Rumusan Seminar 1 Dr. Nasaruddin Basar by Mohd Sahabudin

8
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA KOD KURSUS HBSF 2803 AKTIVITI 2 : RUMUSAN SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN : KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI. PENYAMPAI : DR.NASARUDDIN B BASAR Ketua Penolong Pengarah Sektor Peningkatan Ilmu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. NO. MATRIKULASI : 830922035967001 NO. KAD PENGENALAN : 830922035967 NO. TELEFON : 0129434313 E-MEL : [email protected]

description

free

Transcript of Rumusan Seminar 1 Dr. Nasaruddin Basar by Mohd Sahabudin

Page 1: Rumusan Seminar 1 Dr. Nasaruddin Basar by Mohd Sahabudin

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD KURSUS HBSF 2803

AKTIVITI 2 : RUMUSAN SEMINAR

PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN :

KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI.

PENYAMPAI : DR.NASARUDDIN B BASAR

Ketua Penolong Pengarah

Sektor Peningkatan Ilmu, Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

NO. MATRIKULASI : 830922035967001

NO. KAD PENGENALAN : 830922035967

NO. TELEFON : 0129434313

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PP. KENINGAU,SABAH.

Page 2: Rumusan Seminar 1 Dr. Nasaruddin Basar by Mohd Sahabudin

HBEF 2803Berdasarkan kepada Pembentangan kertas kerja yang telah disampaikan oleh Dr.

Nasaruddin B. Basir menyentuh kepada empat komponen utama berkaitan aspek

pembangunan profesional, pembangunan profesional kendiri, kebertanggungjawaban

guru terhadap tugas dan amanah yang dipikul serta laluan kerjaya yang lebih cemerlang

warga pendidikan pada masa akan datang. Pendidikan merupakan satu bidang yang

berterusan, pembentang menekankan kepada elemen peningkatakan kendiri yang

merupakan kunci kepada mengukuhkan sistem pendidikan negara dengan memiliki guru-

guru yang berkebolehan dalam menguasai pelbagai bidang bukan sahaja terkurung dalam

satu bidang tertentu sahaja. Guru seharusnya sentiasa membangunkan diri dengan

mencari peluang dan ruang untuk meletakkan dirinya sentiasa kedepan. Inisiatif kendiri

yang ditekankan merujuk kepada segala bentuk usaha oleh seseorang guru yang mana

dapat membantu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti guru dalam

penyampaian pengajaran dan pembelajaran, membantu meningkatkan kecemerlangan

murid dan juga dalam membantu dan merealisasikan sasaran pihak sekolah dan

kementerian secara amnya. Kesimpulannya daripada pengenalan seminar lebih menjurus

kepada peranan guru itu sendiri untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dengan

melakukan inisiatif sendiri dan tidak hanya menunggu peluang sahaja agar kualiti

seseorang guru bukan sahaja sehala dalam bidang pilihan bahkan multidisiplin sebagai

nilai tambah dalam perkhidmatan dan pencapaian.

Peningkatan profesionalisme guru yang cuba dipertingkatkan oleh Kementerian melalui

pelbagai anjakan dan transformasi pendidikan yang telah dilaksanakan selama ini

menunjukkan bahawa, walaupun tahap pendidikan Negara telah banyak berubah dan

pelbagai kejayaan telah berjaya diraih namun hasil daripada dapatan kajian, perbentangan

peringkat kebangsaan, dialog dan sebagainya, didapati masih terdapat kelopangan atau

ruang yang boleh dipertingkatkan dan ditambah baik secara berterusan. Perubahan zaman

yang berlaku disekeliling adalah berterusan dan tidak pernah berhenti.Perkara inilah

memerlukan kepada guru-guru juga seharusnya turut tidak ketinggalan agar pendidikan

Negara sentiasa menjadi satu badan yang sentiasa releven, bersesuaian dengan keperluan

semasa dan keperluan pada masa hadapan agar barisan generasi baharu yang dibina,

dibentuk pada hari ini mampu bersaing pada masa akan datang yang kita semua sedar

1

Page 3: Rumusan Seminar 1 Dr. Nasaruddin Basar by Mohd Sahabudin

HBEF 2803bahawa kepantasan teknologi, capaian aplikasi amat pantas dan hebat. Jika pada hari ini,

pelajar tidak didedahkan dan disediakan untuk berada dalam dunia sebegitu maka akan

gagallah Negara pada keseluruhannya dan impak yang besar ialah terhadap kelangsungan

Malaysia pada masa akan datang. Bagi merealisasikan maksud tersebut, sudah tentu

bahawa tugas dan tanggungjawab diletakkan kepada guru sebagai pemangkin, Pembina

bangsa dan sebagainya. Cabaran guru untuk menyediakan tenaga mahir yang bukan

sahaja tinggi pencapaian akademik tetapi juga golongan yang berupaya berkomunikasi

dengan baik dengan semua orang. Komunikasi yang berkesan memberi impak terhadap

sesuatu hubungan samada hubungan dalaman ataupun hubungan dengan pihak luar.

Elemen kebertanggungjawaban guru juga melibatkan penghasilan pelajar yang boleh

berkolaborasi dengan semua pihak. Dalam erti kata mudah, kolaborasi bermakna boleh

duduk semeja, berbincang, bertukar pandangan dan mencapai sesuatu. Elemen ini cukup

penting diterapkan kepada pelajar memandangkan keperluan dunia memerlukan semua

pihak tanpa mengira Negara, bangsa, agama berkongsi kepakaran masing-masing.

Generasi yang baru harus dibentuk seiring dengan keperluan pada zaman yang akan

mereka hidup. Golongan yang dibentuk pada hari ini akan membentuk generasi

seterusnya yang mungkin lebih hebat cabarannya. Guru seharusnya mengenali potensi

murid dengan mengkaji kepintaran murid untuk dikembangkan. Setiap murid mempunyai

kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Guru yang proaktif dan optimis serta

mempunyai kreativiti yang tinggi akan memahami perbezaan individu. Jika guru masih

belum mampu menguasai kemahiran ini maka tanggungjawab guru tersebut untuk

mengambil sesuatu tindakan melalui kursus, seminar, perbincangan dan sebagainya.

Inilah yang diperlukan oleh kementerian iaitu guru yang sentiasa mempertingkatkan diri

terhadap sesuatu kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dan boleh membantu dalam

kerjayanya.

Antara lain isi penting yang dikupas ialah ciri-ciri Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

yang perlu melibatkan beberapa kompetensi seperti strategi, aspirasi, wawasan,

kompeten dan profisien. Perkara ini boleh dicapai melalui beberapa dimensi tindakan

antaranya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru boleh menerapkan

strategi, merealisasikan aspirasi yang ingin dicapai dan sebagainya. Guru yang berkualiti

2

Page 4: Rumusan Seminar 1 Dr. Nasaruddin Basar by Mohd Sahabudin

HBEF 2803juga mementingkan nilai professional dalam setiap tindakan yang dirancang dan

dilaksanakan. Aktiviti luar bilik darjah juga Antara elemen yang penting dirancang

dengan baik. Sumbangan professional melibatkan sejauh mana penglibatan guru dalam

masyarakat. Penggunaan media social sebagai media maklumat seharusnya digunakan

sepenuhnya oleh guru untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang berguna dan boleh

dicapai dengan mudah. Guru seharusnya menjadi individu yang releven dengan

perubahan semasa. Guru tidak boleh lagi masih berada pada tahap yang lama, ketinggalan

dalam aspek penggunaan teknologi. Murid pada era dunia sekarang telah didedahkan

dengan persekitaran dunia tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari, teknologi yang

sentiasa maju dan canggih maka sudah tentu golongan ini memerlukan guru yang turut

seiring menguasi mengetahui perkara seumpama itu. Jika perkara ini berlaku sebaliknya,

persepsi murid terhadap guru adalah satu pandangan yang tidak releven dengan status

guru itu sendiri sebagai pendidik.

Kesimpulan daripada keseluruhan sesi seminar yang dibawakan oleh Dr. Nasaruddin B.

Basir menekankan kepada isu utamanya ialah guru perlu kepada melakukan perubahan

bukan sahaja daripada aspek peningkatan kemahiran kendiri dalam bidang utama tetapi

juga bersifat pelbagai bidang ilmu, profesional dalam kerjayanya sebagai guru bahkan

tujuan pendidikan itu sendiri untuk memenuhi aspirasi negara dalam membentuk dan

menghasilkan generasi Y iaitu generasi yang akan memimpin masa hadapan dan

meneruskan kelangsungan negara untuk sentiasa kukuh, teguh, berkembang pada masa

akan datang. Kebertanggungjawaban terhadap profesion perguruan memerlukan guru

memikirkan dan mengambil tindakan dan mencari inisiatif terhadap kemajuan kendiri,

kemajuan murid serta sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme sebagai seorang

pendidik. Sejajar dengan kata-kata ( Salleh, 2000) bahawa guru yang terbaik ialah mereka

yang sentiasa mengemaskan dirinya dengan perkembangan semasa. Releven terhadap

murid, terhadap persekitaran, masyarakat dan masa hadapan.

3