Sahabat

11
SAHABAT

Transcript of Sahabat

Page 1: Sahabat

SAHABAT

Page 2: Sahabat

Persahabatan…

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya

bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani

kita meniti duka.

Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama

bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika

kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan.

Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan

Mukminin- Imam Ghazali ini.

Page 3: Sahabat

Assalammualaikum…..

Tika tangan ini mencoret kata perasaan gembira tidak terhingga. Takdir Allah penentu segalanya. Sekian lama jiwa ini meronta ingin mencari sahabat lama yang hilang entah kemana . Tetiba tanpa diduga akhirnya segala impian jadi kenyataan. Di laman Sosial kita dapat bersua, tidak pernah kita menyangka dan tidak pernah kita menduga…Syukur alhamdulliah.

Diantara sahabat lama yang telah saya temui , sahabat semasa di sekolah menengah, rakan sejawatan sebagai penjawat awam dan sahabat semaktab.

Page 4: Sahabat

SAHABAT SEMASA DI SEKOLAH MENEGAH

Puan Hajah Sabariah bersama anakndanya..

Puan Hasnah bersama keluarganya..

Kenangan semasa kita di Tingkatan 5

http://aisahibrahim.blogspot.com/

Page 5: Sahabat

Sahabat saya di tingkatan 6Puan Hawa binti Abd.Jalil……Puas ku mencarimu …..aku pasrah mungkin kita takkan berjumpa lagi…Setelah puluhan tahun kau menghilang …Akhirnya impian jadi kenyataan bila SMS yang ku terima adalah mu Hawa…Macam mimpi tapi itu lah realitinya. Kuasa Allah menentukan segalanya dan berkat doa kita akhirnya kita bertemu kembali.

Pasangan bahagia Pn.Hawa dan suamnyaEn.Atih bin Salim……Unik namanya tapi dialah sahabat kami. Pada hakikatnya dia langsung tidak mengenali saya walaupun kami sudah lama mengenalinya. .Pelikan…. Saya mengenalinya kerana kami rakan sejawatan tapi Hawa mengenalinya sebagai rakan sekelas. Rupanya kami sekelas. Semoga persahabatan kami akan tetap kekal…

Diantara rakan kami semasa di tingkatan 6 ialah Pn.Rohana binti Hassan beliau kini menetap di Melaka. Saya masih mencari seorang lagi rakan saya ialah Zainun binti Kasim (mungkin beliau juga seorang guru)

Pasangan bahagia En.Atih dan isterinya

http://aisahibrahim.blogspot.com/

Page 6: Sahabat

Tahun 2013 membuat kejutan bagi diri saya setelah hampir tiga puluh tahun saya tidak mendengar suaranya tetiba saya jadi begitu teruja dengan panggilan telefon darinya…Dia ialah adik Buhari Kamin… Beliau adalah anak angkat arwahyarham bapa saudara saya. Dulu sering menziarah keluarga kami di kampong. Kini beliau sudah bekeluarga dan mempunyai dua orang putera. Syukur alhamdulliah akhirnya kita berjumpa lagi…

En.Buhari bersama isteri dan anak-anaknya.

http://aisahibrahim.blogspot.com/

Page 7: Sahabat

Dibenak saya tidak terlintas langsung akan bersua kembali dengan beliau…. Beliau ialah Tn.Hj.Amiruddin bin Jaafar. Seingat saya dia merupakan Pengarah Bahagian Latihan di JHEOA Malaysia. Beliau yang mengetuai ‘Junggle Tracking’ pada tahun 1980.Bermula dari Boh Tea Estate hingga ke Kampong Raja meredah hutan belentara dan menyusuri Gunung Tahan selama sepuluh hari. Peserta serami 49 orang dan hanya kami berenam peserta perempuan.Pengalaman yang sukar dicari ganti…. Terima kasih bos kerana menunjuk ajar kami untuk mengenal erti kehidupan . Akhirnya kami bersua di laman FB seorang rakan ( Teman tak kenal koma katanya….Tak kenal tak pelah tapi saya kenal kat bos…Syukur alhamdulliah akhirnya dia mengakui mengenali saya)….seronoknya..

Pasangan bahagia Tn.Hj Amiruddin dan isterinya

Sebagai Penjawat Awam JHEOA

http://aisahibrahim.blogspot.com/

Page 8: Sahabat

Sebagai Penjawat Awam JHEOA

Puan Zaleha bersama anak-anak..

Pn.Zaleha binti Mohd Yatim…Puas saya mencari beliau…. Beratahun-tahun. Kami terputus hubungan. Kami berkenalan di JHEOA Tapah. Ketika itu beliau bertugas di Kampong Orang Asli Erong (daerah mana saya tak ipasti). Manakala saya bertugas di SK Kampong Batu 25 Cameron Highland. Bayangkan gadis secantik beliau menghuni hutan belentara ,itulah kehidupan. Bukan mudah memikul tanggung jawab ini , perlukan pengorbanan, semangat yang kental dari segi jasmani dan rohani seperti orang mengerjakan fardu Haji perlukan kekuatan itu…Tahniah puan Zaleha kerana kamu berjaya menyahut cabaran itu dan berjaya hingga ke tahap ini.Syabas!

http://aisahibrahim.blogspot.com/

Page 9: Sahabat

Sahabat di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur

Puan Azizan binti Romli (Orang Kedah)Terima kasih Zan, kerana hang , aku jumpa depa…Syukur alhahamdulliah akhir nya kita berjumpa lagi…. Kat Maktab kami rakan sebilik…Keluar Maktab kami terus tak jumpa lagi, dengar cerita hang posting kat Pahang…Wah ! Zan hang dah ada pangkat sekarang ..Bila jumpa hang kat FB aku sangat gembira dan dapat le aku jumpa Darus, Yusup, Moktar, Siti Noriah, Siti Zaharahdan ramai lagi….Terima kasih Zan…Takziah juga buat mu atas pemergian suamimu ke rahmatullah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman…Al-Fatihah. Semoga kamu tetap tabah meneruskan hidup ini.

Hari bahagia cikgu Darus dan isterinyaRakan sebilikku di Maktab…..

http://aisahibrahim.blogspot.com/

Page 10: Sahabat

Sahabat... , sebuah hubungan yang sangat indah. Kita tak akan pernah bisa merasakan

indahnya hubungan persahabatan bila kita tak mengerti erti dari sebuah

persahabatan. Dan kita tak akan pernah tahu erti sebuah persahabatan bila kita tidak

pernah mahu menghargai kehadiran seorang sahabat

dalam hidup kita.

http://aisahibrahim.blogspot.com/

Page 11: Sahabat

SekianWassalam

http://aisahibrahim.blogspot.com/