Sains Tingkatan 2 Bab 3

4
DERIA SENTUHAN Organ Deria: Kulit Rangsangan : Sejuk, Haba, Sakit, Sentuhan, Tekanan # Kulit merupakan organ terbesar pada badan manusia DERIA BAU Organ Deria : Hidung Rangsangan : Bahan Kimia dalam udara DERIA RASA Organ Deria : Lidah Rangsangan : Bahan Kimia dalam makanan DERIA PENDENGARAN Organ Deria : Telinga Rangsangan : Bunyi DERIA PENGLIHATAN Organ Deria : Mata Rangsangan : Cahaya

description

Sains Bab 3

Transcript of Sains Tingkatan 2 Bab 3

DERIA SENTUHANOrgan Deria: KulitRangsangan : Sejuk, Haba, Sakit, Sentuhan, Tekanan# Kulit merupakan organ terbesar pada badan manusia

DERIA BAUOrgan Deria : HidungRangsangan : Bahan Kimia dalam udara

DERIA RASAOrgan Deria : LidahRangsangan : Bahan Kimia dalam makanan

DERIA PENDENGARANOrgan Deria : TelingaRangsangan : Bunyi

DERIA PENGLIHATANOrgan Deria : MataRangsangan : Cahaya

1. Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

2. Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin)

Struktur kulit manusia:Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisanluar).

Dermis:1. Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).

2. Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.

3. Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).

4. Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.

5. Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Epidermis:1. Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.2. Sel-sel mati itu mengandungi keratin.3. Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit1. Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) disetiap bahagian yang berlainan pada badan.2. Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit.Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atautapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor1. Ketebalan epidermis2. Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.

Bilangan reseptor1. Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusiaLeher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yangbanyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan sejukdan panas.Tapak kaki dan siku (soles and elbows)adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:Tempat suntikan pada badan.Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.

Membaca 'Braille'.Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.