s3.amazonaws.com · Web viewAku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas...

7
CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI 1. MAKAN DAN MINUM BERSAMA ISTERI DALAM SATU WADAH. Aisyah berkisah: "Aku minum air dari sebuah gelas, kemudian Rasulullah mengambil gelas itu dan meminumnya juga. Dibekas bibir saya itulah Rasulullah menghirup minuman. Aku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya" (HR.Muslim). Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan, hidup bersama dalam suka dan duka, makan nasi sepiring berdua, minum air segelas berdua. Hadis ini juga memberi Hikmah bahawa semestinya diantara suami dan isteri tidak boleh ada yang merasa jijik dgn bekas bibirnya. 2. BERSANDAR KEPADA ISTERI. Aisyah berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w menyandarkan atau meletakkan kepalanya diatas riba, padahal aku sedang datang bulan" (HR.Muslim). Kemesraan suami dan isteri boleh dibina dgn saling menyandarkan kepala kepada pasangannya. Jika sedang dlm perjalanan, boleh salah satu menyandarkan kepala dibahu atau dipangkuannya. Bila sedang santai dirumah, boleh bergantian saling menyandarkan kepala di dada atau dipangkuan masing masing. 3. BERSUCI ATAU MANDI BERSAMA ISTERI

Transcript of s3.amazonaws.com · Web viewAku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas...

Page 1: s3.amazonaws.com · Web viewAku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya " (HR.Muslim). Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan,

CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI

1. MAKAN DAN MINUM BERSAMA ISTERI DALAM SATU WADAH.

Aisyah berkisah: "Aku minum air dari sebuah gelas, kemudian Rasulullah mengambil gelas itu dan meminumnya juga. Dibekas bibir saya itulah Rasulullah menghirup minuman. Aku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya" (HR.Muslim).

Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan, hidup bersama dalam suka dan duka, makan nasi sepiring berdua, minum air segelas berdua.

Hadis ini juga memberi Hikmah bahawa semestinya diantara suami dan isteri tidak boleh ada yang merasa jijik dgn bekas bibirnya.

2. BERSANDAR KEPADA ISTERI.

Aisyah berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w menyandarkan atau meletakkan kepalanya diatas riba, padahal aku sedang datang bulan" (HR.Muslim).

Kemesraan suami dan isteri boleh dibina dgn saling menyandarkan kepala kepada pasangannya. Jika sedang dlm perjalanan, boleh salah satu menyandarkan kepala dibahu atau dipangkuannya. Bila sedang santai dirumah, boleh bergantian saling menyandarkan kepala di dada atau dipangkuan masing masing.

3. BERSUCI ATAU MANDI BERSAMA ISTERI

Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa ketika malam hari Rasulullah berjalan bersamanya, beliau juga bercakap "sambil membersihkan badan" (HR.Bukhari). Dalam hadis lain Aisyah menceritakan bahawa dirinya dan Rasulullah mandi dlm satu tempat dan bergantian menggunakan gayung. Apa yang dilakukan Aisyah bersama Rasulullah bukanlah perkara pantang bagi suami isteri, malah boleh meningkatkan kasih sayang.

Page 2: s3.amazonaws.com · Web viewAku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya " (HR.Muslim). Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan,

4.MEMBANTU PEKERJAAN RUMAH.

Aisyah ditanya, apa yang dilakukan Rasulullah dalam rumahnya? Aisyah menjawab: Rasulullah selalu melakukan apa yang dilakukan isterinya "(HR.Bukhari).

Cinta kepada isteri bererti memperhatikan dan membantu pekerjaan isteri di rumah. Jangan kerana sudah bekerja diluar, lalu dirumah tidak mau membantu isteri.

5. MEMBERI HADIAH KEPADA SAHABAT ISTERI.

Apabila Rasulullah memotong kambing, Beliau bersabda: "Kirimkan ini kepada sahabat-sahabat Khadijah" (HR.Muslim).

Menyintai isteri bukan bermakna mengekang isteri, lalu tidak boleh berkaitan dgn sahabatnya. Suami yang bijaksana justeru memberikan sokongan kepada isteri untuk menjalin persahabatan. Bahkan sekali kala ada baiknya memberi hadiah kepada sahabat "isteri, tentu dengan pengetahuan isteri, akan berbahaya bila seorang suami memberikan hadiah kepada sahabat isteri tanpa pengetahuan beliau. Jika suatu saat isteri tahu, maka dia boleh menuduh atau mengesyaki teman makan teman.

6. MEMUJI-MUJI ISTERI.

Rasulullah bersabda: "Kelebihan Aisyah dibandingkan dengan wanita-wanita lain seperti kelebihan makanan bubur dengan makanan lain"(HR.Muslim).

Pujian kepada isteri atau kepada kekasih adalah perkara yang sangat penting. Wanita memang haus akan pujian, maka pujilah kelebihannya. Anda boleh mengucapkan kata sanjungan dihadapannya secara langsung, atau memuji isteri dihadapan sahabatnya.

Misalnya: "ISTERIku luar biasa ... cantik dan lemah lembut".

Page 3: s3.amazonaws.com · Web viewAku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya " (HR.Muslim). Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan,

7. MENGUMUMKAN CINTA KEPADA ISTERI.

Rasulullah dihadapan orang lain menunjukkan cintanya kepada Khadijah, beliau bersabda: "Aku sungguh telah mendapatkan cintanya"(HR.Muslim).

Cinta dan kasih sayang perlu diberitahu kepada wanita yang disayang (tapi jangan keseringan / tiap saat), supaya wanita merasa bangga telah mempunyai pasangan. Seorang suami atau seorang kekasih, hendaklah menyatakan cinta dgn kalimat verbal, agar wanita mendapatkan kepastian. Katakan cinta kepada wanita, kerana dia selalu menunggu kata itu. ^ _ ^

8. MELIHAT KEBAIKAN-KEBAIKAN ISTERI.

Rasulullah bersabda: "Tidak boleh suami membuka keburukan isteri, kalaulah dia tidak suka sesuatu yang ada pada isteri, pasti di sana banyak perkara yang menyenangkan" (HR.Muslim).

Lelaki yang menyintai wanita, sebaiknya melihat sisi sisi baiknya sahaja. Jangan melihat keburukannya, nanti anda akan mengalami kesukaran dalam membina komunikasi dengannya. Angkat kebaikannya dan kembangkan kebaikannya, kerana itulah yang akan menutup semua kekurangannya. Dengan melihat kebaikannya saja, anda akan semakin bertambah sayang kepadanya.

9. KEMBALI KEPADA ISTERI.

Rasulullah bersabda: "Jika seorang suami melihat wanita lain dan bangkit berahinya, maka hendaklah pulang dan menyalurkannya kepada isterinya, kerana yang demikian itu boleh menjaga dirinya" (HR.Muslim).

Isteri hendaklah dijadikan pusat perhatian suami. Jika diluar melihat perkara yang mengganggu gairahnya, hendaklah ingat dan kembali kepada isteri. Isteri memang tidak ingin suaminya main mata diluar. Maka agar keinginannya itu boleh dipenuhi, hendaklah isteri juga siap setiap saat apabila suami mahu. Jangan kerana isteri tidak siap setiap saat menghadapi keinginan suami, akhirnya suami tidak kembali.

Page 4: s3.amazonaws.com · Web viewAku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya " (HR.Muslim). Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan,

10. MENJAGA RAHSIA ISTERI.

Rasulullah bersabda: "Sejelek-jelek kedudukan manusia di hari kiamat adalah orang melakukan hubungan suami isteri, kemudian memberitahu rahsianya kepada orang lain" (HR.Muslim).

Hanya andalah yang tahu rahsia isteri anda, jangan sampai ada orang lain yang tahu, sekalipun mertua anda. Hanya isterilah yang tahu rahsia suaminya, tidak boleh satu orang pun mengetahuinya, sekalipun mertua. Masalah keluarga, sedapat mungkin diselesaikan berdua tanpa melibatkan orang tua. Ceritakan yang baik baik saja, jangan diberitahu sisi buruknya.

11. MENGERTI PERASAAN ISTERI.

Rasulullah bersabda kepada Aisyah: "Sungguh aku tahu jika kamu sedang senang kepadaku dan aku tahu ketika kamu sedang marah kepadaku. Jika kamu sedang senang kepadaku, kamu mengucapkan: Tidak, demi Tuhannya Muhammad. Jika kamu sedang marah kepadaku, kamu mengucapkan:" Tidak, demi Tuhannya Ibrahim " (HR.Muslim).

Hal yang paling berat bagi seorang suami adalah menjaga perasaan isteri. Tapi, sungguh pun berat, tidak ada alasan bagi seorang suami mengabaikan perasaan wanita. Wanita adalah makhluk yang sangat sensitif, mudah tersinggung dan mudah terluka, maka satunya senjata adalah bersabar sambil terus memahami perasaan wanita.

12. BERSABAR ATAS DIAMNYA ISTERI.

Seorang isteri juga punya hak untuk diam mencegah dirinya tidak melakukan apa apa kepada suami. Suami harus bersabar jika isteri tidak melakukan sesuatu, atau berdiam sendirian.

Umar bin Al-Khattab berkata: "ISTERIku berteriak dan tidak mau kembali ketika aku panggil. Dia berkata: Apakah kamu mengingkari kalau aku tidak mau kembali kepadamu? Demi Allah, isteri" Nabi juga meninggalkan kepadanya, bahkan ada salah satu yang mendiamkan Nabi sejak siang hingga malam hari "(HR.Bukhari).

Page 5: s3.amazonaws.com · Web viewAku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya " (HR.Muslim). Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan,

13. TIDAK MENYAKITI ISTERI.

Rasulullah tidak pernah menyakiti isterinya, baik secara lahiriah maupun bathiniah. Beliau tidak pernah memukul dan juga tidak pernah berkata kasar kepada isteri. Rasulullah sangat perhatian kepada isteri.

Suatu saat Shafiyah ketinggalan rombongan kerana untanya berjalan lambat, lalu menangis. "Maka Rasulullah datang menghiburnya, membuatnya diam dan tangannya mengusapkan air mata yang meleleh di pipinya "(HR.An-Nasa 'i).

14. MEMBERIKAN SUAPAN KEPADA ISTERI.

Rasulullah bersabda: "Sungguh kamu tidak akan memberikan nafkah, kecuali kamu diberikan pahala atas apa yang kamu nafkahkan, sekalipun satu suap nasi yang kamu suapkan kepada isteri kamu" (HR.Bukhari).

Utk menambah mesranya hubungan suami isteri, disaat sedang berdua atau ditengah tempat awam, suami boleh memberikan suapan makan kepada isterinya dan isteri juga memberi suapan kepada suami. Sesuap yang masuk ke dalam mulut pasangan hidup akan mendapatkan pahala dari Allah. Memberikan suapan sama artinya memberikan kegembiraan dan membuat senang. "Memasukkan kesenangan adalah sedekah", demikian Sabda Rasulullah.

15. MEMENUHI PERMINTAAN ISTERI.

Sama seperti anda yang perlu makan, pakaian dan lainnya, ISTERI juga demikian. Maka berikan apa yang menjadi permintaan isteri sebatas kemampuan anda.

Rasulullah bersabda: "Berikan makan jika anda makan, berikan pakaian jika anda berpakaian" (HR.Al-Hakim).

Cinta adalah memberi, bukan menuntut. Selagi anda mampu dan anda sendiri juga sudah menikmati atas kemampuan anda itu, maka anda wajib memenuhi apa yang menjadi permintaan isteri sama dengan yang anda nikmati.