Sajak bangkitlah ~
Transcript of Sajak bangkitlah ~
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung bertebangan di udara
dan pepohon hijau merendang
daunnya
apa kau masih belum bangkit ?
Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak
esok apa yang akan kau makan ?
tanah atau batu atau debu ?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Kalau tidak
bangkitah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi
menjaman awan!
SAJAK - BANGKITLAH
Anak-anak yang sedang l ena
bangki t l ah
mat ahar i sudah t i nggi
di puncak gunung.
Generasi muda yang masih lekadiseru agar segera bertindak kerana
masa semakin pantas berlalu.
RANGKAP 1
Li hat j er ni hnya pagi i ni
bur ung-bur ung ber t ebangan di udar a
dan pepohon hi j au mer endang
daunnya
apa kau masi h bel um bangki t ?
Keindahan panorama dan kekayaan hasil buminegara telah tersedia ada untuk diusahakan.
Malangnya, generasi muda masih malas untukmerebut peluang tersebut.
RANGKAP 2
Bangki t l ah
j angan sesal nant i
madu bumi yang keker i ngan
i si l aut kekosongan
dan per ut bel ant ar a menj adi
l adang.
Generasi muda harus segera bertindak untukmenerokai hasil bumi yang banyak sebelum habis
dirampas oleh orang lain.
RANGKAP 3
Anak-anak
esok apa yang akan kau
makan ?t anah at au bat u at au debu
?kau mahu t er us nangi s
t anpa ai r mat a?
Generasi muda akan berdepan dengan pelbagaimasalah jika mereka masih terus leka. Mereka akanmenangis kesal sepanjang hayat kerana kehilangan
segala-galanya.
RANGKAP 4
Kal au t i dak
bangki t ah
mat ahar i bel um l agi
r embang
dan bur ung-bur ung bel um
l agi menj aman awan!
Generasi muda diingatkan agar insaf dan segerabertindak sebelum terlambat. Hal ini demikian
kerana orang lain belum lagi menikmati hasil bumitersebut.
RANGKAP 5
Seruan kepada generasi muda agar
segera merebut peluang untuk
memajukan diri dan membangunkan
tanah air.
O Mengikis sikap malas dalam kalangan generasi
muda untuk mengelakkan ketinggalan dalam pelbagai
aspek.
O Penyesalan yang bakal berlaku kesan daripada sikap
malas berusaha.
O Memulakan langkah untuk merebut peluang yang ada
sebelum terlambat.
O Personifikasi :
* burung – burung belum lagi menjamah awan.
O Hiperbola :
* madu bumi yang kekeringan
O Sinkope :
* apa kau masih belum bangkit?
O Cinta akan negara.
O Kerajinan.
O Kesyukuran.
O Generasi muda hendaklah sedar bahawa merekalah yang akanmenentukan jatuh bangunnya negara ini.
O Kita mestilah rajin berusaha demi kebahagiaan dankesejahteraan hidup.
O Kita hendaklah bersyukur kerana hidup dalam negara yang kaya dengan hasil bumi.
O Janganlah membiarkan hasil bumi dan ekonomi negara kitadikuasai oleh orang lain sedangkan kita hanya berpeluk tubuh.