Sains Am Kolej Vokasional Modul 1 Penyiasatan saintifik
Embed Size (px)
description
Transcript of Sains Am Kolej Vokasional Modul 1 Penyiasatan saintifik
Unit Sains dan Matematik
Unit Sains dan MatematikSains Am (AMT 111)
MODUL 1
KAEDAH PENYIASATAN SAINTIFIKSTANDARD ISI KANDUNGAN
Mengenal pasti, menyatakan dan menganalisa kaedah penyiasatan saintifik
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Mengenal pasti dan menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
1.2 Menjalankan satu penyiasatan saintifik
1.3 Mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni
MASA6 jamKRITERIA PEMBELAJARAN1.1 Mengenal pasti dan menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik1.1.1 Mengenal pasti masalah
1.1.2 Menulis hipotesis
1.1.3 Mengenalpasti pemboleh ubah
1.1.4 Merancang eksperimen1.1.5 Menjalankan eksperimen
1.1.6 Mengumpul data
1.1.7 Menganalisa dan mentafsir data
1.1.8 Membuat kesimpulan
1.1.9 Menulis laporan1.2 Menjalankan eksperimen menggunakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
1.3 Mengenal pasti sikap saintifik dan nilai murni ketika menjalankan aktiviti
STRATEGI PENGAJARAN1.1 Menggunakan contoh di sekeliling kolej untuk merancang dan menjalankan eksperimen menggunakan langkah dalam penyiasatan saintifik (mengenalpasti masalah, mengenalpasti pembolehubah , menulis hipotesis, merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, menganalisis dan mentafsir data, membuat kesimpulan dan menulis laporan.
1.2 Membimbing pelajar untuk menenalpasti dan memastikan mereka mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh saintis semasa menjalankan eksperimen.
ISIKANDUNGANKedah penyiasatan saintifik1. Kaedah penyisatan saintifik ialah kaedah yang dilakukan dengan mengikut peraturan dan prinsip sains yang tepat, teratur dan sistematik untuk memperoleh pengetahuan sains.2. Kaedah ini digunakan oleh ahli sains semasa menjalankan eksprimen.
Langkah-langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik
1. Mengenal pasti masalah
a. Seorang saintis sentiasa memerhati fenomena atau kejadian yang berlaku disekelilingnya.
b. Berdasarkan inferens(proses membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau tidak benar) yang telah dibuat, masalah yang dikaji itu kenal pasti.
2. Mengenal pasti pemboleh ubah.
a. Pemboleh ubah ialah keadaan (Kuantiti) atau faktor yang boleh berubah dalam suatu penyiasatan saintifik.b. Pembolehubah perlu dikenal pasti (ditentu / diukur) untuk membolehkan hipotesis dibuat.
c. Contoh pemboleh ubah ialah suhu, masa, jisim dan isipadu bahan.
d. Terdapat 3 jenis pemboleh ubah iaitu
i . pemboleh ubah dimanipulasi.
Faktor yang dimanipulasi atau diubah untuk memerhatikan perubahan yang berlaku pada pembolehubah bergerak balas semasa menguji hipotesis .
ii. pemboleh ubah bergerakbalas faktor yang diubah akibat daripada perubahan ke atas pembolehubah yang
dimanipulasi.iii. pemboleh ubah yang dimalarkan faktor yang ditetapkan semasa sesuatu eksperimen dijalankan.
3. Membuat hipotesisMembuat hipotesis ialah proses membuat sesuatu pernyataan umum yang difikirkan benar tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas.
4. Merancang eksperimen
Perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa merancang penyiasatan
a. Senarai bahan dan radas yang sesuai semasa menjalankan eksperimen dan susunan bahan dan radas tersebut.
b. Cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan dan pemboleh ubah yang dimanipulasi.
c. Hanya satu pemboleh ubah yang dimanipulasikan dipilih untuk julat nilai yang sesuai dalam eksperimen.
d. Cara untuk mengukur data atau pemboleh ubah yang bergerak balas.
e. Cara untuk mengumpulkan, menganalisis dan mentafsir data.
5. Menjalankan eksperimen.
a. Penyiasatan dijalankan seperti yang dirancang.
b. Radas dan bahan digunakan untuk menjalankan penyiasatan.
c. Data-data penyiasatan dikumpulkan
6. Mengumpulkan data dan menganalisis data.a. Data ialah bacaan-bacaan yang diperolehi semasa eksperimen dijalankan.b. Untuk mempersembahkan data secara sistematik, data-data yang diperolehi hendaklah dijadualkanc. Jadual biasanya terdiri daripada beberapa lajur dan baris.d. Pembolehubah dimanipulasi ditulis pada lajur atau baris yang pertama.
e. Pembolehubah bergerak balas ditulis pada lajur atau baris yang kedua.
Pemolehubah dimanipulasiPemolehubah dimanipulasiPembolehuba bergerakbalas
Pembolehuba bergerakbalas
f. Nama kuantiti fizik sertal simbol dan unitnya ditulis di atas setiap lajur atau baris.
g. Semua bacaan yang dicatatkan hendaklah mengikut kepekaan alat pengukuran yang diguna
h. Angka-angka dalam sesuatu jalur mesti dicatatkan dengan tempat perpuluhan yang samai. Selepas data direkodkan dalam bentuk jadual, graf dilukiskan untuk melihat perkaitan yang lebih jelas antara dua pemboleh ubah.
j. Langkah-langkah melukis graf
i. lukis dan labelkan paksi mengufuk dan paksi mencancang. Paksi mengufuk merupakan pembolehubah dimanipulasi dan paksi mencancang merupakan pemboleubah yang bergerakbalas.ii. Pilih skala yang sesuai untuk paksi mengufuk dan paksi mencancang. Skala yang dipilih hendaklah membolehkan kira-kira daripada graf ynag digunakan.
iii. Plot titik-titik pada kertas graf.
iv. Lukis garis terbaik melalui titik-titik yang telah diplotkan.
pemboleh ubah bergerak balas
Pemboleh ubah dimanipulasik. Menganalisa graf
Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis graf yang dikaitkan dengan bentuknya dan kesimpulan yang dapat dibuat.
Bentuk grafKesimpulan yang dapat dibuat
Y
x Y berkadar langsung dengan xY berkadar terus dengan x
Y
x Y bertambah x bertambahY bertambah secara linear dengan x
Y
x Y bertambah x bertambah
Y
x Y bertambah x bertambah
Y
x Y berkadar songsang dengan x
Y
x Y berkurang x berkurang
l. Mengekstrapolasikan grafGraf lurus boleh dipanjangkan atau diekstrapolasikan di luar jualat bacaan yang diperolehi daripada eksperimen yang dijalankan.
7. Mentafsir data.
a. Semasa mentafsir data, semua perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah perlu dinyatakan bertepatan dengan pemerhatian atau pengukuran yang dilakukan8. Membuat kesimpulan
a. Daripada hasil analisis dan tafsiran data, kesimpulan penyiasatan dibuat.
b. Kesimpulan dibuat dalam bentuk pernyataan tentang hasil kajian itu berdasarkan sesustu hipotesis.
c. Kesimpulan yang dibuat harus dapat memberikan penyelesaian kepada masalah yang dikenal pasti pada awal eksperimen. Hipotesis dinyatakan sama ada diterima atau ditolak.9. Menulis laporan
1. Laporan dibuat selepas menjalankan suatu eksperimen dengan menggunakan format seperti dibawah.2. Untuk eksperimen yang tidak melibatkan sebarang pengukuran,keputusan digantikan dengan pemerhatian3. 1.2 Menjalankan satu penyiasatan saintifik
Eksperimen 1Rujuk lampiran 1
Eksperimen 2
Rujuk lampiran 2
1.3 Mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Ahli sains mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa mengendalikan penyiasatan dalam sains.
LatihanSoalan objektif1. Antara yang berikut, yang manakah perlu dibuat jika hipotesis ditolak melalui keputusan eksperimen.
A. Data ditafsirkan semula.
B. Eksperimen diulang.
C. Hipotesis yang baru di buat.
D. Lebih banyak data dikumpulkan.
2. Antara berikut, yang manakah langkah-langkah yang perlu diikut semasa menjalankan penyiasatan saintifik.
i. Membuat kesimpulan
ii. Menganalisis data
iii. Mentafsir data
A. ii sahaja
B. i dan ii sahaja
C. ii dan iii sahaja
D. i, ii dan iii.
3. Antara berikut, peringkat yang manakah dalam penyiasatan saintifik mungkin memerlukan graf atau jadual untuk persembahan data?
A. Membuat hipotesis
B. Mengenal pasti pembolehubah
C. Menganalisis data
D. Membuat kesimpulan.
4. Seorang pelajar mengubah data-data yang diperoleh daripada suatu penyiasatan saintifik. Antara nilai berikut yang manakah tidak dipraktik oleh pelajar itu?
A. Sabar
B. Jujur
C. Sitematik
D. Bertoleransi
5. Apakah yang dimaksudkan dengan membuat hiopotesis?A. menggunakan deria untuk mengumpul maklumat
B. membuat kesimpulan yang munasabah.
C. Menyatakan jangkaan hubungan antara dua pemboleh ubah.6. Antara sikap saintifik dan nilai murni berikut, yang manakah perlu diamalkan semasa mengumpul data eksperimen?
A. Jujur dan tepat
B. Berani mencuba
C. Berfikir secara rasional
D. Baik hati dan berkasih sayangIsikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.1. Kaedah penyiasatan saintifik adalah kaedah yang dilakukan mengikut peraturan dan prinsip sains yang teratur dan sistematik.
2. Pembolehubah ialah keadaan atau faktor yang boleh berubah dalam suatu penyiasatan saintifik.
3. Hipotesis ialah proses membuat suatu penyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.
4. Terdapat tiga jenis pembolehubah, iaitu pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan.5. Analisis data ialah satu langkah dalam kedah penyiasatan saintifik yang mengolah maklumat dengan menghuraikannya secara terpeinci.Tentukan sikap pelajar-pelajar yang dalam gambarajah di bawah ini.
Sikap: jujur Sikap: bekerjasamaSoalan struktur1. Suatu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara daya dan pemanjangan spring. Keputusannya ditunjukkan dalam rajah dibawah.
a) Nyatakan pembolehubah yangi. Dimanipulasikan : pemanjangan spring.ii. Bergerakbalas : dayab) Apakah hubungan antara daya (N) dengan pemanjangan spring?Daya berkadar langsung dengan pemanjangan spring
c) Kaji Rajah 1 dan isikan data-data ke dalam jadual di bawah ini.
Daya /N12345
Pemanjangan spring/ cm12345
d) Ramalkan pemanjangan spring jika daya sebanyak 6 N dikenakan.
6 cmLampiran 1.
Masalah:
Buaian yang panjang mengambil masa yang lebih lama untuk membuat satu ayunan berbanding buaian yang bertali pendek.
Tujuan
Mengkaji hubungan antara panjang bandul dengan masa yang di ambil untuk membuat 10 ayunan lengkap
HipotesisSemakin panjang bandul semakin lama masa diambil untuk membuat 10 ayunan lengkap.
Senarai bahan dan radas
Ladung, benang, kaki retort dengan pengapit G,jam randik, pembaris meter
Susunan radas
Prosedur eksperimen
1. Ikat ladung pada benang.
2. Gantung bandul pada kaki retort dengan panjang benang 50 cm seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.3. Sesarkan bandul pada sudut 100 dari keseimbangan.
4. Rekodkan masa untuk 10 ayunan lengkap dalam jadual yang disediakan.
5. Ulangi eksperimen ini dengan panjang benang yang berbeza iaitu 60 cm, 70 cm, 80 cm dan 90 cm.
keputusan (penjadualan data)Panjang benang (cm)5060708090
Masa untuk membuat 10 ayunan lengkap (s)
Graf
Lukiskan graf masa untuk 10 ayunan melawan panjang benang.Kesimpulan
Daripada graf didapati bahawa apabila panjang bandul bertambah masa yang diambil untuk membuat 10 ayunan lengkap juga bertambah. Hipotesis diterima.Soalan
Pada graf yang dilukis, tunjukkan masa yang diambil sekiranya panjang benang ialah
100 cm dan 40 cm.
Jawapan
100 cm _____________saat
40 cm ______________saat
Lampiran 2
Eksperimen 2
Tujuan : Menentukan takat didih air
Pernyataan masalah : Bagaimanakah takat didih air dapat ditentukan?
Hipotesis : Suhu air bertambah apabila air dipanaskan sehingga mendidih
Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Masa
Pemboleh ubah yang bergerak balas: Suhu
Pemboleh ubah yang dimalarkan: Kuantiti air, selang masa
Radas: Bikar 500ml, thermometer, jam randik, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen.
Bahan: Air suling
Kaedah:
1. Masukkan 250ml air suling ke dalam bikar 500ml
2. Panaskan air sehingga 100 0 C
3. Catat suhu air setiap setengah minit dalam jadual di bawah.
4. Plot graf suhu melawan masa untuk pemanasan air.
Jadual:
Masa/min02112222332442552662772
Suhu/0 C32364145515560656974798286909295
Menganalisis dan mentafsirkan data
1. Daripada graf suhu melawan masa untuk pemanasan air. Tandakan
(a) Masa apabila air mula mendidih dengan t1 dan
(b) Masa apabila air mula mendidih dengan selengkapnya dengan t2
2. Daripada graf, nyatakan takat didih air.
3. Dapatkah hipotesis eksperimen ini diterima?
Pentafsiran graf pemanasan
Suhu/o C
1. Suhu suatu cecair yang dipanaskan akan meningkat sehingga suhu takat didih tercapai. Ini diwakili oleh bahagian AB pada graf pemanasan. Cecair itu akan mula mendidih pada titik B.
2. Semasa proses pendidihan berlaku, suhu adalah tetap pada suhu takat didih. Ini diwakuli oleh bahagian BC. Bahagian menadatar graf menunjukkan bahawa sungguhpun tenaga haba dibekalkan untuk memanaskan cecair itu, namun suhu cecair tersebut tidak naik. Jadi kemanakah perginya tenaga haba yang dibekalkan ?
3. Tenaga haba itu diserap untuk melemahkan daya tarikan antara zarah-zarah dalam cecair. Oleh itu zarah-zarah dapat bergerak lebih jauh menjauhi antara satu sama lain dan seterusnya menjadi kurang teratur. Kandungan tenaga zarah juga bertambah dan zarah-zarah bergerak lebih cepat secara rawak. Keadaan cecair sedang dalam proses penukaran menjadi keadaan gas. Tenaga haba yang diserap untuk proses ini dinamakan haba pendam pengewapan. Apabila proses pendidihan menjadi lengkap, tenaga haba yang dibekalkan akan terus menaikkan suhu gas seperti yang ditunjukkan oleh bahagian CD pada kelok pemanasan.
PENYIASATAN SAINTIFIK :KUIZ
1. Gambarajah menunjukkkan eksperimen untuk menentukan takat didih air
(a) Nyatakan tujuan eksperimen
Untuk menentukan takat didih air ( 1 markah)
(b) Nyatakan hipotesis eksperimen
Suhu air bertambah apabila air dipanaskan sehingga mendidih ( 1markah)
(c) Nyatakan pemboleh ubah yang:
dimanipulasikan
Masa ( 1 markah)
bergerakbalas
Suhu ( 1 markah)
dimalarkan
Kuantiti air/ selang masa ( 1markah)(d) Graf di bawah menunjukkan graf pemanasan air suling
Suhu/0 C
SHAPE \* MERGEFORMAT
Masa/min
Daripada graf pemanasan, mengapakah bahagian BC, suhu tidak bertambah walaupun pemanasan masih diteruskan?
Haba diserap dan digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah ( 2 markah)
2. Gariskan jawapan yang betul di dalam kurungan bagi melengkapkan pernyataan.
(a) Sifat( ingin tahu, objektif, sistematik) yang ada pada seorang juruteknik telah membawa kepada kaedah penyelesaian kerja yang lebih mudah. ( 1 markah)
(b) Pembolehubah yang dibiarkan tetap sepanjang eksperimen ialah pembolehubah
( dimanipulasikan, bergerak balas, dimalarkan ). (1markah)
3. Rajah di bawah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara tempoh
ayunan dengan jisim ladung.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan eksperimen.
.
(a) Nyatakan pembolehubah-pembolehubah dalam eksperimen ini:(i) Pemboleh ubah di manipulasi
Jisim ladung ( 1 markah) (ii) Pemboleh ubah bergerak balas
Tempoh ladung berhenti berayun ( 1 markah)
(iii) Pemboleh ubah yang dimalarkanPanjang benang (1 markah)
(b) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
Semakin bertambah jisim ladung, semakin lama tempoh ladung berhenti berayun ( 1 markah)
(c) Apakah hubungan antara tempoh ayunan dengan jisim ladung?
Semakin bertambah jisim ladung, semakin lama tempoh ladung berhenti
berayun. ( 1 markah)(d) Ramalkan tempoh ayunan jika ladung yang digunakan berjisim 150g
Lebih daripada 11 minit (1 markah)
4. Suatu eksperimen telah diijalankan untuk mengkaji hubungan antara daya(N) dengan pemanjangan spring. Keputusan ditunjukkan dalam rajah di bawah
(a) Nyatakan pemboleh ubah yang
(i) DimanipulasikanDaya (1markah)
(ii) Bergerak balas
Pemanjangan spring (1 markah)
(b) Apakah hubungan antara daya(N) dengan pemanjangan spring?
Semakin besar daya dikenakan, semakin bertambah pemanjangan
spring ( 1 markah)(c) Kaji rajah di atas dan isikan data-data ke dalam jadual di bawah ini.Daya/N12345
Pemanjangan
Spring/cm246810
(1 markah)
(d) Ramalkan pemanjangan spring jika daya sebanyak 6N dikenakan
12cm (1 markah)
Y
Bahagian
yang diekstrapolasi
julat bacaan asal
x
Tajuk/tujuan
Tujuan eksperimen ditulis secara ringkas dan tepat.
Hipotesis
Nyatakan hipotesis untuk penyiasatan saintifik yang berkenaan.
Pembolehubah eksperimen
Nyatakan dengan tepatnya pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan.
Senarai radas dan bahan
Senaraikan semua alat dan radas yang digunakan dalam eksperimen.
Susunan radas
Lukiskan gambarajah berlebel untuk susunan radas yang digunakan dalam eksperimen.
Prosedur eksperimen
Huraikan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen. Nyatakan dengan jelasnya bagaimana pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dapat dikawal semasa eksperimen dijalankan.
Keputusan
Binakan satu jadual yang sesuai dan catatkan semua data yang diperolehi dalam jadual itu.
Graf
Plotkan titik-titik pada kertas graf dan lukiskan garis lurus atau garis lengkung yang terbaik melalui titik itu.
Kesimpulan
Buat kesimpulan berdasarkan tafsiran graf dan dapatan-dapatan eksperimen.
Sikap saintifik dan nilai murni
Sikap saintifik
Nilai murni
Berminat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
Jujur dan tepat dalam merekodkan dan mengesahkan data
Rajin dan tabah
Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, orang lain dan alam sekitar
Berfikiran kritikal dan analitikal
Luwes dan berfikiran terbuka
Baik hati dan kasih saying
Bersikap objektif
Sistematik
Bekerjasama
Adil dan saksama
Berani mencuba
Berfikiran secara rasional
Yakin dan berdikari
Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam
Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat
Menghargai keseimbangan alam semulajadi
Berhemah tinggi dan hormat-menghormati
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
Pemanjangan spring (cm)
6
5 x
4 x
3 x
2 x
1 x
0
1 2 3 4 5 6 daya (N)
Rajah 1
benang
50 cm kaki retort
Ladung
meja
Air
A
B
C
D
Masa/min
Air
A
B
D
6