RUMUSAN sej pentaksiran

2
KESIMPULAN Secara kesimpulannya, mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut Gronlund (1981) penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir, sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain dalam proses yang berterusan (Wheeler, 1967). Oleh yang demikian, bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara tersusun dan sistematik. Peringkat akhir yang menentukan keberhasilannya ialah komponen pentaksiran dan penilaian. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang dihasilkan setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. Malah, penilaian di sekolah juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensinya secara bebas. Maka, untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu dan kepelbagaian cara. Dengan cara multiple delivery ini maka ia akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain. Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain). Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran. Tambahan pula, pencapaian pelajar melalui ujian membolehkan tindakan susulan dapat dibuat serta-merta. Ini bermakna ujian membantu pelajar yang berprestasi cemerlang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak mengikut tahun atau tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun atau tahap yang sama. Manakala bagi pelajar yang berprestasi lemah, ujian bertulis membantu untuk membuat tindakan susulan untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Ekoran daripada tindakan susulan ini maka pada akhir sesuatu tempoh, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Tegasnya. kedua-dua

description

mfnbklfdblkdsf

Transcript of RUMUSAN sej pentaksiran

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut Gronlund (1981) penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir, sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain dalam proses yang berterusan (Wheeler, 1967). Oleh yang demikian, bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara tersusun dan sistematik. Peringkat akhir yang menentukan keberhasilannya ialah komponen pentaksiran dan penilaian. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang dihasilkan setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. Malah, penilaian di sekolah juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensinya secara bebas. Maka, untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu dan kepelbagaian cara. Dengan cara multiple delivery ini maka ia akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain). Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran. Tambahan pula, pencapaian pelajar melalui ujian membolehkan tindakan susulan dapat dibuat serta-merta. Ini bermakna ujian membantu pelajar yang berprestasi cemerlang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak mengikut tahun atau tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun atau tahap yang sama. Manakala bagi pelajar yang berprestasi lemah, ujian bertulis membantu untuk membuat tindakan susulan untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Ekoran daripada tindakan susulan ini maka pada akhir sesuatu tempoh, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Tegasnya. kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan di peringkat sekolah.