RUMUSAN Sebenarnya

7
RUMUSAN Sebenarnya, apabila sejarah disebalik Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 disingkap semula, akan dapat dilihat dengan jelas bahawa jatuh dan kebangkitan sesebuah negara bergantung dan terletak kepada kebijaksaan pemimpin yang telah diamanahkan untuk menguruskan dan mentadbir negeri atau negara.Disebalik rumusan Persetiaan Persekutuan 1895 yang boleh diperolehi, jelas menunjukkan di sini sebarang kuasa dan anasir luar sama sekali tidak akan berpeluang untuk menganggu gugat atau campur tangan sebarang dasar pemerintah jikalau negara ditabir dengan sistematik dan teratur oleh pemerintah.Jangan sesekali membuka ruang kepada orang luar untuk mengambil kesempatan mengatur dasar dan menguruskan hal ehwal dalam negeri, dan memberikan mereka ini kesmepatan adalah keputusan yang sangat kurang bijak sebenarnya. Hakikatnya, mereka sentiasa mahu memastikan apa sahaja keputusan yang dibuat bakal menguntungkan mereka manakala di pihak satu lagi rugi.Sejarah telah tercipta dan dibuktikan di mana dek kerana menerima seorang Residen Jeneral dari British selepas raja-raja Melayu sendiri bersetuju, akhirnya sultan tidak dapat mentadbir negara secara keseluruhan sekaligus era kekuasan Sultan semakin berkurangan.Diharapkan sejarah disebalik Perjanjian Persekutuan 1895 tidak berulang lagi. Dan berharap agar negara tidak dibiarkan kuasa luar begitu senang untuk campur tangan dalam sebarang urusan negara dan kedaulatan negara terus dikekalkan oleh pemerintah yang telah diamanahkan untuk menjaganya KESAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895 CONTOH JAWAPAN PT3 Tidak cukup rasanya dan tidak lengkap jikalau faktor pemeteraian Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 tidak disertakan sekali dengan intipati dan huraian, penjelasan berkaitan dengankesan Persetiaan Persekutuan 1895

description

r

Transcript of RUMUSAN Sebenarnya

Page 1: RUMUSAN                                                                       Sebenarnya

RUMUSAN Sebenarnya, apabila sejarah disebalik Perjanjian Persetiaan Persekutuan

1895 disingkap semula, akan dapat dilihat dengan jelas bahawa jatuh dan

kebangkitan sesebuah negara bergantung dan terletak kepada kebijaksaan

pemimpin yang telah diamanahkan untuk menguruskan dan mentadbir

negeri atau negara.Disebalik rumusan Persetiaan Persekutuan 1895 yang

boleh diperolehi, jelas menunjukkan di sini sebarang kuasa dan anasir luar

sama sekali tidak akan berpeluang untuk menganggu gugat atau campur

tangan sebarang dasar pemerintah jikalau negara ditabir dengan sistematik

dan teratur oleh pemerintah.Jangan sesekali membuka ruang kepada orang

luar untuk mengambil kesempatan mengatur dasar dan menguruskan hal

ehwal dalam negeri, dan memberikan mereka ini kesmepatan adalah

keputusan yang sangat kurang bijak sebenarnya. Hakikatnya, mereka

sentiasa mahu memastikan apa sahaja keputusan yang dibuat bakal

menguntungkan mereka manakala di pihak satu lagi rugi.Sejarah telah

tercipta dan dibuktikan di mana dek kerana menerima seorang Residen

Jeneral dari British selepas raja-raja Melayu sendiri bersetuju, akhirnya sultan

tidak dapat mentadbir negara secara keseluruhan sekaligus era kekuasan

Sultan semakin berkurangan.Diharapkan sejarah disebalik Perjanjian

Persekutuan 1895 tidak berulang lagi. Dan berharap agar negara tidak

dibiarkan kuasa luar begitu senang untuk campur tangan dalam sebarang

urusan negara dan kedaulatan negara terus dikekalkan oleh pemerintah yang

telah diamanahkan untuk menjaganya

KESAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895 CONTOH JAWAPAN PT3

Tidak cukup rasanya dan tidak lengkap jikalau faktor pemeteraian Perjanjian

Persetiaan Persekutuan 1895 tidak disertakan sekali dengan intipati dan

huraian, penjelasan berkaitan dengankesan Persetiaan Persekutuan 1895

Secara ringkisnya antara kesan Kesan Persetiaan Persekutuan 1895 yang

cukup ketara yang boleh diambil pengajaran dan iktibar disebalik apa yang

berlaku selepas termeterainya Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

memperlihatkan residen jenaral semakin berkuasa dalam segala banyak hal

penting kepada Tanah melayu pada masa itu termasuklah hal-hal, kewangan,

Page 2: RUMUSAN                                                                       Sebenarnya

cukai eksport dan juga pentadbiran sehingga segala hasil mahsul Tanah

Melayu terus masuk dalam kantung dan poket penjajah.

Bertambah malang dan sedihnya, Sultan-sultan terpaksa akhirnya menurut

apa sahaja nasihat dan pandangan Residen jenaral dalam segala banyak isu

dan hal. Sultan dan raja hanyalah mempunyai peranan dan kuasa terhadap

agama Islam adan adat-adat Melayu sahaja.

Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

Pada tanggal 1 Julai pada tahun 1896 tercatatlah sejarah apabila negeri-

negeri seperti Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan juga telah sepakat untuk

bersatu dan bergabung bersama bagi membentuk apa yang dipanggil

sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu seterusnya mengangkat Kuala

Lumpur sebagai sebuah pusat pentadbirannya.

Nah…sejarah ini bermula sistem Residen yang digunapakai sebelum itu

dilihat sudah tidak lagi relevan dan tidak lagi menepati yang dikehendaki

oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu sehingga sudah ada

usaha untuk Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Tambahan pula pihak British merasakan sudah masa dan ketikanya negeri-

negeri di Tanah Melayu perlu bersatu dan digabungkan pada kesatuan yang

lebih besar untuk menjadi negeri-negeri di Tanah Melayu lebih kuat dan

bertambah kaya sekaligus dapat membantu dan meringankan beban negeri-

negeri yang kurang kaya sekaligus dapat menyimbangkan kekuatan setiap

negeri di Tanah Melayu.

Akhirnya, Frank Swettenhem telah tampil menerangkan hasrat dan

rancangan tersebut kepada Raja-raja yang berkenaan sekitar pada tahun

1895 untuk mendapatkan persetujuan dan perkenan raja-raja Melayu yang

terbabit. Raja-raja Melayu bersetuju dan terbitnya satu perjanjian yang

dipanggil perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan Persekutuan

1895 yang mana telah ditandatangan oleh :

1. Gabenor Negeri-negeri Selat

2. Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak kerajaan British

Page 3: RUMUSAN                                                                       Sebenarnya

3. Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi negeri Perak, Selangor, Pahang dan

Negeri Sembilan.

Berdasarkan semakan pada Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 itu, raja-

raja Melayu bersetuju untuk mereka ditempat di negeri-negeri mereka yang

mana berada di bawah lindungan kerajaan British sekaligus membentuk satu

persekutuan di bawah nasihat dan pentadbiran kerajaan British.

Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

: Faktor, Kesan dan Rumusan Sejarah

PT3? : Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 Untuk edisi tugasan pelajar Tingkatan 2015, pelajar diwajibkan menyiapkan

tugasan Sejarah PT3 2015 berkaitan dengan Perjanjian Persetiaan

Persekutuan 1895 dengan cara mencari, dan mengumpulkan segala bahan

maklumat dan rujukan yang boleh digunakan. Bahan tersebut boleh

dikumpulkan secara berkala di luar waktu pembelajaran.Walaupun

dibenarkan anda melakukan aktiviti pengumpulan data, kajian dan info yang

diperlukan secara berkumpulan namun hasil kerja anda akhirnya perlulah

dibuat secara individu. Segala markah dan keputusan yang bakal anda

perolehi hasil tangan anda sendiri.Adalah lebih baik, disertakan juga gambar

foto, gambarajah, serta grafik yang berkaitan dengan Tugasan

Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 kali ini bagi menjadikan hasil

Tugasan Sejarah PT3 2015 yang anda siapkan kelak lebih jelas dan

menarik.Gunakan sepenuhnya kemudahan dan teknologi maklumat serta

komunikasi yang ada pada hari ini bagi tujuan membantu anda mendapatkan

maklumat yang diingini.Akhirnya, letakkanlah sumber rujukan yang betul dan

hasil tugasan Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 kali ini semestinya

ditulis dengan tulisan tangan anda sendiri.Dengan contoh jawapan yang kami

berikan ini melibatkan faktor, kesan, dan juga rumusan Persetiaan

Persekutuan 1895, pastikan juga anda mengolahnya semula mengikuti

lenggok dan cara penulisan serta kekereativitian anda sendiri.

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):

Page 4: RUMUSAN                                                                       Sebenarnya

(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas

Residen menjadi terlalu berkuasa

Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri

Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii)Krisis Kewangan Pahang

perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang

akibat kebangkitan rakyat menentang British

jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah

dapat diringankan

(iii)   Perkongsian Perkhidmatan Pakar

menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv)   Sistem Perhubungan

sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri

Melayu dapat dimajukan.

(v)    Faktor Keselamatan

mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:

Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895.NNMB atau Persekutuan 1896

terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1

Julai 1896

pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur.

Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan

Kerajaan Negeri.

Ia diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:

Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah

persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB. 

Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral. 

Page 5: RUMUSAN                                                                       Sebenarnya

Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara

kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu

Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan

mengikut nasihat kerajaan British

Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga

menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)

Pesuruhjaya Tinggi British

(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral

(berpusat diKuala Lumpur-tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen

       Perak  Selangor  N9 Pahang

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan

(Teks m/s: 47-48)

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport

kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai

British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan

Perkhidmatan Awam

Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad

Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal

berkaitan agama Islam dan adat Melayu)

Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Page 6: RUMUSAN                                                                       Sebenarnya

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

sultan-sultan NNMB tidak puas hati

tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja

Melayu bagi mengatasi masalah

ahli-ahli Durbar ialah;Pesuruhjaya Tinggiii. Raja-Raja Melayu

iii.Residen Jeneral

iv.4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

-Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak-Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur-Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur

Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneralii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan

iii.Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam  perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi

iv.Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi

kesan-kesan desakan;British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha

iii.British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri

iv.Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham

LINK: HUBUNGKAIT PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DAN KEDAULATAN MALAYSIALINK : RUMUSAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895

s