Sains Semester 4

6
Kurikulum Standard Kolej Vokasional, KPM DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SULIT MODUL : SAINS UNTUK TEKNOLOGI KOD : AMT 412 UNIT KREDIT : 2.0 JAM PERTEMUAN : 2.0 JAM/MINGGU STATUS MODUL : AKADEMIK Page 1

description

SAINS KV

Transcript of Sains Semester 4

Page 1: Sains Semester 4

Kurikulum Standard Kolej Vokasional, KPM DRAF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SULIT

MODUL : SAINS UNTUK TEKNOLOGI

KOD : AMT 412

UNIT KREDIT : 2.0

JAM PERTEMUAN : 2.0 JAM/MINGGU

STATUS MODUL : AKADEMIK

Page 1

Page 2: Sains Semester 4

Kurikulum Standard Kolej Vokasional, KPM DRAF

HASIL MODUL :

1. Membina literasi sains dan teknologi bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam kebolehkerjaaan.

2. Memperoleh kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. 3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran secara kritikal dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan.4. Menggunakan pengetahuan sains dan teknologi yang bersesuaian dengan kebolehkerjaan.5. Mengamalkan dan menanamkan sikap-sikap saintifik dan nilal-nilai murni dalam pekerjaan.6. Menjustifikasikan kepentingan kebergantungan benda-benda hidup dan pengurusan alam semulajadi untuk kemandirian

manusia.7. Mengaplikasikan pengetahuan sains dalam kehidupan seharian untuk kesejahteraan kehidupan manusia.8. Menjustifikasikan keperluan untuk menyayangi dan menjaga alam sekitar serta memainkan peranan aktif dalam

pemeliharaan dan pemuliharaannya.

HURAIAN MODUL :Modul ini menekankan isu-isu yang berkaitan dengan sebatian kimia dan pelupusan sisa industri yang memberikan kesan kepada keseimbangan alam. Modul ini juga mengandungi pengenalan gerakan kenderaan di darat, air dan udara.

Page 2

Page 3: Sains Semester 4

Kurikulum Standard Kolej Vokasional, KPM DRAF

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Sains Untuk Teknologi

Semester : 4

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

BAHAN KIMIA DALAM INDUSTRI

Memahami, dan menganalisis kepentingan bahan kimia dalam industri

1.1 Memahami penghasilan dan kegunaan ammonia dalam industri

1.1.1 Menyenaraikan kegunaan ammonia dan sebatiannya dalam kehidupan seharian.

1.1.2 Memerihalkan penghasilan ammonia dalam industri.1.1.3 Menyatakan faktor yang memberi kesan kepada penghasilan ammonia

dalam industri.1.1.4 Memerihalkan cara ammonia digunakan untuk menghasilkan baja garam

ammonium dan urea melalui pelbagai jenis pembentangan.1.2 Menganalisis kesan

pembuangan sisa industri terhadap alam sekitar

1.2.1 Mengenalpasti aktiviti dalam industri yang menjadi punca pencemaran.1.2.2 Menerangkan kesan pembuangan sisa industri yang tidak sempurna.1.2.3 Menghubungkaitkan kesan pembuangan sisa industri ke atas kemandirian

hidupan.1.2.4 Menerangkan kaedah pengawalan pembuangan sisa industri bagi

mengelakkan pencemaran alam sekitar melalui pelbagai jenis pembentangan dengan mengunakan contoh.

1.3 Menerangkan keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran sisa industri untuk kesejahteraan manusia

1.3.1 Memerihalkan kesan pembuangan sisa industri yang tidak terkawal dan tidak teratur.

1.3.2 Menerangkan kepentingan amalan pembuangan sisa industri yang berhemah.

1.3.3 Menjana idea untuk menguruskan pembuangan sisa industri yang lebih mesra alam melalui pelbagai jenis pembentangan.

Page 3

Page 4: Sains Semester 4

Kurikulum Standard Kolej Vokasional, KPM DRAF

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

GERAKAN

Memahami, Menganalisis dan Mengaplikasikan prinsip gerakan di darat, air dan udara.

2.1 Menganalisis gerakan kenderaan di darat

2.1.1 Memerihalkan struktur dan prinsip operasi kenderaan tanpa enjin. 2.1.2 Memerihalkan struktur dan prinsip operasi kenderaan berenjin.2.1.3 Menerangkan struktur dan operasi enjin petrol empat lejang dan enjin

diesel empat lejang melalui pelbagai jenis pembentangan.2.1.4 Menerangkan struktur dan operasi enjin petrol dua lejang dan enjin diesel

dua lejang melalui pelbagai jenis pembentangan.2.1.5 Membanding dan membezakan enjin petrol empat lejang dengan enjin

diesel empat lejang. 2.1.6 Membanding dan membezakan enjin petrol empat lejang dengan enjin

petrol dua lejang. 2.1.7 Membanding dan membezakan enjin petrol dua lejang dengan enjin

diesel dua lejang. 2.1.8 Menghubungkaitkan struktur dan operasi enjin dengan pergerakan

kenderaan..

2.2 Menganalisis konsep laju, halaju dan pecutan

2.2.1 Menyatakan maksud jarak.2.2.2 Mendefinisikan laju dan halaju serta menyatakan unitnya.2.2.3 Mendefinisikan pecutan dan menyatakan unit bagi pecutan. 2.2.4 Menerangkan hubungan di antara laju, halaju dan pecutan.2.2.5 Membanding dan membezakan laju, halaju dan pecutan melalui pelbagai

jenis pembentangan.2.2.6 Menentukan halaju dan pecutan objek yang bergerak.2.2.7 Menyelesaikan masalah berkaitan halaju dan pecutan.

2.3 Menganalisis konsep inersia

2.3.1 Menyatakan maksud inersia.2.3.2 Memberikan contoh perlakuan seharian yang melibatkan inersia. 2.3.3 Menerangkan hubungan di antara jisim dan inersia dengan menggunakan

contoh.2.3.4 Menyatakan ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan untuk mengurangkan

kesan negatif inersia.

Page 4

Page 5: Sains Semester 4

Kurikulum Standard Kolej Vokasional, KPM DRAF

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2.4 Menganalisis konsep momentum

2.4.1 Mendefinisikan momentum.2.4.2 Menerangkan hubungan di antara momentum, jisim dan halaju. 2.4.3 Memerihalkan Prinsip Keabadian Momentum.2.4.4 Menerangkan aplikasi momentum dalam kehidupan seharian dengan

menggunakan contoh.

2.5 Menganalisis konsep tekanan

2.5.1 Mendefinisikan tekanan.2.5.2 Menerangkan hubungan di antara tekanan, daya dan luas permukaan.2.5.3 Menerangkan aplikasi tekanan dalam kehidupan seharian melalui aktiviti

dengan menggunakan contoh.2.5.4 Menyelesaikan masalah melibatkan tekanan.

2.6 Mengaplikasikan prinsip sistem hidraulik dalam kehidupan seharian

2.6.1 Memerihalkan prinsip pemindahan tekanan oleh cecair.2.6.2 Menerangkan aplikasi sistem hidraulik dalam kehidupan seharian dengan

menggunakan contoh.2.6.3 Menyatakan maksud Prinsip Pascal.2.6.4 Menyelesaikan masalah berkaitan Prinsip Pascal.

2.7 Menganalisis gerakan kenderaan di air

2.7.1 Menyatakan prinsip operasi kenderaan di air.2.7.2 Mengenalpasti bentuk kenderaan yang memudahkan pergerakan di air.2.7.3 Menghubungkan bentuk kenderaan di air dengan kelajuannya.2.7.4 Memerihalkan Prinsip Archimedes melalui aktiviti.2.7.5 Menerangkan aplikasi Prinsip Archimedes dalam kehidupan seharian

dengan menggunakan contoh.

2.8 Menganalisis gerakan kenderaan di udara

2.8.1 Menyatakan prinsip operasi kenderaan di udara.2.8.2 Membanding dan membezakan daya gerakan yang dijana oleh enjin jet

dan roket melalui pelbagai jenis pembentangan.2.8.3 Memerihalkan Prinsip Bernoulli.2.8.4 Menerangkan aplikasi Prinsip Bernoulli dalam kehidupan seharian.

Page 5

Page 6: Sains Semester 4

Kurikulum Standard Kolej Vokasional, KPM DRAF

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2.9 Mengaplikasikan kebolehan dan kreativiti manusia dalam merekacipta serta merekabentuk kenderaan untuk kehidupan yang lebih baik

2.9.1 Menjustifikasikan keperluan mencipta kenderaan.2.9.2 Menghubungkaitkan kreativiti manusia dalam mereka bentuk kenderaan.2.9.3 Mempraktikkan amalan baik dalam pengendalian kenderaan.2.9.4 Mempraktikkan sikap prihatin apabila menggunakan sistem pengangkutan

awam.

Page 6