Rumusan

2
RUMUSAN Secara keseluruhannya, tugusan ini meliputi kajian tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan di sekolah tempat saya menjalani praktikum pada Fasa 3 iaitu Sekolah Kebangsaan Perdana, Tawau dan laporan bertulis secara menyeluruh berkaitan pembentang yang telah dilaksanakan iaitu mengenai Terapi Muzik. Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting. Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan masalah . Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik. 16

description

EDU3073

Transcript of Rumusan

Page 1: Rumusan

RUMUSANSecara keseluruhannya, tugusan ini meliputi kajian tentang Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling yang dijalankan di sekolah tempat saya menjalani praktikum pada Fasa 3 iaitu

Sekolah Kebangsaan Perdana, Tawau dan laporan bertulis secara menyeluruh berkaitan

pembentang yang telah dilaksanakan iaitu mengenai Terapi Muzik.

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan

berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism,

ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan

dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.

Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri

dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza

maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya

melihat dari satu sudut jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan

menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku

yang sesuai semasa menyelesaikan masalah .

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat

pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah

laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan ini

adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau

nasihat kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial

yang tidak baik.

Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar melihat

siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri

agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu

dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh

kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data psikologi dan

sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri.

Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan

moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,

pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik

16

Page 2: Rumusan

klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta

hasil kajian.

Terapi muzik dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk

merawat pesakit .Pada zaman purba kala ,lagu serta dikir digunakan oleh kaum primitif

untuk mendapatkan bantuan Tuhan. Berdasarkan analisis hasil kajian yang diperolehi dari

para pakar muzik, mereka berpendapat bahawa peranan muzik dalam pembentukkan budi

pekerti sangat kuat. Kesimpulan ini berdasarkan analisis sejarah dan analisis mekanisme

terjadinya perilaku (pesakit). Muzik mempunyai pengaruh yang cukup kuat terhadap fizikal

dan mental individu serta watak masyarakat.

17