Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

7
SEJAUHMANAKAH BENAR RUSUHAN 13 MEI ADALAH MASALAH PERKAUMAN Sebelum kita mulakan penulisan.. nyatakan dulu pendirian kita.. Penyataan diatas adalah benar. Saya bersetuju bahawa Rusuhan 13 Mei dan keputusan pilihan 1969 tercetus kerana isu perkauman. lepas tu baru bagi tau pendahuluan ikut sahaja apa yang ira dah buat kat bawah ni Pendahuluan DEFINISI PERKAUMAN - hubungan dgn parti politik dan masyarakat majmuk Msia Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. PENGERTIAN PENYUSUNAN MASYARAKAT . Maksud- merapatkan jurang penguasaan ekonomi bumiputera bukan bumiputera-sebab punca 13 Mei adalah terdapat perbezaan penguasaan ekonomi -punca pertelingkah rusuhan. disokong oleh Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial Jelaskan Analisis Keputusan PRU 1964 dibandingkan dgn PRU 1969 PARLIAMENTARY ELECTION RESULT PARTIES SEATS WON VOTES POLLED 1964 PER CENT OF TOTAL 1969 1964 1969 ALLIENCE 89 66 58.37 48.41 PMIP 9 12 14.45 23.75 DAP 1* 13 2.06 13.73 PPP _ 4 3.59 3.87 GERAKAN 2 8 _ 8.57 PARTAI RAKYAT _ _ _ 1.24 INDEPENDENTS _ _ 0.66 0.34 STATE ELECTION RESULT

description

rusuhan

Transcript of Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

Page 1: Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

SEJAUHMANAKAH BENAR RUSUHAN 13 MEI ADALAH MASALAH PERKAUMAN

Sebelum kita mulakan penulisan.. nyatakan dulu pendirian kita..

Penyataan diatas adalah benar. Saya bersetuju bahawa Rusuhan 13 Mei dan keputusan pilihan 1969 tercetus kerana isu perkauman.

lepas tu baru bagi tau pendahuluan

ikut sahaja apa yang ira dah buat kat bawah ni

Pendahuluan

DEFINISI PERKAUMAN - hubungan dgn parti politik dan masyarakat majmuk Msia

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.

PENGERTIAN PENYUSUNAN MASYARAKAT .

Maksud- merapatkan jurang penguasaan ekonomi bumiputera bukan bumiputera-sebab punca 13 Mei adalah terdapat perbezaan penguasaan ekonomi -punca pertelingkah rusuhan.

disokong oleh Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial

Jelaskan Analisis Keputusan PRU 1964 dibandingkan dgn PRU 1969

PARLIAMENTARY ELECTION RESULT

PARTIES SEATS WON VOTES POLLED 1964

PER CENT OF TOTAL 1969

1964 1969

ALLIENCE 89 66 58.37 48.41

PMIP 9 12 14.45 23.75

DAP 1* 13 2.06 13.73

PPP _ 4 3.59 3.87

GERAKAN 2 8 _ 8.57

PARTAI RAKYAT _ _ _ 1.24

INDEPENDENTS _ _ 0.66 0.34

Page 2: Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

STATE ELECTION RESULT

PARTIES SEATS WON VOTES POLLED 1964

PER CENT OF TOTAL 1969

1964 1969

ALLIENCE 241 162 57.62 47.95

PMIP 25 40 15.25 22.80

DAP _ 31 0.90 11.76

PPP 5 12 4.51 4.79

GERAKAN _ 26 _ 8.78

PARTAI RAKYAT

* 3 * 1.53

INDEPENDENTS

_ 3 1.09 2.29

1964- Parti perikatan memenangi kerusi 89 pada peringkat parlimen namun pada tahun 1969 penguasaan kerusi pada PRU 1969 telah mengalami penurunan yang mendadak iaitu 66 kerusi sahaja. Manakala bagi peringkat Dewan Undangan Negeri Parti Perikatan berjaya memenangi 241 daripada 271 buah kerusi yang telah dipertandingkan tetapi jumlah penguasaan kerusi bagi peringkat Dewan Undangan Negeri 1969 telah mengalami penurunan iaitu hanya memenangi 162 daripada 282 buah kerusi yang telah dipertandingkan.

Dari segi pencapaian PRU 1964 adalah lebih baik pencapaiannya kerana Parti Perikatan banyak memenangi kerusi pada PRU tersebut. Namun pencapaian Parti Perikatan pada PRU 196 adalah merosot walaupun Parti Perikatan memenangi pilihan raya tersebut namun Parti Perikatan gagal mempertahankan 2/3 kerusi di Parlimen kerana hanya memenangi kerusi yang sedikit sahaja. Bagi parti pembangkang pula pilihan raya 1964 sememangnya tidak berpihak kepada mereka namun keadaan ini berubah pada PRU 1969 kerana parti pembangkang seperti DAP, PAS, dan GERAKAN telah berjaya memenangi banyak kerusi berbanding pilihan raya 1964. Pencapaian parti Pembangkang pada PRU 1969 adalah jauh lebih baik daripada 1964 kerana pada pilihan raya 1969, parti Pembangkang berjaya mengurangkan penguasaan majoriti 2/3 kerusi di Parlimen bagi parti Perikatan.

Sebenarnya pada pilihan raya 1964, kemenangan besar yang diperolehi oleh Parti Perikatan kerana wujudnya isu-isu yang menonjolkan peranan kerajaan seperti Isu konfrontasi dan peminggiran. Isu-isu ini menyebabkan sokongan pengundi tertumpu pada parti pemerintah namun ketiadaan isu yang timbul pada pilihan raya 1969 menyebabkan isu perkauman telah timbul berikutan telah dijadikan isu perjuangan parti Pembangkang bagi raih sokongan pengundi maka tidak menghairankan sekiranya parti Perikatan gagal mempertahankan kerusi yang telah dimenangi pada PRU 1964 kerana jelas tunjuk pru 1969 adalah berunsur kaum yang sekaligus telah menpengaruhi keputusan PRU 1969.

Page 3: Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

PERISTIWA -RUSUHAN KAUM 13 MEI –JELASKAN BERLAKU (RINGKAS)

Keputusan pilihan raya tahun 1969 telah menunjukkan sokongan kepada kerajaan Perikatan semakin merosot. Walau bagaimanapun, Perikatan masih dapat membentuk kerajaan biarpun gagal memperoleh dua pertiga majoriti kerusi Dewan Rakyat. Pada masa yang sama, MCA mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding UMNO dan kekalahannya memperlihatkan pertambahan kepada DAP dan parti Gerakan. Pelbagai insiden telah berlaku berikutan pilihan raya tersebut iaitu termasuklah perarakan kemenangan pembangkang yang disusuli dengan perbuatan mencela kaum lain, yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

ISI-ISI

Saya bersetuju kerana

1a) MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI

Malaysia sebuah negara Demokrasi tetapi masyarakatnya majmuk, berbilang kaum, beza agama, budaya, dan bahasa. Parti di Malaysia berbilang kaum tapi parti ikut kaum dan perjuangan ikut kaum. Oleh kerana itu keputusannya menggambarkan inSPIRASI kaum Maka tidak hairanlah 13 Mei tercetus kerana isu-isu yang dibangkitkan adalah perkauman masing-masing misalnya Parti melayu perjuangkan melayu manakala parti Cina perjuangkan orang Cina.

1b) KETIADAAN ISU PADA PRU 1969.

Sebelum tahun 1963 dan 1964 sokongan pengundi tertumpu kepada parti pemerintah kerana adanya Isu konfrontasi, pembangunan dan isu peminggiran Singapura. Apabila isu-isu ini telah berakhirnya iaitu isu konfrontasi, peminggiran Singapura dari Malaysia dan kerana terlalu beri perhatian kepada pembangunan maka isu perkauman muncul semula. Tidak hairanlah rusuhan 13 Mei tercetus kerana perkauman.

1c) PENGGABUNGAN PARTI-PARTI POLITIK.

Sebelum 13 Mei sudah ada pergabunggan parti politik yang bertujuan untuk mewakili kaumnya dan untuk mengurangkan politik perkauman. Contohnya parti Perikatan. Penubuhan parti perikatan adalah bertujuan untuk mengurangkan isu perkauman dan menggabungkan kaum-kaum di Malaysia supaya Malaysia dapat beri perhatian kepada pembangunan.

1d) PERBEZAAN PENGUASAAN SEKTOR EKONOMI ANTARA KAUM

Perbezaan penguasaan eko sejak British lagi. Punca berlakunya 13 Mei adalah disebabkan perbezaan penguasaan sektor ekonomi ikut kaum misalnya orang Melayu dalam ekonomi di pertanian, Orang Cina perlombongan dan orang India perladangan. Isu perbezaan penguasaan eko sering dijadikan isu perkauman. Orang bukan Melayu tuntut hak yang sama. UMNO mempunyai kuasa politik tetapi bukan melayu kuasai ekonomi maka itulah yang menjadi salah satu isu perkauman.

1e) MCA YANG MENGANGGOTAI PERIKATAN TIDAK MAMPU MEMPERJUANGKAN HAK ORANG CINA

Asalnya MCA adalah untuk parti politik yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Cina namun penggabungan MCA dengan perikatan menyebabkan MCA tidak mampu untuk memperjuangkan hak orang Cina kerana terikat dengan Perikatan maka telah menyebabkan DAP mengambil alih isu hak

Page 4: Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

orang Cina untuk dijadikan ISU DALAM kempen PRU 1969 dan terbukti apabila MCA didapati merosot pencapaiannya dalam PRU 1969.

1f) DASAR KERAJAAN PERIKATAN 1963

Semasa era TAR, Dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan telah membangkitkan isu perkauman antaranya dasar MALAY NATION STATE untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu tetapi ini disukai oleh orang bukan Melayu dan mereka menuntut hak yang sama. Lantaran itu, Tunku telah melaksanakan dasar @ polisi yang memberi political equality @ persamaan politik untuk orang bukan Melayu. Dengan ini membuka peluang kepada orang bukan Melayu menubuhkan parti-parti politik dan menjadikan isu perkauman perjuangannya. Contohnya polisi yang dilaksanakan beri peluang kepada DAP untuk terlibat aktif dalam politik dan mereka telah memperjuangkan isu-isu perkauman. Maka 13 Mei adalah salah satu kesan kepada perkembangan ini.

1g) DASAR BAHASA MELAYU

Dasar ini dilaksanakan agar dapat pupuk perpaduan. Dasar ini akan digunakan untuk urusan rasmi kerajaan dan sebagai bahasa pengantar disekolah-sekolah tetapi dasar ini tidak disukai dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang bukan Melayu. Ini adalah disebabkan semasa pemerintahan British, bahasa-bahasa pengantar di sekolah Vernakular adalah mengikut kaum masing-masing menyebabkan ketiadaan keselarasan. Maka jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar ini juga merupakan salah satu penyebab tercetusnya 13 Mei.

1h) ISU BAHASA PAPAN TANDA

Peristiwa ini berlaku pada era kepimpinan Tar. Isu bahasa papan tanda dijadikan isu perkauman oleh parti Pembangkang misalnya DAP dan parti gerakan Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan kerana orang Melayu akan mempertahankan hak bahasa Melayu kerana termaktub dalam perlembagaan dan orang bukan Melayu pun akan mempertahankan bahasa Inggeris dan Ibunda mereka maka ini telah menimbulkan isu perkauman.

1i) HAK KEISTIMEWAAN

Orang Melayu mendapat keistimewaan sejak zaman British lagi. Namun perkara ini tidak disukai oleh orang bukan Melayu lantas menyebabkan orang bukan Melayu menentang hak orang Melayu .Orang bukan Melayu menuntut hak sebagai warga negara namun perkara ini pula tidak disenangi oleh Orang Melayu. Misalnya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar disekolah , pengenalan akta bahasa Melayu dan pelancaran kempen bahasa jiwa bangsa lebih kepada untuk menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Bagi perkhidmatan awam pula akan dikuasai oleh orang Melayu selepas 10 tahun kemerdekaan. Sebenarnya inilah yang menjadi punca perkauman sekaligus mencetuskan insiden 13 Mei.

1k) PERJUANGAN PARTI YANG BERCORAK PERKAUMAN

PAS–org Melayu perjuangannya prinsip agama Islam, melaksanakan undang Islam , menuntut hak keistimewaan org Melayu dan tidak berkompromi dgn org bukan Islam. Lebih perjuangan kpd kaum Melayu dan Islam. Akhirnya berbeza perjuangan dgn UMNO, Melayu berpecah kepada 2

Page 5: Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

DAP- melaung slogan ‘Malaysia Malaysian’. Perjuangannya persamaan dlam pendidikan, kebebasan demokrasi, keadilan sosial dan ekonomi, menentang dasar perlindungan kouta Melayu dlm lesen perniagaan.

Parti Gerakan- sederhana- menyokong komitmen Melayu, memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi, dan demokrasi terbuka. Gerakan cuba mengelak isu perkauman menekankan pembaharuan sosial.

LANGKAH PENYUSUNAN MASYARAKAT

Selepas 13 Mei meletus, Mageran mengambil alih pentadbiran. Kerana berlaku rusuhan antara kaum selepas Gerakan dan DAP menengani pilihan raya Umum 1969. Perbincangan dibuat, mencari Formula untuk menjadi punca Rusuhan 13 Mei 1969. Diputuskan punca dikatakan adalah kerana wujud ketidak seimbangan penguasaan ekonomi antara kaum. Bumiputera ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi. Maka org Melayu bumiputera perlu dibantu menguasai ekonomi negara.. Sebenarnya tujuan penyusunan semula masyarakat adalah untuk mengimbangi penguasaan ekonomi. Maka DEB DIPERKENALKAN.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

menyusun semula masyarakat di Malaysia supaya wujud keseimbangan penguasaan ekonomi antara kaum. Keseimbangan penguasaan ekonomi ini akan dapat mengurang ketegangan hubungan kaum , wujud sama rata penguasaan ekonomi org Melayu dgn bukan Melayu, maka konflik tidak akan timbul.

Pengenalan dasar DEB adalah bagi mencapai 30% pemilikan perdagangan oleh kaum Bumiputera berakhir tahun 1990.

Melalui DEB , matlamat pemilikan saham bagi bumiputera adalah sebanyak 30% manakala pemilikan bukan bumiputera adalah sebanyak 40% yang perlu dicapai pada tahun 1990.

Selain itu, kerajaan telah ambil langkah seperti mengambil alih Syarikat Guthrie dan perkenalkan Hicom serta melaksanakan dasar pensyarikatan Malaysia.

Kerajaan juga turut menyediakan peruntukan terpilih kontrak, peniagaan lesen, pembiayaan.

Kerajaan telah membentuk /perkembangan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Unit Perancangan Ekonomi yang memberi sewa kepada bumiputera dan bukan bumiputera yang bertujuan mengawal proses naungan.

Pelaksanaan tiada tender terbuka dengan mengalih beban kerajaan kepada swasta akan memudahkan politik dengan pihak korporat. Disamping itu, UMNO membawa set sektor awam utma di bawah penguasaan UMNO.

Sejak 1983-1990- 27 projek swasta 93 dlm perancangan 1992-1993. di bawah Pelan Induk Penswataan 1991 dengan Penjualan ekuiti MAS, Sport Toto, Syarikat Telekom, Proton ,dan Lesen kontrak TV3, Kuala Lumpur Interchange, Lebuh Raya Utara Selatan 1988.

Page 6: Rusuhan 13 Mei s.3 Edit

SELAIN DARIPADA PENYUSUNAN SEMULA MASYRAKAT TERMSUKLH ISU PERPADUAN KRN 13 MEI BERPUNCA DRI RAPUHNYA PERPADUAN DI MALAYSIA, MAKA DASAR INI DIJALANKAN UNTUK PERPADUAN ANTARANYA LAKSANA

DASAR INTERGRASI NASIONAL

Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik.

Selain itu,Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal adalah untuk membentuk, memperkenalkan dan mengekalkan identiti negara. Hal ini bermaksud, mewujudkan satu identiti nasional bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana, sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, dasar ini dapat menjadi garis panduan kearah mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu malahan mempunyai satu identiti yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Malaysia. Justeru, penggubalan dasar kebudayaan kebangsaan ini merupakan satu langkah yang penting ke arah usaha untuk mengekalkan perpaduan terutamanya jika sesebuah negara itu mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

RUKUN NEGARA dilancarkan kerana didapati bahawa kurangnya rasa cinta dan taat kepada negara. Maka rukun negara pening untuk menyemai kesetiaan kepada negara.

Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agung Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Dalam hal ini, setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan.

DASAR PENDIDIKAN – Tujuan untuk menyatupadukan kaum dengan guna bahasa yang sama dan diharap agar semua kaum dapat memahami budaya antara kaum.

Penyata Razak menjadi Bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah – Mewujudkan perpaduan kaum. Dasar Pelajaran kebangsaan menjadi salah satu dasar yang penting dalam membina perpaduan nasional negara. Buktinya, dasar pelajaran kebangsaan mengutamakan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam mewujudkan perpaduan. Dasar pendidikan kebangsaan yang digubal ini sebenarnya berasaskan penyata Razak dan Laporan Rahman Talib. Dimana, dasar tersebut merupakan sokongan penting untuk mewujudkan perpaduan negara.

Dasar pelajaran kebangsaan bertujuan untuk menjadikan bahasa malaysia sebagai sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara yang mana bermula dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi tanpa mengira aliran.

KESIMPULAN

ULAS SEMULA ISI DARI AWAL

BUAT KESIMPULAN YANG TUNJUK MASA DEPAN KIKIKIKI