Sains Bab 4 Sistem Perkumuhan Manusia f 3
-
Upload
mohdhafizfaiz-mdali -
Category
Documents
-
view
37 -
download
0
description
Transcript of Sains Bab 4 Sistem Perkumuhan Manusia f 3
-
Sistem Perkumuhan Manusia
Perkumuhan Proses penyingkiran bahan buangan yang berlebihan dalam badan manusia.
Tujuan Perkumuhan 1) Menyingkirkan sisa toksik dan beracun 2) Menyejukkan badan dan membantu mengekalkan suhu badan 3) Mengawal pH badan 4) Mengekalkan keseimbangan kimia dan air 5) Menyingkirkan bahan-bahan berlebihan
SISTEM URINARI MANUSIA 1. Sistem yang terdiri daripada ginjal (buah pinggang), ureter, pundi kencing dan uretra 2. Berfungsi untuk menyingkirkan urin yang mengandungi bahan kumuh yang tidak diperlukan badan.
-
ORGAN DAN FUNGSI 1. Ginjal - Menapis darah dan menghasilkan urin 2. Ureter - Mengangkut urin dari ginjal ke pundi kencing 3. Pundi Kencing - Menyimpan urin buat sementara waktu 4. Urethra - Membawa urin keluar dari pundi kencing untuk penyingkiran
FUNGSI LAIN GINJAL 1. Menyingkirkan bahan buangan bernitrogen dengan lebihan air dan garam mineral dalam bentuk urin 2. Mengawal atur keseimbangan air dan kimia serta kandungan garam dalam badan 3. Mengekalkan pH darah dan keseimbangan asid-bes dalam badan 4. Menghasilkan hormon
KEPENTINGAN MENGEKALKAN KESIHATAN GINJAL 1. Minum 8 gelas air setiap hari 2. Amalkan pemakanan seimbang 3. Kurangkan pengambilan gula dan garam erkumuhan adalah proses membuang bahan yang berlebihan dan tidak diperlukan oleh badan. Kebiasaannya seperti yang kita fahami hanya manusia dan haiwan sahaja yang berkumuh. Tetapi hakikatnya, tumbuhan juga berkumuh dengan caranya tersendiri.
Tumbuhan berkumuh melalui proses fotosintesis di mana oksigen yang berlebihan akan dibebaskan sebagai bahan buangan. Manakala melalui proses transpirasi pula, air yang berlebihan akan disingkirkan. Sebahagian bahan buangan pula akan disimpan dalam daun sehingga daun tersebut gugur.
-
Selain daripada itu, sintesis kimia yang berlaku dalam tumbuhan pula dapat
menghasilkan bahan buangan yang lebih kompleks seperti lateks (susu getah) dan juga
kafein. Walaubagaimanapun, bahan buangan kompleks ini ada yang bermanfaat kepada
manusia dan ada juga yang boleh membahayakan manusia.
Bahan Buangan Kompleks Yang Berguna Lateks - digunakan untuk membuat tayar dan sarung tangan
Tannin - digunakan dalam pembuatan dakwat
Resin - digunakan dalam pembuatan varnis dan cat
Minyak - digunakan dalam pembuatan minyak wangi
Kuinina - digunakan untuk merawat malaria
Bahan Buangan Kompleks Yang Berbahaya Nikotina - boleh menyebabkan kanser peparu
Kokaina - boleh menyebabkan ketagihan
Morfina - boleh melambatkan tindakbalas badan
Kafein - boleh menyebabkan insomnia