. Oleh itu, saya berharap setiap guru perlu menguasai kemahiran bercerita. Guru boleh menggunakan boneka untuk menjalankan simulasi bercerita. Hal ini demikian kerana penggunaan boneka dapat menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Membaca pula merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan seharian. Melalui pembacaan seseorang itu akan memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Oleh itu, saya mencadangkan agar setiap murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.