RUMUSAN

3
RUMUSAN Kesimpulannya sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Ayat terbina daripada unsure-unsur klausa, frasa dan kata. Dalam hal ini, kata membentuk frasa, frasa membentuk klausa dan klausa membentuk ayat. Ayat dasar merupakan sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa manakala ayat tunggal mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat majmuk tergolong dalam bentuk-bentuk ayat dan terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan serta ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan dibahagikan kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Susunan konstituen ayat ialah ayat yang dibina oleh subjek dan predikat. Berdasarkan perbincangan dapatlah dirumuskan bahawa ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa, maknanya lengkap, terdiri daripada susunan perkataan yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan. Semua jenis ayat boleh menerbitkan ayat terbitan, tetapi ayat penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh menerbitkan ayat inti. Klausa ialah unit deretan kata yang mempunyai subjek dan oredikat yang menjadi konsituen ayat. Klausa terbahagi kepada dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Pola inti terbahagi kepada empat, iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA, dan FN + FSN. Dari segi nilai komunikatifnya ayat terbahagi kepada lima, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, dan ayat emfatik.

description

bmm3129

Transcript of RUMUSAN

Page 1: RUMUSAN

RUMUSAN

Kesimpulannya sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat.

Ayat terbina daripada unsure-unsur klausa, frasa dan kata. Dalam hal ini, kata membentuk

frasa, frasa membentuk klausa dan klausa membentuk ayat. Ayat dasar merupakan sumber

bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa manakala ayat tunggal

mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu

konstituen predikat. Ayat majmuk tergolong dalam bentuk-bentuk ayat dan terbahagi kepada

tiga iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan serta ayat majmuk campuran.

Ayat majmuk pancangan dibahagikan kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat

majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Terdapat empat

jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat

seruan. Susunan konstituen ayat ialah ayat yang dibina oleh subjek dan predikat.

Berdasarkan perbincangan dapatlah dirumuskan bahawa ayat ialah unit pengucapan yang

paling tinggi dalam susunan tatabahasa, maknanya lengkap, terdiri daripada susunan

perkataan yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan. Semua jenis ayat boleh

menerbitkan ayat terbitan, tetapi ayat penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh

menerbitkan ayat inti.

Klausa ialah unit deretan kata yang mempunyai subjek dan oredikat yang menjadi konsituen

ayat. Klausa terbahagi kepada dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Pola inti terbahagi kepada empat, iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA, dan FN + FSN. Dari

segi nilai komunikatifnya ayat terbahagi kepada lima, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat

perintah, ayat seruan, dan ayat emfatik.

Dari segi bentuk, ayat terbahagi dua, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal boleh

dijelmakan dalam bentuk biasa dan bentuk songsang. Ayat juga boleh terhasil sama ada

dalam bentuk aktif atau dalam bentuk pasif. Ayat majmuk boleh berupa gabungan,

pancangan, campuran dan pasif. Terdapat pelbagai jenis ayat keterangan seperti

keterangan musabab, akibat, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, tujuan,

perbandingan, sangkalan dan kenyataan

BIBLIOGRAFI

Page 2: RUMUSAN

BUKU

Goay Teck Chong et.al, (2008), Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1,

Petaling Jaya, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Safiah et al., (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Shah Alam, Oxfor Fajar

Sdn. Bhd.

KAMUS

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN SESAWANG

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/05/ayat-mudah-daan-ayat-majmuk.html

(Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm

(Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=1160&Itemid=493

(Dilayari pada 15 Februari 2012)

http://www.tutor.com.my/stpm/klausa%20bebas_tak%20bebas/klausa%20beba_tak

%20bebas.htm

(Dilayari pada 11 Februari 2012)