Sajak INIKAH ERTI KEMERDEKAAN

2
INIKAH ERTI KEMERDEKAAN ? Hatta, setelah terjajah selama 40 dekad setelah maruah dicalit penjajah setelah hasil bumi dikaut pergi dan setelah segalanya terasa rugi baru kalian bangkit bersemangat… Maka, kini kau telah merdeka kini kau telah mengecapi nikmatnya kini kau telah sedar dan kini kau tahu siapa kawan siapa lawan … Namun, apalah ertinya merdeka kalau kau tidak tahu mensyukurinya apalah ertinya merdeka kalau segalanya masih berkiblatkan penjajah dan apalah ertinya merdeka kalau kau masih tidak mahu berubah tidak pun menjunjung kasih jauh sekali mengenang budi. Sesungguhnya, biarpun masa berlalu pergi masih ada esok untuk mencuba lagi masih ada ruang untuk muhasabah diri dan masih ada tempat untuk berdiri. Pokoknya, tanyalah diri apalah ertinya merdeka kalau hidup asyik bertekak kalau hidup asyik bertuding jari dan kalau hidup bagai musafir yang masih tidak tahu arah berpergian yang masih dangkal dalam keilmuan

description

Malaysiaku Sudah 51 Tahun MerdekaPERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Transcript of Sajak INIKAH ERTI KEMERDEKAAN

Page 1: Sajak  INIKAH ERTI KEMERDEKAAN

INIKAH ERTI KEMERDEKAAN ?

Hatta,setelah terjajah selama 40 dekadsetelah maruah dicalit penjajahsetelah hasil bumi dikaut pergidan setelah segalanya terasa rugibaru kalian bangkit bersemangat…

Maka, kini kau telah merdekakini kau telah mengecapi nikmatnyakini kau telah sedardan kini kau tahu siapa kawansiapa lawan …

Namun,apalah ertinya merdekakalau kau tidak tahu mensyukurinyaapalah ertinya merdekakalau segalanya masih berkiblatkan penjajahdan apalah ertinya merdekakalau kau masih tidak mahu berubahtidak pun menjunjung kasihjauh sekali mengenang budi.

Sesungguhnya,biarpun masa berlalu pergimasih ada esok untuk mencuba lagimasih ada ruang untuk muhasabah diridan masih ada tempat untuk berdiri.

Pokoknya,tanyalah diriapalah ertinya merdekakalau hidup asyik bertekakkalau hidup asyik bertuding jaridan kalau hidup bagai musafiryang masih tidak tahu arah berpergianyang masih dangkal dalam keilmuan

Ingatlahtanpa ilmuhatta teknologimahupun jati diridan hanya tahu beretorik …tidak mustahil kitabakal dijajah lagi.

Page 2: Sajak  INIKAH ERTI KEMERDEKAAN

Dan kalau begitulah jadinya...Jangan dikesali lagi...Kerana sudah banyak kali diingati, danBelajarlah daripada SEJARAH dan Nikmat Kemerdekaan.

GANOS’08SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU