Sains minit 1

3

Click here to load reader

Transcript of Sains minit 1

Page 1: Sains minit 1

SK JENGKA 25 ,24600 BANDAR PUSAT

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2016

BIL 01/2016Tarikh: 3 FEBUARI 2016

Masa : 2.10 petang

Hari : Rabu

Tempat : Bilik Gerakan SK Jengka 25

KEHADIRAN :

1. Puan Aniza @ Haniza binti Wahab (Guru Besar/ Ahli Panatia)

2. En Mat Romli bin Norman (Ketua Panitia)

3. EN. Mohd Daniel bin Abdul Rahman

4. Pn Nazwin Suhailla binti Hashim

i. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS 1. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang sudi hadir ke

mesyuarat kali pertama ini dan dihahului bacaaan surah Al- Fatihah

2. Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun ini adalah Setiausaha Panitia ialah En.

Daniel dan pertambahan ahli Puan Nazwin dapat memantapkan lagi Panatia Sains bagi

tahun ini

3. Pengerusi menyatakan peratus Sains UPSR pada tahun 2015 menurun dan

mengharapkan dengan tenaga yang sedia ada tambahan lagi dengan bimbingan Guru

besar merupakan salah seorang orang yang berpengalaman dalm subjek sains.

4. Daripada statastik murid Tahun 6, tahun ini sekolah kita mampu mencapai 100% lulus

dalam subjek ini

Tindakan: makluman

Page 2: Sains minit 1

ii. TAKLIMAT PENGURUSAN PANITIA

5. Pengerusi memaklumkan tentang kehendak pentadbir berkenaan pengurusan panitia

seperti pada mesyuarat kurikulum yang pertama dan semua guru perlu mengambil

cakna tentang PPPM 2013-2025 yang terdapat dalam portalnya diinternet.perlu

menghantar takwim dan carta organisasi dalam masa yang terdekat kepada GPK .

6. Panitia perlu bermesyuarat paling kurang 4 kali setahun untuk post mortem subjek dan

dapatan daripada mesyuarat panitia akan dibawa ke mesyuarat kurikulum.

7. Pengerusi memaklumkan tentang jadual pencerapan akan dilaksana mengikut

ketetapan dalam takwim sekolah iaitu dua kali oleh pentadbir , sekali oleh ketua panitia

dan sekali oleh rakan sejawat , ia penting untuk diisi dalam SKPM.

8. Pengerusi mengingatkan sebagai guru perlu mengikuti LADAP yang dianjurkan oleh

pihak untuk kecairan maklumat dan tidak ketinggalan maklumat dalam pendidikan

masa kini.

9. Semua guru perlu menggunakan dokumen standard terbaru untuk rancangan mengajar

terutama kelas KSSR.

10. Pengerusi memaklumkan tentang kewangan panitia perlu diurus sebaiknya mengikut

takwin dirancang dan lebih kepada P&P.

11. Semua guru perlu menyediakan headcount untuk setiap kelas yang diajar.

12. Target 6A UPSR pada tahun ini adalah 2 orang dan Sains 3 orang A. Ketua panitia

jugamenegaskan bahawa tahun ini UPSR Sains Format Baru iaitu ada 2 Kertas iaitu

Kertas 1 dan kertas 2 yang mempunyai 50% setiap bahagian

13. Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun akan

diadakan semua subjek termasuk subjek elektif , semua guru kena bersedia untuk

membuat soalan bagi P1 dan P3 seperti jadual yang dikeluarkan unit peperiksaan

kelak.

Tindakan :Semua guru

iii. HAL- HAL LAIN

14. Ketua Panitia meminta En Daniel selaku guru bilik Sains pada tahun ini dapat

menyediakan jadual penggunaan pada tahun dan cadangan gotong royong

membersihakan bilik sains diadakan.

Page 3: Sains minit 1

Tindakan: En Daniel dan Semua Guru

15. Puan guru besar juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang telah

diberikan oleh semua guru dalam menjayakan atau memajukan Sains di SK Jengka 25.

Beliau juga berharap pada tahun ini menjadi tahun yang gemilang unuk SKJ25

iv. UCAPAN PENANGGUHAN

16. Ketua Panitia berharap dapat berkerjasama dengan baik diantara ahli dan pihak

pentadbiran bagi melicinkan dn menghormanikan perjalanan sekolah kitaMesyuarat

ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari.

Disediakan Oleh :

MOHD DANEL HAIKAL BIN ABD RAHMAN

SETIAUSAHA PANATIA SAINS

SK LKTP JENGKA 25

Disahkan Oleh :

MAT ROMLI BIN NORMAN

KETUA PANATIA

SK LKTP JENGKA 25