RUMUSAN

2
2.0 RUMUSAN Pengurusan grafik merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan menggunakan pengurusan ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menggunakan pelbagai grafik. Melalui tugasan ini, saya telah menggunakan empat jenis grafik untuk menbentangkan article saya iaitu tulang ikan, jaringan klasifikasi, carta aliran selari dan banding beza. Pertama, saya telah menggunakan tulang ikan untuk menghasilkan rajah 1 yang menunjukkan tujuan kajian. Saya menggunakan grafik tulang ikan kerana ingin mengenal sebab yang penting dan memahami semua akibat dan penyebab serta untuk mengembangkan proses. Seterusnya, saya menggunakan jaringan klasifikasi sebagai rajah kedua untuk menerangkan tentang aspek kemahiran belajar. Walaupun jaringan klasifikasi dilihat tidak kemas secara keseluruhannya, tetapi ia menunjukkan nota yang sangat ringkas. Jaringan klasifikasi boleh mengelakkan maklumat yang penting tercicir dan membolehkan kita lebih berfokus. Selain itu, jaringan klarifikasi juga dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan tepat. Di samping itu, saya juga menggunakan grafik carta aliran selari sebagai rajah ketiga untuk membentangkan tentang implikasi pembelajaran. Carta aliran selari merupakan instrumen dalam bentuk selari dari atas ke bawah . Bentuk tersebut digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seterusnya, grafik tersebut 9

description

78954

Transcript of RUMUSAN

2.0 RUMUSANPengurusan grafik merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan menggunakan pengurusan ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menggunakan pelbagai grafik. Melalui tugasan ini, saya telah menggunakan empat jenis grafik untuk menbentangkan article saya iaitu tulang ikan, jaringan klasifikasi, carta aliran selari dan banding beza. Pertama, saya telah menggunakan tulang ikan untuk menghasilkan rajah 1 yang menunjukkan tujuan kajian. Saya menggunakan grafik tulang ikan kerana ingin mengenal sebab yang penting dan memahami semua akibat dan penyebab serta untuk mengembangkan proses.Seterusnya, saya menggunakan jaringan klasifikasi sebagai rajah kedua untuk menerangkan tentang aspek kemahiran belajar. Walaupun jaringan klasifikasi dilihat tidak kemas secara keseluruhannya, tetapi ia menunjukkan nota yang sangat ringkas. Jaringan klasifikasi boleh mengelakkan maklumat yang penting tercicir dan membolehkan kita lebih berfokus. Selain itu, jaringan klarifikasi juga dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan tepat.Di samping itu, saya juga menggunakan grafik carta aliran selari sebagai rajah ketiga untuk membentangkan tentang implikasi pembelajaran. Carta aliran selari merupakan instrumen dalam bentuk selari dari atas ke bawah . Bentuk tersebut digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seterusnya, grafik tersebut adalah amat sesuai dan tepat bagi implikasi pembelajaran ini agar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.Justeru, saya menggunakan grafik banding beza sebagai rajah keempat. Grafik banding beza yang digunakan oleh saya dalam rajah empat adalah untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih daripada dua perkara berdasarkan aspek-aspek yang tertentu.Grafik banding beza menolong kita memahami perkara-perkara yang dibandingkan dengan lebih mendalam lagi. Seterusnya, grafik tersebut juga membantu dalam kemahiran yang lebih kompleks separti mengelas. Akhirnya, grafik banding beza juga boleh membuat definisi, dan membuat analogi serta membantu membuat keputusan dengan bijak.

9