Sains Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Fizikal

download Sains Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Fizikal

of 25

Transcript of Sains Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Fizikal

  • Sains untuk kanak-kanak berkeperluan khas: Masalah fizikalYahya SedikIPGKBL

  • Kanak-kanak bermasalah fizikalMasalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak kurang upaya fizikal dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda.

    Ia termasuk kurang upaya berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang dan sendi.

  • Kecacatan fizikal (Ortopedik)Spina bifinaKecacatan pada tulang belakang menyebabkan kelumpuhan bahagian bawah badan.

    Keadaan ini berlaku sejak lahir tetapi boleh dibantu melalui pembedahanMusculardystrophyKemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga menyebabkan kanak-kanak memerlukan kerusi roda.

    Kecerdasan tidak terjejas.LimbdefecienciesAnggota badan tidak sempurna disebabkan kemalangan atau kecacatan sejak lahir.

    Kanak-kanak boleh dilatih menggunakan anggota palsu.

  • Kurang upaya penglihatan

    Dalam bidang pendidikan, kanak-kanak kurang upaya penglihatan boleh dikelaskan kepada empat kumpulan:

    Separa rabunRabunMasalah penglihatan terhadButa

  • Kurang upaya pendengaran

    Murid kurang upaya pendengaran dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu:

    PekakSepara pekak

  • Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari Segi Fizikal (Ortopedik)

    Memberi tumpuan kepada apa yang mereka boleh lakukan pada setiap masa.

    Mengetahui apa kekuatan kanak-kanak kurang upaya fizikal dan gunakan sebagai cara untuk mereka belajar sains.

  • Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari Segi Fizikal (Ortopedik)

    Setiasa mempunyai jangkaan tinggi kepada kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal ini.

    Hindari menerima panggilan atau usikan negatif daripada kanak-kanak lain. Kanak-kanak lain perlu dididik menghormati dan menerima kanak-kanak kurang upaya fizikal.

  • Memberi pujian dari semasa ke semasa.

    Sentiasa memberi sokongan kepada kanak-kanak kurang upaya kerana mereka tidak mahu simpati orang lain.Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari Segi Fizikal (Ortopedik)

  • Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya Dari Segi Fizikal (Ortopedik)

    Hindari mengambil kesempatan apabila kanak-kanak kurang upaya tidak hadir sekolah dengan memaklumkan kepada seluruh kelas tentang kecacatan fizikal mereka. Murid-murid lain diharapkan dapat membantu dan memupuk hubungan persefahaman dan kekitaan.

    Sentiasa mengambil masa untuk bersama dengan kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal supaya mereka sedar bahawa mereka sentiasa mendapat sokongan daripada guru dan rakan-rakan.

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya penglihatan

    Murid kurang upaya penglihatan tidak dapat belajar menggunakan semua deria seperti murid normal. Oleh kerana mereka tidak dapat menggunakan deria penglihatan adalah perlu bagi membantu mereka menggunakan deria lain untuk belajar. Mereka perlu diajar untuk memaksimumkan penggunaan deria pendengaran, sentuhan, bau dan rasa untuk menggantikan deria penglihatan

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya penglihatan

    Contoh:

    Dalam mempelajari konsep berat atau ringan murid boleh diajar untuk merasa, mengangkat dan membuat perbandingan antara objek.

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya penglihatan

    Contoh:

    Semasa membuat pengelasan bahan, murid buat menjalankan aktiviti menggunakan deria bau dan sentuhan.

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya penglihatan

    Contoh:

    Dalam mempelajari kedudukan matahari pada waktu berbeza,murid boleh membezakan dengan merasa kepanasan pada tubuh mereka.

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya penglihatan

    Di samping itu, penyediaan bahan pembelajaran juga penting untuk membantu mereka. Buku dalam bentuk pita rakaman perlu disediakan kepada murid kurang upaya penglihatan. Ini boleh dijadikan projek kelas di mana rakan sekelas bergilir-gilir menyediakan bahan tersebut. Murid kurang upaya penglihatan dibenarkan untuk merakam pengajaran di dalam bilik darjah bagi menggantikan nota catatan.

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya pendengaran

    Bagi membantu murid kurang upaya pendengaran membesar dan belajar secara optimum perlu dirangsang menggunakan deria lain.

    Murid kurang upaya pendengaran belajar tentang persekitaran menggunakan deria penglihatan.

    Guru perlu membantu murid kurang upaya pendengaran dengan menyediakan arahan dan maklumat tentang sains.

    Komunikasi utama bagi murid kurang upaya pendengaran adalah menggunakan bahasa isyarat dan bahan bertulis.

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya pendengaran

    Murid kurang upaya pendengaran boleh mendapat manfaat daripada pendekatan hands-on pelbagai deria yang digunakan di dalam kelas berorientasikan inkuiri penemuan.

    Arahan bertulis atau bergambar, kad tugasan dan lakonan dalam aktiviti boleh membantu murid belajar.

    Bagi murid tahap dua, guru boleh meminta murid-murid lain secara bergilir membuat nota untuk membantu rakan mereka yang kurang upaya pendengaran.

  • Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak kurang upaya pendengaranSemasa menjalankan demonstrasi atau penerangan guru perlu memastikan kurang upaya pendengaran berada di hadapan bagi membolehkan mereka mendapat maklumat melalui gerakan bibir dan ekspresi muka.

    Guru perlu membantu mereka membina keyakinan diri dengan menggalakkan mereka memberi maklum balas secara lisan.

  • Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid kurang upaya dari segi fizikalMembenarkan murid, keluarga dan rakan sekelasnya untuk sama-sama membantu memilih peralatan /teknologi yang bersesuaian.

    Merancang aktiviti yang bersesuaian untuk murid bermasalah fizikal sebelum membeli peralatan sedia ada.

  • Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid kurang upaya dari segi fizikalMendapatkan nasihat dan bantuan pakar selain daripada pakar pendidikan.

    Menyediakan kerusi meja seperti murid normal yang lain tetapi menyediakan sudut yang dilengkapkan kemudahan murid kurang upaya fizikal seperti kusyen dan sofa

  • Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid kurang upaya dari segi fizikalGuru mengajar menggunakan buku teks mengikut kemampuan tahap murid kurang upaya fizikal .

    Bahan bantu mengajar boleh diubahsuai oleh guru sumber dan guru-guru akademik mengikut kesesuaian mereka.

  • Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid kurang upaya dari segi fizikalMenyediakan Bilik Sumber - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

    Menggalakkan penglibatan penuh murid kurang upaya fizikal di dalam kelas dengan memastikan tiada halangan seperti laluan pejalan kaki yang sempit atau pintu berat supaya mereka bebas bergerak di dalam kelas.

  • Pengubahsuaian di dalam bilik darjah yang boleh dilakukan untuk pengajaran sains bagi murid-murid kurang upaya dari segi fizikalPerlu mengingatkan murid-murid lain bahawa terdapat beberapa rakan mereka yang berkerusi roda yang memerlukan sokongan daripada rakan-rakan.

  • Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak belajar dan bersedia untuk sainsMenyediakan aktiviti yang dapat mengukuhkan pembelajaran sains di rumah di mana kriterianya seperti berikut :

    Aktiviti mesti mengikut gred dan perkembangan yang sesuai dengan murid.

    Aktiviti perlu terdiri daripada bahan yang boleh diperoleh di rumah.

  • Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak belajar dan bersedia untuk sainsMenyediakan aktiviti yang dapat mengukuhkan pembelajaran sains di rumah di mana kriterianya seperti berikut :Aktiviti merupakan tambahan kepada pengajaran di sekolah dan tidak mengulangi aktiviti di sekolah.

    Sediakan arahan yang jelas dan tepat termasuk arahan keselamatan.

  • Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak belajar dan bersedia untuk sainsMenyediakan aktiviti yang dapat mengukuhkan pembelajaran sains di rumah di mana kriterianya seperti berikut :

    Pilih aktiviti yang menerangkan konsep ringkas dan tepat.

    Pemilihan aktiviti yang menyeronokkan.