sains sek ren

download sains sek ren

of 20

description

simple science scrapbook

Transcript of sains sek ren

Sains

Tajuk: Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan

Nama: Ahmad Asrizalni Bin Mat

Kelas: 1 Amanah

Nama Guru: Puan Maznita

Isi Kandungan

Pengertian Sel Mikroskop Bahagian-Bahagian Mikroskop Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan Fungsi Struktur Sel Organisma Unisel dan Multisel Contoh Mikrooraganisma Organisasi Sel Dalam Badan Kepentingan Organisasi Sel Rujukan

Penghargaan

Syukur ke Hadrat Ilahi, saya berjaya menyiapkan folio Sains ini seperti mana telah diamanahkan kepada pelajar tingkatan 1 oleh guru sains, Puan Maznita. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru mata pelajaran sains saya iaitu Puan Maznita untuk tunjuk ajar beliau dalam subjek ini. Tidak lupa juga kepda ayah saya dalam memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang proses menyiapkan folio ini. Terima kasih juga kepada kakak-kakak dan abang-abang saya dalam membantu proses pembelajaran persekolahan saya.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung.

Pendahuluan

Keharmonian proses di dalam badan manusia telah pun disusun atur dengan sempurna oleh Tuhan. Sistem-sistem atur cara di dalam tubuh manusia adalah kompleks dalam masa yang sama unik dan tidak dapat ditiru mahupun diklon oleh mana-mana teknologi. Sel-sel yang berada dalam badan manusia (dan juga organisma lain) merupakan unit asas dalam membentuk organisasi hidupan yang mempunyai proses yang sempurna dan khusus. Dalam mengenali dan mempelajari subjek ini, kita haruslah bersyukur bahawasanya kita dikurniakan satu prosesor yang esklusif dan istimewa.

Pengertian Sel

Sel merupakan unit asas hidupan. Tubuh kita dibina daripada berjuta-juta sel tetapi tidak dapat melihatnya. Sel ialah unit terkecil di dalam organisma hidup. Sel sangat kecil dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.

Mikroskop

Mikroskop merupakan sebuah alat optik yang membantu kita melihat objek seni sepeti sel. Mikroskop yang biasa digunakan di makmal sains dikenali sebagai mikroskop cahaya. Alat ini perlu digunakan dan dikendalikan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

Bahagian-Bahagian Mikroskop

Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Sel dikategorikan kepada dua kelas iaitu sel haiwan dan sel tumbuhan.

Sel haiwan mempunyai membran sel dan protoplasma yang terdiri nukleus dan sitoplasma. Bentuk sel haiwan tidak tetap kerana tidak mempunyai dinding sel. Sel haiwan juga tidak mempunyai kloroplas dan vakuol. Contohnya sel pipi manusia, sel darah putih dan sel darah merah.

Sel tumbuhan pula mempunyai dinding sel, vakuol, kloroplas, membran sel dan protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Tetapi sel epidermis bawang tidak mempunyai kloroplas. Kloroplas merupakan tapak tempat berlakunya proses fotosintesis. Kloroplas biasanya dijumpai pada daun tumbuhan hijau. Contohnya sel epidermis bawang dan sel daun hijau.

=Sel pipi

=Sel epidermis bawang

Fungsi Struktur Sel

BAHAGIANFUNGSI

NukleusMengawal semua aktiviti sel

Membran SelMengawal bahan keluar/Masuk ke dalam sel

KloroplasMenghasilkan klorofil untuk fotosintesis

Dinding SelMengekalkan dan memberi bentuk kepada sel

VakuolMenyimpan air, glukosa dan garam mineral

SitoplasmaMenyimpan bahan terlarut/Membolehkan proses kimia berlaku

Organisma Unisel dan Multisel

Organisma unisel dianggap sebagai organisma lengkap kerana boleh menjalankan semua proses kehidupan seperti pertumbuhan dan pembiakan walaupun hanya terdiri daripada sel tunggal. Organisma unisel ini hidup di kawasan akuatik seperti kolam, sungai dan laut.

Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel disebut organisma multisel. Oraganisma multisel juga menjalankan semua proses hidup. Semua jenis sel mempunyai struktur sel yang berbeza dan menjalankan fungsi badan yang tertentu.

Contoh Microorganisma

MULTISELUNISEL

SEL HAIWANSEL TUMBUHANSEL HAIWANSEL TUMBUHAN

Arnab

Spirogira

Paramesium

Euglena

Ikan

Paku pakis

Amoeba

Pluerococcus

Organisasi Sel dalam Badan Manusia

Sel

Kepelbagaian sel-sel dalam badan manusia ini berbeza dari segi bentuk struktur serta melaksanakan fungsi yang tersendiri. Sel ini dinamakan sel khusus.

Contohnya :

Sel darah merah berbentuk cakera dwicekung dan tidak bernukleus. Sel merah mengandungi pigmen merah yang dikenali sebagai hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Sel saraf mempunyai cabang-cabang halus seperti benang yang disebut gentian saraf. Sel saraf membawa maklumat ke seluruh badan.

TisuSekumpulan sel membentuk tisu

Sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan melaksanakan fungsi yang sama membentuk tisu. Misalnya, sel-sel otot membentuk tisu otot dan sel-sel saraf membentuk tisu saraf. Tisu otot berupaya mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan. Tisu saraf membawa maklumat ke seluruh badan.

Contohnya :

Tisu otot adalah tisu yang ditugaskan untuk menggerakkan bahagian-bahagian badan melalui penguncupan. Ia dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot jantung

Tisu saraf adalah sensitif terhadap rangsangan sperti sakit, panas, sejuk, sentuhan dan tekanan. Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti badan dengan cara menhantar dan menerima impuls.

OrganSekumpulan tisu membentuk organ

Beberapa jenis tisu yang berbeza bergabung membentuk organ. Misalnya, jantung berbentuk daripada gabungan tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf . Contoh-contoh organ manusia ialah otak, peparu, hati dan kulit.

Contoh lain :

= Organ pencernaan

= Organ pernafasan

SistemSekumpulan organ membentuk sistem

Sekumpulan organ bekerjasama untuk membentuk sistem. Misalnya, organ-organ yang terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar membentuk sistem pencernaan. Sistem ini menguraikan makanan yang kompleks kepada sebatian-sebatian ringkas supaya mudah diserap ke dalam darah dan seterusnya digunakan oleh sel di dalam badan

Contohnya :

Sistem peredaran darah penting dalam mengangkut bahan-bahan makanan, oksigen, hormon dan lain-lain ke seluruh badan.

Sistem saraf pula menyelaras dan mengawal semua aktiviti badan yang berkaitan dengan impuls dan tindak balas

Sistem otot membantu pergerakan badan.Sistem pencernaan berfungsi untuk memecahkan makanan kompleks kepada bahan-bahan yang mudah bagi memudahkan penyerapan oleh sel-sel badan. OrganismaSekumpulan sistem membentuk organisma

Pelbagai sistem berfungsi secara bersepadu untuk membentuk manusia, iaitu salah satu organisma multisel. Tubuh badan manusia merupakan satu contoh dimana organisasi sel berfungsi secara harmoni

Kepentingan Organisasi Sel

Pengkhususan sel-sel dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan pencernaan secara serentak.

Memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar.

Organisma multisel boleh menyesuaikan dengan perubahan dalam sekitarnya.

RUJUKAN

1. Buku Teks Sains Tingkatan 1.2. www.sains123.cikgunaza.com%2F2011%2F12%2Forganisasi-sel-dalam-tubuh-manusia.html&h=vAQEuplnP3. www.hedisasrawan.blogspot.com%2F2013%2F04%2Fsistem-saraf-pada-manusia.html&h=vAQEuplnP4. www.cmsad.um.edu.my%2Fimages%2Fjltm%2FSlide%2520Seminar%2520UM%2Fanat%25205.pdf&h=vAQEuplnP