s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1939-buku-logo.docx · Web viewBahagian ini...

5
BUKU LOGO Bahagian Parlimen dan Kabinet Kementerian Dalam Negeri PENGENALAN Latar belakang / ringkasan perkhidmatan. Bahagian Parlimen dan Kabinet (PK) merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras perkara-perkara berkaitan Hal Ehwal Parlimen, Mesyuarat Jemaah Menteri dan mesyuarat-mesyuarat utama dalam perkhidmatan awam bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Selaras dengan visi Bahagian isitu Memantapkan Pengurusan Berkualiti, Bahagian Ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Parlimen, Unit Jemaah Menteri dan Unit Pengurusan Mesyuarat dan Pemantauan Khas. Kluster : Peraturan dan Kawal Selia Punca : Lain-lain Status inovasi : Tidak membuat sebarang permohonan harta intelek Kumpulan Sasar dan Skop Liputan: Pengurusan Tertinggi KDN dan Pegawai di Bahagian Parlimen dan Kabinet 1

Transcript of s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1939-buku-logo.docx · Web viewBahagian ini...

Page 1: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1939-buku-logo.docx · Web viewBahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Parlimen, Unit Jemaah Menteri dan Unit

BUKU LOGOBahagian Parlimen dan Kabinet

Kementerian Dalam Negeri

PENGENALAN

Latar belakang / ringkasan perkhidmatan.

Bahagian Parlimen dan Kabinet (PK) merupakan Bahagian yang

bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras perkara-

perkara berkaitan Hal Ehwal Parlimen, Mesyuarat Jemaah Menteri

dan mesyuarat-mesyuarat utama dalam perkhidmatan awam bagi

Kementerian Dalam Negeri (KDN). Selaras dengan visi Bahagian

isitu Memantapkan Pengurusan Berkualiti, Bahagian Ini sentiasa

berusaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian. Bahagian ini

terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Parlimen, Unit Jemaah

Menteri dan Unit Pengurusan Mesyuarat dan Pemantauan Khas.

Kluster : Peraturan dan Kawal Selia Punca : Lain-lain Status inovasi : Tidak membuat sebarang permohonan harta

intelek Kumpulan Sasar dan Skop Liputan: Pengurusan Tertinggi KDN

dan Pegawai di Bahagian Parlimen dan Kabinet

LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)

Tujuan / Objektif Projek Inovasi

Inovasi ini dinamakan sebagai Buku Logo iaitu buku yang

membolehkan pengguna iaitu Pengurusan Tertinggi dan Bahagian

PK mendapat maklumat lengkap berkenaan soalan-soalan

Parlimen berkaitan KDN. Dengan adanya buku ini, pengguna

boleh membuat rujukan dengan lebih efektif

1

Page 2: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1939-buku-logo.docx · Web viewBahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Parlimen, Unit Jemaah Menteri dan Unit

Proses Pelaksanaan Inovasi- Nyatakan jika dibuat in-house atau out-source

Objektif Kualiti Unit Parlimen, Bahagian PK adalah memastikan

sekurang-kurangnya 95% jawapan dikemukakan kepada YB

MKDN dan YB TMKDN selewat-lewatnya 3 hari sebelum soalan-

soalan berkenaan dijawab di Parlimen. Pengurusan soalan dan

jawapan Parlimen memerlukan pemantauan yang berkesan kerana

tempoh masa yang singkat antara penerimaan soalan dan

perbahasan jawapan di Parlimen. Anggaran soalan yang diterima

KDN bagi setiap sesi adalah sebanyak 200 soalan. Jumlah soalan

yang banyak bagi setiap sesi merupakan salah satu faktor inovasi

ini diperkenalkan agar memudahkan pemantauan soalan-soalan

yang melibatkan KDN dan seterusnya dapat mencapai objektif

kualiti Unit Parlimen, Bahagian PK.

Proses sebelum dan selepas

Sebelum inovasi ini dilaksanakan, Bahagian PK menggunakan

Buku Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Parlimen sebagai rujukan.

Buku AUM Parlimen merupakan buku yang mengandungi soalan-

soalan Parlimen untuk semua Kementerian. Namun demikian,

penggunaan buku ini kurang efektif kerana ia mengmbil masa

yang lama untuk merujuk soalan-soalan KDN yang terdapat di

dalam buku berkenaan.

Elemen penurunan kuasa (jika ada)

Impak inovasi terhadap kumpulan

2

Page 3: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1939-buku-logo.docx · Web viewBahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Parlimen, Unit Jemaah Menteri dan Unit

sasar/perkhidmatan/ jabatan/agensi/Negara :

Elemen Inovatif/Kreativiti - Meningkatkan kepuasan stakeholder (pengurusan

tertinggi) kerana memudahkan rujukan mereka.

Elemen Keberkesanan - Maklumat yang lengkap berkenaan sesuatu soalan dapat

diperolehi.

- Pengiraan indeks bagi jumlah soalan yang melibatkan

KDN mudah dilakukan.

Elemen Signifikan - Penjimatan masa dapat dilihat dengan adanya inovasi ini

iaitu rujukan dapat dibuat dengan lebih cepat dan

sistematik kerana maklumat lengkap berkaitan soalan

berkenaan mudah diperolehi berikutan ia telah disusun

dengan teratur.

Elemen Relevan - Memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan

sistem penyampaian perkhidmatan

- Peningkatan pencapaian pematuhan piagam pelanggan /

objektif kualiti.

PENCAPAIAN & PENUTUPBuku Logo yang dihasilkan ini memudahkan lagi proses kerja dalam

penyelarasan soalan dan jawapan bagi Dewan Rakyat dan Dewan

Negara di KDN. Di samping itu, sistem dan prosedur kerja yang lebih

efektif dan tersusun diwujudkan di kalangan pegawai dan kakitangan

3

Page 4: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1939-buku-logo.docx · Web viewBahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Parlimen, Unit Jemaah Menteri dan Unit

Bahagian PK. Penggunaan Buku Logo ini juga memberi kesan positif

kepada persekitaran kerja yang mana buku ini memudahkan

perbincangan Bahagian PK dengan pengurusan tertinggi berkenaan

soalan-soalan yang melibatkan KDN.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Muhammad Haziq bin Abdul Rahim

Tel. : 03-88863373

Emel : [email protected]

4