Sains Tingkatan 2: Organ Deria dan Deria Sentuh

Click here to load reader

download Sains Tingkatan 2: Organ Deria dan Deria Sentuh

of 11

Transcript of Sains Tingkatan 2: Organ Deria dan Deria Sentuh

  • 1. Assalamualaikum.Jom buat ulangkaji Sains.Bagi yang form 2 tahun 2014 #bacth00 Tajuk: Organ deria & fungsinya dan Deria Sentuh Ulangkaji : Sains (Tingkatan 2)

2. Bab 1 : Dunia Melalui Deria Kita 1. Organ deria membolehkan manusia mengesan dan bergerak balas terhadap perubahan alam sekeliling. 2. Perubahan dalam alam sekeliling ini dikenali sebagai rangsangan.Cahaya,bunyi dan bau ialah contoh-contoh rangsangan. 3. Deria Organ Deria Jenis Rangsangan Sentuh Kulit Tekanan,rasa sakit,keadaan panas dan sejuk Bau Hidung Bahan Kimia Rasa Lidah Bahan Kimia Pendengaran Telinga Bunyi Penglihatan Mata Cahaya 4. Gerak Balas Terhadap Rangsangan 1.Organ deria mempunyai struktur khas yang sangat peka terhadap rangsangan yang dikenali sebagai reseptor. 2.Apabila reseptor dalam organ deria dirangsang,impuls saraf terhasil. 3.Impuls saraf ialah maklumat yang dihantar melalui saraf ke otak dalam bentuk isyarat elektrik. 4.Otak menerima dan mentafsir maklumat tersebut lalu menentukan apa yang akan dilakukan. 5.Otak kemudiannya menghantar impuls saraf ke efektor yang berkenaan. 6.Efektor ialah bahagian badan yang melaksanakan gerak balas.Contoh-contoh efektor ialah otot dan kelenjar. 5. Rangsangan Reseptor Saraf Otak Saraf Efektor Gerak Balas 6. Struktur Kulit 1.Kulit ialah organ deria sentuh.Kulit merupakan organ yang terbesar dalam badan manusia. 2.Reseptor-reseptor di dalam kulit boleh mengesan perubahan dalam suhu (panas atau sejuk),rasa sakit,sentuhan dan tekanan. 7. Kulit terdiri daripada dua lapisan: (a) Epidermis -Lapisan luar kulit yang terdiri daripada sel-sel mati. -Epidermis kuat dan bersifat kalis air. -Epidermis bertindak sebagai lapisan pelindung yang menghalang kemasukan mikroorganisma ke dalam badan. (b) Dermis - Merupakan lapisan dalam kulit. -Salur darah,kelenjar-kelenjar dan kebanyakan reseptor terdapat di lapisan dermis. Lapisan lemak terdapat di bahagian bawah lapisan dermis kulit.Lapisan lemak berfungsi sebagai penebat untuk mengekalkan suhu badan. 8. Terdapat lima jenis reseptor pada kulit: (a) Reseptor sentuh- peka kepada tekanan yang sedikit pada kulit dan terdapat kebanyakannya di hujung jari dan bibir. (b) Reseptor sakit- peka kepada rasa sakit (c) Reseptor panas- peka kepada haba (d) Reseptor sejuk- peka kepada keadaan sejuk (e) Reseptor tekanan- peka kepada tekanan yang kuat ke atas kulit 9. Kepekaan Kulit 1.Kulit pada bahagian badan yang berbeza mempunyai tahap kepekaan yang berbeza. 2.Tahap kepekaan kulit bergantung pada: -ketebalan epidermis -bilangan reseptor 3.Bahagian badan yang kulitnya lebih peka kepada sentuhan termasuklah hujung jari,bibir,leher,ketiak dan kawasan di belakang telinga.Bahagian- bahagian ini sama ada mempunyai lebih banyak reseptor atau epidermisnya yang lebih nipis. 4.Bahagian badan yang kurang peka kepada sentuhan termasuklah kaki,siku,tapak kaki,dan punggung.Bahagian-bahagian ini mempunyai lapisan epidermis yang lebih tebal dan sedikit reseptor.