Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

16
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228 1. Pendahuluan Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara dan merupakan undang-undang bertulis yang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan Malaysia dibentuk beasaskan kepada dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.Seperti kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955. Sejurus selepas kemenangan Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pertama di Tanah Melayu.Sebagai Ketua Menteri yang pertama di Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk menjalankan tugas penggubalan Perlembagaan di Tanah Melayu. Jawatankuasa Kerja ini ditubuhkan pada Mac 1956 yang diketuai oleh Lord Reid bertujuan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. 1

description

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Transcript of Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

Page 1: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

1. Pendahuluan

Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183

perkara dan merupakan undang-undang bertulis yang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan

Malaysia dibentuk beasaskan kepada dokumen terdahulu iaitu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.Seperti

kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan berikutan kemenangan Parti

Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955. Sejurus selepas kemenangan

Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pertama di

Tanah Melayu.Sebagai Ketua Menteri yang pertama di Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman

telah mencadangkan Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah

pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan

kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat

Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk

menjalankan tugas penggubalan Perlembagaan di Tanah Melayu. Jawatankuasa Kerja ini

ditubuhkan pada Mac 1956 yang diketuai oleh Lord Reid bertujuan untuk merangka dan meneliti

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan

parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi

negara ini.

Satu memorandum daripada Parti Perikatan telah mendapat keutamaan dalam proses rundingcara

itu. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur

demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima

perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa

Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos

1957.Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963,

beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada

Malaysia.

1

Page 2: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

Tujuan Perlembagaan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang

adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah dan mengawal pergerakan kerajaan

dan rakyat. Selain itu perlembagaan ini adalah sebagai alat untuk myelesaikan masalah bagi

menjamin riwayat negara bangsa serta keamanan dan kestabilan negara.

2. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara

dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-

undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi

peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Perlembagaan Malaysia dibahagikan kepada 16

bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia mengandungi amalan yang diwarisi oleh nenek moyang

kita iaitu daripada zaman penjajahan lagi, kecuali tiga perkara iaitu tentang pentadbiran,

parlimen dan juga kewarganegaraan. Unsur-unsur tradisi ini sebenarnya telah terbentuk sejak

ratusan tahun yang dahulu iaitu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Terdapat

empat aspek yang perlu di titikberatkan dalam membuat sesuatu perlembagaan atau undang-

undang baru iaitu istitusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan juga kedudukan istimewa

orang Melayu di Malaysia

Semua unsur tradisi ini mestilah diserapkan didalam kandungan yang penting di dalam

perlembagaan persekutuaan. Ini adalah untuk menjaga kestabilan system politik Negara dan

laporan Suruhanjaya Reid menekankan bahawa pentingnya di dalam perlembagaan kita

mengambil faktor-faktor sejarah,tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.

Unsur-unsur tradisi ini dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif

dan larangan terhadap membicarakan atau membincangkan di khalayak umum. Ini menunjukan

batapa pentingnya unsur-unsur ini dan menjsdi prs-dyarat dalam kesepakatan yang telah di

setujui dan di terima oleh keseluruhan masyarakat tanpa mengira kaum atau pun bangsa dan

warna kulit. Ini memberi kelebihan atau keistimewaan kepada orang Melayu, agama rasmi di

negara kita adalah agama Islam dan Bahasa kebangsaan negara kita adalah Bahasa Melayu.

2

Page 3: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

Sekiranya seseorang itu ingi menjadi seorang warganegara di Malaysia, beliau perlulah

memenuhi pra-syarat yang di tetapkan di atas tanpa sebarang rungutan atau pengecuali.

a) Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Telah termaktub dalam Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa unsur

tradisi pertama iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tidak boleh di pertikaikan oleh

mana-mana pihak. Didalam peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab

dalam memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan juga hak-hak kaum Bumiputra di

negeri Sabah serta Sarawak selain kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Pada awal penubuhan perlembagaan, hak-hak istimewa penduduk pribumi Melayu di

pertikaikan.Dalam beberapa prejanjian antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British.

Raja- raja Melayu beanggap bahawa negara ini adalah sebuah negara Melayu dan tiada

sesiapa akan mempertikaikan atau mempersoalkan hak dan keistimewaan oleh bangsa

Melayu sebagai tuan kepada pribumi negara ini.

Namun begitu, keadaan ini berubah setelah melalui beberapa perjumpaan yang diadakan

antara pihak British dan juga raja-raja Melayu, British telah menasihatkan supaya menuruti

kehendak mereka dalam semua perkara melibarkan pentadbiran kecuali hal yang berkaitan

agama dan adat istiadat orang Melayu. Ini menunjukan bahawa hak dan kedudukan istimewa

orang melayu telah terhakis.

Dasar pintu terbuka pada awal ke-20 yang membawa masukramai imigrin ke Tanah Melayu

untuk berkerja di lombong bijih dan ladang memburukan lagi keadaan

Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan

British yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara yang

melibatkan pentadbiran kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan

ini, tanpa disedari menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang

Melayu sedikit demi sedikit.British membiarkan orang Melayu terus kekal di luar bandar,

tanpa berpeluang melibatkan diri dalam arus pembangunan ekonomi.keadaan ini

menyebabkan masyarakat Melayu terus terpinggir daripada kegiatan ekoomi lain yang lebih

efektif.

3

Page 4: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

Kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara perlembagaan dan kebudayaan, negeri Melayu

dijadikan satu dengan nama Malayan Union dan perundangan Tanah Melayu dibuat oleh

Parlimen British setelah kembalinya British pada tahun 1946 selepas Jepun menduduki

Tanah Melayu 1942-1945. Untuk itu. British ingin membentuk satu konsep negara yang

baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu sebaliknya Malayan. Dalam Perlembagaan Malayan

Union 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang Melayu tidak disebut, tetapi

keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke

peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Malah kuasa undang-

undang dan kedaulatan negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan

satu bentuk kerakyatan yang seragam diadakan.

Bagi mententeramkan orang Melayu terhadap penentangan Malayan Union, British

memberikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Oleh itu, orang Melayu mendapat

semula hak dan kedudukan mereka. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab

khas iaitu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum

lain di bawah perlembagaan itu.

Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, Yang di-Pertuan Agong mendapat

tanggungjawab khas daripada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan di bawah Perkara 153

Perlembagaan Persekutuan. Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedudukan dan

hak istimewa kaum Bumiputera di kedua-dua negeri itu diiktiraf dan serta menjadi

sebahagian daripada tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong.

Kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Perkara 153 bermaksud Yang di-Pertuan

Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang

Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam,

pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan

perdagangan.

Selain itu, tanggunjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan

berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan

sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh

4

Page 5: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa

diaiayai atau diabaikan.

Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti

seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat

Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir

sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau

yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat

seseorang yang demikian.

Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu Di Sarawak

mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,

Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan,

Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut.

Manakala Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia

telah dilahirkan di Sabah.

b) Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 melalui Perkara 152, bahasa

Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan yang perlu di terima oleh seluruh masyarakat

tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Telah di peruntukan di dalam Parlimen negara kita,

bahawa bahasa Melayu perlulah kekal menjadi bahasa kebangsaan tanpa ada halangan dalam

menggunakannya di mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat kecualilah ketika

mempelajari bahasa. Namun begitu, tiada halangan atau sekatan sekiranya ingin mempelajari

bahasa lain di sebarang negeri.

Kesan daripada pengiktirafan bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa pengantara di

dalam urusan rasmi, tetapi menyebabkan bahasa Melayu di angkat menjadi bahsa yang perlu

di pelajari oleh seluruh masyarat walapun pada dasarnya, bagi urusan yang tidak rasmi kita

boleh menggunakan bahasa apa saja tanpa larangan.

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas untuk tujuan-tujuan

rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat menyurat, penulisan minit mesyuarat dan

5

Page 6: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

prosiding perundangan negeri-negeri Melayu dalam kebanyakan negeri Melayu terutamanya

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di

nusantara pada masa itu. Namun selepas perang keadaan mula berubah akibat penerimaan

sistem perundangan British, perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu serta

bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan bahasa

Inggeris mula mula diterima sebagai bahasa pentadbiran dan digunakan dalam dalam

beberapa bidang kegiatan kerajaan walaupun bahasa Melayu masih digunakan dalam

beberapa bidang urusan kerajaan.

Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk mesyuarat Raja-

raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa rasmi yang digunakan

dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat.

Namun begitu, setelah Malayan Union dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

tetap mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis

Mesyuarat Kerja Persekutuan kecuali catatan dalam bentuk penulisan mestilah dibuat di

dalam bahasa Inggeris.

Penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mula

membimbangkan beberapa golongan cendekiawan dan tokoh pada masa itu termasuklah Onn

Jaafar dan Abdul Rahim Kajai yang berpendapat bahawa ini merupakan tanda penjajahan

British yang sangat ketara ke atas negeri-negeri Melayu dan masyarakat Melayu.

Pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957 telah membawa satu sinar baru kepada bahasa

Melayu di bawah Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan walaupun memberi satu

persoalan politik yang besar di kalangan parti politik dan persatuan quasi politik di

Semenanjung.

c) Agama Islam Sebagai Agama Rasmi

Agama islam merupakan agama yang di anuti oleh masyarakat Melayu sejak beratus tahun

dahulu. Walaupun Tanah Melayu telah dijajah oleh banyak negara barat seperti Portugis,

Belanda dan juga British, tetapi agma islam masih lagi dianuti. Orang Melayu berpegang

teguh pada ajaran Islam walaupun pelbagai dugaan daipada bangsa asing. Sebagai

contohnya, walaupun British mendapat kuasa untuk menasigati raja-raja Melayu, tetapi

6

Page 7: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

mereka tidak boleh campur tangan dalam bidang agama Islam dan juga adat istiadat orang

Melayu

pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan adat istiadat

Melayu.

Selepas tanah Melayu mendapat kemerdekaan, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan

menjadi agama rasmi persekutuan. Namun, tiada halangan agama-agama lain masih boleh

diamalkan dengan bebas dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah dijelaskan dalam

Perkara 3 bahawa bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-

agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Ini menunjukan bahawa agama Islam tidak

melarang atau memaksa agar kaum atau bangsa lain memeluk Islam. Bersesuaian dengan

agama Islam iaitu tiada paksaan atau larangan terhadap agama lain.

Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kerajaan pusat diberi

kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama islam dan undang-undang

Syariah. Penerimaan Islam sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau

negeri menubuh, menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai

bantuan disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan bagi keperluan majlis-

majlis keagamaan.

d) Pemerintahan Beraja

Pemerintahan Beraja telah dijalankan sejak berabad-abad lamanya iaitu sebelum kedatngan

penjajah lagi.Raja atau sultan di setiap negeri mempunyai kuasa yang penuh dalam

melaksanakan sebarang urusan pemerintahan dan pentadbiran di negeri masing-masing.

Baginda selalunya dibantu oleh para pembesar negeri yang sedia menurut apa saja arahan

atau suruhan daripada raja. Kuasa seorang raja adalah mutlak dan tidak boleh dibantah oleh

sesiapa sahaja tidak mengira pangkat atau darjat.

Namun begitu, setelah penjajahan British di Tanah Melayu, raja-raja Melayu masih diiktiraf

sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing. Namun

dalam sesetengah perkara, mereka dikehendaki mematuhi nasihat para pegawai British yang

dilantik sebagai Residen atau Penasihat British. Keadaan ini berlanjutan sehingga meletusnya

7

Page 8: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, kerajaan British bercadang untuk

menubuhkan satu bentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali sebagai Malayan

Union. Melalui cadangan Malayan Union ini, raja-raja kekal sebagai pemerintah atas nama

dan kuasa mereka dihadkan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan

adat istiadat Melayu sahaja.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 ditubuhkan bagi mengantikan

Malayan Union setelah mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu. Perlembagaan

baharu ini sedikit sebanyak telah memulihkan semula kedudukan raja-raja Melayu. Setelah

merdeka, institusi pemerintahan beraja terus dikekalkan mengikut lunas-lunas perlembagaan

selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Seiring dengan itu, beberapa perubahan

telah dilakukan ke atas institusi beraja untuk disesuaikan dengan amalan demokrasi

berparlimen.

Antara perubahan ketara yang boleh kita nampak adalah sistem beraja mutlak terus dimansuh

dan digantikan dengan sistem raja berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja

dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

3. Kepentingan Unsur-unsur Tradisi dalam Memartabatkan Keagungan Ketuanan

Melayu

Unsur-unsur tradisi adalah penting dalam memartabatkan ketuanan Melayu kerana ia akan

mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefhaman bagi mencapai perpaduan tanpa

menghakis hak-hak istimewa orang Melayu dan juga Bumiputra Sabah serta Sarawak. Walaupun

perkara ini lebih berat kepada pihak kepada bangsa Melayu, tetapi ia adalah di seimbangkan

dengan sewajarnya. Antara contoh yang boleh kit ambil adalah dari segi beragama. Walaupun

agama Islam merupakan agama rasmi negara Malaysia, namun ia tidak memaksa mana-mana

agama supaya mengabaikan agama mereka. Tidak berlakunya deskriminasi terhadapat beragama.

Ia adalah hak seseorang individu itu hendak beragama. Ini membuktikan bahawa hubungan

sesama bangsa lain menjati kukuh serta erat tanpa sebarang buruk sangka ataupun hasad dengki.

8

Page 9: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

i) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu telah di pilih sebagai bahasa rasmi negara merupakan pilihan yang telah

diambil kira dari aspek sejarah pada zaman dahulu lagi. In kerana, sejak zaman penjajah

lagi, sebarang urusan di dalam negar telah menggunakan bahasa Melayu itu sendiri. Selain

itu, bahsa Melayu merupakan bahasa lingua franca sejak dari zaman Kesultanan Melayu

Melaka lagi. Malah, apa kita boleh lihat sekarang, bahasa Melayu merupakan bahsa utama

kerana dengan penglibatan 54 buah negara asing dalam pertandingan Pidato Antarabangsa

Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) pada edisi kelima. Konsep utama bahasa

Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaaan adalah kerana untuk menyatupadukan seluruh

bangsa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur. Di samping itu, bahasa

ibunda bangsa lain adalah tidak tergugat kerana tiada larangan untuk menggunakan bahsa

lain atau mempelajarinya sekiranya ia adalah bukan urusan rasmi.

Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mestilah diselarikan dengan dasar

pendidikan kebangsaan. Seperti yang dinyatakan didalam Dasar Pelajaran Kebangsaan yang

menekankan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan Akta Pelajaran 1961

telah melaksanakan dasar tesebut. Ini kerana melalui sistem pendidikan pemupukan negara

bangsa merdeka akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan rakyat dapat

dilahirkan dengan lebih mudah. ‘Nation Building’ bagi sebuah masyarakat majmuk seperti

Malaysia perlukan satu ejen yang berkesan untuk mencapai matlamat itu; pendidikan adalah

pemangkin yang penting bagi proses pembinaan perpaduan politik dan sosioekonomi

masyarakat negara ini. Cendekiawan negara Profesor Diraja Ungku Aziz juga bersetuju

bahawa Bahasa Melayu mampu membawa kepada perpaduan dengan mengatakan bahawa

“keunikan Bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan

kaum yang telah lama wujud.” Beliau juga menegaskan bahawa sistem pembelajaran amat

penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih mamtap dan ampuh.

Fenomena masyarakat Malaysia kini seperti tidak mahu mengiktiraf Perkara 152 yang

terkandung dalam perlembagaan. Hal ini kerana terdapat papan tanda yang mempunyai

empat bahasa. Jika masyarakat asing datang kenegara kita, semestinya mereka pening dan

9

Page 10: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

marasakan bahasa rasmi negara ini ada empat. Selain itu, turut membimbangkan masyarakat

seperti malu menggunakan bahasa Melayu. Sektor swasta juga kini berurusan dengan sektor

awam menggunakan bahasa Inggeris. Sepatutnya segala urusan surat menyurat, urusan

dengan imegresen, kastam, tender, perlesenan, perbankan, percukaian, pendaftaran

dilakukan dalam bahasa Melayu. Terdapat juga, sesetengah masyarakat Cina dan India yang

tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya tahu bahasa ibunda mereka sahaja. Golongan

seperti ini kebiasaannya merupakan duri yang membawa kepada perpecahan kaum di

Malaysia dan penghalang kepada perpaduan.

Kesimpulannya, sebaiknya rakyat Malaysia harus mempertahankan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

ii) Agama Islam sebagai Agama Persekutuan

Agama boleh didefinasikan sebagai kepercayaan kepada tuhan. Setiap sesuatu bangsa akan

mempunyai kepercayaan terhadap tuhannya sendiri. Agama adalah faktor penting dalam

proses pembangunan negara dan boleh membentuk rakyat yang bersatu padu. Agama islam

telah di tetapkan sebagai agama persekutuan tetapi tiada halangan bagi kaum lain untuk

menganuti agama lain. Agama Islam telah dipilih sebagai agama rasmi negara kerana agama

Islam telah bertapak di Tanah Melayu smenjak beratus tahun dahulu lagi. Sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi, agama Islam telah dianuti oleh orang Melayu dan

berkembang ke seluruh pelusuk Tanah Melayu. Selain itu, agama Islam adalah bersikap adil

dan saksama tanpa mengira darjat atau pangkat.

Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”,

maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara

tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi

pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat

bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini

diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal

agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah

perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.

10

Page 11: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

Perkara yang amat menyedihkan baru-baru ini ada pihak yang seolah-olah cuba melenturkan

dan menentang perlembagaan terutamanya Perkara 3 iaitu agama Islam merupakan agama

rasmi negara apabila menimbulkan isu portfolio baru bagi menjaga hal ehwal bukan Islam di

Pulau Pinang. Hal seperti ini seharusnya tidak boleh timbul kerana rakyat perlu akui dan

mengiktiraf Perkara 3.

Kesimpulannya, dalam membentuk negara bangsa, sememangnya Perkara 3 harus

dipertahankan dan sebulat suara supaya tiada pertindasan beragama dapat di kekalkan.

iii) Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Secara umumnya kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan sarawak di beri

keistimewaan dan dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kerana mereka merupakan

penduduk pribumi negara ini. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah

bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara

persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera

dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan

keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan

khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

Keistimewaan kouta Melayu ini juga adalah bagi membantu masyarakat Melayu dan

bumiputera untuk membaiki taraf hidup mereka yang telah jauh ketinggalan daripada kaum

lain. Kerana kita dapat lihat dengan jelas sekarang walau bagaimanapun, atas sebab apa pun,

masyarakat Melayu masih lagi di belakang kaum bukan Melayu terutamanya dalam aspek

kedudukan ekonomi.

Walaupun perkara ini telah di persetujui oleh semua pihak pada pembentukan

Perlembagaan, namun pada hari ini sesetengah ahli politik telah mempertikaikan tentang

keistimewaan yng telah diberikan kepada masyarakat Melayu dan juga kaum Bumiputra di

Sabah serta Sarawak. Seharusnya ahli-ahli politik seperti ini mempelajari tentang Perkara

153 yang menyatakan tentang hak istimewa yang telah diberikan dan tidak boleh di

pertikaikan oleh mana-mana pihak. Sekiranya ia di pertikaikan, ia akan menyebabkan

perpecahan antara rakyat yang sedia hidup aman dan makmur.

11

Page 12: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

Dalam bidang pendidikan pula, walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan

Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan

dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. Setiap kaum mempunyai institusi

pendidikan tinggi mereka: Melayu – UiTM, Cina - KTAR, India – Kolej Tafe. Toleransi

kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum

menerusi PTPTN utk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu, keistimewaan ini adalah

bagi menyeimbangkan peratusan golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera.

Kesimpulannya, Perkara 153 memang wajar dipertahankan dan kaum Bukan Melayu

janganlah berasa bimbang kerana kebajikan mereka masih tetap dijaga.

iv) Pemerintahan Beraja

Sebagai rakyat seharusnya kita menghormati pilihan Malaysia dalam memilih sistem

kerajaan negara yang berteraskan prinsip Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

Pemerintahan beraja adalah rasional masih dikekalkan di Malaysia. Hal ini kerana Raja

Melayu merupakan simbol perpaduan dan keharmonian negara. Sistem beraja di Malaysia

menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin

menjadi sama. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu sudah diwarisi sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara

Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada

identiti negara. Sultan Perak,Sultan Azlan Shah telah bertitah bahawa sistem raja sebenarnya

memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan

warga dan negara. Pengimbang kuasa adalah apabila raja memain peranan tidak

menyebelahi mana-mana-mana bahagian tertentu, tetapi menjamin kecekapan serta

kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini. Malah, keseimbangan

kuasa berlaku apabila raja berperanan bagi memastikan tidak wujud campur tangan di antara

tiga badan itu.

Salah satu rukun negara adalah keataatan kepada Raja dan negara. Ini boleh diambil sebagai

contoh untuk memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Walaubagaimanapun, perkara ini

timbul dengan konsep yang baru iaitu raja berperlembagaan bagi mengelakkan berlakunya

tindakan raja yang mengubah dasar sehingga menyulitkan rakyat. Dengan konsep baru ini,

12

Page 13: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

institusi beraja tetap wujud dan disanjung namun raja-raja perlu juga mengikut lunas lunas

perlembagaan yang ditetapkan.

Dalam membentuk sebuah negara bangsa, rakyat berbilang kaum mestilah menghormati

sistem ini. Namun begitu, yang membimbangkan dinihari ialah apabila masyarakat melayu

sendiri yang mempersoal ketuanan raja dan rasionalnya sistem itu masih

dipertahankan.Hakikatnya melalui Sistem Raja Berpelembagaan inilah yang menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara yang paling beradab dalam kalangan negara Islam apabila

berjaya membanteras sikap pelampau yang boleh mencetuskan masalah negara.

Konklusinya, sistem raja berpelembagaan harus dikekalkan kerana ia menyumbang lebih

banyak kebaikan daripada keburukan kearah membentuk Negara bangsa.

4. KESIMPULAN

Sejak peristiwa 13 Mei 1969, para pemimpin Malaysia telah menyedari bahawa politik

berkonfrantasi tidak ada tempat di Negara ini. Malah akan membawa akibat yang tidak diingini.

Prinsip tolak ansur dan asas penbentukan perlembagaan menunjukan bahawa orang Melayu telah

bersetuju memberikan kerakyatan kepada bukan melayu.

Persetujuan ini adalah atas dasar Jus Soli atau dasar 4+1. Dasar 4+1 menyatakan bahawa 4

bahagian diberikan kepada kaum Melayu manakala satu bahagian kepada kaum bukan Melayu.

Empat bahagian kepada kaum Melayu menerima kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja

Berpelembagaan, hak istemewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama

Islam sebagai agama rasmi.

Namun begitu, tiada larangan dikemukakan bagi rakyat yang ingin menggunakan, mengajar atau

belajar bahasa lain dan rakyat diberikan kebebasan untuk menganut serta mengamalkan ajaran

agama masing-masing. Manakala satu bahagian untuk kaum bukan Melayu merujuk kepada

persetujuan daripada kaum melayu terhadap kewarganegaraan yang diperolehi oleh kaum bukan

Melayu. Hal ini jelas membuktikan bahawa setiap kaum di Malaysia perlulah menghormati hak

dan kepetingan kaum-kaum lain.

13

Page 14: Sadn 1033 Kenegaraan Malaysia

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 218228

Oleh itu, kerajaan Perseketuan perlulah bijak dalam mengimbagi dua pekara bagi menjamin

keamanan negara iaitu kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan sah kaum lain.

Kesetabilan politik mungkin akan tergugat dan mengancam persepakatan serta keazaman dan

kekacauan dalam negara akan berlaku sekiranya keseimbangan ini terganggu.

Setiap rakyat Malaysia perlu membudayakan semangat perpaduan dan integrasi demi

mengekalkan keseinambungan perpaduan yang telah wujud atas jasa pemimpin serta tokoh-

tokoh kita.

Kita perlu mengambil iktibar daripada pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi

terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban. Kontrak sosial telah diterima oleh majoriti

rakyat Malaysia dan para pemimpinnya sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan

kontrak sosial adalah penting dalam menjaga hubungan etnik di Malaysia kerana Malaysia

merupakan sebuah negara yang bersifat majmuk. Menghormati hak dan kepentingan setiap

golongan etnik di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sangat

perlu di hayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.

14