Rumusan-Soalan-Jawapan Modul Buku Teks T4T5

57
 MODUL RUMUSAN TINKATAN 4 TEMA 1 : PELAJAR CEMERLANG Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sikap yang perlu ada pada  pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran dan cara-cara menyemai sikap positif tersebut . Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sesetengah pelajar kurang senang dengan teguran dan nasihat guru tentang sikap mereka. Malah ada yang sanggup melabelkan guru-guru berkenaan sebagai cerewet. !l!ngan pelajar ini tidak menyedari bahawa sikap mereka memainkan peranan penting menentukan sama ada berjaya atau gagalnya mereka dalam pelajaran. "leh yang demikian ada beberapa sikap yang perlu disemai dan disuburkan dalam diri pelajar agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Mendahului senarai terpenting dari segi sikap ini ialah setiap pelajar tanpa sebarang alasan mesti menghadiri kelas setiap hari. #al ini demikian kerana pelajar yang selalu p!nteng akan akan diburu rasa bersalah dan takut kepada guru dan berasa sukar mengikuti pengajaran guru kerana ketinggalan pelajaran terdahulu. Selain itu para pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk belajar. $ni kerana dengan berbekalkan serba sedikit pengetahuan tentang tajuk yang akan dipelajari, pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi pelajaran yang disampaikan !leh gur u. %enga n car a ini jug a par a pelaj ar akan lebih yak in ket ika menge muk aka n pendapat dan berminat untuk mengetahui isi-isi pelaj aran yang lebih mencabar. Persedian rapi juga memb!leh kan pelajar mengambil bahagi an dalam pr!ses pengaj aran guru dengan cara bert anya atau mengemukakan pendapat. Setiap pelajar juga mesti menyiapkan segala tugasan yang diberikan !leh guru mengikut temp!h masa yang ditetapkan. &ebiasaannya pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang diberi akan menghasi lkan tugasan yang rendah mutunya kera na dibu at dal am keadaan tergesa-g esa. &ejayaan pelajar juga banyak bergantung kepada sejauh mana pelajar tersebut membuat rujukan untuk mencari isi-isi pelajaran sendiri sebagai tambahan kepada apa yang telah diberikan !leh guru. 'saha ini mesti dilakukan pada sebelah petang, malam, cuti hujung minggu atau pada musim cuti persek!lahan. Memang tidak dapat di na( ikan, para pel aja r memer lukan per gaulan. )amun demiki an pergaulan dan berkawan mesti memberi man(aat yang baik. Sebab itu pelajar mesti bijak memilih rakan sebaya agar mereka tidak mempengaruhi pelajar ke arah yang merugikan. Selain itu pelajar  juga mesti menjaga kesihatan tubuh badan kerana dengan tubuh yang sihat, para pelajar akan lebih mudah untuk menerima isi pelajaran dengan berkesan. 'ntuk itu, pelajar perlu cukup tidur dan mel uangka n sed iki t mas a unt uk ber sen am dan beriadah . %ari seg i mental pul a, set iap pelaj ar mestilah melu pakan seba rang masalah dan sentiasa menenangkan (ikir an semasa guru sedang mengajar. *%ipetik dan diub ahsuaikan daripada renc ana Sikap Mempengaru hi Akademik Pelajar , Fokus, +un 200 Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Pe!"an Um#m Berdasar kan peti kan di atas, jawa b soal an-s oalan beri kutny a deng an mengguna kan ayat anda sendiri. i +elaskan maksud diburu rasa bersalah dalam petikan tersebut. 2 markah/ ii pakah kebai kan seki ranya pel aj ar mempunyai se rba sed ikit pe nget ahuan tent ang taj uk yang akan diajar !leh guru markah/ iii #uraikan pendapat anda tent ang ungkapan 3Minda yang cerdas b erpunca dar ipada t ubuh yang sihat3 4 markah/

description

Rumusan dan Jawapan Buku Teks Tingkatan 5

Transcript of Rumusan-Soalan-Jawapan Modul Buku Teks T4T5

MODUL RUMUSAN TINKATAN 4

TEMA 1 : PELAJAR CEMERLANG

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sikap yang perlu ada pada pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran dan cara-cara menyemai sikap positif tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sesetengah pelajar kurang senang dengan teguran dan nasihat guru tentang sikap mereka. Malah ada yang sanggup melabelkan guru-guru berkenaan sebagai cerewet. Golongan pelajar ini tidak menyedari bahawa sikap mereka memainkan peranan penting menentukan sama ada berjaya atau gagalnya mereka dalam pelajaran. Oleh yang demikian ada beberapa sikap yang perlu disemai dan disuburkan dalam diri pelajar agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

Mendahului senarai terpenting dari segi sikap ini ialah setiap pelajar tanpa sebarang alasan mesti menghadiri kelas setiap hari. Hal ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng akan akan diburu rasa bersalah dan takut kepada guru dan berasa sukar mengikuti pengajaran guru kerana ketinggalan pelajaran terdahulu. Selain itu para pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk belajar. Ini kerana dengan berbekalkan serba sedikit pengetahuan tentang tajuk yang akan dipelajari, pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan cara ini juga para pelajar akan lebih yakin ketika mengemukakan pendapat dan berminat untuk mengetahui isi-isi pelajaran yang lebih mencabar. Persedian rapi juga membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran guru dengan cara bertanya atau mengemukakan pendapat.

Setiap pelajar juga mesti menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kebiasaannya pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang diberi akan menghasilkan tugasan yang rendah mutunya kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Kejayaan pelajar juga banyak bergantung kepada sejauh mana pelajar tersebut membuat rujukan untuk mencari isi-isi pelajaran sendiri sebagai tambahan kepada apa yang telah diberikan oleh guru. Usaha ini mesti dilakukan pada sebelah petang, malam, cuti hujung minggu atau pada musim cuti persekolahan.

Memang tidak dapat dinafikan, para pelajar memerlukan pergaulan. Namun demikian pergaulan dan berkawan mesti memberi manfaat yang baik. Sebab itu pelajar mesti bijak memilih rakan sebaya agar mereka tidak mempengaruhi pelajar ke arah yang merugikan. Selain itu pelajar juga mesti menjaga kesihatan tubuh badan kerana dengan tubuh yang sihat, para pelajar akan lebih mudah untuk menerima isi pelajaran dengan berkesan. Untuk itu, pelajar perlu cukup tidur dan meluangkan sedikit masa untuk bersenam dan beriadah. Dari segi mental pula, setiap pelajar mestilah melupakan sebarang masalah dan sentiasa menenangkan fikiran semasa guru sedang mengajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Sikap Mempengaruhi Akademik Pelajar, Fokus, Jun 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i Jelaskan maksud diburu rasa bersalah dalam petikan tersebut.[2 markah]

iiApakah kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang tajuk yang akan diajar oleh guru?[3 markah]

iiiHuraikan pendapat anda tentang ungkapan Minda yang cerdas berpunca daripada tubuh yang sihat[4 markah]

TEMA 2 : SEMANGAT KEJIRANAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor semangat kejiranan semakin terhakis dalam masyarakat dan kebaikan-kebaikan hidup berjiran. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Antara budaya yang semakin dipinggirkan oleh kebanyakan anggota masyarakat kini termasuklah budaya hidup berjiran. Jiran merujuk kepada seseorang atau sekelompok orang yang tinggal berhampiran atau bersebelahan dengan rumah kita. Oleh sebab jiran merupakan orang yang dekat dengan kita, maka sudah menjadi tanggungjawab kita selaku anggota masyarakat untuk berbaik-baik dan berhubungan antara satu dengan yang lain.Sikap ini dapat memupuk budaya kejiranan yang menjadi asas kepada keharmonian kehidupan masyarakat di negara ini.

Namun, fitrah manusia yang memerlukan kehidupan berjiran telah diselewengkan. Punca kepada kebobrokan yang berlaku adalah disebabkan sikap mengutamakan kebendaan atau materialistik dalam kalangan masyarakat. Selain itu, sikap individualistik, iaitu hanya mementingkan diri telah menyekat manusia daripada bercampur gaul. Malah, kongkongan sifat ini menyebabkan manusia menjadi sombong, bongkak dan angkuh sehingga terpaku kukuh sifat ego dalam diri masing-masing. Hubungan kemasyarakatan yang semakin renggang juga ada kaitan dengan sikap masyarakat sekarang yang lebih suka hidup bersendirian tanpa gangguan dan sikap ini begitu menular dalam kalangan anggota masyarakat dewasa ini. Kemewahan yang dikecapi oleh masyarakat kini juga menjadi punca yang menyebabkan seseorang itu berasakan tidak perlu bergantung pada orang lain. Bagi mereka, apa-apa yang dimiliki sudah mencukupi untuk menjalani kehidupan tanpa bantuan jiran.

Hidup berjiran juga semakin renggang apabila aktiviti-aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kubur, membersihkan kawasan perumahan dan sebagainya tidak lagi diamalkan selaras dengan peredaran zaman. Begitu juga kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri tidak lagi diamalkan kerana telah diambil alih oleh pembekal makanan, restoran dan hotel yang menerima tempahan untuk mengendalikan majlis-majlis kenduri. Akibatnya, hal ini telah menutup peluang anggota masyarakat untuk menyumbangkan tenaga bagi menjayakan sesuatu majlis, menghalang anggota masyarakat untuk bersua muka dan menyekat peluang mereka untuk menjalinkan kemesraan sesama ahli masyarakat.

Kerenggangan dalam kalangan anggota masyarakat juga berlaku kerana masing-masing sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak berkesempatan untuk bertegur sapa antara satu dengan yang lain. Selain itu, trend masyarakat moden yang hanya memikirkan hal ehwal keluarga sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain turut merenggangkan hubungan masyarakat. Seperkara lagi masyarakat hari ini mengambil pendekatan tidak suka menjaga tepi kain orang lain hingga menyebabkan mereka tidak langsung mempedulikan kehidupan berjiran. Mereka lupa bahawa hidup berjiran adalah sesuatu yang penting. Selain memenuhi tuntutan agama, kehidupan berjiran mustahak untuk sesebuah negara kerana keutuhan dan kekuatan sesebuah negara itu boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencanaSikap Individualistik Menghakis Amalan Kejiranan oleh Izani Hj Daud,Milenia, Mei 2009.)Soalan 2(a) Pemahaman Petikan UmumBerdasarkan petikan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memupuk budaya. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan daripada tiadanya amalan kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri.Nyatakan dua kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Andaikan jiran anda sedang sakit. Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu jiran tersebut.Berikan tiga tindakan. [4 markah]

TEMA 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit dan punca-puncanya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Laporan mengenai penggunaan telefon bimbit di Malaysia yang mencecah 5 juta pengguna mengesahkan bahawa alat tersebut merupakan alat komunikasi terpenting. Telefon bimbit telah menjadi barang keperluan dan turut dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Telefon talian tetap sedang berundur daripada pasaran. Timbullah banyak aduan tentang kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh rangkaian telefon selular, seolah-olah kehadiran alat itu sudah menjadi hak asasi manusia.

Walaupun dikatakan penggunaannya dianggap pencetus kemajuan, obsesi terhadap telefon ini sudah menjadi gangguan kepada kehidupan seharian sehingga pengguna akan resah apabila telefon milik mereka hilang atau tertinggal. Telefon tangan menyebabkan semua orang merasakan berhak untuk saling menghubungi dan dilayan serta-merta. Jika telefon bimbit, walaupun dalam bentuk sistem pesanan ringkas (SMS) tidak dijawab, akan menimbulkan persoalan dan andaian-andaian palsu yang boleh mengeruhkan persahabatan. Apabila diadakan pertemuan, perbincangan antara hadirin sentiasa terjejas dengan telefon tangan kerana salah seorang akan melayan panggilan yang diterima sehinggakan perbincangan menjadi kurang menarik.

Sering kali juga tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada perbualan kerana mata pengguna telefon terpaksa melirik kepada mesej yang dikirim melalui SMS. Dalam mesyuarat dan ketika bersolat berjemaah, orang lain akan terganggu apabila telefon berbunyi. Walaupun seseorang itu berusaha mengetepikan panggilan telefon tangan dengan meletakkannya pada mod senyap, namun tetap mengganggu pengguna kerana otaknya sudah tentu tertanya-tanya kalau-kalau panggilan tersebut penting. Jika dibuat perumpamaan, gangguan daripada panggilan telefon tangan ini seperti iklan di televisyen yang jalan ceritanya sentiasa terganggu dengan iklan yang semakin hari semakin banyak, menyebabkan nikmat menonton filem di televisyen bertambah luntur. Begitu juga dengan kehidupan seharian seseorang pada hari ini. Ketika makan, seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan kepada makanan dan temannya di depan kerana pada bila-bila masa sahaja panggilan telefon tangan akan menerjah masuk.

Begitu juga dengan tidurnya. Apabila terjaga daripada tidur, dengan spontan seseorang itu akan menjenguk skrin telefon tangan untuk memerhati kalau-kalau ada panggilan atau pesanan. Masalah ini sukar diatasi dalam keghairahan manusia menggunakan teknologi moden. Tetapi kesedaran sivik akan penggunaan telefon tangan perlu diuar-uarkan kepada masyarakat. Selain itu, tempat-tempat yang penting seperti bilik mesyuarat wajar memasang alat yang menghalang panggilan daripada dapat masuk. Seterusnya, masyarakat perlu mendidik waktu yang sesuai untuk menggunakan telefon tangan supaya telefon ini tidak menjadikan manusia seperti hamba.

(Diubahsuaikan daripada rencana Utusan Malaysia: Sisi Negatif Budaya Telefon Tangan, oleh Zin Mahmud, 23 Disember 2004)

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri..

1. Berikan maksud rangkai kata sedang berundur daripada pasaran.[2 markah]

2. Bagaimanakah caranya membendung sikap negatif pengguna telefon bimbit?[3 markah]

3. Berikan pendapat anda tentang feadah penggunaan telefon bimbit.[4 markah]

TEMA 4 : AMBANG REMAJA

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan usaha-usaha mengatasi masalah buli di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan buli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut, menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung seperti mengejek, mengacau dengan kata-kata, diketawakan dan gosip-gosip liar. Lebih 80 peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Pelajar lelaki lebih banyak terbabit dalam kes buli berbanding pelajar perempuan. Pelajar tingkatan empat didapati paling sedikit terbabit dalam kes buli berbanding pelajar tingkatan rendah yang lain.

Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan ahli keluarga. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan itu walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa buli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah.

Sebetulnya, perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Sebaliknya pembuli berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama cedera akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu mengendahkan aduannya. Atasi segera masalah berkenaan supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh itu, semua pihak perlu berkerjasama bagi menangani masalah yang semakin meruncing dan berbahaya ini.

(Diubahsuai daripada Menangani masalah buli di sekolahDewan Siswa, Ogos 2005.

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(iii) Berikan maksud rangkai kata gosip-gosip liar. [ 2 markah ]

(iii) Takrifkan dengan jelas fenomena buli di kalangan pelajar.[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar terbabit dalam kes-kes buli di sekolah?

[ 4 markah ]

TEMA 5 : KERANAMU MALAYSIA

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mendorong Malaysia merealisasikan slogan Malaysia Boleh dan faedah-faedah merealisasikan slogan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Cogan kata Malaysia Boleh memang tidak dapat dinafikan mempunyai signifikannya yang tersendiri untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia agar dapat berusaha mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan pemimpin Malaysia mencipta nama di pentas dunia telah menjadi pendorong kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh kejayaan yang sama. Secara tidak langsung hal ini juga menunjukkan bahawa kita berkemampuan dan berkebolehan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain. Sungguhpun negara kita kecil, kehebatan kita telah teruji di persada antarabangsa. Sikap tegas, positif dan berani pemimpin kita membidas negara-negara maju terhadap isu-isu antarabangsa telah membuka mata rakyat Malaysia akan kebolehan pemimpin mereka.

Malaysia dengan penduduknya seramai 25 juta orang, dikira kecil berbanding dengan beberapa negara lain tetapi mampu meletakkan atlet negara kita di puncak kejayaan. Semangat juang yang jitu yang dimiliki oleh beberapa orang atlet telah membuahkan kejayaan yang membanggakan. Kejayaan tidak datang bergolek tetapi perlu diseiringkan dengan kegigihan dan keberanian menempuh cabaran di pentas antarabangsa. Oleh itu, slogan Malaysia Boleh menjadi kata keramat dan laungan pembakar jiwa seluruh rakyat negara ini untuk menjana kejayaan demi kejayaan di samping menjadi rangsangan kepada generasi muda untuk terus memburu kejayaan. Justeru, pembabitan secara langsung syarikat-syarikat gergasi dalam sukan pemotoran telah berjaya memartabatkan imej Malaysia sehingga beberapa orang jurutera tempatan terbabit secara langsung dalam sukan paling berprestij itu.

Projek Everest 1997 berjaya memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu bersaing dalam apa-apa jua bidang. Rentetan itu, Program Misi Kibaran Jalur Gemilang Everest Camp 2007 diadakan. Sokongan padu rakyat Malaysia telah memacu kejayaan program ini. Nama Malaysia sekali lagi bakal mengharum di dunia apabila dua orang angkasawan negara yang bertuah akan membawa agenda negara dengan jayanya. Berbekalkan kata-kata percaya dengan kemampuan diri sendiri, mereka telah berjaya melepasi setiap ujian yang ditetapkan. Selain itu, berpegang pada prinsip tiada apa-apa yang tidak dapat dicapai dalam hidup ini menjadi faktor pendorong kepada mereka untuk mengharumkan nama negara. Dalam aspek yang lain, kerajaan membiayai kajian dan penyelidikan seperti penerokaan ke kutub Utara dan kutub Selatan bagi mencari penemuan-penemuan baru amat mengagumkan kita sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu, penyelidikan dan pembangunan sememangnya menjadi suatu elemen yang penting dalam menguja kemajuan sesebuah negara.

(Dipetik dan diubahsuaiakan daripada rencana Jalur Gemilang Kembali Berkibar di Everest, Dewan Masyarakat, Ogos 2004 Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata memartabatkan imej Malaysia .[2 markah]

(ii)Apakah tujuan slogan Malaysia Boleh diperkenalkan? [3 markah]

(iii)Sebagai seorang pelajar, apakah peranan anda untuk mengharumkan nama sekolah?[4 markah]

TEMA 6 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha pengurusan hutan di negara kita dan kepentingan mengekalkan hutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu Malaysia. Sekiranya pembalakan ini berterusan sehingga lima tahun yang akan datang, bermakna jumlah pokok yang ditebang akan berlipat ganda. Oleh sebab itu, kegiatan pembalakan perlu dikawal agar tidak memusnahkan alam sekitar. Keadaan ini lebih serius apabila kerja pembalakan haram dilakukan di kawasan sempadan negara. Malaysia pernah didakwa oleh Indonesia sebagai pembeli balak haram kerana terdapat pihak tertentu yang cuba menyeludup kayu balak dari Indonesia secara haram ke Malaysia. Seharusnya Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk memantau kawasan hutan di sempadan kedua-dua buah negara dengan lebih ketat bagi membanteras aktiviti pembalakan haram. Kedua-dua negara tidak harus saling menuding jari sehingga menjejaskan hubungan diplomatik yang telah sedia terjalin. Teknik mengesan profil deoxyribonucleic acid (DNA) pokok adalah salah satu cara untuk mengatasi aktiviti pembalakan haram. Teknik ini dikenali sebagai Random Amplified Polymorphic DNA (RAPD). Setiap spesis pokok mempunyai profil DNA unik yang berlainan dan tidak menyerupai mana-mana profil pokok yang lain. Melalui teknik RAPD, balak yang dicuri dapat dipadankan dengan tunggul pokok yang ditebang secara haram. Teknik ini telah digunakan dengan jayanya di beberapa buah negara maju. Walau bagaimanapun, teknik RAPD memerlukan pihak penguat kuasa perhutanan menjalankan pemerhatian yang kerap di kawasan yang disyaki berlaku aktiviti pembalakan haram. Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) berjaya membaik pulih 1.56 juta hektar hutan kekal di negara ini dan 80 ribu hektar kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia. Pada 1995-2000, sebahagian kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digunakan untuk menjayakan Program Perhutanan Masyarakat yang meliputi penubuhan dan penyelenggaraan hutan lipur, hutan perkampungan, hutan bandar dan sebagainya. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dalam taman dan memulihara alam sekitar, kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun dan 1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri masing-masing. Malaysia juga begitu komited untuk melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan deklarasi RI0 pada Jun 1992. Bagi program kemajuan ekonomi jangka panjang, kerajaan berusaha memanfaatkan industri hiliran kayu. Kerajaan memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu seperti perusahaan perabot, papan lapis dan kraf tangan. Selain itu, khidmat nasihat dan kepakaran diperluaskan untuk sektor ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan memberikan pendapatan yang lumayan kepada negara. Kayu dan hasil pengeluaran kayu menjadi penyumbang pertumbuhan ekonomi dan merupakan eksport ketiga besar negara ini. Sektor ini juga berupaya menyediakan lebih 260 ribu peluang pekerjaan kepada guna tenaga negara. Namun sekiranya aktiviti pembalakan tidak disekat, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang. (Diubahsuaikan daripada rencana utama , Pembalakan Haram: Malaysia Terus Menjadi Mangsa, oleh Awang Azman Awang Par. Dewan Masyarakat, Februari 2005)

Soalan 2 (a) Petikan UmumBerdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Terangkan maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii) Nyatakan sumbangan-sumbangan sektor pembalakan dalam meningkatkan pembangunan negara.[3 markah](iii) Pada pendapat anda, huraikan cara-cara memupuk sikap generasi muda agar menyayangi alam sekitar? [4 markah]

TEMA 7 : RIADAH

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara mengisi masa lapang murid-murid dan masalah untuk menjayakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Biasanya selepas murid-murid menghadapi peperiksaan penting, masa untuk mereka di sekolah masih banyak terutama selepas menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Masa yang panjang ini perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan bukannya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Oleh sebab murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR dan PMR masih berada di sekolah selepas peperiksaan, pihak sekolah mestilah mengadakan pelbagai program termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik, perkhemahan serta ceramah dan motivasi. Pada masa yang sama, menerusi Persatuan Sejarah, lawatan ke tempat-tempat bersejarah sangat sesuai untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sejarah masyarakat dan negara di samping menyemai semangat cinta akan negara.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai pertandingan yang menawarkan hadiah yang menarik seperti pertandingan membaca, bahas, kuiz dan berbalas pantun. Dalam hal ini, pihak sekolah mestilah memastikan bahawa murid-murid yang telah selesai menghadapi peperiksaan tidak akan ponteng sekolah kerana tindakan itu merugikan diri mereka sendiri. Guru-guru pula mestilah memainkan peranan dengan memberikan penekanan kepada murid-murid tentang matlamat mereka berada di sekolah bukan hanya untuk lulus peperiksaan, tetapi turut memanfaatkan peluang tersebut untuk mempelajari pelbagai perkara positif yang lain. Sebaliknya, jika masa dibiarkan begitu sahaja kemungkinan mereka terbabit dengan gejala ponteng sekolah dan mereka terlibat dengan gejala negatif seperti melepak di kafe siber, pusat snuker dan kompleks beli belah.

Dalam pada itu, pelbagai pertandingan sukan boleh diadakan antara sekolah kerana aktiviti ini boleh memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan sukan sebagai aktiviti yang mampu menyihatkan badan, mencerdaskan minda serta memupuk semangat kerjasama, tabah dan berdaya saing. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid-murid lepasan sekolah tidak sewajarnya dibebankan kepada pihak sekolah seratus peratus. Masa seseorang murid di sekolah sangat terhad, iaitu lebih kurang enam jam sehari. Sekolah hanya sebagai tempat persinggahan sementara. Semua pihak mesti memahami keadaan ini.

Oleh itu, ibu bapa tidak boleh lepas tangan, sebaliknya mereka mesti memainkan peranan untuk memastikan bahawa anak-anak mereka yang telah tamat peperiksaan ini tidak terlibat dalam sebarang gejala yang tidak sihat dengan cara ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak. Mereka juga mestilah merancang aktiviti yang bersesuaian untuk anak-anak supaya anak-anak melakukan aktiviti yang berfaedah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam aktiviti anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar, melancong dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik di rumah. Hasil daripada kerjasama pelbagai pihak, sudah tentu masa murid-murid sekolah selepas tamat peperiksaan tidak disia-siakan begitu sahaja.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Manfaat Masa Lepas Peperiksaan, Oleh M. Jasni Majed, Harian Metro, Oktober 2010)Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud mencerdaskan minda? [2 markah]

(ii) Mengapakah masa murid-murid yang telah selesai menduduki peperiksaan perlu diisi dengan pelbagai aktiviti? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan murid-murid untuk mengisi masa lapang? [4 markah]

TEMA 8 : GENERASI KITA

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor siswazah menganggur dan kesannya kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) baru-baru ini mendapati bahawa peratus pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pesta Kerjaya untuk siswazah menganggur pada 7 April 2005. Pesta tersebut memberi peluang kepada siswazah untuk mendapatkan pekerjaan terutama dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Kebanyakan siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang dipohon sehingga menyebabkan mereka gagal dalam temu duga. Sering kali juga diuar-uarkan oleh banyak pihak bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 3300 orang pengurus sumber manusia pelbagai syarikat di Malaysia mendapati 56 peratus siswazah yang datang temu duga di syarikat mereka lemah berbahasa Inggeris. Faktor ini ada rasionalnya memandangkan pekerjaan di sektor swasta memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris yang tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat antarabangsa. Selain itu, kira-kira 26 peratus siswazah ini dikatakan tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang kurang menarik, manakala 32 peratus mendapati kebanyakan siswazah mengharapkan gaji serta ganjaran yang lumayan.

Jelas bahawa bahasa Inggeris diletakkan sebagai asas yang penting oleh majikan dalam menemu duga seseorang calon bagi sesuatu jawatan. Namun, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibina sejak merdeka dahulu meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar majikan ini menimbulkan masalah pengangguran yang cukup membingungkan. Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting sebagai bahasa komunikasi antarabangsa, tetapi kelemahan kemahiran berkomunikasi merupakan satu lagi faktor yang perlu diteliti. Hakikatnya, siswazah di negara ini bukan sahaja lemah penguasaan bahasa Inggeris malah tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan khalayak. Terdapat juga faktor lain seperti mobiliti kerana siswazah masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.

Siswazah seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi menumpukan penyediaan kemahiran yang lebih tinggi selain mendedahkan siswazah kepada suasana dunia pekerjaan. Penglibatan siswazah dalam sesuatu sektor ekonomi juga harus dikembangkan. Usaha lain yang dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah adalah dengan mempelbagaikan kegiatan kokurikulum di institusi pengajian tinggi (IPT).

Kesimpulannya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak dinafikan merupakan aset yang penting bagi seseorang siswazah apabila melangkah ke dunia pekerjaan, tetapi faktor kemahiran komunikasi tidak wajar dikesampingkan. Biar siapa pun diri kita yang penting ialah perlunya berkomunikasi.(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana: Mengapakan SiswazahMenganggur, oleh Puteri Roslinda Abdul Wahid,Dewan Masyarakat,Julai 2005)Soalan 2 (a) : Petikan UmumBerdasarkan petikan di atas, jawab-jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata cukup membingungkan seperti dalam petikan di atas. [2 markah ]

ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah? [3 markah ]

iii. Sekiranya anda seorang siswazah menganggur, apakah yang anda akan lakukan untuk mengatasi masalah ini? [ 4 markah]

TEMA 9 : GAYA HIDUP SIHAT

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendahdan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukansahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segijasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amatmendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yanglebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasamenepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebihbaik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapicabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulumakan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajaryang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplindan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan.Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaianseimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satunilai tambah kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah.Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dantolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setiakawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnyakaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial sepertimerokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yangaktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebihberfaedah. Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambillangkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak anak mereka denganaktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertaiaktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah faedah MenyertaiAktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata masa itu emas. (2 markah)

(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar? (3 markah)(iii)Pada pendapat anda, mengapakah pelajar kurang berminat untuk menyertai aktivitikokurikulum? (4markah)

TEMA 10 : WARISAN BANGSA

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang kental di kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan patriotisme.

Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa fahaman individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara maya ialah negara tanpa sempadan seperti dalam konteks internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh kuasa ekonomi asing.

Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Sivik tetapi usaha ini menemukan kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran Sejarah memikul tanggung- jawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis supaya diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik di kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti dilaksanakan dalam bentuk pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini ialah mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan negara dan menegakkan kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan bersemangat setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat kekitaan.

Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat penting untuk meningkatkan patriotisme di kalangan belia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat. [2 markah]

ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia? [3 markah]

iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi? [4 markah]

TEMA 11 : INDUSTRI PELANCONGANBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama terhadap sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini telah bekerjasama dengan KementerianKesihatan

Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak 103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada tahun 2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak kerajaan. Perkara utama yang diberikan perhatian ialah menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel di samping membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.

Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan perkembangan pelancongan kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit.

Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.

Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang terlibat dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh.

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial. [2 markah]

(ii) Nyatakan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pelancongan kesihatan di Malaysia. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat dalam proses pelaksanaan pelancongan kesihatan ? [4 markah]

TEMA 12 : KESELAMATAN JALAN RAYA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesankemalangan jalan raya dan punca-punca berlakunya kemalangan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sudah pasti, kejadian perlanggaran antara sebuah bas ekspres dan sebuah bas sekolah berhampiran Merapoh di laluan Lipis - Gua Musang ketika orang ramai berpusu-pusu menuju ke kota selepas seminggu berhari raya mengundang polemik dan menjadi topik perbualan setiap lapisan masyarakat.

Namun, statistik Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) menunjukkan kes-kes kemalangan termasuk yang membabitkan kecelakaan nyawa menurun dari setahun ke setahun antara 1996 hingga 2002. Pengurangan ini mungkin sedikit sebanyak dibantu oleh keadaan jalan raya yang bertambah baik termasuklah pelebaran jalan persekutuan dan negeri, naik taraf jalan raya kepada lebuh raya dan pemasangan tanda-tanda keselamatan di kawasan yang disenaraikan sebagai kawasan kemalangan. Di samping itu, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan dari semasa ke semasa mengadakan operasi-operasi pencegahan. Perkembangan akitviti penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam industri automatif telah membolehkan pengeluaran kenderaan terkini yang dilengkapi dengan sistem pemanduan yang lebih sempurna dan sistem amaran awal. Selain korban dan kecederaan, kemalangan jalan raya turut menyumbang kepada implikasi negatif kepada sektor ekonomi. Perangkaan MKJR menunjukkan bahawa kerugian kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah RM6.1 juta (1997), RM5.6 juta hingga RM5.4 juta (2002). Selain itu, setiap tahun kerajaan dan pihak-pihak berkaitan membelanjakan RM6 bilionuntuk tujuan baik pulih, tuntutan insuran, dan bil perubatan akibat kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya yang menimpa golongan pekerja sewaktu ke tempat bertugas boleh menjejaskan produktiviti negara. Kehilangan seorang kakitangan dalam kemalangan jalan raya merupakan satu perkhabaran yang tidak baik kepada mana-mana organisasi. Hal ini kerana kos sumber manusia akan bertambah terutamanya yang membabitkan perbelanjaan mengambil pekerja baru dan kos untuk latihan semula. Jika diperincikan lagi, kebanyakan mangsa korban kemalangan berusia antara 18-40 tahun. Golongan ini merupakan aset masa hadapan negara. Jika masalah ini tidak diatasi kita akan kekurangan penduduk muda dan keperluan tenaga kerja terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing.

Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku boleh menyebabkan pelabur-pelabur asing berasa pelaburan mereka ini tidak menguntungkan kerana proses penghantaran barang menjadi lambat ekoran kemalangan jalan raya. Para pelancong asing juga mungkin tidak mahu mengunjungi negara jika mereka menaiki kenderaan awam yang dipandu oleh pemandupemandu yang tidak berhemah dan tidak bertoleransi di atas jalan raya.

Diubahsuaikan daripada rencana Kesan Kemalangan Jalan Raya Terhadap Ekonomi, Dewan Siswa, April 2004)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengundang polemik (2 markah)

(ii) Nyatakan usaha-usaha yang dijalankan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.(3 markah)(iii) Pada pendapat anda, apakah sikap yang perlu dipupuk untuk membentuk pengguna yang bertanggungjawab di jalan raya?(4 markah)

TEMA 13 : PENDATANG ASINGBaca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang luar biasa. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian sejumlah besar guna tenaga dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.

Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi individu yangmembawa bersama-sama pelbagai latar belakang kehidupan dari tanah asalmasing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis, di samping kerajaan juga perlumenggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah tersebut dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini. Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana kerancakan ekonomi domestik.

Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan,sekarang melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang.Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan.

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini.

(Diubah suai daripada rencana Pendatang, oleh Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat, Oktober 2004)

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata melebarkan tumpuan.[2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing datang ke Malaysiauntuk bekerja?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakkan rakyatMalaysia bekerja di sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing?[4 markah]

TEMA 14 : MASALAH DISIPLIN PELAJARBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab merosotnya disiplin pelajar dan peranan guru dalam mengatasi masalah ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Masalah disiplin pelajar sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini. Punca utama ialah pengaruh media massa. Filem, surat khabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah. Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan akhlak seseorang itu bermula di rumah. Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah. Namun keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa.Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas. Hukuman atau denda yang dikenakan kepada seseorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengar pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, hal ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang terpengaruh dengan gaya hidup rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan dan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian.Pelajar yang lemah dalam pelajaran mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak wajar jika sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah memainkan peranan masing-masing. Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadai 4:6. Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah. Fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di institusi perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Kita akui semua ini salah satu puncanya ialah kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa akibat kesan pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain itu, sikap ibu bapa yang memberikan contoh negatif terhadap anak-anak juga menjadi punca kemerosotan moral pelajar. Malah sikap kurang matang remaja menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan peraturan sekolah. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut dan pergaduhan. Selain itu, persekitaran yang tegang dalam kalangan pelajar kerana berasa terancam. Selanjutnya, masalah disiplin telah menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Para pelajar harus sedar di samping belajar dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, mereka juga perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa, sekolah, masyarakat, negara, dan seterusnya kepada harta benda awam.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana "Awasi Anasir Jenayah Terhadap Pelajar",oleh Lee Lam Thye, Utusan Malaysia, 18 Mac 2010)[30 markah]

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata hakikatnya pembentukan akhlak.[2 markah]

(ii) Nyatakan kesan-kesan yang wujud akibat berlakunya keruntuhan disiplin dalam kalangan pelajar.[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah ibu bapa sukar mengawal tingkah laku anak-anak mereka yang sedang meningkat remaja? Berikan dua alasan anda.[4 markah]

TEMA 15 : PENGANGGURANBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang masih lagi membelenggu negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institnsi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal namun, tidak semuanya bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber manusia 2008, jumlah pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga kerja ialah 174.355 orang iaitu seramai 40,356 orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus) merupakan pemegang diploma.Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkuran yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin dengan kemampuan dini dan kelulusan yang dimilikinya.Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah. Sesetengah majikan melihat pengalaman dan kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf perididikan. Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka berdepan dengan pasaran kerja yang semakin kompetetif dan sengit. Siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya.Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan. Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam yang melanjutkan pelajaran demi meningkatkan mobiliti sosial. Di samping itu, IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Sementara itu, pembangunan teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran dan kemasukan pakar asing dari Iuar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan. Siswazah perlu menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan.Konklusinya, pengangguran pasti dapat diatasi jika siswazah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kualiti diri yang dapat menyakinkan panel temu duga untuk jawatan yang dipohon.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Dilema Pengangguran Siswazah, Dewan Masyarakat, Oktober 2009)

Soalan 2 (a) - Petikan UmumBerdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata semakin kompetetif.[2 markah]

2. Mengapakah majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi?

[3 markah]

3. Pada pandangan anda, apakah tindakan yang akan anda ambil jika anda masih tidak bernasib baik memburu kerjaya idaman walaupun anda telah memiliki segulung ijazah[4 markah]

TEMA 16 : SUKAN DAN PERKEMBANGANNYABaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pendekatan memperkasakan sukan dan kepentingan sukan kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Kementerian Pelajaran bercadang untuk merombak dan menstrukturkan semula kurikulum sukan peringkat sekolah rendah dan rnenengah dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan di negara mi. Usaha mengikuti beberapa negara luar seperti Australia yang mewajibkan sukan dan pendidikan jasmani diterapkan ke dalam kurikulum sekolah amatlah disanjung tinggi. Untuk mengatasi masalah kekurangan kemudahan sukan, untuk sementara waktu sekolah boleh berkongsi prasarana sukan dengan universiti berdekatan. Sebagai contoh, beberapa buah sekolah rendah atau menengah yang berdekatan dengan kampus induk atau kampus cawangan mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara kita, boleh mengguna pakai kaedah sama, sekurang-kurangnya bagi menampung kos perbelanjaan prasarana sukan.Kita tahu, ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan sukan tertentu dan dengan adanya kemudahan di kampus berhampiran, pelajar boleh memanfaatkan kemudahan berkenaan. Bagaimanapun, tidak semua universiti di negara kita ini mempunyai kemudahan sukan yang lengkap berikutan sukan bukanlah dijadikan keutamaan. Tindakan ini sebagai langkah sementara kerana Kementerian Pelajaran berhasrat menaik taraf prasarana sukan di sekolah-sekolah untuk memastikan pelajar dapat menggunakan kemudahan yang ada untuk mengembangkan potensi pelajar dalam bidang sukan. Dalam tempoh 20 tahun belakangan ini, aktiviti sukan sekolah seolah-olah dipinggirkan, sering terkebelakang berbanding aktiviti lain, sekali gus menenggelamkan kegemilangan sukan yang pernah menjadi kebanggaan pelajar. Hasrat untuk menjadikan rakyat Malaysia menggondol pingat emas dalam temasya besar dunia seperti Olimpik tidak akan membuahkan hasil sekiranya aktiviti sukan tidak diberi perhatian serius oleh pihak sekolah. Berikutan itu, semua aktiviti sukan peringkat sekolah akan disusun semula supaya lebih teratur dan padat dengan pelbagai program pembangunan peringkat akar umbi. Kementerian mahu sekolah mengasingkan sukan daripada kokurikulum lain serta melantik pegawai khusus menjaga pembangunan sukan sekolah. Kita percaya langkah itu berada di landasan betul kerana kegemilangan sukan seharusnya bermula di peringkat awal bagi melahirkan pelapis pelbagai jenis sukan untuk negara pada masa akan datang. Kita sedar baru-baru ini ramai kecewa apabila Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia (MSSM) menggugurkan 24 acara sukan dalam kalendar tahunan 2010 tetapi Kementerian Pelajaran mengumumkan peruntukan RM89 juta bagi mengembalikan semula acara berkenaan.Masalah yang dihadapi di sekolah ialah ketiadaan jurulatih sukan dan kebanyakannya ialah guru biasa yang ditugaskan membimbing pelajar dalam pelbagai jenis sukan. Keadaan diburukkan lagi dengan rata-rata sekolah memberikan fokus yang berlebihan terhadap akademik sehinggakan aktiviti sukan dipinggirkan. Pelajar pula menganggap sukan sebagai aktiviti yang membuang masa, dengan anggapan waktu sebelah petang patut diisi dengan mengikuti kelas tuisyen. Bagaimanapun, kita mengharapkan ibu bapa berterusan menggalakkan anak-anak melibatkan dini dalam aktiviti sukan yang dianjurkan di sekolah. Kementerian Pelajaran juga memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuh pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan, termasuk memberikan lima markah daripada 10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum. Sebelum ini, kegiatan kokurikulum sukan tidak diberi penekanan di sekolah. Bermula 2011, dasar Satu Murid Satu Sukan akan dikuatkuasakan. Langkah-langah yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanj angkan waktu persekolahan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang "Kecemerlangan Sukan TuntutSokongan Ibu Bapa", Berita Harian, 22 Februari 2010)

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata seolah-olah dipinggirkan.[2 markah]

1. Nyatakan sebab-sebab yang menjadi penghalang pembangunan sukan di sekolah.[3 markah]

1. Pada pendapat anda, selain dinyatakan dalam petikan, mengapakah ramai pelaj ar kurang gemar mengikuti aktivitl kokurikulum? Kemukakan dua alasan anda.[4 Markah]

SKEMA JAWAPAN

TEMA 1 : PELAJAR CEMERLANG

Pendahuluan: [2 markah]Petikan membincangkan perlakuan yang perlu ada pada pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran di Malaysia.

Isi tersurat; [12 markah]

1. Pelajar mesti menghadiri kelas setiap hari2. pelajar mesti dalam keadaan siap sedia untuk belajar3. Pelajar mesti menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mengikut tempoh yang ditetapkan guru4. Pelajar mesti membuat rujukan untuk mencari isi tambahan5. Pelajar mesti bijak memilih kawan6. Pelajar mesti menjaga kesihatan7. Pelajar mesti melupakan segala masalah dan menenangkan fikiran semasa guru mengajar

Isi Tersirat: [ 4 markah]

1. Ibu bapa sentiasa mengambil tahu perkembangan pelajaran anak mereka2. Ibu bapa mesti mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan3. Guru bukan sahaja mengajar tetapi sentiasa membimbing4. Khidmat nasihat dari kaunselor sekolah secara berterusan5. Konsep pembimbing rakan sebaya dimantapkan di sekolah-sekolah6. Melalui aktiviti perkhemahan / kursus motivasi di sekolah7. Ibu bapa sentiasa bimbang akan keselamatan anak gadis mereka.

Kesimpulan: [2 markah]

Pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah sentiasa bekerjasama dalam hal pelajaran anak-anak agar anak-anak sentiasa mempunyai sikap yang positif terhadap pelajaran..

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Umum

( i )maksud rangkai kata diburu rasa bersalah ialah;-sentiasa menanggap diri telah melakukan kesalahan [2 markah]

( ii )kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba-sedikit pengetahuan tentang pelajaran yang akan diajar oleh guru ialah;

Pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi pelajaran Pelajar akan lebih yakin mengemukakan pendapat Pelajar akan lebih berminat mengetahui isi pelajaran yang lebih mencabar. [3 markah]

( iii )Minda yang cerdas berpunca daripada badan yang sihat kerana;

- Dengan badan yang sihat kita boleh menerima pelajaran dengan berkesan kerana tiada gangguan kesihatan. -Dengan badan yang sihat kita boleh pergi ke sekolah setiap hari-Dengan badan yang sihat perkembangan mental berlaku dengan sempurna.-Dengan -badan yang sihat, kita tidak mudah mengantuk / letih semasa mengulangkaji pelajaran. [4 markah]

TEMA 2 : SEMANGAT KEJIRANAN

Pendahuluan / Pengenalan [2 Markah] Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita.

Isi Tersurat [12 markah]1. Sikap mengutamakan kebendaan (atau) materialistik. 2. Sikap individualistik.3. Sikap masyarakat sekarang yang suka hidup bersendirian tanpa gangguan. 4. Kemewahan yang dikecapi oleh masyarakat kini. 5. Aktiviti-aktiviti gotong-royong tidak diamalkan.6. Kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri tidak diamalkan lagi.7. Masing-masing sibuk dengan tugas seharian. 8. Trend masyarakat moden yang hanya memikirkan hal ehwal keluarga sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain.9. Masyarakat mengambil pendekatan tidak suka menjaga tepi kain orang lain.

Isi Tersirat [4 markah ]1. Jiran dapat membantu ketika kita menghadapi kesusahan.2. Jiran menjadi tempat untuk mengadu sesuatu masalah. 3. Jiran dapat menolong mengawasi kediaman sewaktu ketiadaan kita. 4. Merapatkan hubungan silaturahim. 5. Hidup berjiran dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. (lain-lain jawapan yang sesuai)

Penutup/ Kesimpulan[ 2markah]Semua pihak perlu berusaha menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat agar rakyat dapat hidup dengan harmoni.

Soalan2 (a) : Soalan Pemahaman

(i) Maksud rangkai kata memupuk budaya adalah menyuburkan/menggalakkan cara hidup/ amalan masyarakat. [2 Markah] (ii) Kesan tiada amalan kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri: menutup peluang anggota masyarakat untuk menyumbangkan tenaga bagi menjayakan sesuatu majlis menghalang anggota masyarakat bersua muka menyekat peluang masyarakat untuk menjalin kemesraan sesama ahli masyarakat [3 Markah]

(iii) Tindakan untuk membantu jiran: menziarahi jiran membawa jiran ke hospital mendoakan jiran memberi bantuan kewangan menasihati jiran supaya bersabar(lain-lain jawapan yang sesuai)[ Maksimum 4 Markah]

TEMA 3 : AMBANG REMAJAPendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan akibat/ impak/ implikasi masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia

Isi tersurat [12 markah]1. kesan negatif dalam jangka masa panjang2. membunuh diri3 membunuh rakan4. seorang yang emosional5. menimbulkan ketakutan kepada mangsa6. menimbulkan ketakutan kepada rakan yang menyaksikan7. pemerhati tingkah laku buli akan mengalami ganguan emosi8. mangsa buli merobah personaliti mereka menjadi penakut9. mangsa takut ke sekolah10. mangsa menjadi lemah dan kurang keyakinan

Isi tersirat [4 markah]1. mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra.2. menetapkan tingkahlaku yang tidak diterima di sekolah3. dasar anti buli dimasukkan dalam kurikulum sekolah4. ibu bapa dan guru bekerjasama mengatasi masalah buli5. pihak sekolah lebih serius dalam memastikan kes buli tidak berlaku di sekolah

Kesimpulan [2 markah ]Kesimpulannya pihak sekolah dan ibu bapa haruslah bersama-sama berusaha memastikan kes-kes buli di sekolah tidak berlaku demi mendaulatkan institusi sekolah

Soalan 2 (a) Petikan Umum

i.- tuduhan-tuduhan tidak berasas [ 2 markah ]ii. - buli secara langsung termasuklah diugut, disepak, ditumbuk, ditendang dan sebagainya. - buli secara tidak langsung seperti mengejek, mengacau dengan kata- kata, diketawakan atau gosip-gosip liar[ 3 markah ] iii. - kurang pemantauan daripada pihak sekolah - terpengaruh dengan tindakan kawan-kawan pembuli - melepaskan tekanan perasaan - membalas dendam [ 4 markah]

TEMA 4 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH

Pendahuluan[2 Markah]

Petikan membincangkan keburukan/implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah negara ini.

Isi Tersurat [12 markah]

1. Telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang tidak senonoh.2. Menyebarkan khidmat pesanan ringkas [SMS] berantai.3. Pengguna juga melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting.4. Murid-murid dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan pembelajaran.5. Murid dikhuatiri menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan. 6. Mereka juga mungkin leka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).7. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran. 8. Murid memut turun perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas.9. Kesan psikologi terhadap murid sekolah yang kurang mampu.10. Menimbulkan suasana hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah11. Menjadi alat untuk murid menunjuk-nunjuk.

Isi Tersirat[ 4 markah]

1. Sikap pelajar yang suka akan teknologi terkini2. Ibu bapa tidak melarang anak-anak membawa telefon bimbit ke sekolah. 3. Pengaruh rakan sebaya yang menggunakan telefon canggih.4. Harga telefon bimbit yang mampu milik

Penutup[ 2 markah]

Kesimpulannya, ibu bapa dan guru hendaklah bekerjasama mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar agar pelajar lebih berdisiplin

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum

(i) Makna simbol status sosial : Lambang taraf / kedudukan masyarakat [ 2 markah]

(ii) Cara memiliki telefon bimbit:- dihadiahkan oleh seseorang- dibeli oleh ibu bapa - dibeli dengan duit simpanan sendiri [3 markah](iii) Langkah-langkah:- menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke sekolah- menegur/memberi nasihat- menyediakan telefon awam- mengadakan pemeriksaan mengejut- memberi taklimat/penerangan kepada ibu bapa/penjaga berkaitannya

[4 markah]

TEMA 5 : KERANAMU MALAYSIA

Pendahuluan/ Pengenalan [2 markah]

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia merealisasikan slogan Malaysia Boleh

Isi Tersurat [12 markah] 1.Kejayaan pemimpin Malaysia mencipta nama di pentas dunia. 2.Sikap tegas, positif dan berani pemimpin negara kita. 3.Semangat juang yang jitu yang dimiliki oleh beberapa orang atlet. 4.Kegigihan dan keberanian menempuh cabaran di pentas antarabangsa. 5.Pembabitan secara langsung syarikat-syarikat gergasi. 6.Sokongan padu rakyat Malaysia. 7.Kata-kata percaya dengan kemampuan diri sendiri. 8.Berpegang pada prinsip tiada apa-apa yang tidak boleh dicapai dalam hidup. 9.Kecenderungan kerajaan membiayai kajian dan penyelidikan.

Isi Tersirat [4 markah]

1.Dapat memajukan pelbagai bidang. 2.Dapat meningkatkan pendapatan negara. 3.Dapat meningkatkan mutu sukan negara. 4.Dapat menaikkan imej negara. 5.Dapat menambah kan jumlah rakyat Malaysia yang berjaya. 6. Dapat menambahkan bilangan yang terlibat dalam bidang penyelidikan.

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk merealisasikan slogan Malaysia Boleh supaya negara akan menempa lebih banyak kejayaan di persada antarabangsa.

Soalan 2(a) : Petikan Umum

1. Maksud :-mengangkat/menaikkan maruah/nama baik negara/Malaysia [2 markah]1. Tujuan :

1. untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia agar boleh berusaha mencapaikejayaan dalam pelbagai bidang -menjadi kata keramat dan pembakar jiwa seluruh rakyat negara ini untuk menjana kejayaan-menjadi rangsangan kepada generasi muda untuk memburu kejayaan

[3 markah] (iii) Peranan :-belajar bersungguh-sungguh/mencapai kejayaan yang cemerlang -mematuhi peraturan sekolah -menghormati guru -menempa kejayaan dalam aktiviti yang diceburi [4 markah]

TEMA 6 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Pendahuluan [ 2 markah ]

Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/tindakan-tindakan/pendekatan-pendekatan menguruskan hutan di Malaysia.

Isi Tersurat [12 markah]

1.Malaysia dan Indonesia bekerjasama memantau kawasan hutan di sempadan kedua-dua buah negara2.Mengatasi aktiviti pembalakan haram dengan menggunakan teknik mengesan profil DNA/melalui teknik RAPD3.Kerajaan membaik pulih sejumlah besar hutan kekal dan kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia4.Kerajaan menjayakan Program Perhutanan Masyarakat/menubuhkan dan menyelenggarakan hutan lipur5.Kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun/1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri masing-masing6.Malaysia komited melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan7.Memanfaatkan industri hiliran kayu.8.Memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu.9.Memperluas khidmat nasihat dan kepakaran untuk sektor ini.

Isi Tersurat [4 markah]

1.untuk tatapan generasi akan datang2.dapat memelihara kepelbagaian biologi serta sumber genetik3.mengekalkan kestabilan ekosistem4.sumber ekonomi negara5.kawasan tadahan hujan6.mengekalkan habitat flora dan fauna7.sebagai sumber penyelidikan8.sebagai sumber perubatan tradisional9.mengelakkan hakisan bumi

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menyokong usaha-usaha pengurusan hutan di negara ini agar hutan kekal sebagai sumber alam negara.

Soalan 2(a) : Petikan Umum

i. - Maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan ialah jangan selalu menyalahkan antara satu sama lain/tuduh menuduh.[2 markah]ii. - Memberi pendapatan lumayan kepada negara. Menyumbang pertumbuhan ekonomi negara Eksport ketiga terbesar negara. Menyediakan peluang pekerjaan[3 markah] iii. - Ibu bapa sebagai sebagai contoh/model - mengadakan aktiviti lawatan ke hutan simpan dengan lebih kerap - Media massa perlu menyebarluaskkan kepentingan alam sekitar. - Kerajaan mengadakan kempen tentang penjagaan alam sekitar secara berterusan[4 markah]

TEMA 7 : RIADAH

Pendahuluan [2 markah] Petikan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / usaha-usaha mengisi masa lapang murid-murid dengan bermanfaat..

Isi-isi Tersurat[12 markah]1.Pihak sekolah mengadakan pelbagai program2.Lawatan ke tempat-tempat bersejarah.3.Sekolah mengadakan pelbagai pertandingan.4.Guru memberi penekanan kepada murid-murid tentang matlamat mereka ke sekolah.5.Sekolah menganjurkan pelbagai pertandingan sukan antara sekolah.6.Ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak.7.Ibu bapa merancang aktiviti yang bersesuaian untuk anak-anak.8.Ibu bapa meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak. Isi-isi Tersirat[4 markah]1.Murid-murid kurang memberikan kerjasama menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh sekolah.2.Ibu bapa terlalu sibuk hingga tiada masa bersama anak-anak.3.Kos yang tinggi diperlukan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti untuk anak-anak.4.Ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak pergi ke sekolah setelah selesai peperiksaan.Kesimpulan[2 markah]

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama memastikan anak-anak mengisi masa lapang dengan bermanfaat supaya mereka tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat. Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum

1. Maksud mencerdaskan minda

Mencerdikkan akal fikiran/ daya berfikir[2 markah]

1. Masa murid-murid selepas peperiksaan perlu diisi dengan pelbagai aktiviti kerana

masa murid-murid di sekolah masih banyak selepas selesai menduduki peperiksaan.

mengelakkan mereka daripada ponteng sekolah

tidak terlibat dengan gejala negatif / tidak sihat

masa mereka tidak disia-siakan begitu sahaja [3 markah]

1. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid-murid Membaca Menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong Mengulang kaji pelajaran Mengunjungi perpustakaan Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah [4 markah]

TEMA 8 : GENERASI KITA

Pendahuluan [2 markah]

Petikan membincangkan sebab berlakunya pengangguran siswazah di Malaysia.

Isi tersurat [12 markah]

1. Siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang dipohon sehingga menyebabkan mereka gagal dalam temu duga. 2. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah.3. Siswazah tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang kurang menarik.4. Kebanyakan siswazah mengharapkan gaji serta ganjaran yang lumayan.5. Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar majikan.6. Kelemahan kemahiran berkomunikasi.7. Tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan khalayak.8. Siswazah masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.

Isi tersirat [4 markah]1. Berlaku pembaziran tenaga kerja profesional2. Tenaga kerja profesional akan berhijrah keluar negara untuk mencari pekerjaan.3. Masalah sosial/ jenayah semakin meningkat.4. Imej negara akan tercemar.5. Menjejaskan perkembangan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) .

Kesimpulan [2 markah]

Sebagai kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil langkah segera mengatasi masalah siswazah menganggur agar tenaga profesional mereka dapat digunakan untuk pembangunan negara

Soalan 2 (a), Petikan Umum

i. Maksud rangkai kata cukup membingungkan ialah amat/ sangat membimbangkan/ merisaukan [2 markah]

ii. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah pengangguran kerajaan menyediakan Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) mengembangkan penglibatan siswazah dalam sesuatu sektor ekonomi. Mempelbagaikan kegiatan kokurikulum di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

[3 markah]iii. Sekiranya saya seorang siswazah menganggur Menerima tawaran kerja walaupun pekerjaan tersebut tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki. Melakukan kerja sendiri seperti bertani dan sebagainya. Berkongsi dengan rakan untuk memulakan pekerjaan seperti berniaga. Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. [4 markah]

TEMA 9 : GAYA HIDUP SIHAT

Pendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan manfaat-manfaat menyertai kegiatan kokurikulum

Isi tersurat[12 markah]1. pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang lebih berfaedah2. Dalam pasukan unit beruniform pelajar dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa.3. Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar4. penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulumakan dapat menyemai minat dan hobi mereka.5. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat.6. penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaianseimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum.7. perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain

isi tersirat[4 markah]1. Melahirkan minda yang cerdas2. Mewujudkan tubuh badan yang sihat

Kesimpulan[2 markah] Semua murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum agar mereka dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

Soalan 2(a) : Petikan Umumi) waktu itu berharga[2 markah]ii) -aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan melalui aktiviti yang terdapat dalam kegiatan tersebut contohnya perkhemahan, kawad kaki dan sebagainya. -murid menjalankan aktiviti berkumpulan secara langsung mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli kumpulan-melalui semangat muafakat,kerjasama dan tolong-menolong[3 markah]

iii) - kurang aktiviti menarik dalam kokurikulum - tiada sokongan oleh guru mahu pun ibu bapa - pengaruh rakan [4 markah]

TEMA 10 :WARISAN BANGSAPendahuluan[2 markah]

Petikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta akan negara dalam kalangan belia.Isi Tersurat [12 markah]

1. Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin menular.2. Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara nyata.3. Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru.4. Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah.5. Belia tidak menghargai kemerdekaan negara.6. Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu.

Isi Tersirat [4 markah]

1. Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan.2. Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di rumah.3. Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam negara.

Kesimpulan[2 markah]

Pemimpin-pemimpin belia patut bekerja keras membawa belia kembali ke pangkal jalan supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka kepada negara.Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar disegarkan dalam jiwa para belia supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan tanah air.

Soalan 2(a) : Pemahaman Umum

i. -berkait secara langsung dengan harapan/ impian pemerintah[2 markah]ii. -.bangga menjadi rakyat Malaysia-bersemangat setia kepada negara-menyanjungi semangat kekitaan[3 markah]iii. -menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan-menentang usaha pihak luar campur tangan hal ehwal negara kita-menghormati lagu Negaraku-menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan-berbangga menjadi anak Malaysia[4 markah]

TEMA 11 : INDUSTRI PELANCONGAN

Pendahuluan [2 markah]

Petikan membincangkan usaha-usaha/ cara-cara meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan yang berpotensi untuk berkembang di Malaysia.

Isi tersurat [12 markah]

1. Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel.2. Membentuk rujukan rangkaian antarabangsa. 3. Menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia.4. Menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. 5. Melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit. 6. Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan. 7. Mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. 8. Mengadakan pemantauan secara berterusan. 9. Menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. 10. Mengutamakan tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang berkualiti.

Isi tersirat [4 markah]

1. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara. 2. Imej negara akan terkenal di seluruh dunia. 3. Kadar pengangguran dapat dikurangkan. 4. Peluang perniagaan yang baru terbuka kepada masyarakat. 5. Pakar perubatan asing berminat bekerja di Malaysia.

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, bidang pelancongan kesihatan mestilah dimajukan supaya Malaysia dapat menjadi destinasi pilihan utama sektor tersebut.

Soalan 2(a) : Petikan Umum

(i) -peranan untuk memajukan masyarakat [2 markah]

(ii) -kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta-negara kita memiliki kepakaran yang tinggi-kos perubatan rendah mengikut tukaran mata wang asing-negara kita memiliki keindahan alam semula jadi[3 markah]

(iii) -pihak swasta kurang bekerjasama-saingan daripada negara-negara yang sudah berpengalaman dalam industri-sambutan masyarakat masih dingin kerana promosi yang tidak menyeluruh-kos untuk memajukan bidang ini sangat tinggi[4 markah]

TEMA 12 : KESELAMATAN JALAN RAYA

Pendahuluan[2 markah]

Petikan membincangkan isu kemalangan jalan raya di negara kita.

Isi tersurat [12 markah]Keluaran Negara kasar mengalami kerugianPerbelanjaan tinggi untuk tujuan baik pulih, tuntutan insuran, dan bil perubatanKemalangan jalan raya yang menimpa golongan pekerja menjejaskan produktiviti negaraKehilangan seorang kakitangan menyebabkan kos sumber manusia akan bertambah.Negara kekurangan penduduk muda dan tenaga kerjaNegara terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asingPelabur-pelabur asing berasa pelaburan mereka tidak menguntungkanPara pelancong asing tidak mahu mengunjungi negaraOrganisasi yang berkenaan akan kehilangan kakitangan

Isi tersirat [4 markah]Pemandu memandu dengan cuai / lalai / mangantukPemandu memandu dalam keadaan mabukPemandu tidak berhemahPemandu memandu dalam keadaan panas baranPemandu melanggar peraturan jalan raya / memandu dengan had laju maksimumKeadaan jalan raya sempit / bengkang-bengkok / berlubang-lubang / kurang selesaKereta tidak diselenggarakan dengan baik / betul / mengikut jadualPemandu memandu mnegikut emosiPemandu tidak bertoleransi

Kesimpulan[2 markah]Kesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama mengatasi kemalangan jalan raya agar keselamatan pemandu terpelihara.

Soalan 2(a) : Petikan Umum (i) 1. -penguatkuasaan undang-undang-Mengadakan kempen secara besar-besaran dan bukan bermusim-Membaikpulih keadaan jalan yang rosak[3 markah]

(iii) -sikap bertoleransi -sikap penyayang -sikap menghargai dan menghormati pengguna jalan raya yang lain

[4 markah]

TEMA 13 : PENDATANG ASING

Pengenalan [2 markah]

Petikan membincangkan implikasi negatif kemasukan buruh asing ke negarakita

Isi tersurat [12 markah]

S1 berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabakS2 kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnyaS3 kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragisS4 kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatanuntuk mengatasi masalah tersebut S5 Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara iniS6 kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakankemudahan persekolahanS7 Guru guru melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatangS8 Bukan sedikit pula jenayah yang terjadiS9 kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayahtempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras.S10 Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yangbesar daripada kerajaanS11 meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripadarakyat tempatanS12 mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini

Isi Tersirat[4 markah]

T1 Menggunakan lebih banyak teknologi robotik dalam sektor perindustrian/pertanianMenggantikan tenaga kerja manusia kepada tenaga kerja robotik berteknologi tinggi

T2 Mewajibkan setiap majikan mengaplikasikan sistem berkerja dari rumah bagi pekerja wanita

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, semua pihak perlu berpadu tenaga mengawal kemasukanburuh asing agar/supaya kehidupan rakyat Malaysia lebih harmoni dan selesa . rakyat Malaysia dapat menikmati sepenuhnya keharmonian negara

Soalan 2(a) Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata melebarkan tumpuan.- meluaskan perhatian-memfokuskan perhatian- memberikan perhatian[2 markah](ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing datang ke MalaysiaUntuk bekerja?

- Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur- faktor-faktor kedaifan hidup di negara asal- kekurangan peluang kerja di negara asal mereka[3 markah]

TEMA 14 : KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR

Pendahuluan [2 markah]

Petikan membincangkan/memperkatakan/mendikusikan punca-punca/faktor-faktor merosotnya disiplin pelajar di negara kita.

Isi Tersurat [12 markah]S1 Pengaruh media massa.S2 Berlaku kerana masalah keluarga.S3 Sesetengah ibu bapa menyerahkan soal disiplin kepada pihak sekolah.S4 Sesetengah pelajar menjadikan sekolah sebagai tempat melupakan masalah.S5 Hukuman kepada seseorang pelajar menyebabkan seseorang pelajar menjadi semakin liar.S6 Pengaruh rakan sebaya mempengaruhi disiplin pelajar merosot.S7 Terpengaruh dengan gaya hidup rakan yang tidak bersekolah.S8 Kemerosotan moral akibat kesan pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi.S9 Ibu bapa yang memberikan contoh negatif terhadap anak-anak.S10 Sikap kurang matang remaja menyebabkan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan peraturan sekolah.

Isi Tersirat [4 markah]T1 Guru lebih prihatin terhadap pelajar yang menghadapi masalah keluarga.T2 Pelajar bermasalah hendaklah diberi kaunseling yang menyentuh jiwa.T3 Kursus pendedahan hala tuju hidup terhadap pelajar tidak berdisiplin.T4 Tindakan guru lebih memberikan pengajaran bukan berbentuk mendera.

Penutup[2 markah]Sebagai kesimpulan/tuntasnya/konklusinya, pelajar-pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah agar/supaya dapat memberikan fokus terhadap pelajaran.

Soalan (a) Petikan Umum

(i) Rangkai kata "hakikatnya pembentukan akhlak" bermaksud kenyataannya melahirkan sahsiah.[2 markah]

(ii) Kesan daripada berlakunya keruntuhan disiplin pelajar ialah wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut dan pergaduhan. Selain itu, persekitaran yang tegang dalam kalangan pelajar kerana berasa terancam. Akhir sekali, masalah disiplin telah menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. [Pilih dua isi sahaja. 1 markah untuk bahasa][3 markah]

(iii) Ibu bapa sukar megawal anak mereka yang sedang meningkat remaja kerana sikap remaja yang suka melawan balik kata-kata nasihat yang diucapkan. Selain itu, golongan remaja berasa bahawa pendapatnya adalah benar, manakala pendapat orang tua ketinggalan zaman. [Pendapat yang sesuai diterima.][4 markah]

TEMA 15 : PENGANGGURAN

Pendahuluan [2 markah]

Petikan membincangkan/memperkatakan/mendikusikan sebab-sebab / faktor-faktor pengangguran dalam kalangan siswazah.

Isi Tersurat [12 markah]S1. Sikap terlalu memilih kerjaya S2. siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja.S3. sesetengah siswazah yang tidak