S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan...
Transcript of S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan...
1
S I S T E M I N S U R AN S P E K E R J A ANJ a n u a r i 2 0 1 8
KANDUNGAN2
FAQ ASAS (DASAR)SISTEM INSURANS PEKERJAAN
3
4
1. Bilakah tarikh sebenar SIP akan
dikuatkuasakan?
SIP telah diwartakan tarikh
kuatkuasanya pada 1 Januari 2018.
Semua pekerja swasta wajib
mencarum kepada SIP mulai tarikh
kuatkuasa.
2. Apakah definisi seorang pekerja danmajikan?
“pekerja” ertinya seseorang yang diambilbekerja dengan bergaji di bawah suatu kontrakperkhidmatan atau perantisan dengan seorangmajikan, sama ada kontrak itu nyata atautersirat atau secara lisan atau bertulis,mengenai atau berkaitan dengan kerja sesuatuperusahaan yang baginya Akta ini terpakai.
“majikan” ertinya pemilik sesuatu perusahaanatau orang yang dengannya seseorangpekerja telah membuat suatu kontrakperkhidmatan atau perantisan dantermasuklah:
a) seorang pengurus, ejen atau orang yangbertanggungjawab bagi pembayaran gajikepada pekerja itu; dan
b) wakil di sisi undang-undang bagi pemilikperusahaan atau orang itu.
5
3. Apakah insurans sosial dan perbezaan
dengan insurans komersial?
SIP adalah insurans sosial yang
berasaskan konsep solidarity fund,
Pooling of Resources, Sharing of
Risks dengan pendekatan 'defined
benefit' yang bertindak sebagai jaringan
keselamatan sosial (social safety net).
Konsep SIP mementingkan kebajikan
pencarum dan tidak mempunyai elemen
keuntungan kepada organisasi. Insurans
sosial mempunyai nilai tambah bagi
memberi faedah secara maksimum
kepada pencarum.
Insurans komersial pula adalah
berkonsepkan orientasi perniagaan
dengan keutamaan kepada keuntungan
maksimum kepada pihak konsesi.
Insurans komersial kebiasaannya tidak
mempunyai kelebihan dari segi skala
ekonomi yang besar dan manfaat lebih
menjurus kepada mereka yang
berkemampuan berbanding dengan
insurans sosial.
6
4. Bolehkah pekerja yang telah lamamencarum tetapi tidak pernah membuattuntutan dan mendapatkan balik carumanbeliau?
Berdasarkan konsep solidarity fund,pooling of resources and sharing ofrisks, setiap tuntutan faedah SIPmemerlukan sekurang-kurangnya 38hingga 146 caruman daripada pencarumlain untuk membiayai tuntutan tersebut.
Sekiranya cadangan ini dipertimbangkan,semua pencarum yang tidak pernahmembuat tuntutan akan memintacaruman mereka dikembalikan.
Bila ini berlaku, konsep solidarity fundtidak lagi boleh dipakai dan sebaliknyaakan menjadi savings model sepertiKWSP.
Ini bermakna, pencarum yang kehilanganpekerjaan hanya layak dibayar faedahmengikut carumannya sendiri iaituserendah RM1.90 x 12 atau x 24 atauRM7.90 x 12 atau x 24 iaitu antaraRM22.80 hingga RM189.60. Berbandingfaedah di bawah SIP antara RM2,515hingga RM14,265.
Ini adalah model SIP yang selaludicadangkan oleh pihak MEF. Jikamencarum seumur hidup pun tidakakan berjaya menyamai faedahkewangan SIP dan ini belum termasukbantuan carian kerja dan latihan.
7
5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja
yang diberhentikan?
Statistik pemberhentian untuk 3 tahun
kebelakangan ini ialah 44,343 (2015),
37,699 (2016) dan 26,638 (sehingga
Ogos 2017). Walau bagaimanapun,
angka sebenar adalah jauh lebih tinggi
kerana 74% daripada majikan di
negara ini adalah dalam kategori
perusahaan mikro yang menggaji 5
pekerja dan kurang yang tidak diwajibkan
melapor pemberhentian kepada JTK.
Berdasarkan kajian oleh ILO pada 2010
hingga 2012, jumlah pekerja yang
kehilangan pekerjaan dan berpotensi
untuk menuntut faedah di bawah SIP
dianggarkan antara 137,000 hingga
215,000 setiap tahun.
Dalam kegawatan ekonomi tahun
1997/1998, bilangan pekerja tempatan
yang diberhentikan adalah 121,222.
Manakala 2007/2009, seramai 154,000
pekerja tempatan diberhentikan semasa
krisis subprima USA.
8
6. Mengapakah liputan SIP mandatori
bukannya pilihan?
Setiap pekerja perlu dilindungi daripada
pelbagai ketidaktentuan dan risiko yang
boleh berlaku disebabkan peralihan
ekonomi dan ketidakpadanan
permintaan dan penawaran kerja.
Kehilangan pekerjaan boleh terjadi
kepada sesiapa sahaja.
Kebanyakan negara melaksanakan SIP
secara mandatori kecuali sesetengah
negara yang memperluaskan liputannya
kepada ketegori pekerja tertentu seperti
golongan yang bekerja sendiri atau
pekerja asing. (e.g. Denmark
memperkenalkan skim insurans
sukarela namun liputan melebihi 80%
populasi yang bekerja)
9
7. Bolehkan faedah SIP dibayar bagi tempoh
yang lebih panjang dan kadar
penggantian yang lebih tinggi?
Berdasarkan pengesyoran oleh pakar
runding ILO, sebagai permulaan Faedah
SIP dihadkan kepada tahap minimum
iaitu tidak lebih daripada 6 bulan,
manakala kadar penggantian pendapatan
pula tidak kurang daripada 45% (purata).
Sekiranya dana SIP berkembang dan
mantap, pelbagai penambahbaikkan
boleh dibuat untuk faedah pencarum
(majikan dan pekerja) seperti berikut:
kadar penggantian pendapatan yang
lebih tinggi
tempoh faedah lebih daripada 6 bulan
terutamanya kepada pekerja yang
berusia
bantuan mobiliti yang lebih
komprehensif seperti bantuan
perpindahan, sewa rumah sementara,
bantuan persekolahan dan
sebagainya
bayaran materniti untuk tempoh 3
bulan atau lebih
subsidi gaji untuk menggalakan
majikan menggaji penganggur yang
berusia, atau pekerja baharu yang
tiada pengalaman kerja.
10
8. Adakah kerajaan menjangkakan banyak
syarikat akan menghadapi masalah
penutupan akibat masalah ekonomi
sehingga wujudnya idea untuk
melaksanakan SIP?
SIP bertindak sebagai automatic
economic stabilizer semasa kegawatan
dan peralihan ekonomi kerana disokong
oleh income security measures dan
dasar pasaran buruh aktif (ALMP).
Kadar caruman 0.4% iaitu (0.2% majikan
dan 0.2% pekerja) adalah kadar yang
terendah di dunia berbanding dengan
kadar purata dunia antara 1.5% dan 3%.
Kadar caruman 0.4% dapat menjana
RM479.5 juta setahun. Berdasarkan
unjuran pemberhentian dan tuntutan
bantuan kewangan SIP, dana SIP hanya
dapat bertahan selama 2 tahun 9 bulan.
Sebagai perbandingan purata kadar
caruman yang mampan (sustainable) di
kebanyakkan negara di dunia adalah 3%
seperti jadual berikut:
11
Bil. Negara Pekerja (%) Majikan (%) Kerajaan (%) Total
1 Malaysia 0.2 0.2 Tidak mencarum 0.4
2 Argentina Tidak mencarum 0.89 – 1.50 Tidak mencarum 1.5
3 Bahrain 1 1 1 3
4 Canada 1.83 2.56 Tidak mencarum 4.39
5 Chile 0.6 (Savings)1.6 (Savings)
7.9 10.90.8 (Insurance)
7 China 1 2 Caruman ad-hoc 3
8 France 2.4 4 Tidak mencarum 6.4
9 Germany 1.5 1.5 Tidak mencarum 3
10 Japan 0.60.6 + 0.35 (Two
Services)
25% daripada
keseluruhan kos1.55
11 South Korea 0.650.65 +
Tidak mencarum 2.150.25-0.85*
13 Thailand 0.5 0.5 0.25 1.25
14 United States Tidak mencarum 3.2 Tidak mencarum 3.2
15 Viet Nam 1 1 1 3
Purata 3.61
Median 3.00
FAQ LIPUTANSISTEM INSURANS PEKERJAAN
12
13
1. Siapakan yang diliputi di bawah SIP?
SIP meliputi semua majikan danpekerja yang mencarum di bawah Akta4 dan berumur di antara 18 tahunsehingga 60 tahun sahaja, kecuali:
Pekerja yang berumur kurangdari 18 tahun pada 1 Januari2018;
Pekerja telah berumur 57pertama kali mencarum dalamSIP;
Kakitangan awam, BadanBerkanun, PBT;
Self-employed;
Domestic workers; dan
Sole proprietor atau majikan yangtidak menggaji pekerja
Mereka yang lain seperti di JadualPertama Akta SIP 2017
2. Mengenai kelayakan SIP, pada slide liputan
dan kadar caruman menyatakan salah
satu pengecualian kelayakan adalah
bersara wajib, bagaimana pula sekiranya
kakitangan tersebut bersara
optional/pilihan pada usia 55 tahun yang
dibenarkan dalam Skim Perkhidmatan
Syarikat? Adakah mereka layak
memohon SIP?
Salah satu syarat kelayakan SIP adalah
aktif mencari pekerjaan (actively seeking
work).
Mana-mana pekerja yang telah bersara
tidak layak menuntut faedah SIP.
14
3. Adakah SIP meliputi pekerja asing? Jikatidak, mengapa?
SIP tidak meliputi pekerja asingsebagaimana dasar sedia ada dibawah Akta 4. Melalui fasal 83 AktaSIP, Menteri akan membuat perintahbagi mengecualikan pekerja asing.
Pekerja asing tidak diliputi keranamereka diambil bekerja untuk tempohtertentu sahaja iaitu kontrak bertempohtetap. Penamatan suatu kontrakbertempoh tetap tidak dianggapsebagai kehilangan pekerjaan dalamAkta SIP ini.
Walau bagaimanapun, sekiranyamajikan memberhentikan pekerjatempatan dan menggantikan denganpekerja asing, Kerajaan mungkin akanmewajibkan pekerja asing turutmencarum dalam dana SIP.
4. Adakah SIP melindungi mereka yang
bekerja sendiri?
Jawapannya tidak, SIP hanya terpakai
kepada pekerja yang bekerja dengan
majikan.
Kehilangan pekerjaan bagi pekerja
bekerja sendiri sukar untuk disahkan
atau tidak dapat ditentukan kerana tiada
pihak yang boleh menentusahkan
berlakunya pemberhentiaan kerja.
15
5. Adakah pekerja fixed term contract layak
menuntut faedah SIP?
Jika pekerja tersebut kehilangan
pekerjaannya semasa dalam tempoh
kontrak perkhidmatan, pekerja tersebut
layak menerima faedah SIP.
Pekerja tersebut tidak layak menerima
faedah SIP sekiranya tempoh kontrak
perkhidmatan telah tamat.
Walau bagaimanapun, bilangan
caruman (loading factor) yang dibayar
oleh pekerja tersebut tidak terjejas dan
masih diambil kira.
6. Adakah pelajar internship perlu mencarum
SIP?
Pelajar yang menjalani internship
termasuk pelatih program SL1M tidak
perlu mencarum di bawah Akta SIP.
Walau bagaimanapun, pelatih perantisan
(apprenticeship) adalah perlu mencarum
di bawah Akta 4 dan SIP.
16
7. Adakah pekerja yang diberhentikan
pekerjaan semasa dalam tempoh
percubaan (probation) layak untuk
faedah SIP?
Pekerja yang masih di dalam tempoh
percubaan (probation) dan
diberhentikan sebelum tamat tempoh
percubaannya boleh memohon SIP
tertakluk kepada syarat kelayakan
Pekerja Kontrak yang diberhentikan
sebelum tamat tempoh kontrak adalah
layak memohon tertakluk kepada
syarat kelayakan mereka kecuali
mereka yang diberhentikan di bawah
tafsiran Seksyen 30 Akta SIP
8. Adakah pencarum yang muflis layak
menuntut faedah SIP?
Pencarum yang diisytiharkan muflis boleh
memohon faedah SIP tertakluk kepada
syarat kelayakan.
17
9. Adakah pengarah syarikat (company
director) perlu mencarum?
Pengarah syarikat yang menerima gaji
secara bulanan (remuneration) wajib
mencarum di bawah Akta 4 dan SIP.
Manakala, pengarah syarikat yang
menerima elaun (fee) tidak diwajibkan
untuk mencarum.
Bagi pekongsi yang dilantik sebagai
pengarah urusan di bawah Perkongsian
Liabiliti Terhad (PLT - Limited Liability
Partnership) perlu mencarum di bawah
Akta 4 dan SIP.
FAQ OPERASI (MAJIKAN)SISTEM INSURANS PEKERJAAN
18
19
1. Bagaimanakah majikan membayarcaruman SIP?
Terdapat 2 kaedah pembayarancaruman:
1. Bagi pengguna yang telah mempunyaiID Portal ASSIST, sila layarihttps://sip.perkeso.gov.my/eisc/rcc
Sila ke Pejabat PERKESOberdekatan dengan membawa :
cek, kiriman wang atau wang pos;dan
Cetakan EIS ContributionReceived (ECR)
2. Untuk membuat bayaran caruman SIPsecara manual, sila muat turunLampiran 1 di laman webhttps://www.perkeso.gov.my/sip/tatacara.php
Emailkan Lampiran 1 ke
[email protected] maklumat seperti berikut:
Contoh : [Caruman SIP]: (KodMajikan) A38000012061 – (BulanCaruman) 02/2018
Sila ke Pejabat PERKESO berdekatandengan membawa :
cek, kiriman wang atau wang pos; dan
cetakan bukti penghantaran emailke [email protected]
Slip Akuan Terimaan Bayaran CarumanSIP akan diberi kepada majikan olehPERKESO.
Pembayaran melalui Electronic FundTransfer (EFT), perbankan internet atauFPX tidak dibenarkan buat sementarawaktu.
20
2. Saya telah berdaftar dengan PERKESO
sebelum ini (di bawah Akta 4), adakah
saya perlu berdaftar lagi?
Majikan yang telah berdaftar dengan
Akta 4 dan menggunakan Portal
ASSIST PERKESO untuk membayar
caruman tidak perlu mengemukakan
Borang SIP 1/1A dan Borang 2/2A
secara manual kepada PERKESO.
3. Adakah terdapat jadual caruman SIP yang
membolehkan majikan buat rujukan?
Rujuk Jadual Kedua Akta SIP 2017
http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/
pdf/2017/DR/D.R.%2039_2017%20-
%20bm.pdf
Rujuk juga microsite SIP
www.perkeso.gov.my/sip
21
5. Jika pihak syarikat membayar kenaikan
gaji pada bulan Mac 2018 manakala
pemotongan SIP pada bulan Jan 2018 dan
Feb 2018 mengikut kadar gaji lama,
perlukah pihak syarikat ‘backpay’ shortfall
pemotongan SIP pada PERKESO?
Segala pembayaran caruman oleh
setiap pekerja adalah berdasarkan gaji
yang dibayar pada bulan tersebut.
4. Saya sudah mendaftar di e-portal untuk
website Perkeso. Adakah SIP juga
menggunakan platform sama? Adakah ia
akan mempunyai 2 kod majikan yang
berbeza?
Platform penyerahan maklumat
caruman dan pendaftaran SIP dan Akta
4 akan disekalikan di dalam portal
ASSIST dengan menggunakan kod
majikan yang sama.
22
6. Apakah penalti yang dikenakan ke atas
majikan ingkar?
Majikan yang melakukan kesalahan
tidak mendaftar perusahaan dan
pekerjanya akan disabit bertanggungan
dengan denda tidak melebihi RM10,000
atau penjara untuk tempoh tidak
melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Majikan juga dikehendaki membayar
tunggakan caruman dan apa-apa
bayaran lain seperti faedah caruman
lewat bayar (FCLB) sebanyak 6% bagi
tiap-tiap satu hari caruman lewat atau
tidak dibayar atau minimum RM5 yang
terbit daripada tidak membayar
caruman.
7. Kenapa PERKESO perlu melantik ejen
pemungut bagi maksud mendapatkan
balik apa-apa hutang yang kena dibayar
kepada PERKESO?
Amalan melantik ejen pemungut
adalah perlu bagi memungut sebarang
hutang seperti caruman tertunggak
dan Faedah Caruman Lewat Bayar
(FCLB) yang kena dibayar kepada
Pertubuhan
Tindakan sedemikian diperlukan bagi
memastikan pendapatan tertunggak
dikutip bagi tujuan kemampanan dana
SIP
23
8. Apakah jenis-jenis pendapatan yang perludiambil kira untuk caruman ini?Bagaimakah kiraannya?
Definisi gaji adalah sama seperti Akta 4iaitu gaji kasar.
Merujuk kepada Akta SIP 2017 adalahberikut:
“gaji” ertinya semua saraan yang kenadibayar dengan wang oleh seorangmajikan kepada seorang pekerjatermasuklah apa-apa bayaranberkenaan dengan cuti, harikelepasan, lebih masa dan kerjatambahan pada hari kelepasan tetapitidak termasuk—
(a) apa-apa caruman yang kenadibayar oleh majikan itu kepadamana-mana kumpulan wang pencen,kumpulan wang keselamatan sosialatau kumpulan wang simpanan;
(b) apa-apa elaun perjalanan atau nilaiapa-apa konsesi perjalanan;
(c) apa-apa jumlah wang yang dibayarkepada pekerja itu bagi membayarbelanja khas yang dilakukan hasildaripada pekerjaannya;
(d) apa-apa ganjaran yang kenadibayar apabila berhenti bekerja ataubersara;
(e) apa-apa bonus tahunan;
(f) apa-apa faedah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lainyang ditadbir oleh Pertubuhan; dan
(g) apa-apa saraan lain sebagaimanayang ditetapkan;
24
9. Berapakah kos SIP kepada majikan
terutama SME dan Micro enterprises?
Daripada 662,939 majikan, 74% adalah
terdiri daripada majikan mikro (micro
enterprises) yang menggaji 5 pekerja
dan ke bawah. Jika purata gaji pekerja
adalah RM1,000 seorang, kos caruman
majikan adalah RM1.90 seorang
sebulan. Jika 5 pekerja, kos caruman
SIP adalah RM9.50 sebulan (RM1.90 x 5
orang) atau RM114 setahun (RM1.90 x
12 bulan x 5 orang).
Adakah caruman sebanyak RM9.50
sebulan bagi 74% majikan di negara ini
membebankan?
FAQ LOE/ KELAYAKAN CARUMANSISTEM INSURANS PEKERJAAN
25
26
1. Adakah pekerja yang diberhentikan boleh
mendapat faedah SIP sebelum tempoh
matang caruman pada 1 Januari 2019?
Antara syarat kelayakan untuk menerima
faedah SIP ialah
kehilangan pekerjaan yang telah
disahkan;
mempunyai caruman sekurang-kurang 12
bulan dalam tempoh 24 bulan bagi
tuntutan pertama;
pemberian bantuan kewangan juga
bergantung kepada sama ada pencarum
berkenaan bersedia untuk kembali
semula bekerja (able to work, available to
work and actively seeking work); dan
bersedia mengikuti apa-apa program
penempatan pekerjaan.
Pekerja yang kehilangan pekerjaan perlu
memenuhi kesemua syarat kelayakan di
atas untuk terus menerima bantuan
kewangan SIP untuk tempoh dari 3
hingga 6 bulan.
27
2. Majikan saya tidak membayar gaji saya
dan rakan-rakan sejak beberapa bulan
yang lepas disebabkan oleh masalah
kewangan syarikat. Bilakah saya layak
untuk menuntut faedah SIP? Ini adalah
kerana, sekiranya saya meletak jawatan
atau menerima kerja di syarikat lain, saya
bimbang majikan tidak akan membayar
gaji tertunggak dan saya juga akan hilang
pampasan renti-kerja.
Sila rujuk Sub Fasal 30 (2) (b) RUU SIP.
Kes majikan gagal membayar gaji boleh
dianggap sebagai constructive dismissal
atau wilful breach (kemungkiran) terma
dan syarat kontrak perkhidmatan
dengan sengaja oleh majikan.
Dalam konteks ini, pekerja yang tidak
dibayar gaji walaupun pada bulan
pertama dan letak jawatan pada bulan
berikutnya berhak untuk
dipertimbangkan menerima faedah SIP.
Walau bagaimanapun, kes seperti ini
akan akan diperhalusi dan dirujuk kepada
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau JPP
kerana majikan masih bertanggungan
untuk membayar gaji tertunggak dan
bayaran pampasan renti kerja yang
berkaitan. Isu yang berkaitan ialah sama
ada pekerja berkenaan menganggap
dirinya telah ‘kehilangan pekerjaan’.
28
3. Saya bekerja dengan syarikat
outsourcing pembersihan bangunan di
mana syarikat menpunyai kontrak
dengan pemilik bangunan dalam tempoh
dua tahun. Setelah bekerja 10 bulan, kami
diberhentikan tanpa alasan yang
munasabah dan majikan sebaliknya
mengambil pekerja asing. Adakah kami
layak menuntut faedah SIP? Jika tidak,
apakah hak kami sebagai buruh?
Pekerja tidak layak menuntut faedah SIP
kerana caruman tidak memenuhi syarat
minimum iaitu 12 bulan (termasuk bulan
diberhentikan)
Dari segi Akta Kerja 1955, pekerja juga
tidak layak apa-apa pampasan
penamatan kerja kerana bekerja kurang
dari dua tahun.
Walau bagaimanapun, majikan telah
melakukan kesalahan kerana
mengutamakan penggajian pekerja asing
berbanding pekerja tempatan.
Sekiranya pekerja bekerja dengan
majikan lain, caruman terdahulu (10
bulan) akan diambil kira jika berlaku
kehilangan pekerjaan pada masa akan
datang.
29
4. Apakah langkah dan strategi bagimengelakkan moral hazards dikalanganpenerima faedah SIP?
Antara mekanisme untuk mencegahmoral hazards termasuk:
Memenuhi syarat kelayakan -penerima faedah SIP mestilahbersedia untuk kembali bekerja,mampu untuk bekerja dan aktifmencari pekerjaan (available to work,able to work and actively seekingwork).
Penerima faedah SIP akan dipantaudengan teliti dan wajib melaporkanaktiviti pencarian kerja setiap bulansebagai syarat untuk terus menerimafaedah bulanan;
Sebarang penipuan, pemalsuan ataudokumen yang mengelirukan akandidakwa dan pesalah dikehendakiuntuk memulangkan semula faedahyang diperolehi;
Bagi tuntutan yang berulang kali,tempoh kelayakan yang lebih lamabagi setiap tuntutan yang berikutnya(longer loading factor);
Penerima faedah SIP yang tidak hadiratau menolak 2 kali tawaran kerjayang bersesuaian atau menolakjemputan menghadiri temu duga danenggan mengikuti program latihan,bayaran faedah boleh digantung dantidak layak untuk menerima faedahberikutnya.
30
5. Adakah VSS atau MSS layak untuk terima
faedah dari skim ini?
Merujuk kepada Seksyen 30 (2) Akta
SIP 2017, VSS dan MSS layak
mendapat faedah SIP.
FAQ PERKHIDMATAN PEKERJAAN &
LATIHANSISTEM INSURANS PEKERJAAN
31
32
1. Adakah wajar PERKESO menjalankan
perkhidmatan pekerjaan dan latihan
memandangkan telah wujud agensi yang
berkaitan seperti JobsMalaysia, 1MOC,
JPK dan JTM?
PERKESO akan bekerjsama dengan
pelbagai agensi sedia ada di bawah KSM
termasuk agensi yang melaksanakan
latihan dan carian pekerjaan termasuk
agensi swasta seperti Jobstreet.com bagi
mengurangkan kos pentadbiran dan
pertindihan fungsi.
Ini kerana tanggung jawab pencarian
kerja dan penempatan pekerjaan adalah
tanggung jawab semua pihak. Walau
bagaimanapun, sekiranya agensi-agensi
yang berkenaan tidak mempunyai
kapasiti dan kapabiliti yang sepatutnya
PERKESO akan turut menyediakan
perkhidmatan tersebut sebagai tanggung
jawabnya kepada pencarum.
PERKESO mempunyai pengalaman
yang luas selama 46 tahun dalam
mentadbir sosial insurans, pembayaran
faedah dan perkhidmatan penempatan
pekerjaan yang holistik (case
management approach).
Program Penempatan Pekerjaan
PERKESO telah dilaksanakan sejak
2007 dan telah diiktiraf diperingkat
antarabangsa sebagai antara pengamal
terbaik.
33
2. Adakah pekerja layak untuk mendapat
faedah-faedah lain selain elaun seperti
penempatan pekerjaan sekiranya dia
meletakkan jawatan secara sukarela?
Untuk peringkat awal pelaksanaan SIP,
pekerja yang kehilangan pekerjaan
disebabkan perletakan jawatan secara
sukarela tidak layak mendapat bantuan
penempatan pekerjaan SIP.
SOALAN INTERIMSISTEM INSURANS PEKERJAAN
34
35
1. Saya kehilangan pekerjaan pada 3 tahun
lepas, adakah saya layak menuntut bantuan
interim?
Bantuan interim hanya layak kepada
orang yang kehilangan pekerjaan pada
tahun 2018.
Mana-mana pekerja yang kehilangan
pekerjaan sebelum tahun 2018 tidak layak
mendapat bayaran interim SIP.
Penggunaan dana interim ini hendaklah
dilaksanakan secara berhemat dan teratur
kerana dana interim ini sentiasa di dalam
pemantauan Kementerian Kewangan dan
Jabatan Audit Negara Malaysia.
2. Bagaimanakah saya boleh menuntut
bantuan interim?
Pekerja yang hilang pekerjaan boleh
membuat permohonan secara online di
website:
https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration
Bagi membuat tuntutan, pekerja juga
boleh hadir ke 52 Pejabat PERKESO di
seluruh Malaysia.
Perlu juga disertakan Salinan kad
Pengenalan, Salinan no akaun dan apa-
apa dokumen sebagai bukti kehilangan
pekerjaan.
36
3. Apakah tindakan PERKESO jika dana
interim ini habis sebelum tempoh matang
dana SIP pada 2019?
Dana interim adalah peruntukan kerajaan
sebanyak RM136 juta bagi membantu
pekerja yang kehilangan pekerjaan pada
2018 iaitu sebelum dana SIP matang.
Sekiranya dana interim mempunyai
lebihan selepas Disember 2018, dana
interim ini akan dimasukkan ke dana SIP.
Sekiranya dana ini habis sebelum
Disember 2018, PERKESO akan
memaklumkan kepada Kerajaan terlebih
dahulu dan menunggu arahan selanjutnya
daripada Kerajaan.
TERIMA KASIHS I S T E M I N S U R A N S P E K E R J A A N
37