S 304 (a) KK Indah Wijayanti

35
Dengan izin Yang Arif-Yang Arif, A. Pengenalan Responden di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pertuduhan ke atas Responden adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 2 Julai 2007, di antara jam lebih kurang 1.30 petang hingga 2.30 petang, di sebuah rumah beralamat No. 19, Jalan Batu Unjur 4, Taman Bayu Perdana, di dalam Daerah Klang, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan bunuh ke atas KEK HUEY LIAN dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.” Seramai 4 orang saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan di dalam kes ini. Pada 9 Jun 2010, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kepada Responden setelah menimbang representasi daripada peguam. Responden telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan pilihan tersebut dan Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkap.

description

cbkjda cdsahn

Transcript of S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Page 1: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Dengan izin Yang Arif-Yang Arif,

A. Pengenalan

Responden di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan di

hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pertuduhan ke atas Responden adalah

seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 2 Julai 2007, di antara jam lebih kurang 1.30

petang hingga 2.30 petang, di sebuah rumah beralamat No. 19, Jalan

Batu Unjur 4, Taman Bayu Perdana, di dalam Daerah Klang, di dalam

negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan bunuh ke atas KEK

HUEY LIAN dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan

yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

Seramai 4 orang saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan di dalam kes

ini. Pada 9 Jun 2010, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pindaan di bawah

Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kepada Responden setelah menimbang

representasi daripada peguam. Responden telah mengaku bersalah ke atas

pertuduhan pilihan tersebut dan Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara

15 tahun dari tarikh tangkap.

B. Fakta kes yang diakui Responden (mukasurat 80 Rekod Rayuan dirujuk)

1. Pengadu di dalam kes ini ialah Kpl Paranthaman a/l Krishnan iaitu SP3 yang

mana ketika itu sedang bertugas Pusat Kawalan Daerah IPD Klang. SP3

telah menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki Cina bernama En

Phua yang menggunakan telefon bimbit nombor 012-3988666 yang mana telah

memaklumkan kepadanya bahawa bilik rumahnya telah terkunci dan tidak

Page 2: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

boleh di buka dan mendapat tahu daripada jirannya bahawa ada pencuri

telah memasuki ke dalam rumahnya. En Phua telah meminta bantuan pihak

polis. SP3 kemudiannya telah mengarahkan SP4 L/Kpl MazIan B Jenal yang

bertugas sebagai krew kereta peronda untuk segera ke tempat kejadian.

2. Apabila SP4 sampai di rumah tersebut, SP4 telah memanggil dari luar pagar

tetapi tiada jawapan dan tidak lama kemudian seorang perempuan (OKT) bersama

2 budak kecil telah keluar dari rumah sebelah datang ke arahnya dan

memberitahu bahawa MEM (si mati) ada di bilik atas dan telah memanggil

tetapi tiada jawapan. SP4 kemudiannya telah masuk ke dalam rumah

tersebut dan mencuba untuk membuka pintu bilik yang terletak di tingkat

atas rumah berkenaan namun ianya berkunci dan tidak boleh di buka.

3. Kemudiannya OKT tadi telah di tanya di mana kunci bilik yang berkenaan

dan OKT telah mengambil serangkai anak kunci dan menyerahkan kepada SP4.

SP4 kemudiannya telah mengambil serangkai anak kunci tersebut dan

membuka pintu bilik yang berkenaan dan selepas membuka pintu bilik yang

berkenaan SP4 mendapati terdapat seorang perempuan di dalam

keadaan tert iarap di atas t i lam dalam keadaan separuh bogel dan

berlumuran darah. SP4 kemudiannya telah memeriksa bilik tersebut

dan mendapati keadaanya berselerak tetapi mendapati tidak ada orang di

dalam bilik tersebut. SP4 kemudiannya telah menghubungi semula Pusat

Kawalan Daerah IPD Klang dan memaklumkan kepada SP3 mengenai

penemuan tersebut.

4. Kemudian SP3 telah memaklumkan perkara ini kepada KBSJD dan T/KPD

Klang serta telah menghubungi unit Forensik IPK Selangor dan Unit anjing

pengesan untuk hadir di tempat kejadian. SP3 kemudiannya telah membuat satu

laporan polis berkait dengan kes ini.

2

Page 3: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

5. Siasatan oleh pihak polis mendapati bahawa OKT adalah seorang rakyat Indonesia

yang berkerja sebagai pembantu rumah yang berkerja dengan si mati sejak 1 1/2

tahun yang lepas.

6. Daripada siasatan pihak polis juga mendapati bahawa pada hari kejadian, anak

ketiga simati mengalami demam dan OKT dikehendaki menemankan anaknya itu

tidur di bilik anaknya di tingkat atas rumahtersebut. Walaubagaimanapun,

memandangkan OKT juga tidak sihat pada hari tersebut, OKT telah turun

ke tingkat bawah dan telah tidur di biliknya sendiri pada jam lebihkurang 3.00

pagi.

7. Siasatan polis juga mendapati bahawa pada 2 Julai 2007, jam lebih kurang

8.30 pagi, si mati telah memarahi OKT dengan menggunakan perkataan kesat

apabila si mati mendapati OKT telah tidak menemankan anaknya tidur di bilik

atas rumah tersebut sedangkan anaknya sakit. Si mat i juga dikatakan

telah membaling pinggan plastik ke bahagian belakang OKT dan terus

memarahi OKT dan kemudiannya telah naik ke tingkat atas rumah.

Semasa sedang di marahi oleh si mati, OKT sedang membersihkan ikan dan

memegang sebilah pisau. Semasa kejadian itu suami si mati telah pergi

berkerja manakala dua anak simati sedang menonton TV di ruang tamu.

8. Siasatan polis juga mendapati bahawa OKT yang tidak dapat menahan

kemarahannya telah naik ke tingkat atas dan telah memasuki bilik si mati

sambil memegang pisau di tangannya. Pada ketika itu OKT mendapati si

mati sedang berbaring di atas tilam sambil membaca suratkhabar. OKT

kemudiannya telah menekup muka si mati dengan suratkhabar lalu mengelar

leher si mati beberapa kali dengan menggunakan pisau yang berada di

tangannya. OKT mendapati darah telah memancut keluar dan mengenai

3

Page 4: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

pada suratkhabar dan pada dinding bilik tersebut dan akhirnya OKT

mendapati si mati tidak bergerak lagi. OKT yang di dalam kebingungan dan

kelam kabut kerana melihat banyak darah yang keluar dari tubuh si mati, telah

mengunci pintu bilik tersebut untuk mengelakkan anak-anak si mati daripada

memasuki bilik tersebut. OKT kemudiannya telah membersihkan pisau yang di

gunakan untuk mengelar leher si mati dan menanggalkan seluar si mati dan

telah membawa seluar tersebut bersama sama dengan pisau yang digunakan

untuk mengelar leher si mati turun ke bawah rumah melalui tingkap di bilik

tersebut bagi mengelakkkan anak si mati nampak dan melihat serta mengetahui

perbuatannya. OKT kemudiannya telah turun melalui tingkap di bilik tersebut dan

terjun ke halaman rumah jiran sebelahnya.

9. Siasatan polis juga menunjukkan bahawa OKT telah menceritakan kejadian

pembunuhan ini kepada pembantu rumah jiran tersebut yang juga merupakan

kawannya yang bernama Surati seorang rakyat Indonesia. Selepas

menukar baju dan seluarnya yang terdapat kesan darah, OKT

kemudiannya telah keluar melalui pintu belakang rumah jirannya dan

masuk semula ke rumahnya melalui pintu hadapan.

10. Siasatan polis menunjukkan bahawa pada 2 Julai 2007 jam lebih kurang 5.30

petang, OKT telah menunjukkan kepada C/Insp. Hairmi Bin Miskon di

bawah seksyen 27 Akta Keterangan beberapa barang kes berkait dengan

pembunuhan ini di antaranya sehelai baju t-shirt, sehelai seluar pendek dan

sebilah pisau yang dikatakan digunakan di dalam pembunuhan ini.

11. Hasil laporan bedah siasat menunjukkan bahawa si mati telah mengalami

kecederaan yang teruk pada bahagian hadapan leher si mati di mana

mengikut doktor, luka tersebut terhasil dari sekurang kurangnya 3

hirisan yang dalam dan 6 hirisan di bahagian luar, leher si mati. Hirisan

4

Page 5: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

dalam tersebut telah memutuskan salur darah utama si mati. Selain dari itu

terdapat juga beberapa kesan calar pada sebelah bawah dada, dada

sebelah kiri atas, rusuk kanan dan lutut kiri kaki kiri si mati. Terdapat juga

luka pertahanan pada tapak tangan kiri, belakang jail telunjuk dan jari tengah

tangan kiri serta luka di sisi ibu jari kiri si mati. Sebab kematian adalah "Incised

wound of neck (due to)".

12. Daripada keterangan dan fakta yang di bentangkan di atas, OKT telah di

dapati mendatangkan kecederaan pada tubuh badan simati dengan cara

mengelar pada bahagian hadapan leher si mati dengan menggunakan

pisau. Kecederaan parah pada bahagian hadapan leher si mati telah akhirnya

menyebabkan kematian kepada si mati. Daripada bentuk dan sifat perbuatan

yang dilakukan oleh OKT terhadap si mati, OKT mengetahui bahawa melalui

perbuatannya itu, ianya boleh menyebabkan kematian kepada si mati.

13. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas, adalah jelas bahawa

OKT telah melakukan satu kesalahan mematikan orang dengan salah

yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang iaitu satu

kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

C. Alasan Mahkamah Tinggi

Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman (YA PK) dalam membuat keputusan untuk

menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tangkap selepas pihak pendakwaan

menawarkan pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan

memutuskan:-

5

Page 6: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

“Dalam kes ini ujud satu situasi ketidak serasian antara majikan dan

pembantunya. Yang memburukkan keadaan adalah masing-masing

terperangkap dalam satu ikatan perjanjian untuk tempoh tertentu dan tiada

jalan keluar. Di sini khususnya OKT tiada saluran untuk 'ventilate' bebanan

mental yang ditanggungi serta tiada penghujung kepada masalah yang

dihadapi. Hari demi hari dan lama kelamaan keadaan tertekan telah

mencetus situasi yang tidak dapat dibendung lagi. Malangnya dalam

mengharungi kebuntuan pemikiran yang diburukkan lagi dengan masalah

'depression' yang ditanggung oleh OKT, telah menyebabkan trajedi

berdarah yang sangat mengerikan akibat satu perlakuan yang tidak diduga,

dan akibatnya nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan. Dalam kes ini

suami kehilangan isteri, anak-anak kehilangan ibu dan OKT terdedah kepada

hukuman yang berat.

Dalam menimbangkan hukuman dalam kes ini mahkamah mengambil ingatan

perkara-perkara yang dibangkitkan dalam rayuan OKT dan tidak melupakan

bahawa OKT telah mengaku salah dan sehubungan dengan itu telah

menjimatkan kos serta masa oleh semua pihak yang terlibat. Hujah p ihak

pendakwaan juga d iber i perhat ian tentang kerapnya berlaku kejadian

pembunuhan pada masa kini, keperluan hukuman yang mencerminkan

pendirian mahkamah dalam menangani masalah sepert i in i dan kepent ingan

mencari hukuman yang sesuai untuk dijadikan faktor penghalang. Dalam

mencari hukuman yang sesuai perlu diperjelaskan disini bahawa yang paling

utama adalah kepentingan awam yang sentiasa memerlukan perlindungan.

Setelah mengambil kira semua seperti yang telah diperkatakan itu

mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap OKT bagi tempoh selama

15 tahun mulai dari tarikh beliau ditangkap.”

6

Page 7: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

D. Petisyen Rayuan Perayu.

1. Petisyen No. 1, 4 dan 5.

Adalah hujahan Perayu bahawa tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan oleh YA PK

adalah terlalu tidak mencukupi jika dibandingkan dengan keseluruhan fakta kes dan

kecederaan yang dialami oleh simati. Seharusnya YA PK menilai dengan teliti

keseluruhan fakta kes bagi menentukan tempoh pemenjaraan yang sesuai atau

sepadan dengan fakta dan keadaan kes ini. YA PK juga seharunya memastikan

hukuman yang dijatuhkan mampu mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan

Responden. Faktor ini telah dinyatakan di dalam kes PP v Loo Choon Fatt (1976) 2

MLJ 256 di mukasurat 257 [Tag 1], oleh Yang Arif Hakim Hashim Yeop Sani yang

bijaksana, seperti berikut:

“In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two

cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do

differ from case to case and ultimately each case has to be decided on its

own merits.”

Berdasarkan kes di atas, Perayu berhujah bahawa hukuman yang dijatuhkan

sepatutnya satu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan bagi

mencerminkan keseriusan kesalahan tersebut berdasarkan fakta kes yang diutarakan.

Responden adalah penyebab satu nyawa melayang dan tidak boleh diganti. Tindakan

Responden telah mengakibatkan si suami kehilangan isteri dan anak-anak hilang kasih

sayang. Oleh itu, hukuman yang sesuai adalah tempoh pemenjaraan yang lebih

panjang dan bukannya hanya 15 tahun penjara.

7

Page 8: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Seperti yang diputuskan di dalam kes PP v Karthiselvam a/l Vengatan (2009) 4 CLJ

632 [Tag 2], Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan

menggantikan hukuman 13 tahun penjara kepada 20 tahun penjara (penjara maksima)

bagi kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, atas alasan:

“ [2] We begin by reminding ourselves of the principles guiding a court of

appeal in a matter of this nature. The measure of sentence that should be

imposed in a given case is a matter of discretion for the sentencing court.

An appellate court should not therefore intervene unless the court below

has erred in principle, that is to say, it took into account irrelevant

considerations or failed to take into account relevant considerations or

passed a sentence that is manifestly excessive or manifestly inadequate or

not permitted by law. In short, an appellate court has no original discretion

of its own but may only act when sentencing court has gone wrong in the

sense just discussed.

[3] The complaint before us is that the High Court erred because it failed to

take into account relevant considerations. Among these were the gruesome way

in which death was caused and the fact that the respondent profited from the

crime in that he stole money from the deceased. The statement of facts

tendered by the prosecution and admitted by the accused reveal that the

accused smashed the deceased’s head with a grinding stone whilst the

latter was asleep because he was afraid that the deceased would discover

the theft.

[4] In our judgment, the sentence passed by the court below is manifestly

inadequate having regard to the foregoing facts and circumstances,

particularly the gruesome way in which death was caused and the absence

of any truly mitigating circumstances. It is also our respectful view that the

8

Page 9: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

High Court failed to have sufficient regard to the public interest when determining

the measure of sentence in this case. And it cannot be overemphasised that a

sentencing court should “strike a balance, as far as possible, between the

interests of the public and the interests of the accused.” (Public Prosecutor v. Loo

Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256, per Hashim Yeop A Sani).”

Di dalam kes ini, keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh Responden boleh dilihat

dengan merujuk kepada fakta kes (ekshibit P7) yang diakui oleh Responden.

Berdasarkan fakta kes, Responden mengaku:

i) Menekup muka si mati dengan dengan bantal semasa simati sedang membaca

surat khabar lalu mengelar leher si mati beberapa kali dengan menggunakan

pisau yang berada di tangannya.

ii) Mengunci pintu bilik tersebut untuk mengelakkan anak-anak si mati daripada

memasuki bilik tersebut.

iii) Membersihkan pisau yang di gunakan untuk mengelar leher si mati.

iv) Menanggalkan seluar si mati dan telah membawa seluar tersebut bersama-sama

dengan pisau yang di gunakan untuk mengelar leher si mati turun ke

bawah rumah melalui tingkap di bilik tersebut bagi mengelakkkan anak si mati

nampak dan melihat serta mengetahui perbuatannya.

Adalah hujahan Perayu bahawa fakta-fakta di atas sebenarnya memberi justifikasi

kepada YA PK untuk menjatuhkan hukuman penjara maksima ke atas Responden

kerana ianya dilakukan tanpa simati dapat mempertahankan dirinya. Walaupun faka

kes menunjukkan simati ada memarahai Responden sebelum kejadian dan telah

9

Page 10: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

membaling pinggan plastik ke arah Responden, ia tidak mewajarkan Responden untuk

bertindak ‘menyembelih’ simati hidup-hidup, apatah lagi di rumah simati sendiri yang

sepatutnya merupakan tempat perlindungan yang selamat untuknya.

Perayu berhujah bahawa perbuatan Responden ini seharusnya diambilkira secara teliti

oleh YA PK sebagai faktor memberatkan hukuman.

Selanjutnya di dalam laporan post mortem (ekshibit P14), telah mengesahkan yang

kematian simati adalah akibat ‘incised wounds of neck’. Di dalam laporan tersebut

menyebut keadaan-keadaan dan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati,

iaitu:

i) On the front of the neck, was a wide gapping cut throat injury measuring

approximately 11.0 cm in length. Both upper and lower edges were irregular

with presence of skin tags and notches. The upper margin showed a square skin

tag 6.0 cm from the right end measuring 4.0 x 2.0 cm. The lower margin which

was more ragged showed around 6 skin tags and notches, mainly on the left side.

In addition, there was an ellipse of skin attached to the lower edge measuring

2.5 x 2.0 cm. On the right end of the wound was 1.0 cm tailing abrasion and

on the left end showed skin notches and tailing incised wound measuring 4.0

cm long. The wound had sliced the neck muscles, thyroid cartilage, larynx,

trachea, oesophagus, paravertebral fascia, neck arteries and veins and cervical

spine.

ii) 2.0 cm to the right of the skin notch of the upper margin of the above wound (injury

no. 1) was an almost horizontal incised wound measuring 8.0 x 2.0 cm

(unopposed). About 1.0 cm behind and above it was another superficial linear

almost horizontal incised wound measuring 7.0 cm in length.

10

Page 11: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

iii) 0.5 cm above the skin notch of the upper margin of main cut throat wound (injury

no. 1) were 2 superficial incised wounds measuring 1.5 cm and 1.0 cm each.

iv) On the midline, 1 cm above the upper margin of main cut throat wound

(injury no 1) was a horizontal superficial incised wound measuring 5.0 cm in

length.

v) On the left upper chest was an abrasion measuring 1 x 0.5 cm.

vi) On the front lower chest was a horizontal abrasion measuring 3.0 x 0.5 cm.

vii) On the right costal margin, a linear oblique abrasion measuring 3.0 cm in length.

viii) On the first web space of the left palm and along the palmar crease was a

superficial incised wound measuring 2.5 x 0.5 cm. The lower edge of the wound

showed a skin notch measuring 0.5 cm long. About 3 cm towards the ulnar border

was a transverse superficial incised wound measuring 2.5 cm long.

ix) On the back of left index and middle finger were 2 superficial incised wounds

measuring 1.0 cm and 0.5 cm respectively. In addition there was incised wound on

the palmar surface and an abrasion on the back of the left thumb measuring 1.5 x 0.3

cm and 1.0 x 1.0 cm respectively.

x) On the inner left knee and lower one third of the left leg were abrasions measuring

1.0 x 0.2 cm and 1.0 x 0.5 cm respectively.

11

Page 12: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

INTERNAL EXAMINATION

Cut throat injury (injury no 1)

The wound was formed by at least 3 deep incised wounds severing the neck

structures including neck muscles, thyroid gland, thyroid cartilage, larynx, trachea,

oesophagus, prevertebral fascia, 4th and 5th cervical vertebra and neck vessels. The

main vessels of the neck namely carotid arteries and jugular veins were completely

transected on both sides. In fact, the left carotid artery had been sliced twice at two

different positions (below the bifurcation). Besides that, the thyroid cartilage was also

sliced on its lower half and on the right superior horn. The estimated depth of the cut

throat wound was around 4.5 cm .

Daripada fakta kes dan laporan post mortem, jelas menunjukkan betapa kejamnya

perbuatan Responden ini. Simati telah dikelar berkali-kali. Simati yang tidak mempunyai

sebarang senjata untuk mempertahankan sudah tentu tidak berupaya untuk melawan

perbuatan Responden yang ketika itu bersenjatakan sebilah pisau. Lebih tragis lagi

apabila hirisan/kelaran di leher simati bukan hanya satu tetapi terdapat sebanyak 3

hirisan yang dalam dan 6 hirisan di bahagian luar leher si mati.

Fakta-fakta ini telah gagal dipertimbangkan oleh YA PK di dalam hukuman yang

dijatuhkan. Oleh itu, adalah tanggungjawab Mahkamah yang mulia ini untuk

membetulkan hukuman yang dijatuhkan dengan mengenakan tempoh pemenjaraan

yang lebih panjang ke atas Responden, dengan keutamaan diberikan kepada faktor

kepentingan awam dan keseriusan kesalahan ini.

Dalam kes semasa, YA PK walaupun menyentuh bahawa prinsip kepentingan awam

mesti diberi keutamaan, tetapi tidak mencerminkannya di dalam perintah yang 12

Page 13: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

diberikan. Ini dapat dilihat apabila YA PK hanya memerintahkan supaya Responden

dipenjarakan selama tempoh 15 tahun dan bukannya menjalani tempoh pemenjaraan

untuk suatu tempoh yang lebih panjang.

Adalah menjadi undang-undang matan bahawa apabila berlaku pertembungan di antara

kepentingan awam dengan kepentingan peribadi pesalah, maka Mahkamah hendaklah

memberi keutamaan kepada kepentingan awam.

Ini jelas dinyatakan di dalam kes PP v Loo Choon Fatt (supra), di mukasurat 257 dan

258 di mana Yang Arif Hakim Hashim Yeop Sani memutuskan:

“One of the main considerations in the assessment of sentence is of

course the question of public interest On this point I need only quote a

passage from the judgment of Hilbery J. n Rex v. Kenneth John Ball as

follows:

“In deciding the appropriate sentence a court should always be

guided by certain considerations. The first and foremost is the public

interest…”

Yang Arif Hakim seterusnya di dalam kes yang sama memutuskan:

“..a convicted person will also normally bring up problems of family

hardship and the other usual problems of living.  In such a situation the

courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should

be impose so that the convicted person may not be further burdened with

additional hardship.  This in my views is a wrong approach.  The correct

approach is to strike a balance.  As far as possible, between the interests

of the public and the interest of the accused..” (penekanan kami)

13

Page 14: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Seterusnya di dalam kes PP v Teh Ah Cheng [1976] 2 MLJ 186 di mukasurat 187

[Tag 3], Yang Arif Hakim Eusoffe Abdool Cader memutuskan bahawa:

In sentencing generally the public interest must necessarily be one of the

prime considerations, and more particularly in offence involving the unlawful

use or possession of firearms, the public interest should never be relegated to

the background and must of necessity assume the foremost importance.

Yang Arif Hakim seterusnya memutuskan di dalam kes yang sama bahawa:

“...The respondent stated in mitigation through Counsel representing him before

sentence was passed that he appreciated the seriousness of the charges but that

he was misled by his friend who took advantage of his ignorance and simplicity

and handed the pistol and ammunition to him and then ran away from the scene.

I would have thought that his self-confessed simplicity lies more in the

hollow and tenuous nature of the excuse he advanced which seems to me

to be indeed unsurpassed in incredibility except perhaps by that of the

pickpocket caught in flagrante delicto who sought to explain that he was

looking for a box of matches, but when pressed as to why he could not ask

for matches said that his mother had taught him never to speak to

strangers.... (penekanan kami)

“...The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact that

he is employed and supports an aged mother and step-brothers. He should

of course have thought of this before committing the offences and not

after; he is in fact pleading hardship arising from the consequences of his

14

Page 15: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

own acts and I would reiterate what I had occasion previously to observe in

another case that an offender should not expect to excite or harness any

sympathy on an ipse dixit by taking the stance of the impetuous youth who

killed his parents with an axe and then pleaded in mitigation that he was an

orphan...” (penekanan kami)

Yang Arif-Yang Arif,

Kes ini memerlukan satu hukuman yang lebih serius dikenakan ke atas Responden.

Responden yang merupakan orang gaji kepada simati, tinggal dengan simati dan

keluarga simati telah tergamak untuk membunuh simati hanya kerana tercetusnya satu

pertengkaran di antara mereka. Responden bukan terus bertindak menyerang simati

ketika simati memarahinya tetapi telah mengambil masa untuk simati naik ke dalam

biliknya dan ketika simati sedang membaca surat khabar, Responden telah menekup

muka simati dan terus mengelarnya.

Perbuatan Responden ini sangat kejam. Perayu berhujah bahawa dengan hukuman

yang maksima sahaja yang sesuai dikenakan ke atas Responden akibat perbuatannya

secara khususnya, dan juga sebagai pengajaran kepada orang ramai secara amnya.

Seperti yang diputuskan di dalam kes PP v Kanadasan Sankaran & Anor (2010) 1

CLJ 596 di mukasurat 606, [Tag 4], yang menyatakan:

“[40] Clearly the respondents have intended to cause the death of the

deceased. The deceased was sleeping; he was unable to defend himself. Being

only 19 years old at the time of the commission of the offence, the deceased was

at the prime of his life. At his own home where he was supposed to be safe,

his life was taken away. It was savage and barbarous. We are of the view

15

Page 16: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

that the learned Judicial Commissioner failed to give due consideration

and failed to sufficiently appreciate these facts before sentencing the

respondents. We feel that this is an occasion when the Court of Appeal is

compelled to intervene when a sentence of only ten years was imposed.

Society must be protected from these rancorous men. They have total

disregard for the precious human life. We note further that there are an

increasing number of serious bodily crimes being committed. All one need

to do is to flip through the pages of the local tabloid one could read about

the crimes committed to the young and old, to the innocent and otherwise.

P ublic interest requires our intervention (penekanan kami)

[41] In the case of Public Prosecutor v. Gunasekaran Arjunan & Anor [2006] 3

CLJ 1003, the Court gave due weight to the circumstances in which death was

caused as seen at p. 1007:

The facts of the case clearly show that both the accused intended to cause the

death of the deceased, Balu a/l Subramaniam. The deceased was helpless and

was not able to put up any defence to the vicious repeated stabs with the knife,

exh. P7, by the second accused. The deceased could not even run for his life

because he was firmly restrained by the first accused ...

... The facts show that there was no provocation or retaliation from the deceased

right from the time the first and second accused had met up with the deceased at

a foot outlet for drinks and till the time the second accused lured the deceased on

his motorcycle, together with the first accused, to a deserted spot of undergrowth

near a electronic factory (Kilang SONY) at Jalan Tanjung Bandar Utama,

Damansara, Petaling Jaya.

Here a sentence of 20 years was imposed.

16

Page 17: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Berdasarkan hujahan di atas, Perayu menghujahkan bahawa berlaku kekhilafan ke atas

tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan oleh YA PK ke atas Perayu, dan hukuman

yang sepatutnya dijatuhkan adalah hukuman maksima. Ini amat wajar kerana ianya

mampu merealisasikan niat Legislature yang meningkatkan hukuman 20 tahun penjara

kepada 30 tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

2. Petisyen No. 2.

Hujahan Perayu seterusnya adalah YA PK telah khilaf apabila terlalu menitikberatkan

faktor mitigasi Responden iaitu Responden telah mengaku bersalah dan dengan itu

telah menjimatkan masa semua pihak, sedangkan adalah undang-undang matan

bahawa kepentingan awam seharusnya mengatasi faktor pengakuan bersalah ini.

Perayu mohon untuk merujuk kepada kes Kesavan Baskaran v PP (2008) 6 CLJ 390

di mukasurat 397 [Tag 5], di manaYang Arif Hakim Gopal Sri Ram memutuskan:

“[10] Having regard to the way which the crime was planned and the most

cruel and brutal fashion it was executed the appellant’s plea of guilt in our

judgment ought to be given no weight. In short, on the peculiar facts of this

case it does not operate as a mitigating factor”

Di dalam kes yang sama, diputuskan selanjutnya:

“[13] …..In our judgment the sentence of 14 years imposed by the High

Court on the appellant is grossly inadequate having regard to the brutal

17

Page 18: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

way in which he committed the offence. In all the circumstances of the case

we consider a term of 18 years imprisonment to be appropriate.”

Di dalam kes PP v Kanadasan Sankaran & Anor (supra) di mukasurat 187 [Tag 6],

diputuskan bahawa:

“[42] Whether 'discount' is an automatic rule when the respondents plead guilty

In Bachik Abdul Rahman v. Public Prosecutor [2004] 2 CLJ 572 at pp. 583-

585 Augustine Paul JCA (as his Lordship then was), delivering the

judgment of the court said:

One of the principles in sentencing is that a convicted person should be

given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the

sentence would otherwise have been imposed is normally given. This,

however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its

discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the

existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of

the guilty plea; so may the demands of public interest for a deterrent

sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating

factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a

lesser punishment. (emphasis added)

[43] With respect, we thoroughly agree with the sentiments expressed above. In

this instant case, the severance of part of the face of the deceased cannot be

anything but gruesome and abominable.

[44] The learned Judicial Commissioner said in his judgment that the guilty plea

and it being the first offence for both the respondents were the only mitigating

factors in their favour and that the plea of mitigation failed to show any

18

Page 19: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

extenuating circumstances other than their family background, jobs and

education. His Lordship at p. 117 of the appeal record said:

Berdasarkan factor-faktor di atas, dan mengambil kira 1/3 diskaun kepada trend

hukuman lalu iaitu 10 hingga 15 tahun penjara untuk kes kes sebegini, saya

dengan ini mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun ke

atas setiap seorang Tertuduh berkuatkuasa dari tarikh tangkap.

[45] It seems to us tha t the learned Judicial Commissioner may be of the

erroneous pedantic view that there is this automatic rule that an offender will be

given 1/3 discount upon pleading guilty. We do not think so. Courts must give

due consideration to the facts of each particular case before sentencing.

(penekanan kami) The relevant peculiar fact of this case is that the deceased

was attacked while he was sleeping. He was not even aware of what was

happening to him. The attack was nothing less than premeditated with no

element of provocation on the night of the incident.

[46] No one who has killed an innocent person can expect upon conviction to be

dealt with other than with utmost severity. Unless there are mitigating

circumstances, they can expect to be sentenced or punished with the severest

allowed by law.

[47] While on this subject of "guilty plea", we would like to associate ourselves to

what was said by the learned judge in PP v. Gunasekaran Arjunan & Anor

(supra) at p. 1007. We will quote the relevant text in extenso:

A plea of guilty does not automatically take away the discretion of any court to

impose the maximum sentence provided for the said offence under the law.

Accused and counsel should not delude themselves into thinking that a plea of

19

Page 20: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

guilty entitles an offender, a legal right to a sentence lesser than the maximum.

Public interest is paramount and violent crimes affecting the human body

resulting in death committed with a degree of premeditation, without any cause

by the deceased to have such a fate fall upon him, must be met with the severest

punishment provided by the law.

The Courts of Justice are not market places. The word 'discount', in relation to

sentences, upon a plea of guilty, should not be used indiscriminately; as it gives

the impression that the accused can 'bargain' over his sentence, as one bargains

over a price at a market place. The threat of inconvenience to the court by a

prolonged trial and expense, in the event the court does not accede to pass a

particular sentence or a lesser sentence than the maximum, upon a plea of

guilty, should never prevail. The appropriate sentence in every case, whether the

accused had pleaded guilty or otherwise, must be determined entirely on the

peculiar facts of the case, after taking into consideration public interest, as

paramount, at all times, bearing in mind current needs and demands of State,

society, and individuals for realistic punishment and rehabilitation of offenders

who have no respect for the law or human life.

Yang Arif-Yang Arif,

Adalah hujahan Perayu bahawa Responden tidak layak diberi sebarang diskaun

walaupun telah mengaku bersalah kepada pertuduhan pindaan. Ini adalah berdasarkan

fakta dan keadaan kes, terutamanya cara simati meninggal dunia. YA PK seharusnya

memberi pertimbangan tidak dipengaruhi oleh mitigasi Responden di dalam membuat

keputusan berhubung tempoh pemenjaraan yang sepatutnya diberikan.

Ini adalah selaras, seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v

Karthiselvam a/l Vengatan (supra) bahawa:

20

Page 21: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

“The sentence passed by the learned judge was manifestly inadequate having

regard to the facts and circumstances of the case, particularly the gruesome way

in which the death of the deceased was caused by the respondent and the

absence of any truly mitigating circumstances. The learned judge failed to have

sufficient regard to public interest when determining the measure of sentence

imposed. A sentencing court should strike a balance between the interests of the

public and the interests of the accused. Further, the fact that the respondent

pleaded guilty appeared to have influenced the learned judge in imposing

the sentence. A plea of guilt should not be taken to automatically entitle an

accused to a reduction in sentence. The evidence from the facts of the case

overwhelmingly supported the conviction of the respondent.

Perayu berhujah bahawa di dalam kes ini, faktor pengakuan bersalah tidak seharusnya

diberi pertimbangan secara keterlaluan oleh YA PK. Ini kerana keseriusan kesalahan

yang dilakukan Responden tidak melayakkannya untuk menerima diskaun tersebut.

Berdasarkan hujahan di atas, Perayu menghujahkan sekali lagi bahawa berlaku

kekhilafan ke atas tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan oleh YA PK ke atas

Perayu, dan hukuman yang sepatutnya dijatuhkan adalah hukuman maksima.

3. Petisyen No. 3.

Di dalam kes semasa, YA PK telah mengambilkira keadaan peribadi Responden

sedangkan tiada terdapatnya bukti bahawa Responden mengalami kebuntuan fikiran

dan ‘depression’.

21

Page 22: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Melihat kepada ekshibit D2 di mukasurat 92 Rekod Rayuan, Responden dilaporkan

dimasukkan ke Hospital Bahagian Ulu Kinta pada 24 November 2009 setelah dirujuk

oleh Mahkamah di bawah seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Rujukan ini dibuat

selepas 2 tahun Responden ditahan reman bagi kes ini.

Selanjutnya di mukasurat 96, kesimpulan yang dibuat oleh doktor yang merawat

Responden adalah Responden berada di dalam keadaan yang waras semasa kejadian.

Yang Arif-Yang Arif,

Ekshibit D2 dibuat bertujuan menunjukkan status/keadaan kesihatan (kewarasan) akal

Responden, samada dia layak untuk dihadapkan ke Mahkamah. Dengan melihat

kepada ekshbit D2 ini, jelas menunjukkan yang Responden layak untuk dihadapkan ke

Mahkamah dan juga waras ketika melakukan kejadian tersebut.

Oleh itu, sebenarnya tiada bukti menunjukkan yang Responden mengalami kebuntuan

fikiran dan ‘depression’ semasa melakukan kejadian yang boleh dijadikan asas kepada

YA PK untuk membuat keputusan menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas

Responden.

E. Apakah Tempoh Pemenjaraaan Yang Sesuai?

Di dalam melihat apakah tempoh pemenjaraan yang sesuai diberikan kepada

Responden, pihak pendakwaan mohon untuk merujuk kepada kes PP v Kanadasan

Sankaran & Anor (supra), di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:

22

Page 23: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Trend Of Sentencing

[48] It would appear to us that the trend of sentencing for offences of

almost similar nature varies from 12 years to 20 years. In Vinaga Moorthy

Gopal v. PP [2003] 1 CLJ 758, the appellant was charged, convicted and

sentenced for an offence under s. 304 of the Penal Code and was sentenced to

12 years imprisonment. The appellant appealed against sentence alleging that it

was manifestly excessive. The appeal was dismissed. In PP lwn. Ooi Kwang Lai

[2000] 6 MLJ 622 the accused was charged under s. 304(a) of the Penal Code

and had pleaded guilty. He was sentenced to 15 years imprisonment. In PP v.

Gunasekaran Arjunan & Anor [2006] 3 CLJ 1003, the first and second accused

were originally charged for the offence of murder under s. 302 Penal Code read

together with s. 34 of the said Code, in causing the death of one Balu a/l

Subramaniam. Both the accused claimed trial to the said charge. Not dissimilar

to this instant case, the prosecution tendered an alterntive charge under s.

304(a) Penal Code and both the accused pleaded guilty to the said charge. Both

accused were convicted and sentenced to 20 years’ imprisonment.

[49] There are not many cases where Courts have allowed an appeal by

the Public Prosecutor against the inadequacy of the sentence imposed on

the accused person. Given the circumstances of this case, it is our

unanimous view that the Court of Appeal is compelled to intervene.

[50] For the reasons already given, we allow the appeal and set aside the

sentence of ten years imprisonment handed down by the learned Judicial

Commissioner and in place substitute it with a sentence of 17 years from

the dates of their respective arrests of the two respondents.

23

Page 24: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Mahkamah di dalam kes di atas telah menggantikan hukuman 10 tahun penjara kepada

17 tahun penjara kerana mendapati tertuduh jelas mempunyai niat untuk menyebabkan

kematian mangsa kerana semasa kejadian, mangsa sedang tidur.

Di dalam kes Kesavan Baskaran v PP (supra), Mahkamah Rayuan telah

menggantikan hukuman 14 tahun penjara kepada 18 tahun penjara atas alasan

hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah ringan jika dibandingkan

dengan kekejaman yang dilakukan oleh Tertuduh.

Berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, adalah hujahan Perayu bahawa kes ini

menuntut hukuman penjara yang lebih tinggi kerana ianya berlaku dengan cara

terancang dan tanpa belas kasihan. Oleh itu wajar Mahkamah Rayuan ini mengganggu

keputusan yang telah dibuat oleh YA PK.

F. Kesimpulan

Sesungguhnya keadilan yang hakiki menuntut kepentingan awam diutamakan kerana ia

adalah untuk Negara keseluruhannya dan bukan sahaja kepada seorang insan. Dalam

hal ini kepentingan awam akan terlaksana jika Responden diberi hukuman yang

maksimum dan seterusnya akan tercermin kepada semua bakal pesalah agar ini dapat

menjadi pengajaran kepada mereka semua.

Adalah hujahan Perayu berdasarkan kes-kes yang diputuskan di atas, bahawa

hukuman yang dijatuhkan oleh YA PK adalah tidak mencukupi. Oleh itu Perayu mohon

untuk keputusan YA PK ini diketepikan dan digantikan dengan perintah menambahkan

hukuman seperti peruntukan seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Sekian, terima kasih.

24

Page 25: S 304 (a) KK Indah Wijayanti

Bertarikh 18 Mei 2011

………………………………………..SAMIHAH BINTI RHAZALITimbalan Pendakwa Raya

Bahagian Perbicaraan Dan RayuanJabatan Peguam Negara Malaysia

Alamat penyampaian Perayu ialah: Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara,

Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan, Aras 5, No. 45, Blok 4G7, Persiaran Perdana,

Presint 4, 62100 PUTRAJAYA.

25