Sains Rendah Putaran Bumi

10
TAJUK : PUTARAN BUMI SAINS TAHUN 5 Menyiasat Bumi & Alam Semesta

description

Berkaitan dengan putaran bumi bagi tajuk sains sekolah rendah

Transcript of Sains Rendah Putaran Bumi

Page 1: Sains Rendah Putaran Bumi

TAJUK : PUTARAN BUMI

SAINS TAHUN 5Menyiasat Bumi & Alam

Semesta

Page 2: Sains Rendah Putaran Bumi

Tahukah kamu, dari arah manakah Bumi berputar?

Page 3: Sains Rendah Putaran Bumi

PUTARAN BUMI

1. Bumi berputar dari arah barat ke timur.

2. Bumi mengambil masa selama 24 jam (satu hari) untuk membuat satu putaran lengkap pada paksinya.

3. Ketika Bumi berputar pada paksinya, Bumi juga beredar mengelilingi Matahari.

4. Bumi mengambil masa selama 365 ¼ hari (satu tahun) membuat satu putaran lengkap mengelilingi Matahari pada orbitnya.

Page 4: Sains Rendah Putaran Bumi

Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari Pada Orbitnya

Page 5: Sains Rendah Putaran Bumi

5. Kita tidak dapat merasakan kelajuan putaran Bumi kerana saiz Bumi yang besar.

6. Oleh sebab Bumi berputar dari arah barat ke timur, bahagian timur Bumi mendapat cahaya lebih awal daripada bahagian barat Bumi.

7. Jika kamu dirikan satu objek di kawasan lapang, kedudukan bayang-bayang objek berubah dari arah barat ke timur.

Page 6: Sains Rendah Putaran Bumi

8. Pada waktu pagi bayang-bayang objek menghala ke arah barat.

9. Bayang-bayang objek yang terhasil lebih panjang daripada panjang sebenar objek.

10. Semakin tinggi Matahari naik ke langit, semakin pendek bayang-bayang objek sehingga tengahari.

11. Bayang-bayang objek menghala ke arah timur pada waktu petang.

12. Perubahan kedudukan bayang-bayang ini disebabkan oleh fenomena putaran Bumi.

Page 7: Sains Rendah Putaran Bumi

• Kamu boleh menguji panjang bayang objek dengan menggunakan satu glob, lampu suluh dan mancis api yang dilekatkan pada glob bahagian barat. (waktu pagi)

• Bayang mancis menghala ke barat. Apabila kamu putarkan glob dari barat ke timur, mancis akan berada bertentangan dengan lampu suluh,iaitu waktu tengahari.

• Sekarang putarkan lagi glob hingga mancis berada di timur (waktu petang). Perhatikan bahawa bayang-bayang mancis akan jauh di barat.

Mari Mencuba

Page 8: Sains Rendah Putaran Bumi

Tahukah kamu?

Manusia telah menggunakan jam Matahari untuk menentukan masa berdasarkan kepada panjang bayang-bayang.

Page 9: Sains Rendah Putaran Bumi

AMARAN!!!

• JANGAN MELIHAT TERUS KE MATAHARI TANPA MENGGUNAKAN ALAT PENAPIS CAHAYA!

MENGAPA???

• KERANA CAHAYA MATAHARI BOLEH MEMBUTAKAN MATA ANDA..

Page 10: Sains Rendah Putaran Bumi

Renungan….

• Apakah yang akan berlaku jika Bumi terkeluar dari orbitnya semasa mengelilingi Matahari??