Rumusan

download Rumusan

of 2

description

Cabaran

Transcript of Rumusan

RumusanSecara keseluruhannya, Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di Malaysia. Perubahan dalam sistem pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat. Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Menurut Laporan Universitas 21 Report, 2014 sistem pendidikan tinggi Malaysia berada pada tahap ranking ke-28 daripada 50 buah negara. 50 buah negara tersebut dinilai berdasarkan empat kategori iaitu sumber, persekitaran, kesalinghubungan (connectivity) dan hasil (Rajah 11). Walaubagaimanapun, kedudukan Malaysia masih boleh terus dipertingkatkan melalui nilai perpaduan serta melalui pelaksanaan strategi-strategi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Rajah 11 : Keadaan Semasa Pendidikan Tinggi Malaysia (Sumber : Laporan tahunan oleh Universitas 21, satu jaringan global universiti penyelidikan untuk abad ke21. Laporan U21 membandingkan sistem Pendidikan tinggi dari 50 negara)

Kementerian juga sedar tentang pelbagai cabaran yang akan ditempuh dalammerealisasikan inisiatif-inisiatif di bawah PPPM. Usaha gigih telah dilaksanakan untuk memacu transformasi, namun pelaksanaan setiap inisiatif di bawah PPPM perlu menjurus ke arah keberhasilan murid. Dalam hal ini, adalah sangat penting untuk menerapkan budaya yang memberikan keutamaan kepada prestasi, keberhasilan dan akauntabiliti pada semua peringkat di Kementerian dan keseluruhan ekosistem pendidikan. Selaras dengan kenyataan ini, usaha sama melibatkan semua pihak khususnya pihak sekolah, para guru, ibu bapa dan murid amat diperlukan untuk menjayakan transformasi sistem pendidikan. Hal ini sedemikan kerana, kerjasama pelbagai pihak dapat membantu mempersiapkan seluruh warga Malaysia menghadapi pelbagai cabaran secara bersepadu. Perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia dapat meningkatkan status serta imej negara di persada dunia. Oleh itu, para guru juga perlu berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras dalam meneruskan usaha bagi mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia. Penerapan nilai perpaduan dalam kalangan murid perlu dilakukan oleh para guru dalam pelaksanaan setiap aktiviti samada di dalam atau di luar bilik darjah bagi meningkatkan keberhasilan murid-murid. Kesimpulannya, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan murid itu sendiri sangat penting bagi menjayakan strategi-strategi PPPM sedia yang berteraskan 5 aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Cadangan strategi-strategi baru juga perlu dititikberatkan dalam pelan pembangunan supaya keberhasilannya memanfaatkan semua pihak.