Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 25

Transcript of Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/25

    1511/2 SAINS 2

    Sains 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Sains 1511/2 mengandungi 3 bahagian:

    Bahagian A: Mengandungi 4 soalan struktur (no 1-4) yang menguji KemahiranProses Sains.

    Bahagian B: Mengandungi 5 soalan struktur (no 5-9) yang menguji KonstrukPengetahun dan Kefahaman. Jumlah markah 30.

    Bahagian C: Mengandungi 3 soalan esei. Soalan 10 menguji Konstruk KemahiranProses Sains. Soalan 11 dan 12 menguji Konstruk Kefahaman dan Aplikasi Sainsiaitu berkaitan membuat keputusan, menyelesai masalah dan mengkonsepsi.Soalan-soalan ini merupakan soalan pilihan dimana calon dikehendaki menjawab 1soalan sama ada soalan no 11 atau 12. Jumlah markah 10.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Calon mempamerkan mutu jawapan yang lebih baik. Calon dapat menjawab soalan-soalan di bahagian A, B dan C dengan baik mengikut kehendak soalan. Semuakemahiran yang diperlukan oleh calon seperti kemahiran proses sains, pengetahuandan kefahaman sains serta kemahiran aplikasi sains dapat dikuasai oleh calonuntuk menjawab soalan.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Calon dalam kumpulan tinggi didapati meningkat bilangannya jika dibandingkandengan tahun sebelumnya. Prestasi calon menunjukkan mutu jawapan yang sangatmemuaskan. Jawapancalon adalah terancang dan mematuhi kehendak soalan.Calon kumpulan ini mempersembahkan mutu jawapan yang tinggi dalam bahagianC terutama soalan C10 iaitu kemahiran mengeksperimen. Calon mempamerkankemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tinggi iaitu konstruk menyelesaikanmasalah dan membuat keputusan. Calon mempunyai kemahiran saintifik yang

    tinggi. Dengan itu calon berkebolehan merancang eksperimen dengan baik.Kemahiran berkomunikasi calon adalah sangat baik. Calon boleh membuat analisisdata dan mempamerkan jawapan dalam bentuk graf atau carta dengan tepat.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/25

    Sains 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kumpulan Sederhana

    Calon dalam kumpulan sederhana juga meningkat bilangannya. Calon bolehmenjawab semua soalan tetapi kurang menjawab dengan tepat dalam bahagian Cterutamanya soalan 11 iaitu konstruk menyelesaikan masalah. Ada peningkatan

    mutu jawapan bagi Soalan C10 iaitu soalan mengeksperimen.Walaubagaimanapun, calon masih keliru dalam mengenalpasti pembolehubah,menyenarai radas dan bahan dan penjadualan data. Prestasi calon di bahagian Amemuaskan. Jawapan kurang tepat dalam soalan bahagian B iaitu soalan B 7 danB 9. Didapati calon kurang menguasai kandungan tajuk tersebut. Calon masih tidakboleh memberikan definisi secara operasi dengan baik. Calon cuba menjawabsoalan C 12. Walau bagaimana pun, kualiti jawapan adalah sederhana kerana calontidak dapat menguasai kehendak soalan C12(a).

    Kumpulan Rendah

    Mutu jawapan calon kurang baik. Kebanyakan calon tidak menjawab bahagian C.Jawapan calon tidak mengikut kehendak soalan. Jawapan tidak terancang danlaras bahasanya adalah lemah. Calon juga tidak dapat menjawab soalan konstrukpengetahuan dan kefahaman di bahagian B kerana pengetahuan sainsnya sedikit.Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah lemah.

    PRESTASI TERPERINCI

    BAHAGIAN A

    Soalan 1

    Kekuatan calon ialah boleh mengukur panjang daun dengan tepat, mengelas datadengan tepat dan melukis carta bar dengan betul seperti contoh (a), (b) dan (c) dibawah.

    (a)

    (b)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/25

    Sains 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    (c)

    Kelemahan calon ialah tidak dapat melukis carta bar dengan kelebaran yang tepatseperti contoh (a) di bawah. Calon juga cenderung melukis dua bar untuk satu

    bacaan yang akan memberikan 6 bar daripada 3 bar sahaja, seperti contoh (b) dibawah.

    (a)

    (b)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/25

    Sains 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan2

    Kekuatan calon ialah dapat menyatakan pemerhatian dan boleh menyatakanpembolehubah dimalarkan dan dimanipulasikan dengan tepat. Calon bolehmenyatakan hipotesis bagi pengaratan paku dengan betul. Meramalkan keadaan

    paku keluli selepas 5 hari dengan betul dan menyatakan definisi secara operasidengan tepat, seperti contoh (a), (b), (c), (d), (e), dan (f) di bawah.

    (a)

    (b)

    (c)

    (d)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/25

    Sains 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    (e)

    (f)

    Kelemahan calon ialah menyatakan hipotesis yang salah iaitu menulis masa

    sebagai pembolehubah dimanipulasi seperti contoh di bawah.

    Calon tidak menyatakan parameter iaitu isipadu air suling bagi pembolehubahdimalarkan seperti contoh di bawah.

    Calon mencampur adukkan pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubahbergerakbalas seperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/25

    Sains 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon salah memberi definisi secara operasi bagi aloi iaitu memberi maksud aloidan bukannya memberi definisi mengikut eksperimen seperti contoh di bawah.

    Soalan 3

    Kekuatan calon ialah dapat menyatakan jenis gerakan troli berdasarkan kepada grafdengan betul (contoh, a) menyatakan hubungan antara panjang pita detik denganmasa dengan betul (contoh, b), menyatakan jenis gerakan troli dengan betul(contoh, c), dan dapat meramalkan panjang pita detik yang diberikan dalam graf

    dengan betul (contoh, d).

    (a)

    (b)

    (c)

    (d)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/25

    Sains 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah hampir keseluruhan calon telah memberikan jawapanmereka dengan menggunakan perkataan gerakan bagi soalan 3(a). Istilah sainsyang betul bagi jawapan kepada soalan 3(a) ialah halaju seperti contoh berikut.

    Soalan 3 (b)(ii), calon menjawab dengan tidak menggunakan istilah pecutan atauhalaju bertambah seperti contoh berikut.

    Bagi soalan 3 (b)(iii), calon memberi ramalan yang salah bagi panjang pita detik.Calon menganggap panjang pita detik yang ke-3 sebagai pita detik yang ke-6kerana mereka keliru dengan angka 6 pada paksi-y seperti contoh di bawah.

    Soalan 4

    Kekuatan calon ialah dapat menyatakan pemerhatian tentang paras air, inferens,pembolehubah bergerakbalas, definisi secara operasi bagi Prinsip Bernouli danmenunjukkan radas yang menggunakan Prinsip Bernoulli dengan betul seperticontoh (a), (b), (c), (d) dan (e) di bawah.

    (a)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/25

    Sains 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    (b)

    (c)

    (d)

    Kelemahan calon adalah mereka tidak dapat menyatakan definisi secara operasibagi Prinsip Bernouli dengan tepat. Ada calon yang tidak memulakan jawapandengan perkataan Prinsip Bernoulli dan ada yang memberi definisi konsep PrinsipBernoulli seperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/25

    Sains 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Bagi soalan yang menghendaki calon menandakan pada petak alat yangmenggunakan Prinsip Bernoulli calon menandakan dua kotak di mana salah satuadalah salah seperti contoh di bawah.

    BAHAGIAN B

    Soalan 5

    Kekuatan calon ialah dapat menamakan jenis neuron, nama struktur yang berlabel,fungsi bahagian struktur X dan lintasan impuls dan dapat menandakan bahagianotak yang mengalami kecederaan dengan betul seperti contoh (a), (b), (c), (d) dan

    (e) di bawah .

    (a)

    (b)

    (c)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/25

    Sains 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    (d)

    (e)

    Kelemahan calon bagi soalan ini ialah tidak dapat menyatakan nama neuron yangbetul seperti contoh (a) dan (b) di bawah.

    (a)

    (b)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/25

    Sains 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat calon yang menamakan bahagian berlabel X dengan ejaan yang salahseperti contoh di bawah.

    Terdapat calon yang menjawab Neuron yang salah di 5(d) akibat jawapan yangsalah di 5(a) seperti contoh di bawah.

    Bagi soalan 5(e) ada calon yang menandakan bahagian otak yang mengalamikecederaan, dengan dua jawapan di mana salah satu adalah salah danmenyebabkan keseluruhan jawapan menjadi salah seperti contoh di bawah.

    Soalan 6

    Kekuatan calon ialah dapat menyatakan jawapan dengan betul menggunakan

    pilihan jawapan yang di beri dalam kotak pada soalan. Calon hanya memilih danmenuliskan jawapan yang betul pada petak yang disediakan di dalam soalan seperticontoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/25

    Sains 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon boleh menyatakan keadaan tenaga kinetik zarah semasa prosesP dan keadaan zarah semasa proses Q dengan betul seperti contoh (a) dan (b) dibawah.

    (a)

    (b)

    Bagi soalan 6(d) calon dapat melukiskan susunan zarah pepejal dengan betulseperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/25

    Sains 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon dalam soalan 6(a) ialah memilih jawapan yang di beri dalam petakjawapan yang salah dan mengisi jawapan dalam ruangan yang diberikan seperticontoh di bawah.

    Bagi soalan 6(b) dan 6(c) calon sepatutnya menyatakan apakah yang akan berlakukepada tenaga kinetik semasa proses P dan pergerakan zarah-zarah dalam bahanitu semasa proses Q. Kelemahannya ialah calon salah menyatakan apa yang akanberlaku kepada zarahzarah tersebut yang tidak dikaitkan dengan tenaga kinetikdan pergerakan zarah seperti contoh (a) dan (b) di bawah.

    (a)

    (b)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/25

    Sains 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat calon melukiskan zarah bagi proses P dan bukannya proses Q iaitupembekuan bagi soalan 6(d) seperti contoh di bawah.

    SOALAN 7

    Kekuatan calon ini ialah dapat memberikan warna primer, warna sekunder, warnayang diwakili oleh Q, warna X dan Y serta warna yang terbentuk di skrin dengan

    betul seperti contoh (a), (b), dan (c) dan seperti di bawah.

    (a)

    (b)

    (c)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/25

    Sains 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah memberi lebih daripada satu jawapan di mana jawapantambahan adalah salah dan keseluruhan jawapan menjadi salah seperti contoh dibawah.

    Kelemahan kedua ialah calon memberi jawapan yang salah bagi Q iaitu memberi

    jawapan campuran warna pigmen seperti contoh di bawah.

    Kelemahan calon pada soalan 7(c) ialah tidak dapat menentukan warna cahaya Xdan Y dengan betul seperti contoh di bawah.

    Kelemahan calon bagi soalan 7(d) ialah tidak dapat mentafsirkan warna cahayayang akan kelihatan jika penapis hijau diletakkan di hadapan skrin putih seperticontoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/25

    Sains 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 8

    Kekuatan calon ialah dapat menamakan asap yang di keluarkan oleh kilang sertajenis pencemaran dengan betul (contoh,a). Calon juga dapat menyatakan kesanpencemaran kepada manusia serta cara untuk mengatasinya dengan betul

    (contoh,b). Calon juga dapat menyatakan kesan pencemaran alam sekitar akibathaba yang terperangkap oleh gas X (contoh, c) dan fenomena akibat daripada gastersebut dengan betul (contoh,d).

    (a)

    (b)

    (c)

    (d)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/25

    Sains 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah kesan pencemaran kepada manusia disalah tafsir sebagaikesan kepada alam sekitar. Calon juga menganggap gas X sebagai gas CFC. Calon

    juga memberikan jawapan salah kepada fenomena ini iaitu penipisan lapisan ozonseperti contoh (a), (b), (c) dan (d) di bawah.

    (a)

    (b)

    (c)

    (d)

    )

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/25

    Sains 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 9

    Kekuatan calon ialah calon dapat menyatakan jenis getah yang digunakan denganbetul. Calon juga boleh menyatakan satu ciri getah di soalan 9 (a)(i) dan jenis plastikyang terdapat dalam jadual seperti contoh (a) dan (b) di bawah.

    (a)

    (b)

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/25

    Sains 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah menyalin pernyataan daripada jadual 9.2 ke dalam jadual9.1 menyebabkan jawapan menjadi salah seperti contoh di bawah.

    BAHAGIAN C

    Soalan 10

    Kekuatan calon ialah dapat menyatakan tujuan eksperimen, mengenalpastipembolehubah dimanipulasikan (keadaan cahaya), pembolehubah bergerakbalas (pertumbuhan bakteria), membuat hipotesis bagi eksperimen, menyenaraikan radaseksperimen, menyatakan prosedur dan membuat penjadualan data dengan betul

    seperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/25

    Sains 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah tidak dapat mengenalpasti jenis pembolehubah dan tidakdapat membuat hipotesis dengan betul. Calon juga tidak dapat menyatakan tujuaneksperimen, menyenaraikan radas dan bahan eksperimen, menerangkan kaedaheksperimen dan penjadualan data dengan baik.

    Calon juga membuat kesilapan dengan menyatakan hipotesis sebagai tujuaneksperimen dan gagal menghuraikan kaedah eksperimen yang sepatutnyadijalankan seperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/25

    Sains 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/25

    Sains 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 11

    Kekuatan calon ialah dapat menyatakan kelebihan dan kelemahan akumulator asidplumbum dengan betul. Calon juga dapat mengenalpasti masalah sertamenjelaskan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah mengikut

    prosedur dengan betul seperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/25

    Sains 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah tidak dapat menyatakan kelebihan dan kekuranganakumulator asid plumbum dengan betul. Calon juga tidak dapat mengenalpastimasalah yang diberi dalam soalan. Calon tidak dapat menentukan kaedah sertamenerangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti contoh dibawah.

    Soalan 12

    Kekuatan calon ialah dapat memberikan dua faktor yang mempengaruhi keperluankalori bagi seseorang individu dengan betul. Calon dapat mengenalpasti masalahkesihatan bagi seseorang lelaki dan memberi alasan masalah itu berlaku denganbetul. Calon dapat menyatakan tiga kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebutdengan betul. Calon juga boleh memilih dan menjelaskan tiga kaedah yang terbaik

    serta memberi jawapan untuk mengatasi masalah kesihatannya dengan betulseperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/25

    Sains 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah memberikan sebab kalori diperlukan untuk badan dan bukanmenerangkan faktor yang mempengaruhi keperluan kalori bagi seseorang individu.Calon salah memberikan kaedah terbaik seperti berjumpa dengan doktor dandapatkan rawatan doktor. Calon juga tidak memberikan sebab untuk pemilihantersebut seperti contoh di bawah.

  • 7/27/2019 Sains K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/25

    Sains 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Menguasai pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep dan fakta sainsyang terkandung dalam sukatan pelajaran sains tingkatan empat dan lima.

    2. Menguasai semua kemahiran proses sains terutamanya membuat hipotesisdan inferens serta mendefinisi secara operasi.

    3. Melibatkan diri secara aktif semasa kerja amali dan membuat pelaporanamali dengan lengkap.

    4. Membuat latihan menjawab soalan-soalan berformat matapelajaran sains

    SPM sebenar.5. Menguasai istilah sains dan terminologi dengan betul.6. Menanam minat terhadap bidang fizik terutamanya kerana ramai calon

    didapati tidak dapat menjawab soalan dalam bidang fizik seperti PrinsipBernouli dan gerakan.

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Guru mesti mengetahui format soalan peperiksaan Sains SPM sebenarsupaya dapat membantu calon menjawab dengan tepat dan betul.

    2. Menjalankan eskperimen daripada setiap topik supaya calon didedahkankepada semua jenis eskperimen sains.3. Mendedahkan teknik menjawab yang betul.4. Membimbing calon menjawab soalan mengikut kehendak soalan.