Rumusan jurnal

16
KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH RUMUSAN JURNAL KECERDASAN EMOSI, LIMA DIMENSI PERSONALITI DAN KEJAYAAN AKADEMIK CALON-CALON GURU DALAM PENDIDIKAN JASMANI NUR SHAFIZA BT ISMAIL D20111048998 muhammad asraf bin wazir D20111049021 wan faiq fikri bin wan abdul rahman D20111049156 zalia fatin bt zaini

description

 

Transcript of Rumusan jurnal

Page 1: Rumusan jurnal

KKD 2063

PEMBANGUNAN SAHSIAH

RUMUSAN JURNAL

KECERDASAN EMOSI, LIMA DIMENSI

PERSONALITI DAN KEJAYAAN

AKADEMIK CALON-CALON GURU DALAM PENDIDIKAN

JASMANI

NUR SHAFIZA BT ISMAIL D20111048998

muhammad asraf bin wazir D20111049021

wan faiq fikri bin wan abdul rahman D20111049156

zalia fatin bt zaini D20111048113

adliah bt drani D20111048112

syarafina nadiah bt shaharin D20111048110

1.0 PENGENALAN

Page 2: Rumusan jurnal

Tajuk jurnal yang ingin dibincangkan di sini ialah ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi

Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’. Jurnal ini

adalah ditulis oleh Serdar Tok dan Suleyman L. Morali daripada Ege University, Bornova, Izmir,

Turki. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi dan lima dimensi

personaliti dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.

Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran

Pendidikan Jasmani Gred 4 di Turki yang berumur di antara 23 tahun sehingga 32 tahun.

Personaliti adalah merupakan gambaran keseluruhan tentang tingkah laku yang tersusun

di mana ia boleh meramalkan apa yang akan dilakukan oleh seseorang individu secara luaran

mahupun dalaman. Personaliti adalah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu seperti

kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku mengikut cara tertentu. Menurut Eysenck

(1947) mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi yang agak stabil dan berkekalan

dari segi ciri-ciri emosi, fizikal dan intelek seseorang individu yang berupaya menentukan

penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini adalah menekankan kepada trait

iaitu ciri-ciri yang stabil dan berkekalan. Apabila trait ini dikumpulkan, ia akan menjadi ‘type’

dan dalam erti kata lain, koleksi trait personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbang

kepada ‘type’ personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui interaksi trait di mana

tingkah laku akan dibentuk.

Skop kajian adalah berkisar tentang kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti.

Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu kecerdasan

emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi (EI)

yang tinggi adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa

bersikap terbuka terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas

tentang cara mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Terdapat lima dimensi

personaliti yang diutarakan dalam jurnal ini iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan

Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan

Neurotisme (Neuroticism) yang menjadi unsur dalam mengkaji faktor-faktor penentu kejayaan

akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.

2.0 RUMUSAN JURNAL

Page 3: Rumusan jurnal

Nama penulis jurnal ialah Serdar Tok dan Suleyman L. Morali. Tajuk jurnal ialah

‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru

dalam Pendidikan Jasmani’. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI)

dan lima dimensi personaliti bagi menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam

Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru

mata pelajaran Pendidikan Jasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahun

sehingga 32 tahun di Turki. Kajian jurnal ini menggunakan kaedah yang memerlukan

calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani melengkapkan borang inventori ‘Lima Dimensi

Personaliti dan Skala Kepintaran Emosional Schutte’. Skop kajian ialah berkaitan kualiti

seseorang guru berdasarkan personaliti.

            Berdasarkan kajian sebelum ini, jangkaan psikologi tentang kejayaan akademik guru

sebahagian besarnya adalah bertumpu terhadap faktor kognitif seperti tahap kecerdasan minda

atau IQ seseorang guru. Kajian ini telah menunjukkan hubungan antara IQ dan kejayaan

akademik guru dari tahap rendah sehingga sederhana. IQ mempunyai keupayaan yang terhad

kepada sebahagian kejayaan akademik guru. Kekurangan keupayaan untuk menjelaskan

kejayaan akademik guru menunjukkan bahawa faktor-faktor selain daripada keupayaan kognitif

boleh menyumbang kepada pemahaman kejayaan akademik guru. Keputusan menunjukkan

bahawa kejayaan akademik calon-calon guru adalah paling berkaitan dengan sikap kehematan

(Conscientiousness). Sikap kehematan inilah yang dapat meramalkan dalam nilai yang besar

ke atas prestasi calon-calon guru yang menjadi peserta dalam kajian ini.

Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu

kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Konstruk psikologi yang terkini dan popular

yang dianggap sebagai peramal kemungkinan pencapaian akademik calon-calon guru adalah

kecerdasan emosi (EI). Cherniss, Extein, Goleman dan Weissberg (2006) mendakwa wujudnya

pertindihan dalam kalangan model EI dan dalam semua model yang mengenal pasti bahawa EI

adalah melibatkan dua komponen iaitu kesedaran dan pengurusan emosi diri individu serta

kesedaran dan pengurusan emosi orang lain. Hasil daripada beberapa kajian telah menunjukkan

bahawa sifat EI mungkin konstruk sah dalam ramalan kepuasan hidup, aduan somatik dan

gaya peniruan.

Page 4: Rumusan jurnal

Selain itu, kajian ini selari dengan kajian Noriah et al (2003) yang mendapati bahawa

domain kerohanian dan kematangan merupakan aspek penting dalam meningkatkan kecerdasan

emosi (EI) seseorang individu. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggi adalah lebih

berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka terhadap

pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara mengajar

mereka daripada pelajar masing-masing.

Idea kedua yang banyak menarik perhatian sebagai peramal kejayaan akademik

calon-calon guru ialah lima dimensi personaliti. Lima dimensi personaliti tersebut ialah

Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi

(Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Keputusan yang

sama diperolehi oleh Duckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungan

di antara prestasi IQ, disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousness

dan Agreeableness adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lain

seperti Openness to Experience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahap

sederhana. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak suka mencari kesalahan orang lain,

tidak memulakan pertengkaran dengan orang lain, bertimbangrasa, baik hati, suka bekerjasama,

memiliki naluri memaafkan orang lain secara semulajadi, bersopan santun, suka membantu dan

tidak mementingkan diri sendiri.

Ciri-ciri seumpama ini selaras dengan dapatan kajian Perlman dan McCann (1998)

tentang ‘Student Pet Peeves About Teaching’. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa seseorang

guru yang mempunyai dimensi personaliti Agreeableness yang tinggi akan sentiasa mempunyai

hubungan yang mesra antara guru dan pelajar, dapat mengingati nama pelajar dan memanggil

mereka apabila ada kesempatan serta bersikap liberal dan fleksibel semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Page 5: Rumusan jurnal

3.0 ULASAN JURNAL BERDASARKAN TEORI

Jurnal bertajuk ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik

Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utama

iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience),

Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Melalui

konsep ini, dapat dinilai dan dikenal pasti bagaimana seseorang calon guru itu berkeupayaan

untuk menjadi seorang guru dalam bidang Pendidikan Jasmani. Perkara utama yang menjadi

penentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah mereka yang

mempunyai dimensi personaliti kehematan (Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzic

dan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham dan Crump, 2003) menyatakan bahawa kejayaan

akademik seseorang calon guru itu adalah berkait rapat dengan sikap kehematan. Sikap ini

apabila berada pada tahap yang tinggi akan membentuk personaliti seorang guru seperti bersikap

teratur, suka merancang kehidupan, memiliki azam yang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai,

bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepati masa dan menghasilkan kerja dengan

sangat kemas. Personaliti ini akan melahirkan ciri-ciri guru yang baik terutamanya bagi calon-

calon guru dalam Pendidikan Jasmani.

Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademik

bagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness to

Experience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiran

mempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru.

Bagi calon-calon guru yang berfikiran terbuka, mereka akan cenderung untuk menyertai pelbagai

aktiviti yang dijalankan dan secara tidak langsung guru tersebut akan memperolehi banyak ilmu

pengetahuan serta membuatkan mereka mencari sebab-sebabnya. Ciri-ciri guru yang memiliki

personaliti ini ialah mempunyai banyak idea, tinggi daya imaginasi, kreatif, sukakan seni dan

kerencaman. Menurut O’Connor dan Paunonen (2007), menyatakan bahawa hubungan di antara

keterbukaan fikiran dan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalah

sangat rendah. Namun begitu, dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesar

selepas dimensi kehematan dengan mendapat sokongan daripada Chamorro-Premuzic dan

Furnham (2004).

Page 6: Rumusan jurnal

Dimensi personaliti yang ketiga ialah ekstroversi (Extroversion) yang merujuk kepada

tahap keselesaan seseorang dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Bagi seseorang

yang bersikap ekstroversi mereka merupakan individu yang lebih cenderung untuk bersosial.

Individu yang memiliki sikap ekstroversi yang tinggi adalah merupakan golongan yang

mempunyai ciri-ciri personaliti seperti bertenaga, optimistik, mesra, peramah, spontan, sukakan

cabaran, bersemangat dan sangat suka bersosial. Menurut Busato, Prins, Elshout dan Hamaker

(2000) menegaskan bahawa dimensi ekstroversi mempunyai kecenderungan negatif terhadap

kejayaan akademik. Walaupun mengikut logiknya sikap ekstroversi amat bersesuaian dengan

ciri-ciri sebagai seorang guru tetapi jurnal ini agak tidak menyokongnya dengan penilaian

bahawa untuk menjadi seorang guru, sikap tersebut merentasi pembolehubah seperti umur,

tahap pendidikan dan jantina. Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antara

hubungan dimensi ekstroversi dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan

Jasmani.

Dimensi personaliti kesetujuan (Agreeableness) pula memberikan pandangan berbeza

ke atas kejayaan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Ciri-ciri kesetujuan yang

dinyatakan dalam buku Pembangunan Sahsiah menerangkan bahawa wujudnya kecenderungan

seseorang untuk berbaik-baik dan bertingkah laku yang sesuai dalam interaksi sosial. Penekanan

khas bagi individu yang mempunyai dimensi besar dalam kesetujuan ini ialah mudah

mempercayai sesuatu, mudah bersimpati, suka membantu, berhati lembut, suka bekerjasama,

sopan, pemurah, memahami keadaan orang lain dan jujur. Mengikut Farsides dan Woodfield

(2003) serta Gray dan Watson (2002) menjelaskan bahawa kesetujuan positif adalah berkaitan

dengan tahap nilai purata. Walaubagaimanapun, menurut (Conard, 2006; Duff, Boyle, Dunleavy

dan Ferguson, 2004) mereka gagal mencari persamaan atau kaitan yang signifikan di antara

kesetujuan dan kejayaan akademik. Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa dimensi

kesetujuan adalah tidak memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan akademik

calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.

Page 7: Rumusan jurnal

Akhir sekali ialah dimensi personaliti neurotisme (Neuroticism) di mana ia merupakan

faktor yang mengukur kestabilan emosi dan penyesuaian peribadi dengan persekitaran iaitu

adaptasi. Justeru, neurotisme juga melihat keupayaan seseorang dalam menangani tekanan.

Somer, Korkmaz dan Tatar (2004) menyimpulkan bahawa dimensi neurotisme adalah seperti

suka mengikut perasaan, tinggi tahap kebimbangan dan kemurungan, merasa tidak selamat,

mementingkan diri sendiri dan cepat menggelabah. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut

tidak berkeyakinan pada diri sendiri dalam melakukan penyampaian dan persembahan

di hadapan orang ramai. Kenyataan ini disokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yang

menjelaskan bahawa neurotisme adalah mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengan

kejayaan akademik dan ia bukanlah suatu akses yang dominan dalam menentukan kejayaan

akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.

Kesimpulannya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa kejayaan

akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalah dipengaruhi oleh dimensi

kehematan (Conscientiousness). Keputusan ini disokong oleh Barchard (2003),

Chamorro-Premuzic dan Furnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006)

yang menyimpulkan bahawa calon-calon guru yang berkebolehan mengurus, fokus dan

memberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran dan

akan menggapai kejayaan sebagai guru cemerlang di sekolah.

 

Page 8: Rumusan jurnal

4.0 KESIMPULAN

Jurnal ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik

Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utama

iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience),

Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Tujuan

kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti dalam

menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kajian ini

dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran Pendidikan

Jasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahun sehingga 32 tahun. Kajian jurnal

ini menggunakan kaedah yang memerlukan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani

melengkapkan borang inventori ‘Lima Dimensi Personaliti dan Skala Kepintaran Emosional

Schutte’. Skop kajian ialah berkaitan dengan kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti.

Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu

kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggi

adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka

terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara

mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Keputusan yang sama diperolehi oleh

Duckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungan di antara prestasi IQ,

disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousness dan Agreeableness

adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lain seperti Openness to

Experience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana.

Perkara utama yang menjadi penentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalam

Pendidikan Jasmani ialah mereka yang mempunyai dimensi personaliti kehematan

(Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzic dan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham dan

Crump, 2003) menyatakan bahawa kejayaan akademik seseorang calon guru itu adalah berkait

rapat dengan sikap kehematan. Sikap ini apabila berada pada tahap yang tinggi akan membentuk

personaliti seorang guru seperti bersikap teratur, suka merancang kehidupan, memiliki azam

yang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai, bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepati

masa dan menghasilkan kerja dengan sangat kemas.

Page 9: Rumusan jurnal

Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademik

bagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness to

Experience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiran

adalah mempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru.

Dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesar selepas dimensi kehematan

dengan mendapat sokongan daripada Chamorro-Premuzic dan Furnham (2004).

Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antara hubungan dimensi ekstroversi

(Extroversion) dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.

Dimensi kesetujuan (Agreeableness) adalah tidak memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kenyataan ini

disokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yang menyatakan bahawa neurotisme

(Neuroticism) mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengan kejayaan akademik dan

mencadangkan bahawa dimensi neurotisme bukanlah suatu akses yang dominan dalam

menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.

Tuntasnya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa faktor kejayaan

akademik calon-calon guru dalam bidang Pendidikan Jasmani ialah dimensi kehematan

(Conscientiousness). Keputusan ini disokong oleh Barchard (2003), Chamorro-Premuzic dan

Furnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006) yang merumuskan bahawa

calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani yang berkebolehan mengurus, fokus dan

memberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam nilai gred

purata (GPA) dan bakal menjadi seorang guru yang berprestasi tinggi dan cemerlang di sekolah.

Page 10: Rumusan jurnal

5.0 BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor dan Noordin Yahaya (2007). Hubungan

kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Diperoleh pada Mac 30, 2012

daripada eprints.utm.my/4022/1/jurnal.pdf

Eysenck, H. J (1947). Dimensions of personality. London: Routledge and Kegan Paul.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Aslina Ahmad dan Hazalizah Hamzah (2011).

Pengenalan pembangunan sahsiah. Perak: Emeritus Publications.

Nurul Ezzati Azizi (2008). Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan

persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar SPA, SPE dan SPJ.

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Serdar Tok and Suleyman L. Morali (2009). Trait emotional intelligence, the big five personality

dimensions and academic success in physical education teacher candidates. Journal of

Social Behavior and Personality. 37 (7). 921-932.