SAJAK RUMPUT

9
SAJAK RUMPUT

description

SAJAK RUMPUT. Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SAJAK RUMPUT

Page 1: SAJAK RUMPUT

SAJAK RUMPUT

Page 2: SAJAK RUMPUT

Pengenalan

Sekilas pandang, sajak karya pemuisi terkenal, Khadijah Hashim ialah gambaran biasa nasib rumput di tepi jalan yang sentiasa dilanyak dan dilanggar sesuka hati oleh manusia dan kenderaan. Selain itu, rumput jalanan itu juga terdedah kepada keadaan cuaca yang ekstrem (hujan, panas) menyebabkan rumput cepat panjang, serta tidak terurus. Rumput di tepi jalan akan sentiasa dipotong supaya tidak mengganggu keadaan lalu lintas di jalan raya.

Page 3: SAJAK RUMPUT

Penyajak tersohor seperti Khadijah Hashim tidak mungkin bermaksud setakat cerita rumput di tepi jalan yang biasa. Rumput hanyalah analogi, ibarat, kiasan, perbandingan dan tamsilan. Rumput tepi jalan jalan yang sering menjadi mangsa dinisbahkan kepada keadaan manusia yang lemah dan terlalu bergantung kepada tindakan pihak lain.

Page 4: SAJAK RUMPUT

Rangkap 1Baru saja hendak mendongakaku sudah dipijakbaru saja hendak berbedakdiserbu debu menutup mukacuaca panas angin keringditambah lagi bau busuk asap lorisesak nafas bagai menunggu matimujur embun pagi membersih diri.

Page 5: SAJAK RUMPUT

Maksud Rangkap 1 Rumput tidak sempat tegak lurus kerana selalu

dipijak oleh orang atau kenderaan yang lalu-lalang. Rumput juga tidak sempat menjadi cantik dipandang (bersih) kerana sering diliputi debu di tepi jalan. Keadaan cuaca yang panas serta angin kering, serta bau busuk yang dilepaskan oleh asap lori memburukkan keadaan. Rumput seakan terkulai layu tidak bermaya. Rumput hanya berharap akan belas ihsan embun pagi yang menanggalkan segala kotoran yang melekat padanya.

Page 6: SAJAK RUMPUT

Rangkap 2Baru saja tangan hendak menaridatang pemotong rumputlalu dipotongnya jari doasi pemotong rumputcepat panjangcepat dapat wang!

Page 7: SAJAK RUMPUT

Maksud Rangkap 2

Apabila rumput panjang sedikit lalu melintuk liuk dipuput bayu (ke kiri ke kanan ditiup angin), maka pemotong rumput (pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan atau persendirian) datang memotong rumput yang baru hendak kelihatan panjang. Bagi si pemotong rumput, jika rumput cepat panjang bererti dia akan cepat mendapat wang upah memotong rumput.

Page 8: SAJAK RUMPUT

Rangkap 3Nasib rumput di tepi jalantak sehijau rumput di padang.(Maksud Rangkap 3: Keadaan rumput di tepi

jalan berbeza dengan rumput di kawasan padang yang menghijau. Rumput di tepi jalan tidak sempat tumbuh panjang menghijau  kerana aktiviti manusia yang lalu-lalang dan pengaruh persekitaran)

Page 9: SAJAK RUMPUT

Tema Kehidupan manusia yang bernasib malang

akibat kelemahan diri