sains 10.0

6
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas : 5 Bestari Tarikh /Hari : 26 Mac 2015 (Khamis) Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 28 orang Kehadiran Murid : Tema : Sains Hayat Tajuk : Proses Hidup Tumbuhan Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat 4.1 Kemandirian spesies tumbuhan Standard Pembelajaran : 4.2.2 Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah melalui pemerhatian spesimen sebenar atau menerusi pelbagai media. 4.2.3 Menaakul kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menghubungkaitkan cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah. 2. Menulis kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan. Aktiviti P&P : 1) Bersoaljawab dengan guru berkaitan dengan pembelajaran lepas. 2) Murid mencari tumbuhan di sekeliling sekolah untuk sesi ujikaji cara tumbuhan tersebut memencarkan biji benih. Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempelajari cara tumbuhan memencarkan biji benih dan buah. Kemahiran Saintifik : KPS – memerhati , membuat inferens, berkomunikasi, mengelas, komunikasi,

description

kemandirian spesies tumbuhan DST tAHUN 4

Transcript of sains 10.0

Page 1: sains 10.0

Mata Pelajaran : Dunia Sains dan TeknologiKelas : 5 BestariTarikh /Hari : 26 Mac 2015 (Khamis)Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi (60 minit)Bilangan Murid : 28 orangKehadiran Murid :Tema : Sains HayatTajuk : Proses Hidup Tumbuhan

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat4.1 Kemandirian spesies tumbuhan

Standard Pembelajaran :

4.2.2 Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah melalui

pemerhatian spesimen sebenar atau menerusi pelbagai media.

4.2.3 Menaakul kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies

tumbuhan.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menghubungkaitkan cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah.

2. Menulis kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan.

Aktiviti P&P :

1) Bersoaljawab dengan guru berkaitan dengan pembelajaran lepas.

2) Murid mencari tumbuhan di sekeliling sekolah untuk sesi ujikaji cara tumbuhan tersebut

memencarkan biji benih.

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempelajari cara tumbuhan memencarkan biji benih dan buah.

Kemahiran Saintifik : KPS – memerhati , membuat inferens, berkomunikasi, mengelas, komunikasi,

mentafsir maklumat, perhubungan ruang dan masa dan meramal.

Kemahiran Berfikir : mencirikan, menganalisis, menjana dan menghasilkan idea baru, menghubungkait,

Sikap Saintifik dan Nilai Murni : yakin dan berani, sifat ingin tahu, bekerjasama, bertolak ansur, minat, rasional dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Sumber P&P : Lembaran kerja,buah kelapa, buah anggur, lalang, besin, pengering rambut, belon, beras dan pin.

Refleksi :

Page 2: sains 10.0

1. Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai objektif P&P

___________________________________________________________

2. Tindakan susulan (pemulihan/ pengukuhan/ pengayaan)

______________________________________________________

Fasa/ Masa Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Orientasi

(5 minit)

Mengulang semula pembelajaran lepas.

1. Apa khabar murid-murid semua?CJ: Khabar baik Cikgu.2. Ada murid yang tidak sihat?CJ: Tiada/Ada3. Sekiranya ada yang tidak sihat, murid-murid boleh berjumpa dengan Cikgu untuk urusan rawatan.

2. Apakah yang telah kita belajar di kelas yang lepas?CJ: Cara tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya.

3. Bagaimanakah tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya terjaga?CJ: Memencarkan biji benih atau buah

Aktiviti : Mengulang semula pembelajaran lepas

1. Guru bertanya khabar murid 5 Bestari2. Murid memberikan respon kepada guru seperti yang dilihat.3. Guru bertanya kepada murid tajuk pembelajaran lepas iaitu cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah bagi memastikan kemandirian spesies.4. Murid menerangkan pembelajaran lepas dengan bimbingan guru.

KB: Mencirikan dan menganalisis

KPS: Memerhati dan membuat inferens

Nilai Murni: yakin dan berani

Pencetusan Idea

(10 minit)

Tumbuhan dengan ciri masing-masing untuk memencarkan biji benih atau buah.

Penyoalan:

1. Bagaimanakah buah kelapa memencarkan biji benih?CJ: dengan melalui air.

2. Bolehkah sekiranya buah kelapa memencarkan biji benih melalui angin?CJ: Tidak boleh.

3. Kenapa tidak boleh?CJ:

Aktiviti : Penyoalan

1. Guru menyoal murid untuk menguji kefahaman mereka secara pengetahuan sedia ada.2. Guru menyoal adakah buah kelapa boleh dimencarkan dengan melalui angin?3. Murid merespon persoalan Cikgu.4. Guru mendemostrasikan buah kelapa dengan menggunakan pengering rambut.5. Murid menggunakan KPS – pemerhatian untuk memastikan bahawa kelapa tidak dapat dimencarkan dengan menggunakaan angin tetapi sebaliknya melalui air.

KB: menjana dan menghasilkan idea baharu.

KPS: Berkomunikasi

Nilai murni: Sifat ingin tahu

Page 3: sains 10.0

i. Sebab badan buah kelapa berat

ii. Tidak sesuai

Demostrasi buah kelapa dimencarkan melalui angin.

1. Murid lihat kenapa kelapa tidak sesuai dimencarkan melalui angin.

Penstrukturan Idea

(25 minit)

Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah

Aktiviti Ujikaji. 1. Semua murid diminta untuk bergerak dalam kumpulan masing-masing.2. dalam kumpulan, murid-murid diminta untuk mencari tumbuhan di sekeliling sekolah yang dimencarkan melalui mekanisme letupan, melalui angin, air dan manusia/haiwan.3. Murid boleh uji tumbuhan tersebut dengan menggunakan pengering rambut, besin yang berisi air dan melalui manusia/haiwan.4. Selesai mencari tumbuhan dan ujikan tumbuhan, murid diminta untuk melihat demostrasi mekanisme letupan oleh Cikgu.5. Murid dikehendaki mencatat ciri asas tumbuhan bagi cara pencaran tumbuhan dan ciri-ciri tumbuhan tersebut.6. Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dan lekatkan di dalam buku.

Aktiviti: Kuliah

1. Guru meminta murid untuk mencari beberapa spesimen di sekeliling sekolah seperti kelapa, lalang dan buah getah.2. Dalam kumpulan, murid akan mencari semua tumbuhan.3. Murid dan guru akan menguji tumbuhan tersebut samada tumbuhan tersebut dimencarkan melalui manusia/binatang, angin,air dan mekanisme letupan.4. Guru akan menerangkan ciri-ciri yang ada pada tumbuhan tersebut berdasarkan kepada cara tumbuhan itu memencarkan buah.

KB: Menjana idea, mencirikan

KPS: Memerhati dan mengelas

Sumber P&P: Lembaran kerja,buah kelapa, buah anggur, lalang, besin, pengering rambut, belon, beras dan pin.

Nilai murni: Bekerjasama, bertolak ansur.

Aplikasi

(15 minit)

Menjawab soalan lembaran kerja.

1. Murid diberikan masa 10 minit untuk menjawab lembaran kerja masing-masing.2. Sila semak jawapan lembaran kerja dengan Cikgu.3. Betulkan lembaran kerja sekiranya salah.4. Lekatkan lembaran kerja di dalam buku.

Jenis Aktiviti : Kuiz

1. Guru memberi masa 10 minit kepada murid untuk menjawab lembaran kerja dengan betul. 2. Murid menyemak jawapan lembaran kerja yang telah dijawab tdi.3. Guru memastikan lembaran kerja selesai siap dan diisi dengan betul berdasarkan ciri-ciri tumbuhan.4. Murid melekatkan lembaran kerja di dalam buku.

KB: Menjana idea, menghubungkait, menganalisis

KPS: Komunikasi dan mentafsir maklumat.

Nilai Murni: minat dan bersifat ingin tahu

Sumber P&P:

Page 4: sains 10.0

lembaran kerja

Refleksi

(5 minit)

Rumusan isi pelajaran

Tumbuhan memastikan kemandirian spesies.

Penyoalan:

1. Nyatakan ciri-ciri tumbuhan memencarkan biji benih.- melalui air – sabut yang berongga, lapisan kulit kalis air.- melalui angin – berbulu halus, kecil dan ringan.- melalui manusia/haiwan – mempunyai cangkuk, buah berbau sedap dan warna yang menarik.- mekanisme letupan – Apabila matang, buahnya akan menjadi kering dan merekah atau bergulung/berkulit keras.

2. Apakah yang akan terjadi kepada kemandirian spesies buah-buahan/tumbuhan lain jika tidak mampu untuk memencarkan biji benih?CJ: tumbuhan ini akan pupus.

3. Murid diminta untuk membuka buku teks muka surat 63 dan bacakan komik tersebut.

Jenis Aktiviti : Penyoalan & kesan tumbuhan tidak mampu

memencarkan biji benih.

1. Guru meminta beberapa orang murid untuk menyenaraikan cara tumbuhan memencarkan biji benih.

2. Guru menyoal semua murid kesan yang akan terjadi kepada tumbuhan sekiranya tumbuhan tidak dapat memencarkan biji benih.

3. Guru meminta murid membaca komik di buku teks muka surat 63 untuk melihat kepentingan pencaran biji benih.

KB: menjana idea dan menaakul

KPS: perhubungan ruang dan masa, komunikasi dan meramal

Sumber P&P: buku teks

Nilai: rasional, mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.